Wednesday 30 December 2015

7 Tips Hilangkan Lebam Di Bawah Mata

Apakah perasaan anda jika tiba-tiba rakan anda menegur

“Eh, kenapa nampak muram je? Mata pun sembab lebam je. Tak happy ke nak kahwin?"
Siapa tak terkejut apabila ditanya begitu. Mata tak bermaya. Kusam. Lesu. Sedih bukan?

Jangan risau sebab hari ini saya mahu berikan tips untuk menangani masalah lebam bawah mata dan penyelesaiannya... semoga bermanfaat untuk semua.




Tips 1 : Amalkan minum air suam selalu

Pastikan anda jadikan amalan minum air suam setiap hari. Elakkan pengambilan ais. Untuk permulaan bagi anda yang kurang menggemari air putih, anda boleh cuba minum 4 gelas sehari, selang 2 jam satu gelas. Kemudian, gandakan 8 gelas setiap hari. Untuk kes eyebag ini, minum air suam boleh membantu dalam pembuangan toksik dan membantu untuk mengurangkan kandungan toksik kotor di bawah mata.


Tips 2 : Timun dan Tomato sebagai eyemask

Pastinya mesti ramai pembaca jelita di luar sana tahu khasiat timun dan tomato ini. Jadi apa lagi? Daripada anda buang lebihan tomato dan timun, baik anda gunakan untuk kecantikan. Hiriskan halus dan tekapkan di mata semalaman atau 30 minit. Anda boleh memilih untuk menggunakan timun atau tomato kerana kedua ini membantu untuk mencerahkan serta memberi kesegaran mata anda yang lesu.


Tips 3 : Hijau kehijauan

Tahukah anda jika anda luangkan terlalu lama di hadapan komputer, tv atau laptop juga cenderung untuk anda mendapat lingkaran bawah mata ini? Selain lesu dan penat, paling membimbangkan adalah lingkaran bawah mata ini. Tapi kalau dah memang kerja hari hari mengadap komputer, bagaimana? Penyelesaiannya adalah dengan melihat atau mengalihkan permandangan anda pada sesuatu yang berkonsepkan kehijauan. Kenapa? Kerana oksigen dan ketenangan membantu mata anda berehat. Ambil masa rehat 10-15 minit sebelum kembali melakukan tugas anda. Amalkan setiap 30 minit mengadap komputer, tv dan alihkan pandangan anda. Belilah pokok kecil letak di meja office anda jika anda dikelilingi batu bata...hehe


Tips 4 : Tidur yang secukupnya
Apabila tidur cukup, bukan sahaja mata sihat, tubuh badan luaran dalaman semuanya akan sihat! Percayalah..


Tips 5 : Eye roller atau eye cream
 
Banyak cream mata jual di pasaran. Rujuk dengan pakar, belilah eye cream atau eye roller. Amalkan pakai setiap pagi petang dan juga selepas tidur. Jika anda perasan, kulit sekitar mata amatlah nipis, jadi ambil masa untuk merawat nya. Paling utama adalah SABAR.


Tips 6 : Uncang teh sebagai penyejuk mata

Jangan terus buang uncang teh itu, sebaliknya gunakan ia untuk penyejuk mata anda. Ingin diingatkan di sini supaya jangan pula anda guna uncang teh yang anda telah campurkan gula atau susu. Karang dihurung semut pula. Letak di bahagian mata selama 30 minit dan bilas dengan air suam. Pasti anda rasa segar!


Tips 7 : Jangan minum air 1-2 jam sebelum tidur

Walaupun minum air bagus, tetapi dinasihatkan supaya anda tidak minum 1-2 jam sebelum tidur bagi mengelakkan lingkaran bawah mata ini. Kerana ia akan menyebabkan penyimpanan air di bahagian bawah mata anda itu. Elakkan ya?

Diharap tips ini berguna untuk anda semua amalkan. Bukan tertumpu sahaja pada mereka yang mengejar hari bahagia, tapi juga untuk anda yang sibuk belajar, penat berjaga lewat malam study/jaga anak/kerja. Kunci paling utama adalah “Kurangkan rungutan, tingkatkan usaha!" 

Di sini juga dicadangkan eye treatment yang mana diperakui berkesan oleh pengguna. Ini di antara bonus yang akan anda dapat sekiranya mengamalkan eye treatment ini..


Terbukti secara klinikal:
•233% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa dua minggu
•120% peningkatan kekenyalan dan keanjalan kulit dalam masa dua minggu
•209% pengurangan garis-garis halus pada kulit dalam masa lapan minggu
•32% peningkatan kemampuan kulit untuk menahan lembapan lebih lama dalam masa lapan minggu
•Ton kulit yang kembali sekata dalam masa 12 minggu
•Kandungan botani anti-penuaan dan vitamin C memberikan faedah yang ketara pada kulit halus di sekeliling mata
•Juga sesuai untuk bahagian leher dan mulut
•Hipoalergenik, diakui oleh pakar-pakar oftalmologi dan selamat untuk pemakai kanta lekap.


Untuk puaskan hati pembaca blog ini, disajikan testimoni yang telah berjaya menggunakan eye treatment bagi menangani masalah lebam di bawah mata. 


lingkaran gelap bawah mata

lingkaran gelap bawah mata

lingkaran gelap bawah mata

Jika anda mahu membuat belian secara online, boleh klik di link di bawah dan pastikan anda memiliki debit kad atau kredit kad untuk meneruskan pembelian.

 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Nik Azimah Awg. Hamat (ID 894805) - Pengedar Shaklee Wangsa Maju, KL 
FB: Nik Azimah Awg.Hamat 
Pages: Peminatvitamin 
No Tel: 017-3430922 
Email: nik_azimah81@yahoo.com 
COD area: Wangsa Maju, Keramat, Setiawangsa, Sri Rampai, Putrajaya

Wednesday 23 December 2015

10 Petua Hilangkan Sakit Kepala yang Berdenyut-Denyut

Majoriti di antara kita yang mengalami sakit kepala atau migrain samaada untuk beberapa jam atau yang berhari-hari lamanya. Ada yang sakit teruk sehingga tidak boleh menumpukan perhatian terhadap pekerjaan atau pelajaran dan ada yang boleh pulih dengan cepat.

migrain

Disenaraikan penyebab yang mengakibatkan sakit kepala yang dikenalpasti :-
  • tekanan (tension headache)
  • kemurungan
  • penyakit serta ketegangan dalam mata
  • migrain (pengecutan salur darah)
  • sakit gigi dan tulang rahang
  • penyakit berkaitan anggota telinga, hidung dan tekak
  • kejang otot
  • kecederaan kepala dan tengkuk/leher
  • angin ahmar
  • jangkitan dalam otak, ketumbuhan dalam otak (brain tumor)
  • tekanan darah tinggi
  • pengambilan dadah dan racun

Adakah tanda -tanda di atas sama dengan apa yang pernah anda alami? Ingin tahu cara hilangkan sakit kepala? 

Berikut disenaraikan beberapa cara untuk hilangkan sakit kepala tanpa makan ubat ataupun ubat tahan sakit.

1. Guna limau kasturi 
  • perah limau kasturi atas kepala dan ramas-ramaskan rambut . Sambil ramas rambut, picit bahagian kepala yang rasa sakit. Kulit limau jangan dibuang sebaliknya masukkan dalam mangkuk yang berisi air bersih dan jiruskan air yang mengandungi kulit limau atas kepala dan badan.

2. Urut dengan minyak panas
  • mengambil minyak panas dan dilumurkan di bahagian kepala, tengkuk dan di belakang telinga. Selepas sapu minyak tersebut, ia diikuti dengan urutan ringan di bahagian tersebut. 

3. Guna pek ais
  • letakkan benda sejuk seperti pek ais di kepala. Ini akan membuatkan kita rasa kebas. Jika tiada ice pack, balutkan ais yang dibeli di pasaraya dengan tuala kecil. Pegang dan letakkan di kepala untuk beberapa minit.

4. Jauhi MSG
  • pernah dengar tak dialog sebegini "aku rasa, aku skait kepala sebab makan kat kedai yang letak banyak sangat Ajinomoto". Monosodium Glutamat (MSG) ditambah dalam makanan untuk meningkatkan rasa. Ramai orang yang mengalami sakit kepala mendapati bahawa makanan yang mengandungi MSG mencetuskan migrain.

5. Rehatkan diri
  • apabila sakit kepala menyerang, apa kata baring seketika di tempat yang gelap dan bebas dari sebarang bunyi yang bising. Walaupun hanya dapat rehat selama 30 minit, ia sedikit sebanyak dapat melegakan sakit kepala. 

6. Guna epal dan cuka epal cider
  • kedua-dua epal ini boleh digunakan untuk melawan sakit kepala. Bau epal hijau dapat mengurangkan sakit kepala. Malah cuka epal juga boleh mengembalikan keseimbangan asid dan alkali dalam badan.  Bila bangun pagi dan rasa sakit kepala, makan sepotong epal yang ditaburkan garam dan minum air masak.

7. Minum air elektrolit
  • boleh juga amalkan minum air elektrolit seperti 100 Plus dan Revive.  Ia dapat mengembalikan bendalir dan tenaga dalam badan dan merupakan salah satu cara untuk hilangkan sakit kepala.


8. Letak kain basah di dahi
  • seperti cara gunakan ais pek, cara ini juga dapat mengecutkan saluran darah dan mengurangkan pengaliran darah ke kepala supaya tidak berasa begitu tertekan.
Ramai di antara kita yang mengalami sakit kepala atau migrain samada untuk beberapa jam atau yang berhari-hari lamanya. Ada yang sakit teruk sehingga tidak boleh menumpukan perhatian terhadap pekerjaan atau pelajaran dan ada yang boleh pulih dengan cepat.

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
Ramai di antara kita yang mengalami sakit kepala atau migrain samada untuk beberapa jam atau yang berhari-hari lamanya. Ada yang sakit teruk sehingga tidak boleh menumpukan perhatian terhadap pekerjaan atau pelajaran dan ada yang boleh pulih dengan cepat.

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
Ramai di antara kita yang mengalami sakit kepala atau migrain samada untuk beberapa jam atau yang berhari-hari lamanya. Ada yang sakit teruk sehingga tidak boleh menumpukan perhatian terhadap pekerjaan atau pelajaran dan ada yang boleh pulih dengan cepat.

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

 9. Rendam kaki dalam bekas air panas
  • dengan cara ini dapat menarik pengaliran darah ke bahagian bawah badan dan dapat mengurangkan tekanan ke atas bahagian kepala. Selepas rawatan rendaman kaki selama 30 minit, anda dapat rasakan kelegaan dari sakit kepala. 

10. Rawatan akupuntur
  • mengikut fahaman akupuntur, jarum kecil yang dimasukkan di bawah permukaan kulit dapat menyelaraskan kembali aliran tenaga di dalam badan. Ia juga mencegah sakit kepala daripada berlaku serta merupakan rawatan yang mempunyai kesan sampingan yang sedikit.  
Di sini saya ada cadangan untuk suplemen untuk hilangkan sakit kepala yang sentiasa menyerang anda. Saya sendiri mengamalkannya dan alhamdulillah, sakit kepala yang sering menyerang sedikit sebanyak makin berkurangan. Jika dulu bila sakit kepala nak buka mata pun tak boleh sebab berpusing-pusing. 



ubat migrain


Pastikan anda minum air yang mencukupi, sekurang-kurangnya dua liter setiap hari. Lagi banyak lagi bagus. Kandungan air dalam badan sangat penting. Dengan memastikan pengambilan air yang mencukupi ini, anda dapat menghindari dari dehidrasi yang boleh mengakibatkan sakit kepala.

Air juga boleh membantu bahagian dalaman anda dapat berfungsi dengan baik dan berupaya menggantikan sel-sel yang rosak dalam badan.

Set Migrain untuk dibeli secara online

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.  

Nik Azimah Awg. Hamat (ID 894805) - Pengedar Shaklee Wangsa Maju, KL 
FB: Nik Azimah Awg.Hamat 
Pages: Peminatvitamin 
No Tel: 017-3430922 
Email: nik_azimah81@yahoo.com 
COD area: Wangsa Maju, Keramat, Setiawangsa, Sri Rampai, Putrajaya

Wednesday 16 December 2015

7 Petua Hilangkan Parut Jerawat di Muka

 Assalamulaikum untuk semua pembaca peminatvitamin

Jerawat bukan hanya pada anak remaja sahaja tetapi orang yang sudah berkahwin pun malahan sudah ada anak pun masih lagi mukannya dihinggapi jerawat. Tentu sekali pipi tidak licin dan tidak menarik. Mari kita lihat dan baca apa cara yang boleh hilangkan jerawat yang efektif.


parut jerawat di muka


1. Guna kulit kayu manis dan bedak sejuk

 Sediakan dua batang kulit kayu manis dan segenggam bedak sejuk. Tumbuk kulit kayu manis hingga menjadi serbuk halus dan kemudian campurkan serbuk kayu manis itu dengan bedak sejuk. Jangan lupa untuk tambah air tau..

Bila sudah siap, lumurkan pada tempat parut pada wajah. Lakukan sekerap mungkin. Lama kelamaan parut akan pudar dan hilang. Petua ini juga dikatakan sesuai untuk hilangkan bintik hitam pada muka kita.


2. Guna lidah buaya (aleo vera)

Keadah ini lebih semulajadi tetapi susah sedikit kerana tidak mudah untuk mencari bahannya bagi sesetengah orang. Petuanya ialah dengan menggunakan daun lidah buaya. Ambil daun lidah buaya dan belah daun supaya lendirnya keluar. Sapukan lendir daun ildah buaya pada parut. Lakukan tiga kali seminggu  dan In Sha Allah parut akan hilang.


3. Guna asam jawa

Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dengan mencampurkan sediit air. Jangan terlalu cair. Sapukan ramuan asam jawa pada tempat yang berparut. Biarkan sehingga kering. Seeoloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. In Sha Allah setelah beberapa lama, parut mulai pudar.


4. Guna madu

Mula-mula ambilkan sedikit madu. Campurkan madu tersebut dengan bedak sejuk. Tekapkan bedak tersebut ke tempat yang ada kesan jerawat. Lakukan sekurang-kurangnya 2 kali sehari.


5. Guna timun

Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam dan kemudian cuci bersih dengan air suam.


6. Guna daun senduduk

Rendam beberapa helai daun senduduk, sedikir cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka dua kali seminggu.


7. Guna daun sirih muda

Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.


Alternatif Lain

Boleh juga mencuba Vitamin C dan Vitamin E. Di sini saya sertakan testimoni berjaya yang mengamalkan Vitamin C dan Vitamin E secara konsistan selama 2 bulan dan inilah hasilnya...

guna vitamin c dan vitamin e

Selamat mencuba!


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Nik Azimah Awg. Hamat (ID 894805) - Pengedar Shaklee Wangsa Maju, KL 
FB: Nik Azimah Awg.Hamat 
Pages: Peminatvitamin 
No Tel: 017-3430922 
Email: nik_azimah81@yahoo.com 
COD area: Wangsa Maju, Keramat, Setiawangsa, Sri Rampai, Putrajaya

Wednesday 9 December 2015

Rawatan Untuk Bibir Kering

Anda perrnah alami bibir kering sehingga pecah-pecah dan pedih?

bibir pecah

Bibir kering sememangnya tidak selesa tambah lagi jika dikenakan sebarang lipstik. Saya sendiri memang mengalami masalah ini sejak dari dulu lagi dan ia menjadi teramat teruk ketika bekerja kerana duduk di dalam bilik yang berpenghawa dingin. Pelbagai lip bam saya telah cuba namun masih juga kering. Bila lahir anak ketiga, saya mengamalkan set bersalin Shaklee iaitu vitalea, osteomatrix, b compleks, zinc, esp dan vitamin C. Nampak ada perubahan setelah mengamalkan set itu.

Sebelum itu, jom kita tambahkan pengetahuan mengapa bibir menjadi kering? pasti ada sebab kan? Di bawah ini ialah di antara sebab yang menyebabkan bibir menjadi kering dan pecah-pecah.

  • Kolagen semulajadi di dalam bibir akan berkurangan apabila umur kita meningkat.
  • Berada di dalam bilik berpenghawa dingin dengan jangka waktu yang sangat lama
  • Kekurangan air dalam badan
  • Kurang mengambil buah-buahan dan sayur
  • Penggunaan lipstik berkima terlalu kuat sehingga mennyebabkan alergi.
  • Suka menjilat bibir dengan air liur
  • Kekurangan Vitamin C, VitaminE dan Vitamin B
 
Apa yang dikatakan Bibir Kering?

Bibir kering iaitu kulit bibir merekah dan kering. Bibir kering dan merekah menunjukkan kurangnya kelembapan dalam tubuh , ia mungkin terjadi kerana duduk di bilik penghawa dingin yang lama. Dan tabiat menjilat bibir, ia membuatkannya bertambah kering, pecah-pecah ataupun merekah.

Rawatan Bibir kering
Pengambilan supplement Vitamin E dan B complex SHAKLEE.

bibir merekah

Semoga bermanfaat untuk semua dan boleh diaplikasikan untuk yang mengalami masalah bibir kering...

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Nik Azimah Awg. Hamat (ID 894805) - Pengedar Shaklee Wangsa Maju, KL 
FB: Nik Azimah Awg.Hamat 
Pages: Peminatvitamin 
No Tel: 017-3430922 
Email: nik_azimah81@yahoo.com 
COD area: Wangsa Maju, Keramat, Setiawangsa, Sri Rampai, Putrajaya

Wednesday 2 December 2015

Cara untuk Tangani Masalah Jerawat, Kulit Berminyak, Berparut dan Kusam

Assalamualaikum semua...

Sudah Disember rupanya...terlalu cepatnya masa berlalu....

Hari ini nak kongsikan serba sedikit mengenai kaedah untuk mengatasi masalah kulit terutamanya bagi yang bermasalah jerawat, kulit berminyak, parut jerawat dan kulit kusam..pastinya akan rasa rendah diri bila ada masalah macam ni kan?

Masalah jerawat , muka berminyak, berparut dan kusam ni bukanlah satu perkara yang mudah untuk di atasi. Memang merimaskan dan boleh merendahkan keyakinan diri kita. Semestinya ramai yang dah mencuba pelbagai produk kecantikan tetapi bukan sahaja masalah tak dapat diatasi, malah boleh menjadi bertambah teruk. Apatah lagi banyak produk kecantikan sekarang menggunakan bahan kimia yang boleh membahayakan kesihatan tanpa kita sedari. Tapi tidak dengan Shaklee. 

Jadi, hari ini saya terpanggil untuk berkongsi tentang Set Skin Care yang boleh membantu mengatasi masalah-masalah di atas. Sebenarnya, ubat terbaik dan berkesan untuk kecantikan kulit adalah ubat yang boleh memulihkan dari dalam kerana diri kita adalah apa yang kita makan. Kelebihan produk Shaklee ini adalah ia 100% semulajadi. Jadi badan akan dapat menyerap dgn baik utk memberi kesan yang HEBAT.

Mari saya kongsikan apa yang ada di dalam Set Skin Care Shaklee yang diperkatakan di atas tu....

set penjagaan kulit cantik

Apakah fungsi bagi ketiga-tiga vitamin ini? Meh kita tinjau satu persatu fungsinya untuk lebih maklumat.


Vitamin C

Pakar pemakanan berpendapat bahawa Vitamin C dan antioksidan bioflavonoids sangat diperlukan dalam sekurang-kurangnya 300 fungsi metabolik dalam badan manusia. Vitamin C penting untuk pembaikan sel-sel, melawan jangkitan dan meningkatkan sistem imuniti. Bioflavonoids pula memainkan peranan sebagai anti-bakteria dalam badan.

Bagi mengatasi masalah jerawat dicadangkan pengambilan 1000mg Vitamin C sehari 3 kali sehari. Sustained Released Vita C Plus menyediakan 500mg bagi setiap kapsul. So nak kulit bebas jerawat, ambik 6 biji la sehari.


 
Vitamin E
Vitamin E merupakan satu lagi vitamin yang penting untuk penjagaan kulit dan terkenal dengan kesan antioksidan, Vitamin E membantu kulit melawan radikal bebas. Radikal bebas ini berpunca daripada penggunaan produk-produk yang mempunyai bahan kimia berbahaya yang berpotensi memberikan kesan buruk pada kulit. 

Vitamin E meningkatkan fungsi pembaikan dan penyembuhan tisu. Untuk mendapatkan lebih banyak Vitamin E, anda disarankan untuk makan kacang tanah, badam, biji bunga matahari, gandum dan brokoli ATAU ambil 400IU vitamin E setiap hari bagi merawat jerawat.

Setiap kaspsul Vita E Complex Shaklee menyediakan 400IU cukup untuk keperluan tubuh kita.




ESP Shaklee
Protein tersangat lah penting kepada mereka yang inginkan kulit cantik dan tona kulit yang sekata. Sebabnya protein adalah makanan sel. Sel yang sihat dapat membantu mencerikan kulit dan nampak segar menawan.

Tahukah anda? kesan jeragat atau parut yang susah nak hilang tu, kemungkinan besar adalah disebabkan kekurangan protein untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tu.

ESP juga mengandungi Low Glysemic Index. Oleh itu ESP boleh memberikan tenaga berpanjangan dan mengurangkan rasa lapar, jadi sangat sesuai untuk mereka yang nak Slim dan yang ada Gastrik.
  1. Mengembalikan keserian kulit dan dan kepejalan otot
  2. Awet muda – asid amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ dan lain-lain, pengambilan yang kerap kunci kepada awet muda
  3. Membaikpulih sel yang rosak dan bina sel baru
  4. Membantu pemulihan luka dan mengurangkan parut
  5. Merangsang pembentukan semula kulit dan otot
  6. Mengurangkan kedutan dan agen anti-penuaan
  7. Mengurangkan kesan parut
  8. Mengurangkan jeragat, garis halus dan kedutan

Hubungi saya sekarang jika anda nak suplemen Shaklee membantu:-
 
• selesaikan masalah kulit yang sekian lama membelenggu anda
• jimatkan poket anda dari habis kepada produk-produk lain yang belum tentu berkesan
• tampil lebih yakin walaupun tanpa secalit bedak pun
• cantik secara sihat

 
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

 Nik Azimah Awg. Hamat (ID 894805) - Pengedar Shaklee Wangsa Maju, KL 
FB: Nik Azimah Awg.Hamat 
Pages: Peminatvitamin 
No Tel: 017-3430922 
Email: nik_azimah81@yahoo.com 
COD area: Wangsa Maju, Keramat, Setiawangsa, Sri Rampai, Putrajaya

Friday 6 November 2015

Promosi NOVEMBER yang sukar dilepaskan

 Assalamulaikum semua..
Dah sampai ke bulan November pun kita...terasa sekejap je masa berlalu..

Dan untuk pengetahuan semua, bulan ini promosi khas untuk mereka yang ingin cantik dan sihat semestinya. Semestinya berita gembira untuk mereka yang terlepas peluang memiliki yespack..ianya disambung lagi bulan ini...memang teruja untuk memilikinya kan?

Saya sertakan promosi November yang rasanya rugi jika dilepaskan. ambil peluang untuk memilikinya ok!

wellness yes pack



 
beli 6 percuma 1



 


 Yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut lagi, boleh terus hubungi alamat di bawah ye. Jika mahu daftar ahli, lagilah digalakkan.
 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Nik Azimah Awg. Hamat (ID 894805) - Pengedar Shaklee Wangsa Maju, KL 
 FB: Nik Azimah Awg.Hamat 
Pages: Peminatvitamin 
No Tel: 017-3430922 
Email: nik_azimah81@yahoo.com 
COD area: Wangsa Maju, Keramat, Setiawangsa, Sri Rampai, Putrajaya

Monday 24 August 2015

Testimoni Set Nutriwhite..Anda Patut Cubanya Sendiri!

Asssalamualaikum...

Seperti yang saya janjikan, telah tiba masanya untuk saya kumpulkan testimoni peminat tegar yang menggunakan nutriwhite sebagai set kecantikan luaran..

Diharap pembaca sekalian berpuashati dengan testimoni yang dipaparkan..

jeragat pudar


kurang berminyak


muka tidak berminyak

 
sunblock dan pelembab


wajah sekata


whitehead hilang


kulit lembut
 
Yang rasanya jatuh cinta dengan maklumbalas pengguna nutriwhite dan ingin mencubanya sendiri, bolehla menghubungi saya ye..


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 


Nik Azimah Awg. Hamat (ID 894805) - Pengedar Shaklee Wangsa Maju, KL 
FB: Nik Azimah Awg.Hamat 
Pages: Peminatvitamin 
No Tel: 017-3430922 
Email: nik_azimah81@yahoo.com 
COD area: Wangsa Maju, Keramat, Setiawangsa, Sri Rampai, Putrajaya

Saturday 22 August 2015

Nutriwhite setanding jenama terkemuka dengan harga yang lagi rendah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
 
Mungkin ramai yang belum kenal dengan set penjagaan kulit Shaklee ini. Asyik-asyik disogok dengan cerita Vitamin-Vitamin hebat Shaklee je sebelum ini. Jangan tak tau, set penjagaan kulit Shaklee pun tidak kurang hebatnya.

Keratan akhbar mengenai Nutriwhite untuk bacaan semua.



 Info mengenai NutriWhite Shaklee
  • Dibangunkan oleh saintis dan pakar-pakar penjagaan kulit di Jepun dan Amerika
  • 3 tahun pembangunan produk
  • Pemilihan bahan aktif dan mentah yang diperolehi dari 16 buah negara
  • Ujian yang menyeluruh
  • Ramuan gabungan yang optimum
  • Selamat dan berkesan
  • Vitamin C derivatif (ascorbyl / glucoside) ramuan selamat dan terbukti
  • Patent-pending WhiteN-16 adalah campuran daripada 16 nutrien botani yang kuat yang membantu mengurangkan penampilan melanin yang sedia ada untuk mewujudkan lebih putih, kulit lebih cerah dan bercahaya
 
Bahan-bahan yang terdapat dalam NutriWhite Shaklee:
 
 


 
 
Gabungan 16 ramuan botani yang mujarab:
  • Bearberry – meringankan, melegakan dan mengurangkan keradangan
  • Soybean – mencerahkan, melembutkan, melembap dan mengurangkan tompok
  • Skullcap – meringankan, mengurangkan keradangan dengan flavonoid
  • Beech Tree – meringankan, meningkatkan proses semulajadi dan melegakan kulit
  • Strawberry Begonia -mencerahkan dan pigmentasi
  • Mullberry – mencegah kerosakan kulit dan melembap
  • Peony – mencerahkan, melembapkan dan mengurangkan keradangan
  • Rosemary – mengetatkan, merangsangkan dan mengurangkan keradangan
  • Aloe Vera – melegakan, melembapkan dan keradangan
  • Mountain Arnica – mengurangkan keradangan dengan flavones
  • Cat’s Claw – menegangkan dan menyegarkan dengan cotechin
  • Kudzu Leaf & Roots – menegang dan mengurangkan keradangan
  • Linden – menyuburkan dan menghidrat di peringkat dalam
  • Marshmallow – melembapkan dengan tanin
  • Seaweed – mengeluarkan, memelihara dan menegangkan
  • Green Algae – menyahtoksin dan melembapkan

Untuk kesan terbaik disarankan dengan pengambilan supplemen Shaklee sekali untuk tujuan penjagaan dari dalam dan Set Penjagaan Kulit NutriWhite untuk penjagaan luaran. Gabungan mantap! Pasti kesan pun mantap kan kan. 

Entri yang diseterusnya akan dipamerkan testimoni-testimoni pilihan untuk tatapan pembaca setia blog ini... tunggguuuuuuuuuu....In Sha Allah.


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Nik Azimah Awg. Hamat (ID 894805) - Pengedar Shaklee Wangsa Maju, KL 
FB: Nik Azimah Awg.Hamat 
Pages: Peminatvitamin 
No Tel: 017-3430922 
Email: nik_azimah81@yahoo.com 
 COD area: Wangsa Maju, Keramat, Setiawangsa, Sri Rampai, Putrajaya

Friday 21 August 2015

7 Kepentingan ESP untuk semua orang

 Assalamualaikum dan salam ceria..

Pernah dengar tak pasal Energizing Soy Protein atau nama singkatannya ESP? Jika yang pernah mencuba pasti tahu kan? 

Sebelum entri ini berlarutan mengenai kepentingan protein untuk semua orang, apa kata kita berkenalan dengan lebih lanjut dengan ESP..



Baca di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ESP dan kenapa memilihnya sebagai sumber protein di dalam kehidupan
Kenapa Mesti Memilih ESP Shaklee?


7 kebaikan dan khasiat ESP Shaklee yang utama perlu anda tahu:

1. Rahsia Awet Muda / Anti Penuaan
Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan memperkuat otot bagi memastikan kita sentiasa bertenaga. Kandungan yang terdiri daripada Asid Amino membina dan memperkuat otot tubuh, kuku, rambut, darah, organ, kulit dan kelenjar. ESP juga mengandungi 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain.

 2. Mempertingkat Fungsi Hormon Wanita
Khasiat berikutnya adalah untuk mempertingkat fungsi hormon wanita. Ramuan yang ini terdiri dari kacang soya. Kacang soya adalah tumbuhan yang kaya dengan isoflavon yang berfungsi sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dalam darah disamping mencegah osteoporosis dan penyakit jantung. Ia juga baik untuk mencegah gejala ‘hot flashes’ sebelum menapous dan membantu mencegah kanser serta anemia.

 3. Rahsia Kulit Cantik Dan Anjal
Bagi wanita yang mementingkak kecantikan kulit. Anda disarankan untuk mengamalkan pengambilan ESP. ESP merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan dan bertindak sebagai agen anti-penuaan. Mengembalikan keanjalan kulit supaya kulit kekal cantik dan gebu. Di samping memperkuat otot sekaligus mempercepat pemulihan luka dan menghilangkan parut.

 4. Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki
Genistein yang terkandung dalam kacang soya telah dibuktikan mempunyai keupayaan bagi mencegah pertumbuhan dan menghalang sel kanser darip merebak. Ia berfungsi dengan memusnahkan radikal-radikal bebas dalam sel-sel tubuh kita sebelum radikal bebas sempat bermutasi daripada DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga melindungi dan menjaga rahim dan ovary serta kitaran haid dan prostat.

 5. Memulih Dan Memberi Tenaga Segera Untuk Individu Aktif
Salah-satu rahsia yang menjadi pilihan kebanyakan para pembeli adalah kerana ESP Shaklee terbukti berkesan dalam memulih dan member tenaga segera untuk individu yang aktif, ibu menyusu, wanita bekerjaya yang sibuk dan mereka yang mempunyai gaya hidup yang lasak. ESP membekal tenaga segera dan meningkatkan sistem imun sekaligus memulihkan kepenatan, mencegah migrain, insomnia dan gejala stress yang disebabkan kemurungan, kebimbangan, ketakutan, tekanan kerja dan sebagainya.

 6. Jawapan Kepada Masalah Pigmentasi
Ramuan utama ESP Shaklee adalah kacang soya. Kacang soya atau nama saintifiknya Glycine Max dianggap salah-satu daripada 7 “super-foods” yang wujud di dunia. Hasil kajian para saintis telah membuktikan lecithin dalam soya dapat melancarkan peredaran darah, menyahtoksin bahan buangan sel dan lain-lain. Fungsi lecithin soya ini juga melambatkan proses rambut beruban, menyelesai masalah keguguran rambut dan keadaan rambut yang kusam. Disamping mencegah masalah pigmentasi dan kulit berjeragat.

 7. Meningkatkan Keupayaan Memori
Semakin meningkat usia seseorang bermakna daya keupayaan untuk mengingat akan menurun. Keupayaan memori seseorang memang berkadar langsung dengan peningkatan usia. Pengambilan ESP Shaklee secara konsisten akan dapat mempertingkatkan keupayaan daya ingatan. Kacang soya mengandungi isoflavones yang bertindak sebagai penerima atau perangsang estrogen dalam otak manusia, terutama dalam hippocampus iaitu kawasan penting untuk memori manusia.

Kesimpulannya, ESP Shaklee mempunyai 1,001 manfaat dan setiap individu dalam keluarga anda berpeluang untuk berkongsi dan mengambil ESP Shaklee bagi pelbagai tujuan.


Miliki ESP hari ini dengan memesan dan "CLICK" link di bawah


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

 Nik Azimah Awg. Hamat (ID 894805) - Pengedar Shaklee Wangsa Maju, KL 
FB: Nik Azimah Awg.Hamat 
Pages: Peminatvitamin 
No Tel: 017-3430922 
Email: nik_azimah81@yahoo.com 
COD area: Wangsa Maju, Keramat, Setiawangsa, Sri Rampai, Putrajaya