Saturday 3 May 2014

Cara Mengatasi Kaki Bengkak Semasa Hamil

Memang tidak boleh dielakkan kaki akan membengkak bila seseorang itu hamil..kadang-kadang kandungan seawal 5 bulan pun kaki dah mula membengkak atau sembab...


Bila kaki dah mula membengkak,mmg sukar nak memilih sepatu yang bersesuain dengan ibu2 hamil. Majoriti ibu-ibu hamil mmg akan mengalami masalah ini. 

Kaki bengkak memang masalah biasa bagi wanita hamil. Kaki mudah bengkak kerana harus menanggung beban tubuh yang bertmabah kerana faktor kehamilan. Berikut antara tip yang boleh anda jadikan panduan untuk mengatasi masalah ini.
  • Manjakan kaki anda. Bagaimana? Siram kaki dengan air sejuk perlahan-lahan bermula dari tapak kaki kemudian ke lutut dan paha. Ulangi selama beberapa minit sambil menggerak-gerakkan jari kaki anda. Selepas itu, amalkan merendam kaki anda di dalam air suam yang dicampur sedikit garam atau limau nipis.
  • Rajin mengurut lembut kaki dengan cara menekan tapak kaki menggunakan minyak bayi atau losyen setiap pagi atau malam sebelum tidur. Cara ini membantu kaki daripada bengkak sekaligus menjaga kesihatan kaki sepanjang hamil.
  • Dapatkan pemeriksaan doktor jika masalah bengkak yang anda alami agak berlainan disamping peningkatan berat tubuh yang keterlaluan iaitu lebih 1 kg setiap minggu. Anda harus berhati-hati dengan keadaan ini kerana dikhuatiri ia disebabkan gejala lain yang mungkin membahayakan anda dan kandungan.
  • Letakkan kaki di atas bantal semasa berbaring atau berehat. Tidur dengan pelbagai posisi, elakkan kaki daripada berada dalam posisi yang sama untuk jangka waktu yang lama bagi mengurangkan tekanan pada pembuluh darah.
  • Jangan berdiri atau duduk dalam posisi yang sama untuk jangka waktu yang lama. Banyakkan bergerak supaya pengaliran darah tidak terganggu. Amalkan senaman secara teratur juga membantu.
  • Gunakan kasut tumit rendah bagi membantu keseimbangan tubuh dan kaki.
  • Banyakkan berehat terutama jika anda terlalu sibuk dengan kerja, seringlah berhenti untuk setiap 10 minit sekali bagi merehatkan tubuh untuk melancarkan sistem perjalanan darah.
Kurangkan pengambilan garam dalam makanan kerana ia boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan lebih mudah membuat kaki menjadi bengkak.

Penyebab kepada kaki bengkak
 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms/call/whatapps ke 017 3430922 atau email nik_azimah81@yahoo.com untuk maklumat lanjut.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen