Tuesday 9 September 2014

Pantang Larang Masyarakat Melayu

Pantang larang orang Melayu adalah sebagai panduan dan juga untuk mendidik tidak kira tua atau muda kearah yang lebih baik. Ada pantang larang yang masih kita ikut kerana mungkin terjadi secara kebetulan.

Pantang larang orang Melayu merupakan kepercayaan masyarakat Melayu zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Kebanyakan adalah bertujuan untuk mendidik masyarakat agar mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan. Apa yang disebut bukan untuk dipercayai tetapi untuk dihayati mesej yang tersembunyi di sebalik pantang larang yang telah diperturunkan secara lisan sejak zaman berzaman.

Diantara pantang larang Melayu 

1. “Jangan duduk di atas bantal, nanti akan naik bisul di punggung”
-Sebenarnya kita dilarang sama sekali duduk di atas bantal kerana bantal ialah tempat kita meletakkan kepala sewaktu tidur. Memang tidak senonoh perangai meletakkan punggung di atas bantal. Dengan menggunakan punggung kita duduk di merata tempat tidak kira tempat itu kotor atau bersih, manusia juga mengeluarkan najis menerusi lubang di antara kedua-dua belah punggung.

2. “Orang perempuan jangan menyanyi di dapur, kalau menyanyi di dapur akan dapat suami tua”
-Kalau difikirkan secara logik perempuan muda tidak akan hendak bersuamikan orang-orang tua. Tapi jika dapat Tan Sri dan Dato-Dato yang loaded apa salah.. Mertua pun tumpang senangkan..kan..kan. Menerusi pantang larang ini orang perempuan dilarang menyanyi di dapur kerana sewaktu menyanyi boleh terleka. Manusia sukar untuk melakukan dua perkara dalam satu masa dengan sempurna. Jika menyanyi sewaktu menghiris bawang dibimbangi jari terluka. Jika menyanyi sambil memasak makanan ditakuti ada rencah-rencah tertentu yang tidak dibubuh dalam masakan. Akibatnya makanan yang dimasak tidak sempurna. Kesannya ahli keluarga atau sesiapa yang makan makanan tersebut akan tidak berselera.

3. “Orang mengandung jangan memukul ular, nanti anak yang dilahirkan akan cacat atau tidak sempurna sifatnya”
-Yang tak mengandung tengok gambar ular pun dah melatah. Orang perempuan yang mengandung tidak boleh melakukan perkara yang lasak contohnya memukul ular. Jika seseorang memukul ular dia akan pukul dengan penuh geram dan sekuat hati. Jika perbuatan ini dilakukan oleh perempuan yang mengandung dibimbangi anak yang berada dalam kandungan akan mengalami keguguran. Ditakuti juga orang yang mengandung akan terjatuh. Akibatnya akan berlaku kecederaan kepada ibu dan mungkin juga kepada anak dalam kandungan. 

4. “Jangan makan waktu senja, nanti semangat padi akan hilang”
-Maksud tersirat yang ingin disampaikan kepada orang Melayu ialah seisi keluarga hendaklah makan bersama-sama iaitu selepas sembahyang Maghrib. Dengan cara ini akan mengeratkan tali selaturahim sesama ahli keluarga. Anak yang masih remaja dilarang makan awal dibimbangi lauk tidak mencukupi untuk ahli keluarga yang lain. Lauk yang ada perlu dikongsi bersama. Masyarakat Melayu zaman dahulu jarang menyediakan lauk yang banyak kerana ingin berjimat. Pendapatan yang diperolehi tidak lumayan. Mereka perlu menabung duit untuk pergi ke tanah suci Makkah. 

Selamat beramal...!

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Rakan Shaklee Anda Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805) ♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922 ♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com ♥ FB Page: Peminatvitamin ♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat

1 comment:

  1. terima kasih atas info...
    jemput berblog walking ke link sy
    http://bit.ly/1qCfvwk

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen