Saturday 8 June 2013

B-COMPLEX


B Kompleks tu apa ye? Apa fungsinya??? Saya time baru-baru amalkan Shaklee ni dulu pun saya tak tau, main telan je..yang saya tau B Kompleks ni berupaya untuk kurangkan stress..tapi rupa-rupanya it’s more than that...

Saya petik dari buku Dr Bruce Miller, seorang Pakar Pemakanan Bertauliah di Amerika. Dia bukan seorang Pakar Pemakanan Bertauliah saje, tapi memang banyak jawatan dan kelayakan dia dalam bidang nutrisi, nak tulis pun panjang sangat..heee..

Ok la, di dalam buku Dr Bruce Miller ni diterangkan bahawa B Kompleks ini adalah tergolong di dalam kumpulan nutrisi penting yang diperlukan oleh tubuh seseorang. B Kompleks ni adalah Larut Air yang mudah hilang daripada makanan dan badan. Stress dan penggunaan tenaga fizikal seharian boleh mempercepatkan kadar metabolism kita dan menghilangkan B Kompleks yang ada dalam badan kita. Oleh itu, kita digalakkan mengambil B Kompleks setiap hari.

Sumber-sumber B Kompleks yelah bijirin asli, sayur-sayuran berwarna hijau tua, produk-produk dari haiwan dan sebagainya.

KESAN KEKURANGAN B KOMPLEKS
  • Letih sepanjang masa
  • Cepat marah
  • Darah gemuruh
  • Kemurungan
  • Stress
  • Kurang selera makan
  • Insomnia
  • Sembelit
  • Dan pelbagai masalah kulit..
 Inilah dia rupa B-Kompleks ye kawan2...


B Kompleks tidak memberikan kita tenaga tapi ia diperlukan untuk melepaskan tenaga daripada darah anda. Untuk mendapatkan tenaga daripada gula, badan anda mesti melalui kitaran biokimia “pengeluaran tenaga”. Ini merupakan proses 9 Peringkat yang dikenali sebagai Kitaran Krebs. Pada setiap peringkat utama, tenaga akan dilepaskan daripada gula sambil ia dicernakan. Di sinilah B Kompleks memainkan peranannya. Pada setiap satu daripada 9 reaksi ini, satu atau lebih ahli B Kompleks terlibat dalam pelepasan tenaga. Jika anda tidak mempunyai ahli B Kompleks yang diperlukan, maka anda tidak akan mendapat pelepasan tenaga yang memuaskan. Inilah sebab utama mengapa rungutan seseorang yg mengalami kekurangan B Kompleks ialah keletihan.

AWAS ye!!!..anda kekurangan B Kompleks dalam badan jika anda seorang yang: 
  • Mengambil gula yg tinggi dlm diet harian
  • Minum minuman beralkohol
  • Sering ketegangan mental (stress) dan fizikal
  • Makan sayur yang terlampau lama dimasak
  • Makan makanan tidak dimasak dengan betul
  • Mengambil antibiotic, pil tidur, aspirin, pil kawalan kelahiran
  • Berusia lebih 55 tahun
  • Wanita hamil dan wanita yg menyusukan bayi
  • Dan mereka yang mengamalkan tabiat pemakanan yang buruk.
B Kompleks ni amat penting untuk golongan muda kerana waktu ini lah tubuh sedang mengalami pertumbuhan yang pesat. Apabila kita dah semakin tua, B Kompleks tidak lagi diserap dengan efisyen dan cekap berbanding kita di usia muda dahulu. Kekurangan B Kompleks ini juga mengundang masalah nyanyuk dan keadaan mental yang lain.

Amboi, sedar tak sedar dah panjang lebar ulasan saya..dipendekkan cerita, B Kompleks ni memang penting untuk tubuh kita, nutrisi asas yang kita perlukan dalam seharian.

DTX Complex


7 LANGKAH NAK BUANG TOKSIK | Tanda-tanda toksik berlebihan:

- Sembelit.
- Rasa senak & kembong perut.
- Sakit Kepala Berulang.
- Rasa Lesu & Kurang Tenaga.
- Iritasi, emosi tidak menentu.
- Nafas berbau & najis amat busuk.
- Perut buncit & berat badan naik.
- Mengidam makanan.
- Kulit kusam.

7 LANGKAH MUDAH NAK BUANG TOKSIK.
****************************************
1. Minum banyak air yang bertapis sekurang-kurangnya 3l sehari. Dengan minum banyak air dapat membantu buah pinggang berfungsi dengan lebih baik. Elakkan air-air seperti air bikarbonat, mengandungi kefin yang tinggi, alkohol dan air yang asidic.

2. Bernafas dengan udara yang bersih, di dalam kenderaan atau rumah guna air purifier.

3. Pilih Sayuran & buahan organik dan segar.

4. Bersihkan sayuran, ikan dan sebagainya dengan sempurna

5. Bernafas dengan sempurna (Diagphragmatic Breathing)

6. Senaman secara berkala

7. Pengambilan supplement yang membantu proses detoksifikasi usus & hati.


SUPLEMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK BUANG TOKSIK
******************************************************
1. B-Complex Shaklee (B2, B3, B6, Folic Acid dengan B12 dapat membantu proses detoksifikasi fasa 1 dalam hati).

2. Vita E Shaklee – Antioksida yang tinggi dapat melindungi sel-sel dari rosak disebabkan oleh toksin.

3. Vita C - Penting untuk detoksifikasi fasa 1 dalam hati.

4. Zinc - Penting untuk detoksifikasi fasa 1 dalam hati.

5. ESP- Soy Protein (mengandungi asid amino dimana membantu dalam fasa kedua detoksifikasi.)

6. Liver Detox DTX - mengandungi herba-herba seperti Milk Thistle, Kunyit, Artichoke yang penting untuk membaikpulih sel hati.

7. Herblax - Membersihkan usus.

Jangan BENARKAN TOKSIK berkumpul !


Anda ingin mencuba? Hubungi saya untuk info lanjut & dapatkan konsultasi percuma selepas membuat pembelian dari saya.Jika ada masalah bajet saya ada penyelesaiannya!

-017-343 0922 (sms/whatapps)

Tuesday 4 June 2013

DIET ooo DIET....


JOM DIET BERSAMA PRODUK SHAKLEE
Menarik jugak topik ni...hehehe...mesti ada kat luar sana bercita-cita nak diet atau erti kata lain nak turunkan berat badan....ye la tambah2 lagi kalo nak berumahtangga...mesti nak nampak slim pada hari bahagia kan..?
Di SHAKLEE ada vitamin yang boleh membantu anda mencapai hasrat tersebut tanpa meninggalkan kesan sampingan sama ada jangka masa pendek atau panjang....itu sebenarnya yang kita cari....kalo cepat turun berat badan dan cepat pulak naik kalau berhenti makan vitamin dan menyebabkan badan lemah, sangat produk tu tak elok kan...?
Dengan pengambilan produk Shaklee, anda tak perlu risau...ni saya perkenalkan antara vitamin2 yang berkaitan untuk menjadikan diet anda diiktiraf sebagai diet secara sihat..Jeng...jeng...jeng.....(suspen tak).... 

Shaklee ada vitamin yang boleh membantu anda untuk mengurangkan berat badan secara ideal. Tapi apa yang penting, anda haruslah BERDISIPLIN dalam menjaga pemakanan, minum air 3L sehari (ini sememangnya keperluan asas setiap manusia, juga membantu untuk membakar lemak )dan untuk mendapat kesan yang cepat dan badan yang firm .


3 Langkah untuk Menurunkan Berat Badan dengan Shaklee

LANGKAH PERTAMA : DETOX (HERB-LAX @ ALFALFA)
Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih. baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum.

Apa yang sesuai untuk detox adalah Herb-lax atau Alfalfa. Bagi mereka yang tidak mengalami masalah sembelit boleh cuba Alfalfa. Herb-lax pula sesuai untuk mereka yang mengalami masalah sembelit. Saya tidak menggalakkan Herb-lax diambil oleh ibu-ibu yang menyusu kerana bimbang akan memberi kesan cirit birit kepada anak.
LANGKAH KEDUA : MEMECAHKAN LEMAK (LECITHIN @ OMEGA GUARD)
Proses memecahkan lemak boleh dilakukan dengan mengambil Lecithin atau omega. Lecitin dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak, dalam perkataan ringkasnya,ia menyebabkan lemak tu terapung di dalam darah, dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membran. Lecitin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan.

Walau apa juga supplemen yang anda makan untuk kurus anda haruslah menjaga pemakanan seharian anda, jangan makan sesuka hati. Kena kurangkan lemak dan minyak , rajin bersenam dan banyakkan minum air. Sekurang-kurangnya 3L sehari.
 

LANGKAH KETIGA : MEMBINA OTOT DENGAN PROTEIN (ESP @ CINCH)

Protein sangat diperlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%.

Untuk protein terbaik, anda boleh memilih samada Cinch Shake atau jika anda ibu yang menyusukan anak, jangan ambil Cinch Shake ni, tapi gantikan dengan ESP/ MealShake (ESP juga membantu mempercepatkan penghasilan susu badan)

Kenapa perlu mengambil protein? Kerana apabila lemak diuraikan daripada badan, otot diperlukan untuk menggantikan ruangan yang kosong itu bagi mengelakkan kulit kelihatan tidak bermaya, lembik dan kusam. Bagi anda yang sedang dalam proses mengawal berat badan,pastikan protein terkandung dalam setiap makanan anda. Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak.
Selamat berdiet untuk anda...semoga usaha membuahkan hasil yang memuaskan.... 




Saturday 1 June 2013

Perokok

Set Vitamin untuk Perokok

Jika anda adalah perokok yang cuba atau ingin berhenti merokok atau mahukan suami, ayah, abang, adik atau org tersayang anda untuk berhenti merokok sila bca sampai habis.
Berikut adalah hasil perkongsian Rakan Shaklee Golden Lounge:

Salam warga SGL semua.. Saya ingin berkongsi vitamin yg bersesuaian untuk perokok. Alhamdulillah suami saya yg dulunya seorang perokok tegar kini sudah berhenti merokok sejak Ramadhan lepas. Sesiapa nak cuba ini hanya 1 bentuk usaha bukan jamin 100% mereka akan berhenti. Jika tak berhenti pun mereka akan mendapat kesihatan yang lebih baik. In Sha Allah...

Basically sila detox dulu dengan dtx complex kerana hati perokok tegar ni jika di scan ianya akan berwarna lebih gelap berbanding dengan yg tidak merokok.

Dalam masa yang sama ambil vitamin C kerana perokok akan banyak kehilangan vitamin C dalam tubuh sepanjang aktiviti merokok. Nikotin mempengaruhi metabolisme tubuh yang menyebabkan tubuh kita tidak mampu menyimpan vitamin C dengan baik. Jadi perokok perlu mengambil vitamin c dengan kadar yang banyak untuk membersihkan nikotin dalam darah.

Artikel kajian perokok di US ada menyatakan :

Spray vitamin C into the back of the mouth and throat each time you want a cigarette. (Drug and Alcohol Dependence, 1993:337, p 211-213.)

So tak perlulah susah2 nak beli vitamin c spray ni coz harga pun agak mahal & sukar didapati. Amik la Sustained Released Shaklee Vitamin C. Seeloknya hancurkan dalam air & minum setiap kali selepas merokok. Bila nikotin dalam darah sudah disingkirkan sedikit demi sedikit maka akan kurang la kebergantungan badan si perokok terhadap nikotin itu. Seterusnya in Sha Allah keinginan terhadap nikotin akan berkurangan.

Antara supplemen lain yang dicadangkan :

1) Vivix - Mengimpak 4 mekanisma utama penuaan selular
2) Nutriferon - Merangsang sistem imun
3) Vitamin C - Antioksidan. Merokok mengurangkan vitamin C secara mendadak
4) B-Complex - Perlu dalam sistem selular enzim perokok yang rosak
5) Caratomax - Pemulihan membran mukosa. Perlindungan peparu
6) Alfalfa - Detoksifikasi yang melindungi peparu, hati, otak, tisu

7) DTX Complex - Detoksifikasi yang melindungi peparu, hati, otak, tisu


Korang x perlu ambil semua seperti yang dicadangkan. Pilih lah yang penting dahulu..  Nak tahu apa yg penting hubungi saya utk maklumat lanjut.

X rugi korang mencuba mengambil vitamin ini compare dengan duit yg telah dibazirkan utk rokok yg langsung tidak mendatangkan faedah tu..


Perut Buncit



Ramai yang mungkin sedar perubahan fizikal badan mempengaruhi cara pembawakan diri seseorang apabila berdepan dengan orang ramai.

Perubahan fizikal seperti ‘perut buncit’ kadang-kadang membuatkan seseorang itu berasa malu atau tidak mempunyai keyakinan diri apabila ingin menonjolkan diri di khalayak ramai.

Malah, apabila tidak mempunyai fizikal yang menarik seperti artis atau pembina badan, mungkin akan membuatkan individu itu berasa lebih tersisih dan berfikir negatif setiap masa.

Pun begitu, terdapat cara yang sesuai untuk lelaki mahu pun wanita untuk mengatasi masalah  mempunyai perut buncit. Tidak salah untuk mencubakan? Antara cara-cara untuk mengempiskan perut adalah:

1. Minum air masak yang banyak.
Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.

2. Makan perlahan-lahan.
Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.

3. Kurangkan garam dalam makanan.
Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk.

4. Makan makanan yang penuh serat.
Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan ini.

5. Kesan pengambilan ubat.
Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.

6. Hindari sembelit.
Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan dan hanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan.

7. Lakukan senaman atau bersukan.
Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak. Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.

Selamat mencuba!