Saturday 8 June 2013

B-COMPLEX


B Kompleks tu apa ye? Apa fungsinya??? Saya time baru-baru amalkan Shaklee ni dulu pun saya tak tau, main telan je..yang saya tau B Kompleks ni berupaya untuk kurangkan stress..tapi rupa-rupanya it’s more than that...

Saya petik dari buku Dr Bruce Miller, seorang Pakar Pemakanan Bertauliah di Amerika. Dia bukan seorang Pakar Pemakanan Bertauliah saje, tapi memang banyak jawatan dan kelayakan dia dalam bidang nutrisi, nak tulis pun panjang sangat..heee..

Ok la, di dalam buku Dr Bruce Miller ni diterangkan bahawa B Kompleks ini adalah tergolong di dalam kumpulan nutrisi penting yang diperlukan oleh tubuh seseorang. B Kompleks ni adalah Larut Air yang mudah hilang daripada makanan dan badan. Stress dan penggunaan tenaga fizikal seharian boleh mempercepatkan kadar metabolism kita dan menghilangkan B Kompleks yang ada dalam badan kita. Oleh itu, kita digalakkan mengambil B Kompleks setiap hari.

Sumber-sumber B Kompleks yelah bijirin asli, sayur-sayuran berwarna hijau tua, produk-produk dari haiwan dan sebagainya.

KESAN KEKURANGAN B KOMPLEKS
  • Letih sepanjang masa
  • Cepat marah
  • Darah gemuruh
  • Kemurungan
  • Stress
  • Kurang selera makan
  • Insomnia
  • Sembelit
  • Dan pelbagai masalah kulit..
 Inilah dia rupa B-Kompleks ye kawan2...


B Kompleks tidak memberikan kita tenaga tapi ia diperlukan untuk melepaskan tenaga daripada darah anda. Untuk mendapatkan tenaga daripada gula, badan anda mesti melalui kitaran biokimia “pengeluaran tenaga”. Ini merupakan proses 9 Peringkat yang dikenali sebagai Kitaran Krebs. Pada setiap peringkat utama, tenaga akan dilepaskan daripada gula sambil ia dicernakan. Di sinilah B Kompleks memainkan peranannya. Pada setiap satu daripada 9 reaksi ini, satu atau lebih ahli B Kompleks terlibat dalam pelepasan tenaga. Jika anda tidak mempunyai ahli B Kompleks yang diperlukan, maka anda tidak akan mendapat pelepasan tenaga yang memuaskan. Inilah sebab utama mengapa rungutan seseorang yg mengalami kekurangan B Kompleks ialah keletihan.

AWAS ye!!!..anda kekurangan B Kompleks dalam badan jika anda seorang yang: 
  • Mengambil gula yg tinggi dlm diet harian
  • Minum minuman beralkohol
  • Sering ketegangan mental (stress) dan fizikal
  • Makan sayur yang terlampau lama dimasak
  • Makan makanan tidak dimasak dengan betul
  • Mengambil antibiotic, pil tidur, aspirin, pil kawalan kelahiran
  • Berusia lebih 55 tahun
  • Wanita hamil dan wanita yg menyusukan bayi
  • Dan mereka yang mengamalkan tabiat pemakanan yang buruk.
B Kompleks ni amat penting untuk golongan muda kerana waktu ini lah tubuh sedang mengalami pertumbuhan yang pesat. Apabila kita dah semakin tua, B Kompleks tidak lagi diserap dengan efisyen dan cekap berbanding kita di usia muda dahulu. Kekurangan B Kompleks ini juga mengundang masalah nyanyuk dan keadaan mental yang lain.

Amboi, sedar tak sedar dah panjang lebar ulasan saya..dipendekkan cerita, B Kompleks ni memang penting untuk tubuh kita, nutrisi asas yang kita perlukan dalam seharian.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen