Friday 31 October 2014

Mengapakah Perlu Bertungku?

Selain berurut dan rawatan lain yang dilakukan untuk melegakan dan menegangkan kembali otot-otot yang longgar, bertungku juga penting dalam proses mengembalikan kesegaran dan mengecutkan rahim. Bertungku bererti menuam bahagian tertentu badan dengan menggunakan batu atau besi yang dipanaskan (mungkin juga dengan bahan yang lain). Tujuan bertungku ialah untuk megeluarkan saki baki darah kotor, mengecutkan dan memulihkan rahim dan juga urat saraf di sekeliling peranakan dan bahagian-bahagian lain.

Yang pernah melahirkan anak sudah pasti tidak pelik lagi dengar pasal bertungku kan? Sebenarnya bertungku ini boleh menyegarkan badan walaupun bertungku pada masa bujang. Salah satu sebab utama bertungku ialah untuk mengecutkan rahim dan mengeluarkan darah beku. Darah dan lendir (lokia) mestilah mengalir keluar sepanjang tempoh pantang 44 hari mengikut kepercayaan Melayu. Rahim tidak akan bersih sepenuhnya jika darah berhenti awal dan ini mengugatkan kesihatan. Jadi, tujuan bertungku dan memakan jamu ialah untuk memastikan semua kotoran dan toksin dikeluarkan dari badan. 

batu sungai untuk bertungku


Ketika bertungku badan akan berpeluh dan terasa hangat. Ini akan memudahkan pemulihan tenaga. Bertungku dilakukan sebelum ibu mandi pada waktu pagi dan petang ketika ibu dalam posisi berbaring, kecuali dalam keadaan-keadaan tertentu.

Batu atau besi tungku dipanaskan selama lebih kurang beberapa minit. Kemudian, dibalutkan dengan beberapa lapis kain (yang disusun di dalamnya daun mengkudu pada setiap lapis) menurut kepanasan tungku yang dapat ditanggung oleh kulit. (sekarang terdapat beberapa jenis tungku moden...dan kaedahnya juga berlainan dengan tungku tradisional).

Setelah dibalut rapi pangkal batu / besi diikat supaya kain tidak terburai (terbuka). Bahagian badan yang perlu ditungku adalah pada bahagian peranakan dan ia bertujuan untuk mengecutkan peranakan yang membesar sewaktu mengandung. Peranakan juga perlu disangkak (dinaikkan) atas dengan menolak bahagian rahim dari bawah sehingga menghampiri bahagian pusat.

Di bahagian tengkuk, bertungku dilakukan dengan meletakkan tungku di bawah tengkuk seperti orang berbantal. Bahagian ini perlu ditungku untuk memulihkan perjalanan darah di bahagian kepala dan leher. Bahagian Bawah Iaitu bahagian betis,paha, punggung, pinggang, pelipat, pergelangan kaki dan tapak kaki. Bertungku di bahagian-bahagian ini memerlukan masa antara 15 – 20 minit pada setiap bahagian.

Pada bahagian terakhir, iaitu di tapak kaki, kaki dirapatkan menjadi satu kemudian digerakkan ke hadapan dan ke belakang, atau dengan mengolek-golekkan tungku ke hadapan dan ke belakang sekiranya tungku itu berbentuk bujur atau bulat. Biarkan tungku berada di bahagian ini sehingga sejuk. Adalah lebih baik sekiranya ibu dibantu ketika bertungku, terutamanya pada hari pertama, kedua dan ketiga.

Walaupun demikian, membakar tungku perlu dilakukan oleh orang lain kerana ia merupakan kerja berat bagi seseorang ibu yang baru bersalin. Dengan adanya tungku-tungku moden di pasaran, mungkin sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban bagi ibu-ibu ini.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Rakan Shaklee Anda 
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805) 
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922 
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com 
♥ FB Page: Peminatvitamin 
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat

Vitamin C Terbaik : Sustained Release Vitamin C Plus

Vitamin C adalah vitamin yang famous dan mendapat permintaan tinggi di kalangan customer...ini kerana pengamal yang memakan vitamin C secara konsisten akan berpuas hati dengan hasilnya. Sepertimana yang kita tahu, tubuh kita sering kehilangan vitamin c semasa melakukan aktiviti seharian. Vit C SR Shaklee dengan pelepasan berperingkat dapat membantu dlm menyalurkan vitamin c secara berterusan. Vita C Plus 500mg yg semulajadi membantu menyediakan vit c yg diperlukan  tubuh. Ia juga membantu dlm menyokong TULANG, GIGI, dan GUSI yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan. 
Selain itu, Vit C atau Askorbik amat berguna pada kesihatan manusia. semua orang tahu bahawa Vit C boleh membuatkan kulit menjadi cantik dan licin. Antara kebaikannya ialah seperti berikut:
  • Membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yg menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yg terlibat dlm pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Perkataan KOLAGEN ni berasal dr Yunani yg berkamsud LEKAT atau bersifat PELEKAT. Sebab itu lah si pengamal akan mendapati kulit mereka lebih licin, tegang dan cantik, malah luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan (lekat) tisu badan yang kuat.
  • Vit C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisme kolesterol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. Sebab itulah mereka yang mengidap darah tinggi amat digalakkan mengambil vitamin C bagi mengelakkan STROK dan JANTUNG TERSUMBAT.
  • DETOKSIFIKASI. Vitamin C berupaya mencantum bahan logam berat spt plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan drp badan dgn lebih mudah. Mereka yg MEROKOK patut menjadikan Vit C sbg kawan baik  coz ia dpt membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda drp mengalami kerosakan yg teruk.
  • Vitamin C juga berperanan dlm pengeluaran hormone anti-stress dan interferon (hormone fungsi imun). Mengikut Dr Bruce Miller, the more you stress, the more you need vitamin C..oooohhh my..!!! Kita tahu bhwa stress boleh memusnahkan vitamin c dan oleh kerana kekurangan vitamin C, sistem keimunan kita lemah dan mudah diserang penyakit.
  • Penyakit Skurvi adalah akibat kekurangan vitamin C. Sesiapa yg mengalami pendarahan dlm badan, lebam-lebam, gusi mudah berdarah, gigi mudah tercabut (goyang) dan luka lambat sembuh, pendarahan dlm otot dan sendi adalah disebabkan kekurangan vitamin C. Jelas sekali vit c adalah umpama gam yg melekatkan sel-sel lalu menjadikan tisu-tisu dlm badan kita tidak mudah koyak atau terluka. Mereka yang sedang sakit adalah disarankan mengambil vitamin c pd dos yang lebih tinggi bagi mempercepat proses penyembuhan.
  • Kita digalakkan mengambil buah-buahan dan sayuran 5x sehari. Namun kekangan masa dan tekanan kehidupan masa kini menyebabkan vitamin C tidak dapat diserap oleh badan secara optimum dan lebih banyak keluar melalui AIR KENCING. Menurut Dr Bruce Miller, dos yg dicadangkan ialah 500mg sehari iaitu bersamaan 7 setengah biji oren...Mampu ke nk makan 7 biji oren tu??? 
Kebaikan Vitamin C pada Kulit

1. Perlindungan dari matahari
Vitamin C melindungi kulit dari radikal bebas yang terhasil kerana kesan jemur pada cahaya matahari, pencemaran dan kesan merokok. Antioksida dalam Vitamin C melindungi kulit dari radiasi ultraungu dan kesan terdedah kepada cahaya matahari. Vitamin C mengurangkan kesan sun burn disebabkan oleh radiasi ultra ungu dan seterusnya boleh menyebabkan barah kulit untuk jangka masa panjang.
2. Penghasilan Kolagen
Kolagen adalah komponen hydroxyproline dan hydroxylysine, 2 elemen untuk mengikat molekul yang menghasilkan kolagen. Ia menyebabkan kulit jadi gebu dan warna tona pada muka. Kekurangan kolagen menyebabkan kulit kusan dan tidak bermaya. Kolagen melembapkan kulit dari dalam dan mengurangkan kedutan dan tanda penuaan.
3. Penyembuhan Luka
Badan menggunakan Vitamin C untuk menggantikan tisu yang rosak sekaligus menyembuhkan luka dengan lebih cepat. Luka yang lambat sembuh adalah tanda kekurangan Vitamin C. Vitamin C meningkatkan keanjalan kulit dan mempercepatkan tisu terbentuk bagi penyembuhan yang cepat.

4. Melindungi dari perubahan warna kulit

Vitamin C melindungi DNA dari tindakbalas fotokimia yang menyebabkan tumor, perubahan warna kulit dan beberapa jenis barah kulit. Ia juga mengelakkan penghasilan Pyrimidine dimers yang menjadi punca utama penghasilan melanoma(masalah kulit).
Vitamin C juga mencerahkan kulit dari masalah jeragat dan tompok-tompok penuaan, membantu kelihatan lebih muda dan kulit lebih lembut.

5. Memperbaiki tekstur kulit.

Kolagen juga menghasilkan struktur saluran darah yang baik dan Vitamin C membantu sistem aliran darah. Saluran darah yang berada bawah kulit membawa oksigen dan nutrien yang menghasilkan kulit yang sihat. Tanpa nutrien yang cukup, kulit akan jadi kasar dan kering. Krim yang mengandungi Vitamin C memperbaiki rupa dan tekstur kulit.

Ia juga meningkatkan pembentukan elastin yang menebalkan, melindungi dan memulihkan sel kulit. Kesan tebal pada sel mengekalkan kelembapan, tingkatkan aliran darah pada kulit dan menjadikan kulit gebu.

Banyaknya kebaikan Vitamin 500mg ni..patutla semua berebut untuk dapatkannya..setiap orang mesti ada vitamin C ini...

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Rakan Shaklee Anda 
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805) 
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922 
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com 
♥ FB Page: Peminatvitamin 
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat

Thursday 30 October 2014

Kelebihan Mengurut

Anda pernah diurut?Mesti best kan?Kadang-kadang saya boleh tertidur bila diurut. hihi...Dari segi fizikal, urutan secara dasarnya meningkatkan pengaliran darah dan membolehkan lebih banyak oksigen disalurkan kepada tubuh. Perjalanan darah yang tersekat itulah punca seseorang itu merasai lenguh, sengal, pening dan sakit-sakit pada bahagian tertentu pada badan.
segarkan badan dengan berurut

Keadaan ini memperbaiki pernafasan dan pengaliran darah serta mempertingkatkan keadaan kesihatan secara keseluruhan. Apabila berurut, oksigen dalam darah merah dapat disalurkan ke otak dan membantu badan menjadi sihat dan segar.

Walaupun mengurut bukanlah penawar sepenuhnya kepada masalah sakit otot dan ketegangan urat, ia dapat mengurangkan kesakitan. Mengurut juga mampu meredakan tekanan, sekali gus membuatkan badan berasa segar dan mengurangkan lesu.

Urutan juga mampu menimbulkan perasaan yang harmoni dan memberi kesejahteraan menyeluruh serta dapat berasakan diri dimanja.

Bagi wanita antara manfaat urutan selepas bersalin termasuklah membuang angin dan melancarkan perjalanan darah, menghilangkan rasa kebas dan lesu serta membantu wanita untuk mendapatkan bentuk tubuh yang langsing.

Wanita yang melahirkan anak secara normal boleh mula mengurut selepas dua minggu bersalin, manakala yang menjalani pembedahan dinasihatkan berurut sebulan selepas bersalin.

Urut dikatakan membantu melambatkan menopaus jika wanita itu mengamalkan urutan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh dua atau tiga bulan.

Mengurut juga dikatakan, baik untuk wanita yang mengalami rasa sakit senggugut disebabkan perjalanan darah haid tidak teratur atau datang bulan sekali dalam tempoh tiga atau empat bulan.

Antara pantang-larang berurut:-

  • Tidak boleh kenyang. Jika makan hidangan berat, tunggu hingga sekurang-kurang sejam kerana dalam keadaan kenyang, urut boleh menyebabkan darah mengalir keluar dari perut ke arah jantung. Jika ini berlaku, makanan akan mengambil masa lebih lama untuk hadam.
  •  Bagi wanita mengandung urut tidak boleh dilakukan bagi tiga bulan pertama kerana boleh meningkatkan simptom `morning sickness'. Urut terhadap wanita mengandung perlu dilakukan dengan lembut dan elakkan bahagian perut.
  •  Tidak digalakkan diurut bagi mereka yang mempunyai masalah jantung  kerana menyebabkan peningkatan pengaliran darah dari dan ke jantung menyebabkan jantung bekerja lebih keras. Ini dikhuatiri menyebabkan serangan sakit jantung.
  • Mereka yang baru menjalani pembedahan kerana dikhuatiri boleh menyebabkan jahitan luka terbuka dan pendarahan dalaman atau luaran berlaku.
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Rakan Shaklee Anda 
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805) 
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922 
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com 
♥ FB Page: Peminatvitamin 
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat

Pembelian Suplemen Shaklee

Assalamulaikum semua...

Anda berminat untuk mendapatkan suplemen shaklee tetapi tidak tahu dengan siapa mahu mendapatkannnya? Jangan risau..selepas ini pembaca peminatvitamin akan tahu dengan siapa mahu order..


Untuk pengetahuan pembaca di sini, saya adalah Pengedar Sah Shaklee yang memegang ID 894805 dan saya menetap di Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Yang berdekatan dengan saya, boleh la dapatkan suplemen shaklee tanpa perlu pengeposan..jimat belanja...


Ini adalah di antara soalan-solan yang lazimnya di tanya oleh customer sebelum membuat belian dengan saya.

Q : Berapakah kos penghantaran produk Shaklee ke tempat anda?
A : Caj penghantaran adalah RM10 untuk semenanjung Malaysia dan RM20 untuk Sabah/Sarawak.

Q: Kalau saya beli lebih daripada satu produk, kos penghantaran akan bertambah ke?
A: TIDAK. Kos penghantaran adalah STANDARD. Kami kira pukul rata. Anda beli sebotol pun RM10, 10 botol pun RM10 juga untuk semenanjung.

Q: Saya nak Cash On Delivery (COD) boleh?
A: BOLEH jika berdekatan dengan kawasan Wangsa Maju, Keramat, Setiawangsa, Sri Rampai, Kuala Lumpur dan Putrajaya
Selain dari kawasan diatas akan dicaj dan mungkin lebih daripada kos penghantaran kerana melibatkan kos masa dan minyak.

Q: Berapa lama akan dapat produk yang di order?
A : 2-3 hari bekerja.

Q: Bagaimana untuk saya dapatkan PENGHANTARAN PERCUMA?
A:  Pembelian produk bernilai RM800 ke atas untuk semenanjung dan RM1000 ke atas untuk Sabah/ Sarawak layak untuk mendapatkan penghantaran percuma.

Ini adalah di antara Suplemen Shaklee yang Popular dan mendapat banyak permintaan:-

  • Set Kesuburan Shaklee
  •  Set Bersalin Shaklee
  • Set Milbooster (Penyusuan) Shaklee
  •  Set Kesihatan Kanak Kanak Shaklee
  • Set Resdung Shaklee
  • Set HB Booster(untuk wanita hamil yang rendah HB)
  • Set Kurus Bajet Shaklee
  • Set Kurus Premium Shaklee
  • Set Demam Denggi Shaklee
  • Set Suplemen Selepas Pembedahan/Kemalangan(regenerate Skin)
  • Set Sugar Control ( Pesakit Kencing Manis)
Selepas ini, tak perlulah pening kepala memikirkan dengan siapa nak dapatkan suplemen shaklee jika sudah tahu.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Rakan Shaklee Anda 
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805) 
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922 
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com 
♥ FB Page: Peminatvitamin 
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat

Wednesday 29 October 2014

Jangan Ambil Remeh jika Sakit Tengkuk!

Assalamualaikum dan selamat malam semua

Entri pada kali ini berkenaan dengan sakit tengkuk. Majoriti yang mengalami sakit tengkuk adalah di kalangan yang bekerja di pejabat yang mana banyak menghabiskan masa di depan komputer. 

Sakit tengkuk yang kronik boleh berpunca dari beberapa struktur pada leher anda seperti; 
  •  Sakit otot dan fasia yang kronik (syndrom myofascia)
  •  Saraf leher yang tersepit 
  •  Atritis dari sendi facet
  •  Cakera yang tergelincir
  •  Saraf tunjang yang tersumbat (Spinal stenosis)
  •  Tulang belakang(vertebra)
  •  Urat/Ligament

Apakah penyebab kesakitan tengkuk yang kronik?
  •  Proses penuaan seperti spondylosis, cakera tergelincir dan spinal stenosis. 
  •  Penyakit arthritis atau Sindrom sendi facet  
  •  Postur yang salah ketika bekerja
  • Kecederaan pada masa lampau seperti kemalangan jalanraya (post whipplash injury)
  • Osteoporosis
  • Penyakit kanser pada tulang belakang
  • Struktur tulang belakang yang abnormal(scoliosis)
  • Stress dan bimbang yang berpanjangan

Penyebab sakit tengkuk kronik yang paling kerap berlaku ialah muscle starain yang disebabkan oleh salh postur atau penggunaan otot yang berlebihan. Biasanya anda kan rasa lenguh –lenguh dan ubat penahan sakit seperti panadol dan sakit urat seperti celebrex bisanya berkesan. Rehat yang cukup dan mengurut dengan lembut pada bahagian otot ini juga akan memberi kelegaan. Biasanya sakit jenis ini akan hilang dengan sendirinya dalam masa satu hingga dua minggu.

Manakala sakit tengkuk yang lebih serius biasanya melibatkan  cakera tergelincir, spinal stenosis dan sindrom sendi facet. Walaupun penyakit ini dikatagorikan oleh sebab penuaan, tapi trend sekarang menunjukkan penyakit ini sudah mula dihidapi oleh orang muda. Maknanya orang sekarang mengalami proses penuaan yang cepat tanpa kita tahu puncanya. 

Biasanya kesakitan tengkuk yang serius akan disusuli dengan sakit otot sindrom myofascia yang menambah kesengsaraan dan rasa sakit pada leher.  Bagi doktor yang mahir beliau boleh menganggarkan peratus yang disumbangkan oleh punca yang berbeza ini. Punca sakit yang berbeza memberi rasa sakit yang berlainan.


Bagi yang mengalami masalah tengkuk yang berlarutan, sila dapatkan nasihat daripada yang pakar sebelum terlambat. Semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit sebanyak maklumat mengenai sakit tengkuk.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Rakan Shaklee Anda 
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805) 
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922 
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com 
♥ FB Page: Peminatvitamin 
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat

GLA Compleks Kegilaan Para Wanita

GLA adalah Asid Linoleik Gama ianya adalah asid lemak yang baik. Sebagai bahan binaan bagi prostaglandin.

Apakah itu prostaglandin?
Ia adalah hormon dalam badan. Penting untuk fungsi kimia badan seperti mengawal tekanan darah, mengawal kontraksi otot2, menghalang rembesan jus gastrik dan sebagainya. Ianya juga membantu sebagai anti keradangan, anti pembekuan darah, serta mengurangkan tekanan darah.
 
GLA untuk lelaki dan wanita

Kenapa GLA Complex Shaklee vitamin kegilaan wanita?
  • Bahan Asid Linoleik Gama adalah daripada Borage, minyak tertinggi 2x ganda dari primerose & 50% lebih tinggi daripada blackcuurent
  • Ianya dari borage sumber semulajadi yg paling pekat asid linoleic gama
  • Badan boleh membina GLAnya sendiri dgn menukarkan asik linoleic yg didapati secara semulajadi dlm minyak sayuran tetapi faktor2 seperti tekanan, penuan, penyakit & pengambilan alcohol boleh mengganggu proses penukaran tersebut.
  • Oleh itu pemakanan tambahan GLA sgt disyorkan bagi memastikan kita mempunyai bekalan binaan yg mencukupi unt postsglandin. 
  • Diuji secara klinikal unt bioavailability, serapan dan gabungan ked lm sel & tisu.
  • Setiap kapsul GLA mengandungi 90mg asik linoleik gama, 216 mg asid linoleic dan 15 IU vitamin E. 

Siapa yang memerlukan GLA Complex Shaklee?
  • Wanita yang ingin meningkatkan kesuburan
  •  Wanita yang kitaran haid tidak tetap
  • Mereka yang mengalami masalah kulit berjerawat
  •  Wanita yg menghidap simptom PMS yang teruk
  • Wanita dan juga lelaki yg menghidap eczema
  • Mereka yg menghidap kencing manis
  • Mereka yg bimbang dengan lebihan berat badan.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Rakan Shaklee Anda 
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805) 
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922 
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com 
♥ FB Page: Peminatvitamin 
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat

Tuesday 28 October 2014

Langkah Mudah untuk Hilangkan Sakit Kepala

Cara paling mudah untuk hilangkan sakit kepala pastinya dengan menelan panadol tetapi saya ni memang liat sikit bab nak menelan pil. Lagipun mengambil ubat penahan sakit memang tidak elok untuk kesihatan jangka masa panjang. Jadi nak tak nak saya gagahkan diri juga mengadap laptop untuk mencari petua-petua menghilangkan sakit kepala yang semakin berdenyut.

Rupanya banyak juga petua untuk mengubati sakit kepala. Antara petua melegakan sakit  kepala yang nampak seperti mudah adalah:

1) Minum air sebab ada kemungkinan badan kita kekurangan air. Jadi kita perlu minum beberapa gelas air untuk memastikan badan kita rasa segar semula dan sakit kepala akan hilang sedikit demi sedikit.

2) Tenangkan fikiran untuk seketika. Pejam mata dan rehatkan minda. Boleh juga pasang lagu yang sentimental ataupun lagu yang mententeramkan jiwa untuk memberikan aura ketenangan. Sebab kalau badan letih dan stress pun boleh mengakitbatkan sakit kepala.

3) Urut kepala dengan perlahan. Boleh juga menggunakan minyak angin. Sapu sedikit minyak angin pada kepala dan urut dengan menggunakan hujung jari.

4) Lekatkan pelekat cool fever di kepala. Cara ini dapat menyejukkan dan menarik haba panas yang mungkin menjadi penyebab kepada sakit kepala yang dialami.

Yang selalu sakit kepala macam saya. boleh la cuba tips ini ye..semoga ianya berkesan untuk anda...

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Rakan Shaklee Anda 
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805) 
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922 
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com 
♥ FB Page: Peminatvitamin 
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat

Shaklee Cologen Powder untuk Kulit Kusam, Kulit Kering dan Tidak Bermaya

Kita sedia maklum kolagen akan kurang dihasilkan oleh badan dengan peningkatan usia so sebab itulah kita mesti mengambill kolagen dari luar melalui pemakanan (foods or supplement) atau suntikan untuk mengekalkan kelembapan dan keremajaan kulit. Saya prefer melalui supplement semestinya kerana ianya tiada kesan sampingan yang memudaratkan. 
 
Gejala kekurangan kolagen boleh menyebabkan kewujudan garis2 halus di wajah, nampak tua sebelum usia, tangan dan kering, tapak kaki merekah, kuku yang tidah sihat seperti mudah patah dan rambut yang mudah putus atau gugur. Di antara tanda-tanda penuaan yang lain adalah:-
  • Tidak bermaya (kulit kusam)
  • Tiada seri
  • Kulit kedut dan mula kendur
  • Pigmentasi kulit
  • Cepat letih dan lesu
  • Sakit badan dan sendi
  • Mudah lupa
  • Kurang penglihatan
Semua orang pasti akan merasai kemerosotan secara semulajadi. Namun ia dapat di atasi dengan pengambilan suplemen kologen bagi menggantikan kologen yang telah hilang serta dapat memelihara kecantikan kulit.

cologen merawat kulit kusam dan kulit kering


Kenapa memerlukan kologen tambahan?
Ini kerana apabila usia meningkat dan mencecah 26 tahun, kologen akan berkurangan sehingga 1.5% setiap tahun. Penggunaan kosmetik, amalan pemakanan yang tidak sihat, kesan pencemaran kosmetik, wangian, pencemaran alam sekitar dan stress adalah di antara punca-punca kologen mudah dimusnahkan. Dan apabila seseorang itu mencapai umur 40 tahun, badan kita akan kehilangan hampir daripada kologen yang ada. Jadi, semakin tua semakin banyak kologen yang hilang di dalam badan.

Shaklee Cologen Powder terbukti berkesan dan selepas 8 minggu anda menggunakannya, anda akan dapati:-
  • meningkatkan kelembapan kulit sehingga 90%
  • mengurangkan kekasaran dan kekeringan sehingga 75%
  • peningkatan dalam penampilan keseluruhan sehingga 71%
  • meningkatkan kelembutan dan kelicinan sehingga 69%
  • meningkatkan pemakaian kekal mekap sehingga 60%
  • meningkatkan keanjalan, ketegangan dan elastisiti sehingga 55%
  • meningkatkan ketebalan rambut sehingga 54%
  • meningkatkan keserian, tona dan warna kulit sehingga 50%
  • mengurangkan garis halus dan kedutan sehinggs 18%
Adakah anda BERSEDIA menghadapi masalah kekenduran ini?Jika jawapannya adalah TIDAK, dan anda mahu kekal cantik, sihat, sentiasa muda, cubalah SHAKLEE COLOGEN POWDER

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Rakan Shaklee Anda 
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805) 
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922 
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com 
♥ FB Page: Peminatvitamin 
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat

Monday 27 October 2014

Tips Hilangkan Gastrik

Gastrik ni disebabkan perut kita terlalu berasid. Jadi untuk neutralkan asid, kita perlu cari makanan yang bersifat sedikit alkali. Di bawah ini disenaraikan makanan yang boleh membantu mengurangkan sakit gastrik. Antaranya ialah:-
 
1) Pisang
Pisang tinggi kandungan potassium dan mempunyai nilai pH yang tinggi. Pisang juga mempunyai komponen yang membantu dinding perut untuk menghasilkan lebih banyak mukus. Mukus ini melindungi dinding dalam perut dan mengurangkan kerosakan dalam perut yang disebabkan oleh asid gastrik. Pisang yang terlebih masak mempunyai nilai pH yang lebih tinggi. pH yang tinggi bermaksud ia bersifat alkali. Boleh lah anda cuba pisang yang sedikit kehitaman untuk kurangkan sakit gastrik

2) Susu sejuk
Susu adalah tinggi kandungan kalsium. Kalsium membantu mengelakkan pembinaan asid dan menyerap lebihan asid yang tidak diperlukan.susu bantu hilangkan atasi gastrik sakit perut.Susu sejuk pula membantu melegakan sedikit rasa perit gastrik. Boleh lah buat banana milk shakes untuk legakan gastrik.

3) Bunga cengkih
Bunga cengkih adalah untuk digigit semasa gastrik. Bunga cengkih membantu melancarkan perjalanan makanan ke arah perut dan meningkatkan penghasilan air liur. Air liur akan membantu proses penghadaman.bunga cengkih hilangkan atasi gastrik sakit perut. Jika anda gastrik, gigit satu bunga cengkih, dan biarkan kejap dalam mulut. Ia akan membantu mengurangkan keasidan perut dan memberi sedikit kelegaan.

4) Halia
Halia membantu penghasilan mukus yang membantu mengurangkan keasidan perut. Kunyah halia atau rebus halia dalam air, dan minum air halia untuk kelegaan gastrik.
 

Dah tau macam mana nak kurangkan gastrik kan?lepas ini bolehlah mencubanya ye...

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Rakan Shaklee Anda 
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805) 
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922 
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com 
♥ FB Page: Peminatvitamin 
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat

Vitamin Shaklee untuk Kulit Cantik

Bila bercakap mengenai wajah cantik berseri ni pasti ramai yang mengimpikannya. Terutamanya untuk mommy mommy yang sentiasa ingin cantik, vourge dan anggun. Walaupun sudah beranak pinak tapi kecantikan luar dan dalam mesti dipelihara rapi. Bukan untuk siapa pon. Untuk suami kita juga kan? Betul tak? Kalau selekeh jer dan tidak pandai menjaga kecantikan suami pun segan dan mulalah mencari alasan untuk meminggirkan diri dari isteri.

Kulit yang cantik adalah impian setiap orang, lebih-lebih lagi kaum hawa. Kulit yang kusam, tak sekata, berjerawat dan pori-pori luas memang majoritinya akan melanda kita bila usia dianjak saban tahun. Untuk mengatasi masalah ini beralihlah kepada set kecantikan kulit Shaklee untuk wajah cantik berseri.

vitamin untuk kulit
 Jom kita tengok satu persatu fungsi setiap suplemen..

1. CAROTOMAX
-diperlukan untuk pembinaan dan pengekalan sel-sel kulit. Nutrien ini membantu menentang kekeringan kulit, kulit berkuping dan penebalan lapisan luar kulit.

2. B COMPLEX
-Vitamin B berfungsi untuk mengekalkan kelembapan pada kulit. Ia juga dapat menjaga kulit dari kekeringan sekaligus dapat mengurangkan kedutan pada kulit. Pengambilan Vitamin B mampu menghilangkan garis-garis halus pada kulit dan menolong menetapkan "kelenjar thyroid" dengan melicinkan/meratakan serat menegangkan kulit. Ia juga perlu untuk menghilangkan 'stress'. 'Stress' boleh menyebabkan kulit berkedut dan nampak cepat tua.

3.VITAMIN C SUSTAINED RELEASE
-Vitamin C amat masyhur untuk kecantikan. Pengambilan Vitamin C secara konsisten mampu untuk membuang toksin dalam badan. Vitamin C juga berfungsi sebagai antioksidan untuk menghapuskan  radikal bebas. Pengurangkan radikal bebas didalam badan kita, memmudahkan Vitamin C membantu dalam pembentukan kolagen. Kolagen amat penting untuk mengukuhkan sel kulit. Kekurangan kolagen akan menyebabkan kerosakan kulit (kering, lembik dan mudah lebam).

4. VITAMIN E COMPLEX
Vitamin E berupaya memberi perlindungan kepada kulit. Ia juga boleh memperlahankan pembentukan tanda penuaan dan degenerasi sel kulit. Ia juga dikenali sebagai bahan yang dapat mempercepat penyembuhan dan pembentukan saluran darah.
 
Orang lain sudah dapat kulit berseri, anda bila lagi?? :)
Cepat hubungi saya sekarang untuk konsultansi dan pesanan.
Dengan promo untuk ESP pada bulan Oktober ini, memang sangat berbaloi kalau anda dapatkanya sekarang!!
 
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
 

Rakan Shaklee Anda
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805)
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com
♥ FB Page: Peminatvitamin
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat

Sunday 26 October 2014

Kelebihan Solat Dhuha

Rezeki yang melimpah-ruah, halal dan berkat adalah dambaan setiap insan. Namun untuk menjadikannya kenyataan bukanlah sesuatu yang mudah. Ini kerana kekayaan yang bertimbun dan kedudukan yang tinggi tidak menjamin keberkatan hidup yang hakiki.

Sering kita lihat orang yang rezekinya melimpah-ruah membelanjakan kekayaan mereka ke jalan sesat dan mengingkari perintah Allah sedangkan kita selalu diingatkan serta dinasihatkan oleh Allah supaya makan rezeki yang baik dan jangan sesekali mengikut jejak syaitan.

Rezeki yang halal dan berkat bukan sahaja dapat membawa manusia menuju ketenteraman hati, malah dapat membawa kemuliaan di sisi Allah. Insya-Allah, kita dapat mencapainya dengan mengerjakan solat Dhuha.
 
Solat Dhuha adalah solat yang berkait rapat dengan rezeki sama ada dipermudahkan rezeki, rezeki diberkati, kemanfaatan rezeki dan pahala yang tinggi nilainya. Manakala di akhirat pula Allah menyediakan pintu khusus baginya memasuki syurga.
 
 Ruang Waktu dan Waktu Afdal 

Sesuai dengan namanya Dhuha yang bermaksud pagi, jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fekah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing iaitu kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7:30 pagi hingga 1:00 tengah hari.

Waktu afdalnya adalah ketika sinar matahari kian panas. Berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam, Rasulullah s.a.w. menjelaskan: 
“Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” 
Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10:00 pagi hingga 1:00 tengah hari (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi)

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Rakan Shaklee Anda
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805)
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com
♥ FB Page: Peminatvitamin
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat

Sebab-sebab Mealshake Penting untuk Anak Anda

Promosi mealshake masih lagi berlangsung..berbaki 5 hari lagi untuk mendapatkannya dengan setiap pembelian 3 tong akan mendapat PERCUMA lagi satu tong..menarik dan berbaloi jika dijadikan stok buat si manja...

mealshake penting untuk si manja

Manfaat utama Mealshake adalah seperti berikut-
-Nutrisi lengkap di mana menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu.
-Membekal nutrisi kepada sel iaitu kaya dengan protein, membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut dan lain-lain.
-membantu tumbesaran yang mana ia mengandungi asid folik, biotin untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses membesar
-mengandungi vitamin A, C, E, zinc, selenium yang merupakan anti-oksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan.
-mengembalikan seri wajah di mana ia mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi dan copper yang cukup untuk membina sel darah merah yang sihat
-kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus
-minuman yang lazat untuk diambil bersama penggantian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga.

   ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Rakan Shaklee Anda
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805)
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com
♥ FB Page: Peminatvitamin
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat

Petua Atasi Jerawat

Bila jerawat melekat kat muka mulalah rasa tak keruan..mesti terfikir-fikir macam mana cara untuk menghilangkannya kan? Maklumlah orang perempuan la katakan..seolah-olah jerawat mencacatkan penampilan seseorang.
 
Jangan terlalu risau ye kaum hawa sekalian. ada petua yang boleh membantu mengatasi jerawat yang tumbuh di muka tu.janji rajin dan konsisten. Nak cantik mestilah kena berkorban sikit.
 
Siapa sangka limau nipis pun mampu digunakan untuk merawat jerawat di samping bagus untuk melangsingkan badan. Pertama sekali bersihkan muka dengan bersih-bersih. Lepas itu ambil limau nipis dan hiris dan oleskan di wajah. Jangan digosok cuma oleskan di wajah. Kemudian biarkan 1-2 minit. Bila air limau tu rasa dah mengering di wajah, bolehla dibilas dengan air suam.Akhir sekali bilas dengan air dengan air sejuk sebelum dilap dengan tuala.
 
Kentang juga boleh digunakan untuk merawat jerawat, bukan sekadar untuk dimakan saja tau..waktu nak tidur, cuci muka sebersihnya. Ambil kentang segar dan potong kepada beberapa hirisan yang nipis. Hirisan kentang itu ditampalkan pada bahagian wajah yang ada jerawat. Biarkan sehingga semalaman dan esoknya boleh la di buang kentang dan dicucikan wajah. Amalan ini mampu mengecutkan jerawat yang tumbuh di wajah.
 
Selain itu, asam jawa juga boleh digunakan sebagai masker dalam mengecutkan jerawat. Caranya, sediakan 2 biji asam jawa dan dicampur dengan air bersih. Jika diamalkan secara berterusan, hasilnya kulit menjadi halus dan cantik berseri. Bancuhan itu dioleskan di wajah sepertimana kita memakai masker. Biarkan seketika dan dibilas dengan air bersih.
 
Petua yang pada saya memang mudah untuk diamalkan  dan selamat mencuba untuk semua pembaca...!
 
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Rakan Shaklee Anda
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805)
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com
♥ FB Page: Peminatvitamin
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat

Set Keputihan Shaklee

membantu masalah keputihan
Keputihan ni adalah normal di kalangan wanita jika ia hanya lendir putih, jernih ,cair tidak berbau dan tidak berasa gatal... Tetapi keputihan itu boleh dikategorikan sebagai bermasaalah apabila ia bersifat pekat, berwana putih kekuningan, berbau, diiringi rasa gatal2.. Jgn anggap ianya masalah kecil ya. .. ataupun akan hilang dgn sendiri.. Tahukah anda masalah keputihan ni disebabkan jangkitan kulat. Jika ia tak dirawat, tak mustahil ia akan merebak dan menyerang organ2 penting dlm badan... Malah yg lebih teruk, ia mampu merebak ke pasangan kita..Dimana kesannya organ seksual lelaki juga turut akan berasa gatal,melecet dan kemerahan..

Oleh sebab itu, set keputihan yang dicadangkan ialah dengan pengambilan alfalfa dan garlic. Meh kita tengok fungsi Alfalfa dan Gasrlic dalam menangani masalah keputihan
 
1.ALFALFA COMPLEX
-merupakan herba yang sangat bagus untuk kesihatan dalaman wanita.
-bersifat panas
-membantu untuk mengeringkan keputihan dan menghalang jangkitan kuman.
 
2. GARLIC COMPLEX
-bersifat antibiotic yang tinggi
-menbantu menghalang sebarang jangkitan kuman, kulat dan yis.
-cadangan pengambilan adalah 2 biji sehari iaitu membekalkan 100mg ekstrak bawang putih yang bersamaan dengan 2 ulas bawang putih.
 
Jangan biarkan masalah keputihan berlarutan tanpa sebarang usaha. Cegah dahulu sebelum menjadi lebih setius.
 
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Rakan Shaklee Anda
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805)
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com
♥ FB Page: Peminatvitamin
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat