Thursday 9 May 2013

Masalah Tenaga


Atasi Masalah Keletihan, Kepenatan Dan Tidak Bertenaga

Tugasan seharian memenag membuatkan kita sering penat, saya rasa bukan saya saja, bahkan semua orang kan.Memang agak tidak selesa, bila penat melanda, sampai rumah nak layan anak, nak urus rumahtangga pun mesti agak perlahan kerjanya.Bukan wanita saja yang penat, orang lelaki pun sama.

Jadi, perlukah kita biarkan rasa penat ini berterusan mengganggu rutin kehidupan kita?
Mesti tak nak kan....

Jom saya share sedikit apa tips yang boleh diusahakan agar rasa penat ini menjadi kurang dan ia akan bertukar kepada sesuatu yang menggembirakan kita semua.

Tips Atasi Masalah Keletihan, Penat dan Kurang Tenaga
- Pemakanan
  1. Amalkan makan oatmeal
Ia mampu menjaga kesihatan pencernaan kita kerana kandungan serat yang tinggi dan ia membantu mengawal paras gula dalam darah, selain itu,ia sangat bagus untuk jantung dan ia tiada kolesterol. Ia juga mengandungi nutiren yang mempengaruhi tahap tenaga dalam badan. Jika anda kurang gemar makan oats begitu saja, anda boleh pelbagaikan seperti mencampurkan dengan buah, jadikan ia bubur ataupun biskut. Sangat lazat dan berkhasiat.    
                                         
 2. Yogurt

 Ia sangat mudah diproses oleh tubuh oleh kerana teksturnya lembut dan mengandungi prebiotik iaitu bakteria baik yang memelihara usus supaya sentiasa sihat dan melindungi dari  bakteria berbahaya. Meningkatkan kadar asid amino pada otak iaitu satu neurotransmiter yang membantu rangsangan tidur yang tenang dan mengatasi keletihan.

3. Bayam

Mengandungi nutrien penting juga sangat bagus untuk membekalkan tenaga. Ia mengandungi sumber zat besi juga sangat kaya dengan magnesium dan kalium.Kekurangan zat besi dalam tubuh akan menyebabkan keletihan dan kekurangan darah, dan mungkin akan mengalami anemia.


4. Kekacang dan Bijian.


Kekacang dan bijian mengandungi sumber magnesium yang membantu melawan keletihan otot. Ia juga membantu melawan keletihan emosi, dan meringankan keletihan fizikal.
Sangat seronok menikmati kekacang sambil beristirahat.

Mungkin ada juga yang gemar mengambil suplemen sebagai satu usaha untuk membantu mengatasi masalah sering letih ini.
Saya sendiri pun mengamalkan suplemen ini dan saya lihat kesannya sangat ketara, dimana saya tidak lagi letih seperti dahulu mudah mengantuk, lemah dan sering tidak bermaya.

Apakah suplemen dan vitamin yang membantu untuk meningkatkan tenaga ?
  
5 Jenis vitamin ini saya akui sangat membantu untuk mengembalikan tenaga yang sering hilang akibat kesibukan tugasan seharian.

ESP - Mengandungi kesemua 9 asid amino penting yang diperlukan tubuh. Membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan imun, mencegah migrain, insomnia dan tekanan.

Vitalea - Mengandungi 12 vitamin dan 7  mineral penting untuk tubuh. Penambahan tenaga segera, kecergassan tubuh, kekuatan mental, membantu sistem memori agar lebih fokus dalam tugas seharian.

Vitamin B Complex - Mengandungi  8 komponen vitamin B yang penting. Ia menukarkan makanan kepada tenaga, membantu penghadaman, menukar lemak sekaligusmengurangkan masalah keletihan.

Alfalfa - Mengandungi nutrisi penting untuk tubuh. Melegakan keletihan.

Ostematrix - Gabungan kalsium dan vitamin D yang membantu penyerapan kalsium dengan berkesan. Meringankan stress, menguatkan tulang,memperbaiki masalah kekejangan. 

Jika anda nak sentiasa cergas, ceria bekerja , marilah bersama amalkan vitamin sebagai suplemen yang membantu tubuh anda kekal sihat secara semulajadi dan selamat.

Hubungi saya Nik Azimah
pm,sms,whatsapp – 017-343 0922.



No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen