Saturday 1 November 2014

Tips Memilih Kosmetik dengan Betul

Di pasaran kita dapati pelbagai jenama dan pening kepala untuk membuat pilihan kerana masing-masing ada kelebihan sendiri. Kita sebagai pengguna merangkap pemakai kosmetik perlu bijak dalam membuat keputusan kerana salah memilih kosmetik akan menyebabkan sesuatu yang tidak elok akan berlaku ke tas kulit kita.

Di sini saya senaraikan tip untuk memilih kosmetik dengan cara yang betul dan diharap dapat membantu anda smeua membuat pilihan yang tepat.


Berikut beberapa tips untuk membantu Anda mencari kosmetik terbaik.
1. Hindari kosmetik yang kering atau menyakitkan kulit
Setiap jenis kulit akan berinteraksi berbeza terhadap berbagai jenis kosmetik. Ketika anda memilih kosmetik seperti foundation, contohnya, hindari kosmetik yang membuat kulit kering dan mengelupas. Ada juga mungkin harus mencuba beberapa produk untuk mendapatkan produk yang benar-benar sesuai untuk anda.

2. Pertimbangkan warna kulit ketika memilih kosmetik
Memilih warna yang salah, terlalu terang atau terlalu gelap akan membuat kosmetik kurang menarik. Pilih kosmetik yang sesuai dengan warna kulitContohnya, Foundation, eye shadow dan eyeliner gelap akan sesuai bagi mereka dengan warna kulit coklat atau zaitun. Dan jika memiliki kulit pucat, anda harus memilih ton warna yang lebih ringan.
3. Belilah produk yang berkualiti
Make up berkuliti mungkin tidak terlalu murah di pasaran. Tapi make up murah atau berkualiti rendah berpotensi memberi masalah lebih besar.
Make up yang kualitinya rendah sering tidak memberi kesan 
4. Kulit kering
Jika anda mempunyai kulit kering, jangan putus asa. Anda harus memakai foundation jenis cream. Hindari produk dengan formula tanpa minyak kerana cenderung membentuk garis halus pada wajah anda. Kelembapan adalah kata kunci dalam pemilihan lipstik dan lip glos. Cari lipstik dengan pelembab dan gunakan lip gloss yang memiliki kandungan seperti lidah buaya atau vitamin E. Keduanya akan memberikan kelembapan pada bibir.
5. Kulit sensitif
Carilah produk yang diberi label khusus untuk digunakan pada kulit sensitif. Non-alergi adalah kata kunci yang perlu anda cari pada label. Hindari produk dengan menggunakan bahan pengawet yang tinggi.
6. Kulit kombinasi
Anda dapat memilih produk yang berbeza pada bahagian wajah yang berbeza, atau anda dapat memilih produk yang khusus diciptakan untuk kulit kombinasi. Bahkan kulit normal juga memiliki wilayah yang lebih atau kurang berminyak.
7. Kulit berminyak
Untuk kulit berminyak, gunakan produk yang tidak akan menyumbat pori-pori. Usap kulit dengan lembut menggunakan spans secara berkala untuk menghapus kesan berminyak.
8. Pilihan pembersih
Hindari pembersih yang keras atau membuat kulit kering begitu pula pembersih yang mengandung banyak minyak. Pembersih kulit terbaik, terlepas dari jenis kulit adalah pembersih yang larut dalam air dan lembut pada kulit.
Kepada yang masih lagi tidak tahu memilih kosmetik yang bersesuaian dengan kulit, bolehlah praktiskan. 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Rakan Shaklee Anda 
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805) 
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922 
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com 
♥ FB Page: Peminatvitamin 
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen