Monday 9 June 2014

Beza B Complex Shaklee dan Asid Folik

Asid folik atau folate adalah vitamin B9 yang selalunya dijumpai di dalam sayuran hijau, jus buahan dan bijiran. Asid folik diperlukan terutamanya semasa anda merancang untuk hamil, dan 3 bulan pertama selepas hamil. Ia boleh mengurangkan risiko untuk mendapat anak yang cacat terutamanya kecacatan saraf (NTD), otak (anencephaly) dan saraf tunjang (spina bifida). Kajian telah menunjukkan bahawa, kecacatan ini boleh dikurangkan sehingga 70% jika para ibu mengambil asid folik yang secukupnya.

Anenchephaly adalah nama diberikan kapada bayi yang tidak mempunyai tisu otak dan akan mati sejurus sahaja ia dilahirkan. Spina bifida pula adalah kecacatan saraf tunjang yang boleh menyebabkan lumpuh, masalah usus, pundi kencing dan kecacatan otak.
 
Risiko-risiko yang boleh menjurus kepada neural tube defect (NTD):
  •     Keluarga yang pernah mengalami NTD
  •     Pernah hamil anak yang mengalami NTD
  •     Mengambil ubat sawan
  •     Kencing manis
  •  Semua wanita yang merancang untuk hamil disarankan untuk mengambil asid folik sekurang-kurangnya 4 mg dan 8 mg semasa hamil untuk mengurangkan risiko tersebut.
Vitamin B-complex merupakan vitamin yang diperlukan setiap hari bagi menyokong system saraf dan metabolisme yang sihat. Vitamin B mempunyai fungsi yang sangat hebat termasuk pengeluaran hormone, pembentukan sel2 darah merah, penghasilan tenaga untuk sel dan mengekalkan sarafdan kulit yang sihat.
Setiap kumpulan  B-kompleks mempunyai struktur yang unik dan menjalankan fungsi-fungsi yang unik dalam tubuh manusia.

1) Vitamin B1, B2, B3, dan Biotin mengambil bahagian dalam pelbagai aspek pengeluaran tenaga iaitu member tenaga dan mengurangkan keletihan.
2)   vitamin B6 adalah penting untuk metabolisme asid amino.
3) vitamin B12 dan asid folik memudahkan langkah-langkah yang diperlukan untuk pembahagian sel. 

Untuk pengetahuan, kebiasaannya ibu-ibu mengandung akan diberikan vitamin B-Complex & asid folik apabila membuat pemeriksaan di klinik kerajaan. Namun, tidak ramai yg tahu vitamin B complex tersebut tidak merangkumi 8 kumpulan B yg utama yang penting iaitu :

1)      B1 - Thiamin
2)      B2 - Riboflavin
3)      B3 - Niacin
4)      B5 - Panthothenic Acid
5)      B6 - Pyridoxine
6)      B7 - Biotin
7)      B9 - Folic Acid
8)      B12 - Cyanocobalamin

Vitamin B-complex yang dibekalkan percuma dari Klinik Kerajaan hanya merangkumi 3 jenis kumpulan vitamin B iaitu B1 - Thiamin, B2 - Riboflavin & B3 - Niacin. Apabila si ibu mengambil vitamin B-complex dari KK & asid folic, mereka masih kurang B5 - Panthothenic Acid, B6 - Pyridoxin, B7 - Biotin & B12 - Cyanocobalamin. Bagi ibu hamil pengambilan vitamin B-Complex ini sangat penting terutamanya kepada mereka yg menghidap Diabetes. Hanya 1 tablet sehari diperlukan.

Teruskan pengambilan B Complex sehingga selepas bersalin iaitu ketika dalam pantang kerana B-Complex juga bertindak sebagai penenang/anti stress, jadi ibu selepas bersalin boleh mengelak dari terkena penyakit 'meroyan'.  Selain itu, bagi ibu menyusukan anak dengan susu badan, si manja juga dapat menikmati khasiat vitamin ini dengan kadar berpatutan seterusnya meningkatkan seri wajah ibu selepas bersalin.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms/call/whatapps ke 017 3430922 atau email nik_azimah81@yahoo.com untuk maklumat lanjut.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen