Wednesday 5 November 2014

Postur yang Betul Semasa Menggunakan Komputer

Postur adalah kedudukan tubuh seseorang baik sewaktu berdiri mahupun duduk atau berbaring. Ia memerlukan keseimbangan otot dengan tulang belakang, fleksibiliti otot dan gerakan normal pada bahagian sendi. Mereka yang memiliki kedudukan postur yang baik sedar apabila sebarang berlaku perubahan pada postur itu. Postur terbentuk daripada satu kombinasi kawalan otot yang baik, kekuatan dan keyakinan diri. Mereka yang mempunyai kedudukan postur yang baik duduk dengan tegak dan kepala mendongak.

Copy n Win at: http://bit.ly/copyandwin
Kebanyakan penyakit bawaan komputer boleh dihindari sekiranya anda memahami tentang ergonomi komputer. Ergonomi komputer ialah kajian mengenai antara muka manusia dan mesin yang menekankan tentang keselesaan semasa menggunakan komputer. Dalam jangka masa yang panjang, penggunaan komputer secara tidak selesa boleh memberikan kesan yang buruk kepada kesihatan pengguna komputer.

Perkara utama tentang keselesaan tempat kerja ialah kebolehsuaian peralatan dan perkakasan kerja untuk disesuaikan dengan dimensi badan yang berlainan, pilihan gaya kerja individu dan keperluan untuk mengubah kedudukan bagi mengelakkan kepenatan. Secara umumnya, postur kerja yang disarankan oleh Pentadbiran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Occupational Safety and Health Adminstration – OSHA) ialah keadaan badan dan belakang tegak atau condong sedikit ke belakang semasa mengadap skrin dan papan kekunci, kaki rata di atas lantai, mata selaras atau rendah sedikit dengan birai atas skrin, kemudian paha, tangan, dan pergelangan tangan berada selari dengan lantai. Pakar-pakar ergonomi bersetuju bahawa kerusi ialah komponen yang paling penting dalam persekitaran kerja yang sihat.

5 langkah membetulkan kedudukan di kerusi supaya kedudukan anda memenuhi ciri-ciri ergonomi.
  1. Gunakan kerusi yang boleh dilaraskan ketinggian tempat duduknya.
  2. Untuk mendapat kedudukan yang sesuai di kerusi, mulakan dengan kedudukan paling tinggi dan laraskan ketinggiannya sehingga kaki berada pada sudut terbuka 90 darjah atau lebih sedikit dan tapak kaki rapat mendatar di lantai.
  3. Kemudian, laraskan pula kedudukan tempat sandar supaya penyokong lumbar berada di lekukan bahagian bawah belakang.
  4. Laraskan kecondongan tempat sandar kerusi supaya memberi sokongan penuh diseluruh bahagian belakang sehingga ke leher dan bahagian bawah kepala.
  5. Tempat rehat tangan juga perlu dilaraskan supaya tidak mengganggu semasa sedang bekerja. Ingat bahawa tempat rehat tangan hanya perlu digunakan untuk menyokong lengan dan jangan sekali-kali meneken siku semasa menaip atau menggunakan tetikus.
Sekiranya kerusi tidak boleh dilaraskan seperti di atas, peralatan tambahan diperlukan untuk membolehkan kedudukan kerusi disesuaikan supaya dapat duduk dan bekerja dengan cara yang betul.

Sekiranyanya perlu, penggunaaan kusyen nipis yang lembut untuk menyesuaikan ketinggian tempat duduk. Tempat rehat kaki juga boleh dibuat dengan menggunakan kotak yang boleh disusun secara bertingkat. Sekiranya tempat duduk terlalu dalam, letakkan bantal kecil atau tuala yang digulung di bahagian bawah belakang bandan supaya apabila duduk, bahagian belakang lutut tidak tertekan pada kerusi.

Semoga ilmu ini berguna untuk semua orang terutamanya yang bekerja di pejabat.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Rakan Shaklee Anda 
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805) 
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922 
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com 
♥ FB Page: Peminatvitamin 
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat

1 comment:

  1. Bagus info ni sebab setiap hari saya memang menggunakan komputer untuk tugasan

    MINYAK IKAN BANTU UNTUK KURUS

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen