Wednesday 3 September 2014

Faktor Berlakunya Keguguran Rambut

Assalamualaikum...

Masalah rambut gugur bukan sahaja di alami oleh para wanita dan ibu-ibu yang baru bersalin malah kaum lelaki pun tidak dapat lari dari masalah ini. Sekurang-kurangnya bagi wanita yang bertudung dah tentu ada coverkan :D tapi lelaki macam mana pula. Takkan nak cover dengan tudung saji pulakkan ? ngeee :D. 

Tetapi secara jujurnya, baik lelaki atau wanita, bertudung ataupun tidak, masalah keguguran rambut memang merunsingkan. Apatah lagi jika setiap kali sikat, hampir segenggam rambut yang luruh. Memang kita perlu buat sesuatu  sebelum terlambat..!

faktor keguguran rambut


Sebelum itu jom kita lihat apakah faktor yang menyebabkan keguguran rambut terjadi. Antaranya ialah :-



a. Perubahan Hormon – Perubahan hormon dan ketidakseimbangan juga boleh menyebabkan keguguran rambut sementara. Ini mungkin disebabkan oleh mengandung, melahirkan anak, pemberhentian pil kawalan kelahiran atau permulaan menopos


b. Keturunan – genetik dari kedua-dua ibu bapa lelaki dan perempuan, boleh mempengaruhi kecenderungan seseorang untuk corak kebotakan lelaki atau perempuan.


c. Tekanan, penyakit – boleh menyebabkan kehilangan rambut sementara. Kurap yang disebabkan oleh jangkitan kulat juga boleh menyebabkan keguguran rambut.


d. Ubat-ubatan – termasuk ubat-ubatan kemoterapi yang digunakan dalam rawatan kanser, pencair darah, penghalang beta-adrenergic digunakan untuk mengawal tekanan darah, dan pil kawalan kelahiran, boleh menyebabkan kehilangan rambut sementara.


e. Keadaan Perubatan – penyakit tiroid, lupus, kencing manis, kekurangan zat besi dan anemia boleh menyebabkan kehilangan rambut.


f. Penyakit Autoimun – menyebabkan alopecia areata. Ia berlaku apabila sistem badan seseorang dengan tidak sengaja menyerang folikel rambut dimana rambut tersebut tumbuh yang akhirnya menyebabkan kehilangan rambut secara bertompok


g. Diet – Diet rendah protein atau kurang beberapa vitamin seperti A, B, C dan E serta Zinc juga boleh menyebabkan keguguran rambut

Sama-samalah kita menjaga kecantikan rambut dan mengambil kisah mengenai faktor keguguran rambut.Cegah sebelum terlambat.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Rakan Shaklee Anda 
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805) 
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922 ♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com ♥ FB Page: Peminatvitamin ♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen