Sunday 30 November 2014

Gejala Kebas dan Cara Mengatasinya

Assalamualaikum dan selamat pagi untuk semua. 
 
Hari ini entri mengenai KEBAS..Sebelum itu, jom kita baca dulu apakah maksud kebas. Kebas ini adalah keadaan di mana seseorang mengalami kekurangan  rasa (sensation). Keadaan ini kebiasaannya berlaku disebabkan oleh irritasi saraf atau saraf periperi terhimpit dan rasa kebas boleh berlaku pada mana-mana bahagian badan dan cirinya bergantung kepada jenis dan lokasi saraf yang terlibat. Rasa kebas lebih kerap dirasai pada hujung jari, tangan, tapak kaki, lengan atas dan kaki.
 
Rasa kebas boleh disebabkan oleh keadaan berikut;
  • Kecederaan pada saraf akibat kemalangan.
  • Saraf periferi tertekan disebabkan oleh 'herniated disc' atau oleh osteophytes yang terbentuk akibat proses degeneratif.
  • Jangkitan pada saraf periferi  seperti kayap.
  • Penyakit-penyakit seperti diabetes, migraine, multiple sclerosis, epilepsi , strok dan hypothyroidism
  • Carpel Tunnel Syndrome (saraf Median tertekan di kawasan pergelangan tangan).
  • Berlakunya kekurangan vitamin dalam badan seperti kekurangan vitamin B12.
  • Kesan samping ubat, contohnya ubat penyakit tuberculosis seperti isoniazide.
  • Kerosakan saraf akibat bahan toksik seperti, pengambilan alkohol dan rokok.
 
Di antara tindakan segera yang perlu diambil adalah:-
  • Sila berjumpa doktor sekiranya anda mengalami rasa kebas untuk pemeriksaan lanjut dan rawatan.
  • Sila berjumpa doktor dengan serta-merta, sekiranya anda berasa kebas dalam keadaan berikut:
    • Anda baru mengalami kemalangan yang melibatkan bahagian kepala.
    • Anda juga mengalami gejala seperti lemah anggota , susah bertutur, pening dan sakit kepala yang datang secara tiba-tiba dengan teruknya.
  • Dapatkan temujanji untuk berjumpa doktor sekiranya  keadaan kebas yang anda alami bertambah teruk, melibatkan kedua-dua bahagian badan, terjadi apabila anda melakukan aktiviti tertentu dan rasa kebas hanya pada hujung jari kaki dan tangan.

Di Shaklee ada suplemen yang dicadangkan untuk individu yang mengalami kebas-kebas ni. Antaranya suplemen yang dicadangkan ialah:-

1. Ostematrix

kurangkan kebas dengan ostematrix
120 Kapsul berharga RM61.00
  
2. B Compleks
 
hilangkan kebas dengan b compleks
120 Kapsul berharga RM53.75

 Yang mahu mencuba untuk mengurangkan kebas, boleh la cuba ye..

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Rakan Shaklee Anda 
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805) 
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922 
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com 
♥ FB Page: Peminatvitamin 
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat

Saturday 29 November 2014

Penyelesaian Untuk Masalah Kedinginan di Antara Suami dan Isteri

Assalamulaikum dan selamat hari Sabtu...
Kedinginan terhadap hubungan seksual seringkali menjadi dilema para isteri. Masalah ini kian meruncing tatkala seorang isteri itu baru menjadi ibu yang menyusukan anak. Seringkali menjadi keluhan para isteri kerana perasaan ingin bersama dengan suami semakin pudar.

Biasanya masalah ini seringkali dikaitkan dengan perubahan hormon. Ini kerana bukan sahaja ibu yang menyusukan, malah masalah dingin seks juga kadangkala berlaku semasa PMS (sindrom pra-haid), semasa hamil dan pra-menopos. Walau bagaimanapun, belum ada kajian lanjut yang melibatkan ujian darah terhadap hormon yang terbabit semasa masalah ini melanda.

Menurut pakar, antara penyebab yang mendorong kepada masalah kedinginan seks ini adalah:-

  • kepenatan dan kelesuan
  •  komitmen yang bertambah
  • kurang rehat
  • kurang masa untuk diri sendiri
  • kurang nutrisi

Setiap masalah, pasti ada jalan penyelesaiannya...Jadi, ia boleh diatasi dengan mengikuti tips-tips berikut:-
  •  mendapatkan rehat yang cukup
  • merancang masa berkualiti
  • membaca novel ata menonton filem romantik untuk mendapatkan mood
  • memastikan cukup keperluan nutrisi
  • mengurangkan pengambilan makanan segera, makanan ringan dan sebagainya

Adakah Shaklee ada penyelesaian?

YA, kami ada.
Vitamin E untuk atasi masalah kedinginan
Tangani masalah kedinginan dengan GLA Compleks
Vitamin E dikenali sebagai VITAMIN CINTA yang membantu untuk membangkitkan perasaan cinta dan keinginan untuk bercinta bagi isteri mahupun suami.

GLA Complex, juga mengandungi Vitamin E yang menjadikan hormon stabil dan menyemarakkan rasa cinta.

Adakah Shaklee lebih powerful dari VIAGRA? Ya, sudah semestinya! Viagra hanya berfungsi untuk mengatasi masalah mati pucuk bagi lelaki, tapi ia bukan untuk menyemarakkan api cinta yang dingin.

Dapatkan Vita-E atau GLA complex, khas buat pasangan yang ingin kembali melayari malam pertama....

Dapatkan dari saya dengan hanya klik di sini untuk pembelian secara online..pastikan anda memiliki debit atau kredit kad...

 Pssstt… Bertindaklah sekarang sebelum terlambat….
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Rakan Shaklee Anda 
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805) 
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922 
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com 
♥ FB Page: Peminatvitamin 
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat

Friday 28 November 2014

Teknik Menyejukkan Suhu Badan Anak Yang Demam

Bila anak demam, panik rasanya kan?Walaupun anak dah besar, skill keibubapaan yang macam ni rasanya tak cukup lagi.Kekadang was-was jugak.Apakah betul apa yang dipraktikkan? Sebab, kalau ilmu yang sesat digunakan, maka bertambah-tambah lagi jadinya.
turunkan suhu ketika anak demam

Ini adalah panduan untuk semua ibubapa di luar sana..pastinya sudah sedia maklumkan? Suhu badan yang normal adalah di bawah 37.4C. Naik 0.1 lagi, maknanya demam la anak kita ye. Risau dibuatnya apatah lagi jika suhu selalu menghampiri 40C. Kekejangan atau sawan boleh berlaku dan menyerang jika suhu terlalu tinggi. Walaupun serangan mngkin hanya mengambil masa seminit, akibatnya boleh menyebabkan kecacatan otak dan juga mengundang maut...Nauzubillah..

Perkara pertama yang harus dilakukan jika anak demam ialah berikan ubat demam. Jika hanya demam biasa, suhu sepatutnya akan menurun tetapi jika demam virus, ubat demam tidak akan membantu. Anak perlukan antibiotik. Ini adalah kes di mana suhu badan tidak turun selama beberapa hari.

Semasa demam, anak perlu dipujuk untuk minum lebih banyak air putih. Demam sudah pastinya akan mengganggu selera makan anak. Dan jika anak tidak berselera untuk makan, tidak mengapa tetapi pastikan anak mendapat bekalan air yang banyak, bimbang jika berlaku dehydration nanti.

Yang kedua lapkan badan anak dengan air. Saya suka mengamalkan air asam jawa disapukan di sekitar ubun-ubun dan kepala dan juga ke seluruh badan bagi tujuan menurunkan badan panas. Ramai juga di kalangan ibubapa yang mengelap badan anak dengan air biasa. Dalam kes ini mungkin anak-anak akan menangis kesejukan...tapi demi kesihatan anak-anak, ibubapa harus kuat.

Semoga perkongsian sedikit sebanyak ini dapat membantu ibubapa yang mana anaknya kerap diserang demam..

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Rakan Shaklee Anda 
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805) 
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922 
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com 
♥ FB Page: Peminatvitamin 
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat

Thursday 27 November 2014

Rahsia Cerahkan Nipple dan Sekaligus Tegangkan Payudara

Assalamulaikum...
Mengancam tak tajuk entri hari ini...?agak-agaknya apakah yang berlegar di fikiran pembaca peminatvitamin di kala membaca tajuk entri kali ini??Yang pastinya, tak sabar-sabar nak baca apa yang terkandung di dalam entri hari ini kan?
 
Oklah..ini pastinya masalah yang berkaitan dengan wanita...majoriti ini adalah masalah yang dihadapi oleh kaum wanita apabila sudah melahirkan anak di mana keadaan badan akan berubah iaitu payudara menggelebeh dan tidak tegang...secara logiknya pasti kita akan cakap ye la sebab pernah menyusukan anak-anak sebab tu gelebeh...Tetapi sebenarnya, badan kita tak cukup protein dan perubahan hormon. Sebab tu terjadinya payudara menggelebeh dan tidak tegang seperti dulu..

Apa kaitannya?
Protein adalah komponen utama dalam menghasilkan sel baru untuk tubuh kita. Sekiranya tubuh kita tak dapat cukup protein, sel yang dihasilkan tak sempurna, tak sihat. Itu yang jadi badan letih, tak de mood dan sebagainya.
 
Apa kaitan dengan payudara menggelebeh dan tak anjal?
Payudara menggelebeh dan tidak anjal disebabkan banyak perkara. Pertama kerana kekurangan hormon dan menyebabkan pertumbuhan terbantut. Faktor kedua disebabkan faktor seperti lepas melahirkan anak. Wanita yang melahirkan anak kebanyakannya berlakunya perubahan hormon dan kematian sel-sel kulit.

Sebab itu kita perlukan protein yang secukupnya untuk menghasilkan sel-sel baru yang lebih sihat dan aktif. Barulah boleh tegangkan payudara, bagi lebih anjal dan seksi untuk encik suami tercinta kan :)

Saya mencadangkan, wanita yang menghadapi situasi payudara gelebeh dan tidak anjal ini untuk mengambil khasiat protein dari ESP SHAKLEE dan ALFALFA untuk membaikpulih kandungan hormon dalam tubuh kita.Selepas sebulan amalkan bolehla tanya encik suami , pendapat dia kan....
 
tegangkan payudara dengan alfalfa compleks


ESP membantu mencerahkan nipple

INGAT! ini bukan sekadar protein untuk hasilkan sel baru sahaja tau, tapi vitamin alfalfa untuk merangsang hormon kewanitaan kita. Harus cuba kalau nak jadi isteri yang terbaik untuk suami kita *18sx*
 
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Rakan Shaklee Anda 
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805) 
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922 
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com 
♥ FB Page: Peminatvitamin 
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat

Wednesday 26 November 2014

Alfalfa Kompleks : Penanganmu Seindah 1001 Khasiat

Assalamualaikum semua...
Pagi ini nak kongsi 1001 khasiat Alfalfa Compleks kepada sesiapa yang belum lagi mengetahui tentangnya..mesti ada di kalangan kita pernah dengar tapi tak pernah cuba kan?Ada jugak di kalangan pembaca blog saya ni, bertanya alfalfa ni ubat apa..sesuai ke untuk lelaki? Untuk makluman pembaca peminatvitamin, Alfalfa ni boleh diambil oleh lelaki dan juga perempuan, tidak mengira jantina ye..

Sejak saya amalkan Alfalfa ni, sakit-sakit badan mulai hilang sedikit demi sedikit, buang air pun lawas dan yang penting, ia elok juga untuk wanita yang ada masalah keputihan..boleh cuba untuk tahu keberkesanannya.

Jom berkenalan dulu dengan Alfalfa..bila dah kenal, nanti senanglah cinta berputik...hehe..untuk makluman semua, Alfalfa ni raja segala tumbuhan. Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi. Alfalfa juga mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi

alfalfa kompleks memang best

Ini adalah di antara 1001 khasiat mengenai Alfalfa :-
  • Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian
  •  Melegakan sakit sendi dan belakang
  •  Menghilangkan kelesuan dan tekanan
  •  Memberi kelegaan semasa haid (untuk wanita)
  •  Merawat arthitis
  •  Bagus untuk elergik dan eczema
  •  Mencuci usus bagi membuang toksik
  • Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor
  • Meneutralkan asid dalam badan
  • Merawat masalah keputihan pada wanita (untuk wanita)
  • Membesar dan menegangkan payudara (untuk wanita)
  • Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri (untuk wanita)
  • Memulihkan urat selepas bersalin (untuk wanita)
  • Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
  • Meningkatkan stamina seorang suami
  • Melegakan sembelit
  • Membuang angin dalam badan
  • Milk booster

Di antara testimonial pengguna Alfalfa Compleks yang memberikan respon positif. Diharap yang masih ragu-ragu dengan Alfalfa bertukar fikiran untuk mencubanya...

  




Selepas ini mesti ramai yang akan berebut-rebut pesan Alfalfa Compleks kerana khasiatnya kan?

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.  

Rakan Shaklee Anda 
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805) 
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922 
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com 
♥ FB Page: Peminatvitamin 
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat

Tuesday 25 November 2014

Ramping dan Menawan dengan Set Slimming Mampu Milik

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini saya ingin berkongsi Slimming Set Shaklee. Ramai wanita dan lelaki di luar sana inginkan badan yang ramping dan menawan. Tapi masih tercari-cari produk yang sesuai untuk program menurunkan berat badan. Dengan Slimming Set Shaklee anda bukan sahaja mampu mencapai berat badan ideal, lansing, cantik tetapi anda juga semakin sihat dan bertenaga. Tidak perlu mengambil ubat terlarang tanpa kelulusan KKM. Dengan Shaklee ternyata mendapat kelulusan KKM, Halal dan selamat digunakan. Bukan sahaja untuk kurus tapi lebih sihat dan bertenaga.
 

Risau tentang bajet untuk menguruskan badan anda. Usah risau. Saya ada cadangan produk berdasarkan bajet anda di entry akan datang. Tapi sebelum itu, saya ingin perkenalkan Slimming Set Shaklee.


set slimming untuk ramping dan menawan

Langkah 1 : DETOX
Anda sering mengambil pelbagai ubatan untuk membantu diet anda. Tapi sangat liat untuk berfungsi. Masih tak turun dan nampak perubahan? Dengan Shaklee akan memudahkan proses pelangsingan anda. Langkah pertama untuk anda lakukan adalah dengan proses DETOX.Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih. baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. Proses pembakaran lemak dan pelangsingan badan anda pun lebih mudah berlaku.

Apa yang sesuai untuk detox? Produk Shaklee yang sesuai untuk detox adalah Herb-lax atau Alfalfa Complex. Bagi mereka yang tidak mengalami masalah sembelit boleh cuba Alfalfa Complex dan Herb-lax sesuai untuk mereka yang mengalami masalah sembelit. Saya tidak syorkan Herb-lax pada ibu-ibu yang menyusukan anak kerana bimbang jika kesannya akan dapat pada anak (anak mungkin cirit birit). Saya mencadangkan Alfalfa Complex untuk ibu yang menyusukan anak. 

Langkah 2 : Protein

Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sebanyak 35%. Protein juga mengelakkan berlakunya diet yo-yo dan menghalang berat badan badan naik dengan mendadak.
 
Selepas kurus, badan akan mudah mengelebar/gelebeh, dengan pengambilan protein akan shapekan otot yang gelebar dan membuatkan badan solid.

Cadangan saya anda boleh mengambil Cinch™ Shakes atau Soy Protein Isolate Powder (ESP) untuk protein bergantung kepada bajet anda.

Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik.  ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi  dengan semua  asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting.  Berbanding  protein daripada sumber daging, telur dan tenusu,  ESP adalah  rendah  lemak dan  bebas laktosa dan kolestrol.
  
 Manfaat Shaklee ESP:
•Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
•Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
•Mengandungi lima  vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones.  Kajian menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.*
•Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP) di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesan.

Langkah 3 : Pemecah Lemk

Lecithin berfungsi untuk memecahkan lemak-lemak degil. Lecithin dinamakan "pengemulsi semulajadi" kerana ia mempunyai kesan melekat kat lemak....dalam perkataan ringkasnya,ia menyebabkan lemak tu terapung kat dalam darah...dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membrane.. Lecithin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan.

Omega Guard yang mengandungi Omega-3 Fatty Acids mempengaruhi pelbagai jenis hormone yang dihasilkan oleh badan termasuk LEPTIN yang merupakan hormone yang penting dalam pengawalan selera makan dan metabolisme. Leptin akan menghantar signal kepada otak untuk mengehadkan rasa lapar. SEMAKIN RENDAH PARAS LEPTIN, SEMAKIN CEPAT ANDA RASA LAPAR.

Gabungan kesemua produk ini sangat berkesan untuk menurunkan berat badan. Pengambilan makanan yang seimbang dan diet yang teratur sangat disarankan kerana itulah kunci utama untuk langsing. Anda juga disarankan mengambil 2-3 liter air setiap hari untuk memudahkan proses pelangsingan dan penyerapan vitamin yang diambil. Dan paling penting anda perlu mengambil suplement di atas dengan konsisten untuk result yang TERBAIK dan SUPERB!

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Rakan Shaklee Anda 
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805) 
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922 
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com 
♥ FB Page: Peminatvitamin 
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat

Monday 24 November 2014

Set Kesihatan Sendi untuk yang Tersayang

Assalamulaikum semua..
Hari ini tiba pula giliran untuk berkongsi cerita dan senarai suplemen di dalam Set Kesihatan Sendi. Diharap dapat memberi manfaat kepada individu yang mengalami sakit sendi dan sedang mencari set kesihatan sendi untuk mak ayah ataupun diri sendiri..

Di antara set kesihatan sendi yang disyorkan adalah seperti berikut dan disenaraikan juga fungsi setiap suplemen untuk lebihkan pemahaman mengenai tiap-tiap suplemen.

1)OSTEMATRIX

Formula Ostematrix adalah sangat unik kerana dibuat dari mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati.. Selain daripada itu Ostematrix juga mengandungi kalsium, magnesium, fosforus, vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron.. Kesemua nutrien ini perlu diambil bersama untuk mengoptimumkan penyerapan oleh tubuh badan dan menghalang endapan sesetengah mineral..


2)OMEGA GUARD

Asid lemak Omega 3 merupakan asid lemak penting untuk kesihatan yang tidak dapat dihasilkan oleh badan kita.. Kebaikan EPA dan DHA yang terdapat di dalam Omega 3 memelihara fungsi-fungsi sendi dengan mengekalkan paras asid lemak Omega 3 larut dalam tisu rawan. Oleh sebab itu ia boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan.. Oleh itu pengambilan makanan atau supplemen yang mengandungi khasiat Omega 3 secara berterusan mencegah arthritis dan  memelihara sendi


3) ADVANCED JOINT HEALTH

Hasil ujian klinikal telah dijalankan mendapati AJHT berupaya meningkatkan keselesaan sendi seawal 5 hari.. 28% lebih pantas dari satu jenama yang terkemuka.. Bahan-bahan utama yang terdapat di dalam AJHT ialah ekstrak Boswellia, ekstrak jagung iaitu sumber glukosamin yang pekat. Glukosamin membantu meningkatkan pelbagai gerakan, mobiliti dan fleksibiliti. Selain daripada dua bahan tersebut AJHT juga mengandungi vitamin c, zink, kuprum dan manganes.

set rawatan untuk sendi


Gabungan ketiga-tiga produk ini dapat mengekalkan tulang yang sihat dan kuat, memelihara tulang rawan dan mengurangkan inflamasi pada tulang.. Selain daripada itu pengambilan secara konsisten dan berterusan mencegah tulang reput, meringankan stress, meningkatkan pergerakan keseluruhan badan, mencegah kolestrol, melancarkan perjalanan darah, menguatkan memori dan lain-lain lagi..

Apa kata kali ini bawa kelainan dengan hadiahkan mak ayah atau atok nenek dengan Set Kesihatan Sendi sesuai untuk kesihatan dalaman mereka. Mana taknya ada antara mak ayah yang mengadu sakit-sakit kaki lah.lutut segala macam sakit sendi sakit belakang. Kesiankan tengok mereka terpaksa menanggung sakit. Jadi apa salahnya hadiahkan mereka Set Kesihatan Sendi Terlaris 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Rakan Shaklee Anda 
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805) 
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com 
♥ FB Page: Peminatvitamin 
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat

Sunday 23 November 2014

Rahsia Jerawat Pudar dan Muka Makin Berseri-Seri

Assalamualaikum semua...

Saya ingin kongsikan tentang vitamin untuk mendapatkan  kulit yang cantik.  Kulit cantik merupakan idaman semua orang. Namun kita seringkali mahukan kesan yang pantas tanpa mengambil kira kandungan yang terdapat dalam kosmetik yang kita gunakan. Bagi saya, selain membersih, menyegar dan melembabkan kulit, nutrisi untuk kulit juga sangat penting. Untuk kulit cantik, sihat dan awet muda kita harus berikan sel kulit kita makanan sel iaitu vitamin dan mineral secukupnya untuk sel-sel kulit menjalankan fungsinya dengan sempurna. Jadi apakah vitamin untuk kulit cantik, sihat dan awet muda?

Hari ini nak kongsikan kebaikan Vitamin C dan Vitamin E untuk kulit wajah ya...
 
cantik bersama vitamin e dan c

1. Vitamin E 
  •  Membantu mencegah kerosakan sel daripad ancaman RADIKAL BEBAS
  •  Menolong sel menyerap oksigen
  •   Melambatkan proses penuaan – lebih baik dari amalkan krim anti penuaan
  •  Menyokong daya imunisasi
  •  Membantu mencegah kanser
  •  Mineral SELENIUM Vitamin E Shaklee membantu menyokong vitamin E berfungsi.
  •  Vitamin E membantu mempercepat proses baik luka.
  •  Vitamin E membantu pengaliran darah dengan lebih lancar
  •  Pengambilan vitamin E yang konsisten membantu kawasan gelap itu mengecil dan warna puting menjadi cerah semula
  •  Vitamin E membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual.
   
2. Vitamin C 

Vitamin untuk kulit cantik, sihat dan awet muda yang kedua mestilah Vitamin C. Sama seperti Vitamin E, Vitamin C juga merupakan antioksidan yang hebat dalam melawan penuaan sel kulit. Paling utama Vitamin C menggalakkan pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang membuatkan kulit tegang dan merawat bintik hitam, jeragat dan tona kulit tidak sekata.

Nutrisi yang baik dan diet yang seimbang sebenarnya lebih banyak membantu dalam penghasilan kulit yang cantik.  Pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan antioxidan adalah yang terbaik untuk keseluruhan badan terutamanya kulit. 

Untuk mendapatkan hasil yang optimum dalam kecantikan kulit memerlukan masa.  Ia tidak mungkin dapat berubah dalam masa semalaman.. Mungkin perlukan 3 bulan hingga setahun untuk betul-betul nampak kesan. Berikan kulit anda masa untuk proses pembaikan tisu-tisu dan biarkan ia diperbaiki dari dalam.

Jadi, mulakan pengambilan vitamin dengan segera! :)
 
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Rakan Shaklee Anda 
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805) 
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922 
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com 
♥ FB Page: Peminatvitamin 
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat

Saturday 22 November 2014

Hidangan Pantai Timur : Laksam Kelantan yang Sukar Dilupakan

Kali ini saya nak kongsikan cara membuat laksam langkah demi langkah. Bukan sahaja sekadar perkongsian dengan kawan kawan tetapi juga untuk rujukan saya sendiri apabila membuatnya lagi di masa hadapan. Al maklumlah orang macam saya ni, isteri mithali yang masak sebulan sekali. hihihi jadi ada masa menjadi dan ada masa lingkup, jadinya kenalah buat rujukan. Bukan pro yang masak dengan hanya campak mencampak jer.

Tak susah sebenarnya untuk membuat laksam kelantan..saya memang suka laksam tambahan pula jika arwah mak yang buatkan..sekarang ini, jika teringin nak makan memang kena buat sendiri tak pun jika malas beli je kat kedai..tapi yang pastinya beli kat kedai tak sama jika dibuat sendiri..maklumla tekak kelantanise ni susah nak terima tambah pula jika lain rasanya..

BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT LAKSAM DAN KUAHNYA

3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
5 cawan air suam (3 air mendidih + 2 air biasa)
garam secukup rasa
 
Cara buat laksam 
 






 
Gaulkan semua bahan-bahan. Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak-utk mengelak dari melekat. Ambik sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk. Kukus sampai masak. 
  • Bila dah masak, keluarkan. Biarkan sekejap sebelum digulung- supaya laksam kelihatan licin dan cantik. Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan kukus sampai masak. Ulang sampai habis 
 
Cara untuk buat kuah 
  • kisar isi ikan, halia, bawang putih, bawang merah dan lada hitam. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain. Masak sehingga agak pekat. 
 Untuk cili: cili merah tumbuk dgn belacan,tambah garam skit dan perahkan limau.


 
Taraaaa...siap untuk dimakan..yang belum pernah buat, boleh la mencubanya ye...

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Rakan Shaklee Anda 
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805) 
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922 
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com 
♥ FB Page: Peminatvitamin 
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat

Friday 21 November 2014

Suplemen Hebat Pilihan Ibu Bijak-Mealshake Dan Omega Guard Gabungan Terbaik Untuk Perkembangan Jasmani Dan IQ Si Manja

Meal Shakes dan Omega Guard merupakan gabungan 2 makanan tambahan yang amat sesuai dan disarankan untuk kanak-kanak yang mempunyai masalah seperti berikut:-
  • sembelit? 
  •  kurang selera makan?
  • mudah terkena jangkitan seperti demam dan selsema?
  • asthma atau lelah?
  • terbantut tumbesarannya?

mealshake dan omega untuk minda



Kini anda tidak perlu risau! kerana SHAKLEE ada menawarkan vitamin yang terbukti dapat membantu perkembangan fizikal dan minda anak anda.Dapatkan kombinasi MEALSHAKES dan OMEGA GUARD untuk anak anda!
 
Khasiat "Meal Shakes" dalam Sarapan Anak Anda: 

  • Kaya dengan Protin untuk pertumbuhan anak anda. (Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protin dengan vitamin dan mineral tambahan.  Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik.  Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.)
  • Lengkap dengan 24 jenis vitamin dan minerals
  • Mengandungi asid folik, kalsium, biotin & magnesium penting dalam pembentukan tulang dan sel-sel
  • Kaya dengan serat larut mebantu penghadaman serta masalah sembelit di kalangan kanak-kanak.
  • Mengandungi anti-oksidan (mengandungi vitamin A.C, E , zink dan selenium)
  • Memberi tenaga tambahan kepada anak anda agar kekal cergas sepanjang hari.


Khasiat Omega Guards

Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan  Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.

Shaklee OmegaGuard merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan.  Satu hidangan OmegaGuard menyediakan 1000mg asid lemak omega 3  termasuk DHA dan EPA. 

Gabungan kedua-dua ini dipercayai mampu:

  • membantu meningkatkan selera anak anda
  •  membantu meningkatkan sistem imunisasi
  • membantu perkembangan iq anak2
  • mengurangkan alahan pada kulit
  • menyihatkan paru-paru
  • membantu pembesaran kerana mendapat sumber protein yang cukup
  • mengurangkan masalah sembelit kerana mealshakes kaya dengan serat dan minyak ikan mampu melicinkan pembuangan

Sebelum mengundurkan diri, izinkan saya kongsikan beberapa testimonial berjaya yang mengamalkan Omega Guard dan juga Mealshake untuk anak-anak..




Berikan makanan tambahan yang terbaik untuk anak anda...pilihan saya pastinya mealshake dan omega guard. 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Rakan Shaklee Anda 
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805) 
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922 
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com 
♥ FB Page: Peminatvitamin 
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat