Friday 28 November 2014

Teknik Menyejukkan Suhu Badan Anak Yang Demam

Bila anak demam, panik rasanya kan?Walaupun anak dah besar, skill keibubapaan yang macam ni rasanya tak cukup lagi.Kekadang was-was jugak.Apakah betul apa yang dipraktikkan? Sebab, kalau ilmu yang sesat digunakan, maka bertambah-tambah lagi jadinya.
turunkan suhu ketika anak demam

Ini adalah panduan untuk semua ibubapa di luar sana..pastinya sudah sedia maklumkan? Suhu badan yang normal adalah di bawah 37.4C. Naik 0.1 lagi, maknanya demam la anak kita ye. Risau dibuatnya apatah lagi jika suhu selalu menghampiri 40C. Kekejangan atau sawan boleh berlaku dan menyerang jika suhu terlalu tinggi. Walaupun serangan mngkin hanya mengambil masa seminit, akibatnya boleh menyebabkan kecacatan otak dan juga mengundang maut...Nauzubillah..

Perkara pertama yang harus dilakukan jika anak demam ialah berikan ubat demam. Jika hanya demam biasa, suhu sepatutnya akan menurun tetapi jika demam virus, ubat demam tidak akan membantu. Anak perlukan antibiotik. Ini adalah kes di mana suhu badan tidak turun selama beberapa hari.

Semasa demam, anak perlu dipujuk untuk minum lebih banyak air putih. Demam sudah pastinya akan mengganggu selera makan anak. Dan jika anak tidak berselera untuk makan, tidak mengapa tetapi pastikan anak mendapat bekalan air yang banyak, bimbang jika berlaku dehydration nanti.

Yang kedua lapkan badan anak dengan air. Saya suka mengamalkan air asam jawa disapukan di sekitar ubun-ubun dan kepala dan juga ke seluruh badan bagi tujuan menurunkan badan panas. Ramai juga di kalangan ibubapa yang mengelap badan anak dengan air biasa. Dalam kes ini mungkin anak-anak akan menangis kesejukan...tapi demi kesihatan anak-anak, ibubapa harus kuat.

Semoga perkongsian sedikit sebanyak ini dapat membantu ibubapa yang mana anaknya kerap diserang demam..

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Rakan Shaklee Anda 
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805) 
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922 
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com 
♥ FB Page: Peminatvitamin 
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat

19 comments:

  1. Terima kasih atas perkongsian dan tips dear...saat ini anak saya memang demam....suhu badan dia kadang naik turun...takut juga kadang2 sebab badan anak panas sangat...alhamdulillah sekarang dah ok...nnti nak lap dia guna air asam jawa la jgk....


    < a href=http://qasehfirdausshoppe.blogspot.com> Kurus dengan teknik yang mudah dan berkesan tanpa bahan terlarang< /a>

    ReplyDelete
  2. jika anak demam jangan dibiarkan tanpa lapkan badan dengan air.. doktor pernah bagi tahu ida, jika anak boleh bg mandi, mandi kanlah supaya panas badan dia boleh turun bersama air mandi tersebut.. jika tidak, lapkan dengan kain basah.. jgn bg pkai baju tebal2, kerana akan memerangkap haba panas badan anak..

    NUTRISI PENTING UNTUK OTAK KANAK-KANAK SEDANG MEMBESAR

    ReplyDelete
  3. Ehmmm... Kalau demam viral,antibiotik tidak membantu kerana antibiotik utk demam akibat jangkitan bakteria =)

    ReplyDelete
  4. kalau demam virus tu kena extra care, demam pun lebih lama, nak elak dari kena demam dan antibodi kuat boleh amalkan nutriferon..

    ReplyDelete
  5. Baru2 ni ramai yg bertanyakan tentang cara nak mengawasi anak yg demam kalau tak ke klinik..bagus tips ni..boleh saya kongsikn pd yg lain ;)

    ReplyDelete
  6. kalau ank dmm, huda akn mandikan anak.tengok jugak pada keadaa. sentiasa jelum dengan air letak kain d bwh ketiak n kpala.cepat ja turun.

    JommSihatDanCantik -> TIPS DIET UNTUK PESAKIT KENCING MANIS

    ReplyDelete
  7. Demam jangan dipandang ringan..kena segera bertindak..sejak.kenal Shaklee dah kurang makan ubat; amal Nutriferon bila demam

    Cara Bernafas Ketika Bersalin

    ReplyDelete
  8. Saya biasa amalkan kerap mandi dan masa malam lap badan anak degn kain basah..

    Indeks Glisemik Rendah

    ReplyDelete
  9. Perkongsian yg bermnfaat...tq 4 sharing...:)

    ReplyDelete
  10. Saya pun kalau anak semam sapu dengan air asam jawa.. lama sikit bertahan berbanding lapkan dengan air paip kosong je

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen