Thursday 17 April 2014

B Compleks

Assalamulaikum...
Pagi ini rasa nak share pasal vitamin B Compleks pulak rasanya...ada yg panggil vitamin anti-stress...meh kita tgk dulu mcm mana rupanya....


Ada segelintir yg mengatakan vitamin b-complex boleh menyebabkan kegemukan kerana selera makan juga akan naik, sebenarnya ini adalah mitos semata2 kerana dgn pengambilan vitamin yg betul, b complex sebaliknya mempunyai byk kebaikan utk sistem dalaman kita.

B- Complex terkenal sebagai supplemen anti-stress, dengan mengambilnya sebiji sehari terutama pada wanita selepas pantang dapat mengurangkan tekanan dan mengelakkan masalah depresi atau tekanan..

Vitamin B kompleks adalah merupakan gabungan dari beberapa vitamin yang larut air. Komponen B kompleks terdiri daripada:
1. B1 (thiamin)
2. B2 (riboflovin)
3. B3 (niacin)
4. B5
5. B6 (pyridoxine)
6. B12 (cobalamine)
7. Acid folic
8. Asid panthothenic
9. Biotin

Setiap komponen dalam vitamin B kompleks memiliki fungsi khusus. Vitamin ini membantu dalam fungsi sistem pertahanan tubuh dan saraf yang sihat. Ia juga membantu dalam penghasilan sel darah merah dan mampu mencegah anemia.

Kekurangan vitamin B kompleks boleh melemahkan sistem saraf dan mengganggu fungsi otak yang mana akan meningkatkan lagi risiko penyakit jantung. Kekurangannya juga boleh menyebabkan pembentukan sel abnormal dan boleh mengakibatkan anemia.

Selain itu, kekurangan vitamin B kompleks juga dikaitkan dengan masalah seperti depresi dan kehilangan memori. Terdapat beberapa keadaan di mana kekurangan vitamin B kompleks akan menimbulkan masalah kesihatan seperti keletihan, sesak nafas, insomnia, kurang konsentrasi dan mudah tersinggung.

Untuk pesanan :
sms/call 017 3430922
email : nik_azimah81@yahoo.com

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen