Wednesday 12 November 2014

Buah Katak Puru

Pokok kecil Katak Puru atau nam nam merupakan antara tumbuhan yang dijadikan hiasan laman dikampung-kampung di pantai timur dan kawasan utara di Malaysia. Ia memerlukan kawasan yang bersaliran baik dengan sinaran matahari yang cukup untuk tumbuh subur. Beberapa bahagian tanaman nam nam atau kopi anjing (Cynometra cauliflora) ini ternyata mempunyai manfaat sebagai ubat herbal

katak puru

Nama buah itu dikenali katak puru mungkin disebabkan kerana mempunyai kulit luaran yang kurang menarik dan menggerutu macam katak puru. Walaupun nama dan bentuk luarannya tidak secantik buah-buahan yang lain, namun bagi mereka yang biasa merasai buah ini tentu membuatkan air liur terasa kecur. 

Pokok katak puru termasuk dalam kategori tumbuhan liar atau hutan.  Ia mudah ditanam atau dibiarkan melalui biji.  Jadi ia mudah tersebar apabila bijinya dicampak atau dibuang selepas isinya dimakan.  Sebab itu, pokok katak puru banyak terdapat di tepi rumah yang sebenarnya tidak ditanam, tetapi tumbuh setelah bijinya dibuang di situ. 
Nak makan macam mana buah ni? Buah dan biji buah katak puru ni berbentuk leper. Biasanya dimakan tanpa mengupas kulit (sebab mengerutu, susah nak kupas...). Kepada pencinta asam atau masam..inilah senarai pilihan yang mesti dicuba. Buah yang muda terasa kelat dan masam tetapi akan menjadi lembut, masam yang lembut dan kurang kelat bila dah masak. Boleh dimakan mentah, dijadikan sambal atau boleh dicicah dengan kuah rojak, kicap dan gula.

Make Money at : http://bit.ly/best_tips
 
Di antara kegunaannya:-

Buah – Boleh dimakan segar atau mentah, dicicah dengan garam atau dijadikan bahan rojak, jeruk atau manisan (halwa). Boleh juga digunakan sebagai campuran sambal.

Daun muda :- Rebusan daun muda nam nam sebanyak 5, 7 atau 9 helai ini berkhasiat
untuk :
– meringankan gejala cirit-birit atau ‘diare’ .
– melancarkan air mani
– mengubati penyakit kencing batu.
– penawar darah tinggi dan kencing manis
– kuruskan badan.

Air herba dari rebusan daun ini warnanya seperti air teh, tidak pekat dan rasanya seperti air masak biasa.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.  

Rakan Shaklee Anda 
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805) 
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922 
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com 
♥ FB Page: Peminatvitamin
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat

1 comment:

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen