Monday 21 April 2014

Tips : Penjagaan Rambut

Penjagaan rambut adalah penting sangat penting untuk memastikan kulit kepala dan rambut sentiasa sihat. Rambut yang sering kali jatuh pastinya membuatkan kaum wanita bimbang.

Berikut merupakan beberapa panduan yang boleh digunakan oleh wanita bertudung untuk mengelakkan masalah keguguran rambut.
 
  • Elakkan mencuci rambut secara kerap - Wanita tidak perlu mencuci rambut secara kerap atau   setiap hari kerana ia menjadikan rambut menjadi tidak sihat. Jika anda mencuci rambut pada waktu pagi, pastikan anda mengeringkan rambut anda terdahulu sebelum memakai tudung. Selain itu, guna lah shampoo atau pencuci rambut yang bersesuaian dengan anda dan pastikan shampoo tersebut berkesan dalam penjagaan rambut anda. Waktu yang ideal untuk mencuci rambut adalah pada waktu petang atau malam iaitu setelah anda melakukan kerja harian anda.

  • Keringkan Rambut - Perkara ini penting dalam memastikan rambut sentiasa sihat dan tidak gugur. Anda boleh menggunakan pengering rambut jika anda mengejar masa. Tambahan lagi, rambut memerlukan masa yang agak lama untuk kering oleh itu pastikan rambut kering sebelum memakai tudung. Anda juga tidak perlu mengikat rambut ketika ianya masih basah dan biarkan rambut lepas bebas oleh itu ia akan mengering secara semulajadi. Dengan itu, rambut anda akan lebih terjaga dan mengurangkan kegatalan di kepala serta rambut gugur.

  • Gunakan Shampoo Yang Sesuai - Adakah anda menggunakan shampoo yang sesuai pada masa sekarang? Jika tidak anda perlu memilih produk shampoo yang mampu menjaga kesihatan kulit dan rambut anda dan gunalah shampoo yang boleh menyelesaikan masalah rambut anda seperti kelemumur atau kulit kepala gatal. Anda boleh memilih pelbagai produk shampoo dan adalah lebih baik jika produk tersebut berasaskan semulajadi dan herba kerana ia akan menjaga rambut anda lebih baik.

  • Anda Perlu Rehat - Setelah anda membuka tudung ketika berada di rumah adalah lebih baik kerana ia akan memberikan masa untuk kulit rehat dan mengeringkan peluh di kulit kepala. Buka ikatan rambut serta ia akan menyebabkan angin meresap ke kulit kepala. Oleh itu, rambut anda akan lebih terjaga dan sihat sepanjang masa. Masa yang ideal untuk merehatkan rambut adalah setengah jam dan kuncinya adalah rehat.

  • Tidak Melengahkan Masa - Jika anda mengalami masalah rambut, anda seharusnya tidak melengahkan masa kerana ia akan menyebabkan masalah rambut akan menjadi rumit. Selain itu, ia juga akan mendatangkan bau rambut yang tidak selesa kerana faktor berpeluh yang berlaku di kulit kepala anda.anda boleh menggunakan khidmat nasihat daripada pakar rambut yang menyediakan perkhidmatan rambut atau menggunakan produk herba yang mudah diperolehi dalam pasaran. Namun pastikan ianya tulen, halal dan tidak memudaratkan kesihatan anda.

  • Selamat mencuba!
     

    No comments:

    Post a Comment

    Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen