Assalamualaikum dan selamat pagi untuk semua.
Hari ini entri mengenai KEBAS..Sebelum itu, jom kita baca dulu apakah maksud kebas. Kebas ini adalah keadaan di mana seseorang mengalami kekurangan rasa (sensation). Keadaan ini kebiasaannya berlaku disebabkan oleh irritasi saraf atau saraf periperi terhimpit dan rasa kebas boleh berlaku pada mana-mana bahagian badan dan cirinya bergantung kepada jenis dan lokasi saraf yang terlibat. Rasa kebas lebih kerap dirasai pada hujung jari, tangan, tapak kaki, lengan atas dan kaki.
Rasa kebas boleh disebabkan oleh keadaan berikut;
- Kecederaan pada saraf akibat kemalangan.
- Saraf periferi tertekan disebabkan oleh 'herniated disc' atau oleh osteophytes yang terbentuk akibat proses degeneratif.
- Jangkitan pada saraf periferi seperti kayap.
- Penyakit-penyakit seperti diabetes, migraine, multiple sclerosis, epilepsi , strok dan hypothyroidism
- Carpel Tunnel Syndrome (saraf Median tertekan di kawasan pergelangan tangan).
- Berlakunya kekurangan vitamin dalam badan seperti kekurangan vitamin B12.
- Kesan samping ubat, contohnya ubat penyakit tuberculosis seperti isoniazide.
- Kerosakan saraf akibat bahan toksik seperti, pengambilan alkohol dan rokok.
Di antara tindakan segera yang perlu diambil adalah:-
- Sila berjumpa doktor sekiranya anda mengalami rasa kebas untuk pemeriksaan lanjut dan rawatan.
-
Sila berjumpa doktor dengan serta-merta, sekiranya anda berasa kebas dalam keadaan berikut:
- Anda baru mengalami kemalangan yang melibatkan bahagian kepala.
- Anda juga mengalami gejala seperti lemah anggota , susah bertutur, pening dan sakit kepala yang datang secara tiba-tiba dengan teruknya.
- Dapatkan temujanji untuk berjumpa doktor sekiranya keadaan kebas yang anda alami bertambah teruk, melibatkan kedua-dua bahagian badan, terjadi apabila anda melakukan aktiviti tertentu dan rasa kebas hanya pada hujung jari kaki dan tangan.
Di Shaklee ada suplemen yang dicadangkan untuk individu yang mengalami kebas-kebas ni. Antaranya suplemen yang dicadangkan ialah:-
1. Ostematrix
120 Kapsul berharga RM61.00 |
2. B Compleks
120 Kapsul berharga RM53.75 |
Yang mahu mencuba untuk mengurangkan kebas, boleh la cuba ye..
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Rakan Shaklee Anda
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805)
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com
♥ FB Page: Peminatvitamin
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat