Saturday 11 October 2014

Punca dan Tips Penjagaan Sendi

Secara umum, sendi boleh sakit disebabkan oleh kerosakan pada ligamen, otot, kulit, pangkal saraf atau sendi itu sendiri. Antara punca kerosakan adalah seperti berikut:-
  1. Kemalangan- boleh mencederakan otot dan sendi, meningkatkan risiko kesakitan sendi
  2. Kecederaan disebabkan bersukan, mengangkat benda berat atau pergerakan berlebihan
  3. Faktor  usia - cartilage menipis, kepadatan otot berkurang dan kusyen sendi berkurang bila semakin berusia boleh menyebabkan sendi sakit
  4. Berat badan berlebihan - boleh memberi tekanan kepada sendi dan menyakitkan
Sendi ada beberapa jenis seperti sendi lesung (bahu, pinggul), sendi engsel (lutut, siku) dan banyak lagi.
 
Kebanyakan pengidap sakit sendi tidak mempunyai kerosakan terhadap sendi mereka.
Kesakitan itu mungkin berpunca dari lapisan tisu luaran, otot, ligamen, sendi atau pangkal
saraf. Tulang jarang menyebabkan kesakitan.
 
Antara sebab sakit sendi adalah seperti berikut:-
 
• Kesakitan ringan mungkin disebabkan oleh terseliuh atau ligamen atau otot yang
terkoyak sedikit. Ini boleh disebabkan oleh aktiviti yang berat, mengangkat berat,
postur yang tidak elok, kecederaan atau pergerakan tidak betul.
• Berat badan berlebihan
• Kecacatan tulang belakang atau tangan dan kaki
• Kecederaan (kemalangan, bersukan dan sebagainya)
• Penyakit sendi seperti arthritis
• Sakit dari pangkal saraf (seperti saraf yang terhimpit
• Penyakit tulang
• Ketumbuhan
• Jangkitan kuman
• Masalah mental seperti tekanan, kemurungan dan sebagainya
• Penyakit kronik
• Ubat-ubatan


Tips penjagaan kesihatan sendi
  1. Lakukan senaman secara rutin kerana ia boleh mengelakkan sendi dan otot menjadi lemah
  2. Kawal berat badan anda supaya tidak melebihi berat normal
  3. Makan makanan yang baik untuk sendi seperti :
  • Glucosamine - membantu pembentukan kartilaj
  • Kalsium dan mineral - membantu pembentukan sel tulang yang sihat
  • Omega 3 - bersifat anti radang yang membantu & mencegah masalah sakit sendi
  • Vitamin D - meningkatkan penyerapan Kalsium
  • Vitamin C - bersifat antioksida yang menghalang kerosakan sel dalam sendi
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Rakan Shaklee Anda 
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805) 
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922 
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com 
♥ FB Page: Peminatvitamin 
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat

1 comment:

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen