Tuesday 30 September 2014

Petua untuk Elakkan Gastrik

Assalamulaikum semua...pernah dilanda gastrik tak?malam ni nak cerita pasal petua atau tip untuk kurangkan gastrik sebab saya memang ada gastrik sejak dari universiti lagi. Sebabnya tak berselera nak makan tambah-tambah lagi bila dekat nak exam...so sampai sekarang pun masih terbawa-bawa lagi walaupun sudah menjadi ibu kepada 3 orang anak...

Dah tak lama nak raya kan?pastinya tak mahu gastrik melanda..kalau tak, memang tak terasa kemeriahan nak raya. Ermmm bagi yang dilanda angin gastrik tu,meh saya bagi sket petua supaya dapat mengelakkan gastrik tu dari semakin menjadi-jadi a.k.a makin sakit. Tapi dimaklumkan awal-awal ya,ini berdasarkan pengalaman saya sendiri dan petua dari orang-orang terdekat. Jadi mungkin juga ada petua yang tidak mujarab untuk kamu.

1. Elakkan meminum air sejuk ketika dilanda gastrik
Kalau tidak sakit boleh saja minum banyak mana pun. Sebab wap sejuk tu boleh menyebabkan angin dan mungkin akan menyesakkan perut dan boleh menyebabkan perut rasa senak,kurang selesa dan sukar untuk bernafas. Jadi apa mau buat ni? Ok, oleh kerana tidak boleh minum air sejuk,so minum la air suam atau air susu suam. Ada juga sesetengah yang bila minum susu makin senak perut,saya pun pernah rasa macam tu tau. Dari pengalaman saya,kalau minum susu yang berkrim memang mudah senak perut tapi kalau minum fresh milk(air) atau jenis tepung boleh kurangkan senak perut tu.

2. Makan madu dan air suam
Madu tu kalau boleh madu asli,lagi berkesan. Oh ya,kena pakai sudu plastik tau.(saya lupa sudah kenapa mesti pakai sudu plastik.Kalau ada yang tau boleh jelaskan diruang komen)

3. Elakkan makan makanan berminyak

4. Jangan mandi menggunakan air sejuk
Sebabnya sama macam minum air sejuk tadi,boleh menyebabkan kesenakan perut semakin menjadi-jadi.  Kalau gastrik makin menjadi-jadi boleh buat badan rasa lemas, sesak nafas dan pitam tau.

5. Makan habbatussauda a.k.a jintan hitam
Habbatussauda ni macam yang kita sedia maklum boleh membantu kesembuhan pelbagai penyakit(dgn izin Allah). Saya tidak pernah mencuba tetapi dari pengalaman kawan saya memang berkurang sakit kalau makan ni sebab lepas makan tu memang badan akan mengeluarkan angin samada dari mulut atau dari bahagian bawah tu. :-)

6. Pakai stoking
Bagi yang senang masuk angin dalam badan,bahagian kaki harus dijaga sebab angin paling senang masuk dari bahagian kaki. So kalau rasa kaki sudah mula sejuk-sejuk tu pakai la stokin. 

7. Sapu minyak angin
Oh ya,bila gastrik melanda sebaiknya sapu minyak angin dekat bahagian perut dan kaki untuk melegakan kesenakan perut,buat perut rasa panas dan membuang angin dalam perut. Kadang-kadang gastrik ni disebabkan oleh angin juga tau. Minyak gamat adalah antara minyak angin paling berkesan untuk melegakan gastrik. Minyak ni banyak kegunaannya dan ia juga dibacakan ayat Al quran untuk membantu kesembuhan. Tapi minyak ni tidak boleh dilangkah dan harus membaca selawat sebelum menyapukannya pada bahagian yang sakit.

Ok itu saja petua yang dapat saya kongsikan dan seperti yang kita ketahui penyakit dan kesembuhan dari penyakit tu semua dengan izin Allah,so selain mengamalkan petua ni kita berdoa la juga minta kesembuhan. Hopefully,dapat ilmu ni sedikit sebanyak dapat membantu semua. 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Rakan Shaklee Anda 
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805) 
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922 
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com 
♥ FB Page: Peminatvitamin 
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat

Set Gemuk Shaklee

Dalam kita berusaha nak turunkan berat badan, ada juga yang PM tanya untuk gemukkan badan...jangan risau...di Shaklee macam-macam suplemen ada ...

Set gemuk atau lebih ramai menggelarkannya sebagai set tambah berat badan bagi yang terlalu kurus. Macam mana nak tahu berat badan kita ideal atau tidak? Anda sebenarnya boleh mengiranya sendiri dengan menggunakan jadual dibawah. Tapi kalau malas, boleh je pergi mana tempat alat timbang berat yang ada sekali ngan bmi index ni, nanti dapat result dan bmi index kita.  

Antara suplemen yang diperlukan untuk menambahkan berat badan adalah Vitalea, B Complex dan Meal Shakes

Vitalea Iron Formula - Multivitamin yang hebat sebagai suplemen seimbang dan komprehensif bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang deperlukan. Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik dan mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan tisu.

Vitamin B complex - mengandungi 8 jenis vitamin B yang penting untuk badan. mengawalatur kadar metabolisme dalam badan, menggalakkan kesihatan sistem kardiovaskular, mengurangkan rasa letih, tekanan perasaan dan meningkatkan sistem pertahanan badan.

Meal Shakes - Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik. Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.Membekalkan 35% atau lebih nilai harian bagi 19 vitamin dan mineral yang penting. sumber yang kaya kalsium, fiber dan protein. 

Anda perlu mengambil Vitalea, B Complex dan Meal Shakes mengikut jadual yang telah disediakan. Kebiasaannya pengguna yang mengamalkan produk yang dicadangkan akan naik dalam lingkungan 2kg selepas sebulan.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Rakan Shaklee Anda 
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805) 
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922 
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com 
♥ FB Page: Peminatvitamin 
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat

Monday 29 September 2014

Antara Lemak dan Jantung

Selamat malam semua
Seperti yang kita semua maklum, jantung merupakan organ terpenting di dalam badan seseorang. Tanpa denyutan jantung, maka berakhirnya riwayat hidup seseorang. Oleh itu, marilah kita menjaga kesihatan jantung kita dengan mengamalkan tips seperti berikut:-

1. Berat badan
Berat badan memainkan peranan penting dalam usaha menjaga kesihatan kita. Seperti yang dimaklumkan, berat badan yang belebihan boleh menyumbang kepada pelbagai penyakit seperti darah tinggi, kencing manis dan sebagainya. Kegemukan terjadi apabila seseorang itu mengambil permakanan secara berlebihan dan tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat. Mereka mengambil makan secara berlebihan, kemudian tidak bergiat aktif seperti bersenam, maka kalori yang terkandung dalam makanan itu berubah menjadi lemah dan terkumpul di bahagian-bahagian badan seperti perut, paha, jantung dan sebagainya. Apabila lemak-lemak ini terkumpul pada jantung, ianya akan mengganggu gerak kerja jantung dan akhirnya menyebabkan penyakit jantung.
2-Makanan
Makanan memainkan peranan dalam kesihatan kita. Ramai yang ingin mengurangkan berat badan mereka tetapi tidak menggunakan cara yang betul. Rata-rata kebanyakan mereka lebih mempercayai ubat-ubatan dari mengawal secara fizikal. Makanan yang kaya lemak seperti mentega, keju, minyak, dan makanan bersantan boleh menyebabkan kegemukan jika diambil secara berlebihan. Pengidap sakit jantung sering dinasihati supaya mengambil sedikit sahaja makanan berlemak. Mereka juga dinasihati supanya mengelak dari mengambil makanan yang mengandungi kolesterol seperti telur, hati, otak dan sebagainya. Bagi mereka yang mengambil alkohol dinasihati untuk berhenti demi kesihatan tubuh badan mereka.
Oleh itu, pengambilan makanan yang dimasak secara panggang atau kukus itu lebih baik kerana ianya mengandungi kadar kolesterol dan lemak yang sikit. Mengambil banyak sayur-sayuran hijau dan buah-buahan juga diperlukan untuk menjamin kesihatan dan kesejahteraan hidup.

3-Rokok
Ramai pengidap penyakit jantung merupakan seorang perokok. Seperti yang kita tahu, setiap sebatang rokok mengandungi pelbagai bahan kimia seperti butana yang digunakan dalam minyak petrol, minyak tar yang digunakan dalam membuat jalan dan sebagainya. Risiko perokok tegar untuk mengidap pelbagai penyakit lebih tinggi berbanding mereka yang bukan perokok. Dan rokok juga merupakan salah satu pembaziran dalam hidup kita.

4-Senam
Aktiviti bersenam seperti berjoging, mengayuh basikal, berjalan merupakan cara yang terbaik dalam menjaga kesihatan dan baik bagi mereka yang mengidap penyakit jantung. Senaman yang teratur dapat mengurangkan risiko penyakit jantung dan menjadikan tekanan darah turun sekaligus melancarkan pengedaran darah ke seluruh tubuh badan.

5-Gaya hidup
Amalan dan cara hidup seseorang memainkan peranan pada kesihatan seseorang itu. Gaya hidup itu meliputi tabiat seseorang itu seperti merokok, permakanan, aktiviti bersenam dan sebagainya. Gaya hidup yang tidak sihat seperti malas bersenam, mengambil makanan berlemak secara berlebihan, merokok dan sebagainya boleh menyumbang kepada penyakit jantung. Oleh itu, kita perlu mengubah cara hidup kita demi kesejahteraan hidup kita.

Oleh itu, penjagaan jantung amat penting kerana sekiranya jantung kita tidak berfungsi, kita boleh dikira mati kerana kegagalan jantung berfungsi menyebabkan darah gagal sampai ke otak sekaligus menyebabkan otak kita mati dan berakhir dengan kematian…

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Rakan Shaklee Anda 
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805) 
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922 
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com 
♥ FB Page: Peminatvitamin 
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat

Alfalfa Compleks BUKAN MILK BOOSTER Terbaik untuk Ibu Menyusu?

Assaalamulaikum semua..
Pagi ini entri berkisar mengenai salah satu suplemen untuk penyusuan iaitu Alfalfa Compleks. Ia memang famous dan dikenali sebagai raja tumbuhan.

Jom kita tengok kenapa Alfalfa ini istimewa jika dibandingkan dengan alfalfa yang lain. Ini adalah di antara sebab-sebabnya:-

1.  Sumber terbaik dari daun alfalfa (tanpa akar dan batang)
2.  Alfalfa Shaklee ditanam tanpa semburan bahan kimia
3.  Di sediakan dalam dua pek bersaiz 330 biji dan 700 biji  
4.  Pil boleh dihancurkan dan dicampur dengan air sebagai minuman herba semulajadi
5.  Tidak memberi mudarat kepada bayi yang menyusu seperti panas dan cirit-birit
6.  Alfalfa Shaklee tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet tiruan.
7.  Membersihkan hati dan terbaik untuk membuang toksin (detox)
8.  Membantu melengkapakan zat dan nutrient dalam pemakanan seseorang
 
Hari ini saya nak clearkan segala kemusykilan anda sama ada Alfalfa ni baik atau tidak untuk ibu menyusu. Jangan risauuuu...Alfalfa sebenarnya telah digunakan sejak berzaman lagi sebagai milk booster. Ia memang sudah terkenal di barat dengan fungsinya untuk meningkatkan susu ibu. 

Kenapa label tu cakap tak sesuai untuk ibu menyusu pulak? Sebenarnya, label tersebut ditulis begitu kerana ujian terhadap alfalfa tidak dibuat ke atas ibu mengandung dan menyusu. Menurut undang-undang pelabelan, produk yang mana ujian klinikal tidak dijalankan ke atas golongan hamil dan menyusu bayi, harus memasukkan pernyataan tersebut di dalam labelnya. Shaklee mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan bagi menjaga kredibiliti dan kualitinya. Oleh itu, beberapa produk seperti Alfalfa, Omega Guard dan Vivix dilabelkan sedemikian bagi mematuhi rules & regulation ini. OK? Harap dapat menjelaskan segala kemusykilan anda yer!! :)

Cara pengambilan Alfalfa memang terdapat pelbagai versi. Tak kisah macam mana pon, terpulang dan anda bebas mengikut kesukaan anda asalkan mengikut cara yang betul (tu yang bestnyer). Berikut adalah cara-cara makan Alfalfa sebagai panduan tambahan:-
  • Untuk mereka yang baru berjinak-jinak dengan Alfalfa Shaklee ni, cuba mulakan dengan dos yang sedikit seperti 2 biji pagi dan 2 biji tengah hari
  • Bila dirasakan sesuai dengan diri anda, boleh tambahkan dos untuk mencapai kesan yang lebih efektif dan optimum (ingat paling banyak 10 biji je sehari yer)
  • Digalakkan mengambil pada waktu siang kerana pengambilan suplemen memerlukan anda untuk minum banyak air untuk keberkesanannya. Jika anda makan dan tidur, sudah tentulah anda kurang minum air pada waktu tidur anda kan
  • Boleh dimakan ketika perut kosong
  • Tidak digalakkan makan bersama vitamin E kerana boleh mengganggu penyerapan vitamin tersebut
Untuk para ibu yang masih lagi tercari-cari milk booster boleh la mencuba Alfalfa Compleks....hasilnya pasti tidak menghampakan. Selain untuk milk booster, ada bonus sampingan yang lain...

milk booster terhebat

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

  
Rakan Shaklee Anda 
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805) 
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922 
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com 
♥ FB Page: Peminatvitamin 
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat

Sunday 28 September 2014

Kalsium dan Kepentingannya

Kalsium dan magnesium akan saling membantu dalam penyerapannya bila terdapat dalam jumlah yang cukup dan seimbang. Ditinjau dari lingkungan fungsi dan prosesnya, kedua mineral tersebut bekerja secara berlawanan (antagonistik). Magnesium terdapat di dalam sel (intraselular), sedangkan kalsium banyak terdapat di luar sel (ekstraselular). Fungsi magnesium dalam metabolisme sel ialah meningkatkan tenaga dalam tubuh.
 
Kalsium amatlah penting terutamanya untuk:-
 
1. Menguatkan tulang
- kalsium berupaya menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi dan sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, kuku rapuh, eczema, kekejangan, gusi berdarah dan merangsang memekatkan darah.
 
2. Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas
- Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan artritis.
 
3. Meringankan stres
- Ianya mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, penenang saraf, memperbaiki jantung berdebar mimpi buruk dan stress.
 
4. Memperbaiki masalah haid
- Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1,000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil.
 
5. Pengalkalian tubuh
- Kalsium adalah mineral alkalin, dan ianya berkesan memastikan imbangan PH tubuh. Ianya juga menghalang obesity di waktu umur tua. Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrient dan merangsang detoksifikasi.
 
Cadangan pengambilan:-
 
-Untuk pemeliharaan kesihatan : 2 kali sehari, 2 tablet setiap kali lepas makan
- Untuk masalah haid, kehamilan, stress, kekejangan dan kebas-kebas : 2 kali sehari, 3 tablet setiap kali
- Untuk tulang retak, osteoporosis : 3 kali sehari, 4 tablet setiap kali
 
 
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 
Rakan Shaklee Anda
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805)
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com
♥ FB Page: Peminatvitamin
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat

Kenapa Terjadinya Sakit Belakang dan Rawatannya

Penahkah anda merasa sakit belakang? Jika jawapannya adalah YA, maka itu menandakan ada yang tidak kena dengan saraf kita. Saraf sihat sepatutnya bergerak bebas di dalam badan bagi memastikan bekalan darah, pertukaran cecair badan dan khasiat makanan berlaku dengan sempurna.

Kenapa terjadinya sakit belakang?Antara faktor penyumbang kepada masalah sakit belakang ialah postur (kedudukan) badan yang tidak betul, melakukan aktiviti di luar kebiasaan dan mengamalkan gaya hidup tidak aktif. Malah, terlalu banyak rehat juga boleh menyebabkan kita mengalami sakit belakang kerana badan manusia dicipta untuk kita bergerak aktif; bukan berehat santai sepanjang masa. 
Bahkan duduk terlalu lama juga boleh menyebabkan kita sakit belakang kerana ketika duduk, kita memberi tekanan paling tinggi kepada bahagian bawah tulang belakang. Tulang belakang adalah struktur yang boleh dilentur sehingga tahap tertentu. Inilah sebabnya kita boleh membongkok atau membengkokkan badan ke kiri dan kanan. 
Ia terdiri daripada 33 tulang vertebra yang dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu vertebra servikal (tujuh tulang pertama bermula di bahagian bawah tengkorak), 12 tulang vertebra torasik, lima tulang vertebra lumbar (pada bahagian bawah belakang badan) serta lima tulang sakrum dan empat tulang koksiks yang bercantum. 
 
Antara faktor penyumbang sakit belakang ialah: 
  • Obesiti 
  •  Merokok 
  • Tekanan 
  • Keadaan fizikal tidak elok 
  • Postur badan yang salah 
  • Posisi tidur tidak elok 
  • Tiada sokongan daripada tilam ketika tidur 
 
Sakit belakang, khususnya pada bahagian pinggang boleh menjadi petanda kepada masalah kesihatan yang lebih serius terutama bagi kesakitan yang disertai demam atau hilang kawalan untuk buang air kecil atau besar; sakit ketika batuk dan kaki terasa semakin lemah. 

Siapa yang boleh mendapat sakit belakang atau sakit pinggang? Semua orang tanpa mengira peringkat umur dan risiko mendapatnya meningkat dengan pertambahan umur. Bagaimanapun, masalah ini lebih kerap berlaku pada lingkungan umur 30 hingga 50 tahun; disebabkan proses penuaan dan gaya hidup yang tidak aktif. 

Antara masalah yang sering dikaitkan dengan sakit pinggang ialah kerosakan cakera, degenerasi (kemerosotan) tulang belakang (ia menyebabkan kesakitan belakang ketika bangun tidur atau selepas berjalan lama) dan stenosis spina (juga ada kaitan dengan kesakitan akibat masalah cakera). 


Bagaimana sakit belakang boleh dikesan?

1. Masalah sakit belakang boleh dikesan melalui sejarah perubatan dan pemeriksaan fizikal, ujian darah dan ujian imbasan. Ujian imbasan ini seperti sinar-X, diskografi (ejen pembandingan akan disuntik ke dalam cakera) dan tomografi komputer (CT) adalah kaedah cepat untuk mengetahui jika pesakit mengalami masalah cakera, stenosis spina atau kerosakan pada mana-mana tulang belakang. 

2. Melalui ujian pengimejan resonans magnetik (MRI) digunakan bagi mengesan masalah kemerosotan, kecederaan atau penyakit pada tisu, saraf, otot, ligamen dan salur darah. Imbasan tulang pula adalah untuk mengesan dan memantau jika berlaku jangkitan, keretakan atau penyakit pada tulang belakang. 

Cegah sebelum terlambat ye kawan-kawan sekalian...mencegah itu lebih baik daripada merawat.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Rakan Shaklee Anda 
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805) 
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922 
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com 
♥ FB Page: Peminatvitamin 
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat

Saturday 27 September 2014

Puding Karamel untuk hidangan petang

Selamat hari Sabtu dan selamat bercuti untuk yang bercuti..
Petang-petang begini pekena puding karamel pun best..Jom ke dapur..tengok bahan-bahan untuk sediakan puding karamel..semestinya kesukaan kami...

                                

Antara bahan bahan yang diperlukan untuk membuat puding karamel adalah seperti berikut:
 
8 biji telur - boleh guna 6-8 biji telur

1 tin susu pekat manis - boleh guna 3/4 tin jika tak suka manis

1 tin susu cair

1 tin air

Sedikit vanilla extract

8-10 sudu besar gula pasir - untuk gula hangus
 
Cara-cara membuatnya:

Goreng gula sehingga menjadi cair dengan api perlahan. Setelah cair, sudukan gula hangus dengan cepat ke dalam mangkuk kecil dan ketepikan.

Kemudian pukul telur sehingga hancur dan masukkan semua bahan bahan lain dan dikacau sehingga sebati.
 
Selepas itu, sendukkan adunan ke dalam mangkuk yang telah dibubuh gula hangus tadi. Kukus selama 10-15 minit. Angkat dan sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam peti ais.

Sedap dihidangkan ketika sejuk. Boleh terus dihidangkan di dalam mangkuk atau dituangkan ke dalam piring kecil.


Selamat mencuba....!

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Rakan Shaklee Anda 
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805) 
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922 
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com 
♥ FB Page: Peminatvitamin 
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat

Hilangkan jeragat dengan Shaklee Cologen Powder

Assalamulaikum dan selamat sejahtera

Usia makin menginjak ertinya kologen makin berkurangan di dalam badan kita. Rata-rata wanita bila usia dah menginjak ke usia 30an.. pigmentasi dah mula kelihatan.. kalau kurang penjagaan mungkin lagi teruk kan..
  
Antara fungsi-fungsi collagen :
1. Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus
2. Mengecilkan liang-liang roma
3. Melembapkan kulit dan mengurangkan kekeringan kulit
4. Mencerahkan dan menjadikan kulit bersih tanpa jeragat dan pigmentasi
5. Mengembalikan keanjalan kulit
6. Meningkatkan kekuatan sesendi dan memudahkan pergerakan otot-otot
7. Meningkatkan fungsi organ-organ dalaman yang memerlukan Collagen
8. Menyokong kalsium dalam tubuh dan mengurangkan kesan sakit belakang dan sendi
9. Melembapkan rambut dan memelihara rambut dari bercabang
10. Menguatkan kuku dan menjadikan kuku sihat dan berwarna pink
11. Menegangkan kembali payudara dan punggung
12. Mengurangkan garis halus pada leher
14. Menguatkan gusi anda
15. Memelihara kornea mata anda daripada kering dan cepat letih
16. Menghilangkan lingkaran gelap bawah mata

Dilampirkan juga testimonial yang berjaya selepas pengambilan shaklee cologen powder. Diharap dapat membuktikan lagi keberkesanan SCP ini.

berbaloi dan berkesan

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Rakan Shaklee Anda 
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805) 
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922 
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com 
♥ FB Page: Peminatvitamin 
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat

Friday 26 September 2014

Apakah Resdung ?

Resdung adalah masalah yang biasa dihidapi bukan sahaja penduduk Malaysia, malahan segenap penduduk dunia termasuk negara maju seperti Amerika Syarikat. Kajian menyatakan bahawa, masalah resdung kini dihidapi 60% – 65% dari jumlah penduduk negara kita. Namun, dari jumlah tersebut, 90% daripadanya hanya membiarkan sahaja masalah resdung membelenggu mereka tanpa sebarang rawatan. Sedar atau tidak, masalah resdung sebenarnya boleh mengundang risiko yang lebih parah jika tidak dicegah dan dirawat dengan segera.

Jika anda mengalami masalah bersin yang kerap, gatal-gatal hidung, muka dan mata, hidung sering tersumbat & berbau, kurang deria bau, rasa berlendir di tekak & hidung, anda kemungkinan besar penghidap resdung. Kebiasaannya, masalah ini terjadi disebabkan oleh beberapa faktor antaranya ialah faktor persekitaran, faktor diet pemakanan, faktor gaya hidup (lifestyle) dan faktor anatomi.

Faktor persekitaran seperti habuk, debu, selimut, cadar dan binatang peliharaan sebenarnya mempengaruhi penghidap resdung. Bagi mereka yang sangat menggemari makanan pembuka selera seperti belacan, cencalok, makanan laut dan sebagainya, harus berhati-hati kerana makanan tersebut termasuk dalam diet pemakanan yang tidak boleh diambil secara berlebihan. Hindari minuman bergas, minuman beralkohol, merokok dan mengamalkan senaman harian adalah antara langkah terbaik dalam memastikan anda memilih gaya hidup (lifestyle) yang sihat. Faktor anatomi seperti kemalangan, kecederaan, tulang hidung bengkok dan polyps juga dapat menjadi penyebab kepada masalah ini.

Pelbagai kaedah yang telah dijalankan sama ada secara sains moden ataupun secara tradisional untuk mengatasi masalah resdung. Ini termasuk ubat-ubatan moden antibiotik, spray nasal dan pembedahan oleh doktor pakar. Tidak ketinggalan juga pelbagai kaedah tradisional seperti kaedah asap rokok resdung, bekam dan lain-lain lagi.

Jangan biarkan masalah resdung menguasai kita kerana ia boleh menyebabkan barah hidung yang kronik. Pencegahan awal adalah penting.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Rakan Shaklee Anda 
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805) 
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922 
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com 
♥ FB Page: Peminatvitamin 
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat

Pengedar SHAKLEE di kawasan Wangsa Maju, Sri Rampai, Setiawangsa dan Keramat

Assalamualaikum...
Di sini ada sedikit hebahan ye...kepada sesiapa yang masih tercari-cari pengedar shaklee dan berada di sekitar Wangsa Maju, Keramat, Setiawangsa, Setapak dan Sri Rampai bolehlah dapatkan produk Shaklee dengan saya. Nak daftar ahli pun boleh...

Kepada peminat tegar Shaklee dan ingin mendaftar sebagai ahli, senang je. Ikuti tips ini ye:-

1.  Pergi ke kaunter dan isikan borang pendaftaran ahli

2. Jangan lupa masukkan ID Shaklee saya iaitu 894805 atas nama NIK AZIMAH BINTI AWG HAMAT  sebagai penaja dan automatik anda layak untuk membeli shaklee dengan harga ahli..jimat kan?

3. Sedikit bayaran dikenakan iaitu RM68.90 untuk pendaftaran seumur hidup dan terus dapat starter kit.

4. Selepas siap semua isi borang dan buat bayaran, starter kit akan diberikan beserta dengan produk Shaklee yang telah dibeli. Senang kan?

Selain itu, anda juga boleh walk-in sahaja ke lokasi cawangan Shaklee atau pun boleh hubungi saya untuk mendapatkan maklumat serta khidmat nasihat tentang produk Shaklee.

elakkan postage dengan pergi sendiri ke branch

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Rakan Shaklee Anda 
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805) ♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922 ♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com ♥ FB Page: Peminatvitamin ♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat

Thursday 25 September 2014

Rawatan Batuk Berkahak

Risaunya hati seorang ibu bila anak-anak tidak sihat. Anak demam sikit pun dah menggelabah apatah lagi kalau batuk dan ada kahak lagi. Memang tak senang duduk dan jika pergi kerja pun, memang tak boleh nak fokus. Ini adalah antara yang saya rasa bila anak tidak sihat. Sebolehnya nak berikan penjagaan terbaik atau pendek kata ambil cuti semata-mata untuk menjaga anak. 

BATUK dan selesema adalah dua masalah yang boleh dikatakan pasti berlaku pada setiap bayi. Tidak kira musim sejuk atau panas, simptom tersebut boleh menjadi kronik kepada kesihatan bayi kerana kesukaran mereka untuk mengeluarkan kahak dan hingus boleh menjadi punca penyakit seperti bronkitis atau brochospasm.

Saat masalah tersebut berlaku pada bayi, pasti ibu bapa akan berasa gusar kerana bayi belum mempunyai kepandaian untuk mengeluarkan kahak mahupun menghembus hingus mereka sendiri.

Biasanya jika anak-anak tidak sihat, kami memilih Klinik Wangsa untuk rawatan perubatan. Caj adalah berbaloi dan kami kerap berjumpa dengan Doktor Nadhir Khan untuk mendapatkan konsultansi mengenai kesihatan anak-anak.

Menurut Doktor Nadhir, ada teknik yang perlu dipraktikkan sekiranya anak mengalami batuk dan selsema. Antara pilihan teknik tepukan (percussion) ialah:-

1) Pastikan bayi dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut, pastikan bantal itu tidak terlalu tebal. Kemudian condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala bayi ke bawah dan kaki di atas, pastikan kaki lurus.

2) Ibu atau bapa pula bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk perlahan di belakang bayi.

3)Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh bayi pula. 

Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk, biasanya bayi akan batuk atau bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis mereka. Sebelum memulakan teknik tepukan percussion ini, pastikan anak tidak minum susu sejam atau setengah jam sebelum bagi mengelakkan muntah.

Untuk ibu-ibu yang ada anak batuk berkahak memang amat sesuai untuk diamalkan..tidakla susah mana pun...

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Rakan Shaklee Anda 
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805) 
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922 
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com 
♥ FB Page: Peminatvitamin 
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat

Set Kesihatan Wanita

Wanita sentiasa ingin menjadi yang paling hebat, paling sempurna dan berbagai-bagai paling di mata suami, bos, anak-anak, ibu bapa, rakan sekerja, masyarakat dan semua orang.Dalam usaha untuk menjadi yang terbaik, adalah perlu badan kita sentiasa sihat dan cergas. Mana mungkin menjadi segala jenis SUPER sekiranya badan kita cepat letih, lesu dan tidak bermaya. Badan kita bukan mesin. Tambahan lagi bila namanya seorang PEREMPUAN, WANITA sudah tentu mengalami pelbagai fasa kehidupan yang menyumbang kepada masalah kesihatan. 

Antara peringkat kehidupan seorang wanita adalah :
  • akil baligh / keremajaan
  • pra-kehamilan
  • kehamilan
  • pra-menopause
  • menopaus
  • selepas menopause
Program kesihatan wanita ini mengandungi 3 produk iaitu:-

wanita hebat

1.  GLA Complex
❋ Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
❋ Membantu meningkatkan kesuburan
❋ Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
❋ Membantu dalam menangani menopaus
❋ Menguatkan kuku dan rambut
❋ Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
❋ Membantu menangani ekzema
❋ Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
❋ Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
❋ Menguatkan imuniti tubuh
❋ Memperlahankan proses penuaan
❋ Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
❋ Mengawal kencing manis dan darah tinggi
❋ Mengawal kolesterol
❋ Untuk fungsi saraf
❋ Membantu membaiki simptom berkaitan masalah kencing manis seperti peningkatan sensitiviti terhadap kesakitan dan menghilangkan kebas pada bahagian bawah badan.


2. Ostematrix
 ❋ membekalkan Kalsium, Magnesium dan dilengkapi Vitamin D untuk kadar penyerapan yang lebih baik dalam tubuh badan.
❋ Pengambilan osteomatrix yang konsisten, boleh mengurangkan risiko osteoporosis
❋ Boleh menolong menstabilkan tekanan darah
❋ Mengurangkan simptom menstruasi atau PMS
❋ Menangani masalah sembelit
❋ Menghasilkan susu ibu yang berkualiti (bagi ibu2 yang menyusukan anak)


3. Omegaguard. 
 ❋ Membantu mengurangkan risiko alzheimer (nyanyuk)
❋ Membantu dalam proses pembelajaran.(sangat digalakkan untuk student)
❋ Merendahkan tahap trigliserida dalam darah
❋ Mengurangkan risiko serangan sakit jantung
❋ Mengurangkan risiko ritma jantung tidak normal yang berbahaya
❋ Mengurangkan risiko strok
❋ Melambatkan pembentukan plak atherosclerotic
❋ Merendahkan tekanan darah
❋ Mengurangkan risiko penyakit jantung koronari


Bagi wanita yang belum mencuba apa-apa produk dan masih tercari-cari untuk mencuba supplemen, adalah disarankan untuk mendapatkan Set Kesihatan Wanita Shaklee ini. Dan kepada para suami yang kasihkan isteri, sayangkan isteri, boleh dapatkan set ini untuk kesihatan berpanjangan isteri anda.Berikan hadiah terbaik untuk insan tersayang..

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Rakan Shaklee Anda 
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805) 
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922 
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com 
♥ FB Page: Peminatvitamin 
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat

Wednesday 24 September 2014

Tanda dan Rawatan untuk Penyakit GOUT

Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan.Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin. Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin). Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi. 

Gout merupakan salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia, sejak zaman dahulu kala lagi. Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal. Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun dan ianya jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.

Jom kita tengok apakah tanda-tanda seseorang itu pengidap GOUT. Dan jika kita ada tanda-tanda penyakit GOUT, boleh terus berjumpa pakar untuk merawatnya.
  • Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.
  • Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
  • Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
  • Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.
  • Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
  • Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
  • Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.
Oleh kerana buah-buahan dan sayur-sayuran rendah dalam kandungan tenaga, bermakna mereka menyediakan kurang kalori bagi setiap hidangan berbanding lemak dan kanji, ia juga boleh membantu memudahkan proses pengurusan berat badan. Mengekalkan berat badan yang sihat adalah penting untuk mencegah risiko gout dan batu karang.

Elakkan sayur-sayuran dalam tin yang mengandungi sodium tinggi yang boleh menyumbang kepada batu karang. Amalkan pemakanan yang sihat untuk pengawalan kandungan asid urik penting untuk kesihatan anda.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Rakan Shaklee Anda 
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805) 
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922 
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com 
♥ FB Page: Peminatvitamin 
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat

Kebaikan Ostematrix untuk Ibu Hamil

Adakah anda masih lagi mencari-cari apakah supplement atau vitamin yang sesuai semasa mengandung? Lain ibu lain ragamnya. Pelbagai cabaran harus ditempuhi dalam tempoh kehamilan. Ibu yang mengandung memerlukan supplement atau vitamin yang lengkap bernutrisi bukan sahaja untuk ibu mengandung malahan untuk tumbesaran yang sihat anak dalam kandungan.

Ada sesetengah ibu di awal kehamilan telah diserang cramp kaki yang rasanya 95% para ibu akan mengalaminya..cuma bergantung sekerap mana sebelum melahirkan anak..macam saya cramp kaki berlaku di trimester ketiga dan sakitnya hanya Tuhan aje yang tahu..sanggup kejutkan suami untuk tolong urutkan sebab tak tahan dengan tarikan magnetnya...

Kenapa ibu mengandung perlu mengandung perlu mengambil kalsium atau Ostematrix Shaklee?

Ini kerana ibu mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Kiranya 3 in 1 la..Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya..vitamin D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. 

Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.

Sekiranya ibu mengandung kekurangan kalsium, ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.


Ibu-ibu yang ada pengalaman mengandung pastinya tidak terlepas dari gejala sakit pinggang kan? yang tak mengandung pun akan ada jugak gejala seprti ini Ia menunjukkan bahawa kita kekurangan kalsium..

So dengan adanya Ostematrix shaklee, pasti tiada lagi cramp, simpul biawak dan sakit pinggang semasa mengandung. Bertukarla kepada kalsium shaklee sekarang!

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Rakan Shaklee Anda 
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805) 
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922 
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com 
♥ FB Page: Peminatvitamin 
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat

Tuesday 23 September 2014

Khasiat BUDU yang perlu anda tahu

Selamat malam semua..
Sebelum tido, jom kita berkongsi khasiat BUDU...jika dulu budu hanya terkenal di kalangan masyarakat Pantai Timur tetapi sekarang sudah tersebar luas sehingga ke luar negara...famousnya BUDU....


Menurut satu kajian yang dilakukan di luar negara, budu sangat bagus untuk di makan kerana ia :
  • Kajian pemakanan Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman mendapati budu memiliki gluthaione iaitu bahan antioksidan yang mampu memerangi pelbagai penyakit termasuk kanser.
  • Pengkaji Universitu Carolina, AS mengatakan unsur genestin dan phytoestrogen dalam budu boleh melambatkan penuaan dan mencegah barah payu dara.
  • Satu uji kaji rambang mendapati pengambilan budu sebayak 150 gram sehari selama dua minggu dapat menurunkan kadar kolesterol ke tahap luar jangkaan.
  • Budu berpotensi mencegah cirit birit dan penurunan kolesterol darah, begitu juga penyakit jantung dan hipertensi.
  • Didakwa budu juga boleh menjadikan seseorang lebih pintar kerana ia merangsang sel otak. Ia juga membantukkan pertumbuhan bakteria yang menyebabkan kembung perut.
BANYAK GILER ZAT BUDU!!!! Sape cakap budu nie makanan KUNO....?Sape cakap budu nie takde zat.... ?Budu nie dah macam PIL MULTIVITAMIN dah nie.... bukan setakat pil vitamin... dah macam ubat serbaguna dah... jom makan budu untuk kesihatan dan kecantikan!

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Rakan Shaklee Anda 
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805) 
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922 
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com
♥ FB Page: Peminatvitamin 
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat

Pengedar Sah Shaklee di Wangsa Maju

Nak beli produk SHAKLEE tapi tak tahu nak beli macam mana, dengan siapa. Jangan risau, maklumat di hujung jari :) Pengedar SHAKLEE all over the country. Setiap negeri ada. Cuma branch sahaja yang terhad sikit.

Khas untuk mereka yang berada dalam kawasan Kuala Lumpur dan SELANGOR, anda boleh hubungi saya, NIK AZIMAH BINTI AWG HAMAT (SID 894805) untuk mendapatkan vitamin SHAKLEE.



Perkhidmatan COD (Cash on Delivery) disediakan untuk kawasan di sekitar Wangsa Maju, Keramat, Setiawangsa, Sri Rampai, Setapak dan Putrajaya..jika nak jimat COD lagi senang dan jimat....Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini, saya akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Yang ingin menjadi ahli shaklee pun boleh...klik link di bawah ini untuk mengetahui syarat2nya...

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Rakan Shaklee Anda
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805)
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com
♥ FB Page: Peminatvitamin
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat