Thursday 16 October 2014

Hilangkan Stretchmark yang Hodoh di Perut

Mengandung memang seronok tetapi bila bab perubahan yang berlaku pada perut, mesti ramai yang rasa ingin menjerit dan menangis kan?Apa tidaknya, perut yang dulu licin tanpa parut tetapi kini ada tanda garisan yang sangat hodoh.


Masalah normal ini memang selau berlaku di kalangan ibu hamil. Dalam bahasa kehamilan, ia dikenali sebagai stretchmark. Apakah itu?Stretchmark atau rekahan kulit adalah parut kecil yang terjadi di permukaan kulit akibat daripada kesan regangan kulit yang semakin membesar sewaktu hamil. Kehamilan biasanya menyebabkan perubahan bentuk badan dan pertambahan berat yang cepat dan membuatkan kulit hilang keanjalan. Akibatnya keadaan perut bakal ibu mula ada kesan garis yang biasanya terus kekal walaupun selepas melahirkan anak.

Kesan rekahan ini biasanya terjadi di bahagian perut, paha, pinggul, payudara, punggung dan ada juga yang mengalaminya di bahagian lengan. Tetapi ada juga ibu yang bernasib baik di mana tidak mengalami kesan rekahan ini...sangat beruntung kan?

Antara langkah yang boleh mengelakkan daripada berlakunya kesan rekahan adalah:-

1. Jika merancang untuk hamil, rajinkan diri menyapu losyen yang mengandungi minyak zaitun, minyak kelapa atau aloe vera.

2. Waktu paling baik menyapu losyen ialah selepas mandi agar kulit kelihatan lebih sihat dan sentiasa lembap.

3. Elakkan mengambil minuman berkafein dan beralkohol yang boleh menyebabkan kulit menjadi kering.

4. Makan banyak buah-buahan, minum air masak, yogurt dan susu segar bagi memastikan badan sentiasa cukup bekalan air.

Yang mana ibu-ibu mengalami kesan rekahan, boleh la mencuba tips di atas ye dan semoga ianya sedikit sebanyak dapat membantu...

Selamat mencuba!
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Rakan Shaklee Anda 
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805) 
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922 
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com 
♥ FB Page: Peminatvitamin 
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen