Monday 23 March 2015

Atasi SUNBURN yang hodoh dengan selamat

Sunburn? Oh no! Paling tak suka apabila muka kena sunburn lepas berada di bawah pancaran matahari dalam suatu tempoh yang lama. Bila kulit sunburn, kulit kemerah-merahan, gatal, kering. Rasa tidak selesa tu memang sukar untuk digambarkan. Siapa yang pernah alami kulit sunburn, mesti faham apa yang saya cuba sampaikan. Kali ini, saya nak share dengan anda, bagaimana saya atasi masalah sunburn ini dalam tempoh 3 hari. Ini testimoni saya, dan saya ingin share dengan anda. (✿◠‿◠)
- See more at: http://supplement4all.blogspot.com/2014/06/masalah-kulit-sunburn-ikut-cara-saya.html#sthash.daWj4uki.dpuf
Assalamualaikum semua...
Cuaca semasa saya menulis entri ini hujan lebat..jom kita berdoa...memang sejuk sangat-sangat di dalam pejabat..

Pembaca sekalian pernah dengar tak pasal SUNBURN??mesti pernah dengar kan??arini entri saya nak berkisarkan tentang rawatan bagi individu yang mengalami masalah sunburn...

"Alamak, dah syok-syok mandi di pantai, muka pulak sunburn. Janganlah lama sunburn kulit ni, ada majlis pula hujung minggu ni."Mesti anda pernah alami situasi ini kan?Jom saya bongkarkan rahsia untuk permasalahan sunburn ini...

Sunburn berlaku akibat kesan radiasi terhadap tisu seperti kulit kerana pendedahan yang terlalu lama terhadap sinaran ultraungu (UV). Gejala biasa yang dialami ialah kemerah-merahan pada kulit atau kulit berasa panas apabila disentuh.
 
inilah sunburn

Sunburn? Oh no! Paling tak suka apabila muka kena sunburn lepas berada di bawah pancaran matahari dalam suatu tempoh yang lama. Bila kulit sunburn, kulit kemerah-merahan, gatal, kering. Rasa tidak selesa tu memang sukar untuk digambarkan. Siapa yang pernah alami kulit sunburn, mesti faham apa yang saya cuba sampaikan. Kali ini, saya nak share dengan anda, bagaimana saya atasi masalah sunburn ini dalam tempoh 3 hari. Ini testimoni saya, dan saya ingin share dengan anda. (✿◠‿◠)
- See more at: http://supplement4all.blogspot.com/2014/06/masalah-kulit-sunburn-ikut-cara-saya.html#sthash.daWj4uki.dpuf

Jika anda suka berjemur di pantai tetapi takut terjadinya sunburn, lepas ini dah tak perlu risau kerana ada sesuatu yang boleh membantu anda....dan rahsianya yang dimaksudkan ialah dengan mengamalkan Vitamin E Compleks..

Ada yang sedar tentang bahaya ini, tetapi mereka menggunakan krim protection sinaran UV yang mengandungi perlindungan nipis sahaja menyebabkan masih tidak mampu melindungi kulit mereka. Sinaran uv matahari ini juga boleh menyebabkan kanser kulit.

Ramai yang kena kanser kulit ni daripada Afrika Selatan dan Australia sebab di kawasan-kawasan ini menerima paling banyak radiasi UV ni. Memang la negara kita tak panas sangat tapi cuba anda ingat beberapa bulan lepas di mana suhu cuaca panas pun memang tinggi juga, di samping musim kemarau.

Selain itu, sinaran UV ni boleh merosakkan DNA, kolagen dalam badan, dan fungsi elastin kulit. Justeru, menyebabkan kulit tidak bermaya, kusam dan jeragat.  

Sebab zaman sekarang ni sukar nak duga dah. Jadi, semua kena beringat juga. Kalau memang anda tidak dapat mengelak daripada sinaran matahari secara berterusan, jom amalkan tips di bawah:

1. Amalkan pemakaian yang sesuai seperti menggunakan topi dan baju berlengan panjang. Pakaian seperti ini boleh menghalang pancaran sinaran UV kepada anggota tubuh sekaligus mengelakkan kulit sunburn. Selain itu pakaian berlengan panjang juga untuk tutup aurat juga kan. 

2. Amalkan pemakaian yang berwarna gelap sebab boleh lindungi daripada sinaran UV.

3. Amalkan pemakaian cermin mata gelap, tu dia.. pun boleh lindungi daripada sinaran UV dan cegah katarak mata.

4. Bila berada di luar, cuba berada di tempat-tempat redup. Sekurang-kurangnya anda meminimakan sinaran uv kepada anggota tubuh.

5. Sekiranya menggunakan krim pelindung matahari (sunblock), gunakan pada tahap yang bersesuaian dan sapukan setiap jam.

6. Anda juga boleh gunakan pelindung bibir, gunalah SPF15 atau lebih. 

Di sini saya sertakan testimoni customer saya yang mengambil Vitamin E untuk hilangkan sunburn dan alhamdulillah ianya berhasil dan customer sangat-sangat gembira..

 Vitamin E untuk sunburn

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Nik Azimah Awg. Hamat (ID 894805) - Pengedar Shaklee Wangsa Maju, KL 
FB: Nik Azimah Awg.Hamat 
Pages: Peminatvitamin 
No Tel: 017-3430922 
Email: nik_azimah81@yahoo.com 
COD area: Wangsa Maju, Keramat, Setiawangsa, Sri Rampai, Putrajaya

Sunday 22 March 2015

Masak Lemak Cili Api Nangka yang Menyengat

Hari minggu adalah hari untuk memasak sedunia bagi kaum ibu yang bekerja macam saya..arini nak kongsikan resepi masak lemak cili api nangka....mesti ramai yang pernah makan dan buat kan?

Saya senaraikan bahan-bahan untuk membuatnya:-
  • 1 kg nangka muda,bersihkan, potong kecil, cuci dan rebuskan bersama sedikit garam
  • 1/2 ekor ayam-potong kecil
  • 4 cawan santan cair
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 batang serai-dititik
  • 1 helai daun kunyit-disiat
  • Garam secukup rasa
  • sedikit gula
  • 1 keping asam gelugor
  • Air secukupnya utk merebus nangka
  • minyak utk menumis

Bahan Kisar
  • 1/2 cawan ikan bilis, buang kotoran dan cuci
  • 1 labu bawang besar
  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 15 tangkai cili padi merah dan hijau
  • 1/2 sudu kecil lada hitam, tumbuk halus

Cara Memasak
  1. Rebus nangka muda bersama air dan sedikit garam sehingga empuk.
  2. Bila dah empuk, toskan airnya. Ketepikan dulu.
  3. Panaskan sedikit minyak dlm periuk. Tumiskan bahan2 kisar sehingga naik bau.. Masukkan 1 cwn air dan biarkan mendidih. Masukkan santan cair dan masukkan ayam yg di potong kecil tadi.
  4. Masukkan serai, daun kunyit, asam gelugor, garam, gula dan gaul rata. Setelah ayam separuh masak, masukkan nangka muda yg di rebus tadi.
  5. Masukkan santan pekat dan gaul rata. Masak hingga mendidih guna api sederhana.
  6. Rasakan, kalau dah cukup rasa tutupkan api dan bolehlah diangkat dan hidangkan.
  7. Sedap dimakan bersama sambal belacan, ikan goreng dan ikan masin.
Taraaaa....dah siap...jom santap...
Jangan lupa mencubanya ye...

nangka cili api

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Nik Azimah Awg. Hamat (ID 894805) - Pengedar Shaklee Wangsa Maju, KL 
FB: Nik Azimah Awg.Hamat 
Pages: Peminatvitamin 
No Tel: 017-3430922 
Email: nik_azimah81@yahoo.com 
COD area: Wangsa Maju, Keramat, Setiawangsa, Sri Rampai, Putrajaya

Saturday 21 March 2015

Performance Drink untuk Lebih Bertenaga

Entri hari Sabtu ni nak kongsikan pasal Performance Drink...kebanyakan di setiap rumah adanya Performance Drink disebabkan keadaan cuaca yang tidak menentu... 


performance drink kesukaan ramai


Kelebihan Performance Drink Shaklee

Apa yang best dan kelebihan yang ada pada Performance Drink Shaklee ni berbanding minuman isotonik yang lain? kalau tak bagus tak kan laa ada atlit Olimpik pun consume Performance Drink ni kan? Antara kelebihan Performance Drink Shaklee ni adalah:
  • mengandungi elektrolit yang sempurna bagi mencegah dehydrasi
  • memberi tenaga dan stamina berpanjangan
  • mengandungi Optilyte yang tidak mengganggu kestabilan gula dalam darah
Memandangkan cuaca sejak kebelakangan ni terik semacam je, sangatlah sesuai kita bancuh PD ni dan letakkan dalam peti sejuk. Esok  siang hari kalau nak minum, keluarkan PD dari fridge dan minum, So fresh and melegakan tekak yang kering.
 
hilangkan dahaga dengan performance drink
 
Saya sarankan kepada ibu-ibu untuk bekalkan anak-anak mereka dengan minuman PD ni ke tempat pembelajaran mereka instead of bekalkan air kosong yang biasa tu je kan. Saya pun bawak bekal juga pergi office. Syok meh! Kalau ngantuk, terus je minum PD, mata terus membulat, rasa masam tu masuk kesemua saraf dan buat badan rasa aktif dari pasif. :)
 
Siapa yang boleh minum Performance Drink?
  • Para atlit yang bersukan 24 jam :)
  • Orang yang berpuasa di siang hari
  • Orang suka tidur lewat malam
  • Penyahhidratan otot dan kulit
  • Cirit birit dan vagina kering
  • Rendah paras gula
  • Orang yang sentiasa letih bila lakukan sesuatu aktiviti
  • Pening kelapa
 
Sebelum itu, saya tepekkan sekali mengenai Performance Drink yang telah dibukukan di dalam Majalah Wanita.

Performance Drink untuk seisi keluarga


Jom laa kita cuba PD hari ini. Selain hilangkan dahaga, mentenkan air dalam badan, kawal glukos darah dengan baik dan jaga kesihatan otot, sesuai juga diminum oleh ibu hamil yang ada alahan. Selamat untuk semuanya.
  
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Nik Azimah Awg. Hamat (ID 894805) - Pengedar Shaklee Wangsa Maju, KL 
FB: Nik Azimah Awg.Hamat 
 Pages: Peminatvitamin 
 No Tel: 017-3430922 
Email: nik_azimah81@yahoo.com 
COD area: Wangsa Maju, Keramat, Setiawangsa, Sri Rampai, Putrajaya

Friday 20 March 2015

Atasi Batuk Berkahak dan Selsema pada Kanak-Kanak dengan Minyak Ikan Shaklee

Assalamulaikum semua

Sekarang ini cuaca tidak menentu menyebabkan kesihatan mudah terjejas jika tidak dijaga dengan sebaiknya..masa ini perlukan banyak minum air putih terutamanya kanak-kanak supaya tidak mudah terkena ulser atau tonsil...jika dah kena memang menangisla dulu sebelum sembuh...

Adalah normal untuk anak-anak jatuh sakit. Ini bagi membentuk imunisasi tubuh mereka melawan jangkitan. Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad dalam blognya, batuk dan selsema bukanlah penyakit tetapi satu mekanisma pertahanan tubuh untuk mencegah jangkitan kuman.

Batuk berkahak lazimnya dimulai dengan selsema. Lendir yang tidak dapat dikeluarkan terkumpul dengan banyak dan mengakibatkan kahak. Salah satu cara untuk melonggarkan kahak ini ialah dengan melakukan teknik tepuk atau "Chest Physical Theraphy". 

Walaupun batuk dan selsema tidak dianggap penyakit, jangan pula ia dibiarkan. Batuk yang tidak dirawat boleh membawa kepada masalah yang lebih serius iatu jankitan kuman pada paru paru. Lebih teruk lagi, anak anda boleh mendapat asthma jika batuk berkahak dan selsema dibiar berlarutan. 

Anda juga boleh mengatasi masalah anak batuk berkahak dan sering selsema dengan membantu meningkatkan imuniti tubuh mereka melalui makanan tambahan seperti Mealshake, Vitalea for Children, Vitamin C Chewable, Omega Guard dan Nutriferon merupakan antara supplemen yang membantu anak-anak saya lebih sihat sekarang.

Saya ingin kongsikan pengalaman saya sendiri yang menghadapi masalah anak kedua saya iaitu Aiman yang mana muntah-muntah selepas pulang dari rumah pengasuh..bayangkan enam kali muntah, badan pun makin lemah..memang pada mulanya saya ingatkan tersalah makn tapi bila macam badannya sedikit panas, maka saya berikan dia minum Performance Drink tanpa campur dengan apa-apa perisa...dan baginya sebiji Omega Guard untuk digigit sebab saya tengok ada kahak yang keluar semasa Aiman muntah..Dan alhamdulillah, setelah telan Omega Guard sebiji dan segelas air Performance Drink, Aiman kelihatan bermaya dan tidur sampai ke pagi..bila bangun paginya, Aiman semakin ok dan siap berlari-lari lagi semasa dihantar ke rumah pengasuh..


batuk berkurangan dengan omega guard


Lindungi anak-anak kita dengan membekalkan nutrisi dan suplemen kerana pada saya mencegah itu lebih baik dari mengubati.  
 
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Nik Azimah Awg. Hamat (ID 894805) - Pengedar Shaklee Wangsa Maju, KL 
FB: Nik Azimah Awg.Hamat 
Pages: Peminatvitamin 
No Tel: 017-3430922 
Email: nik_azimah81@yahoo.com 
COD area: Wangsa Maju, Keramat, Setiawangsa, Sri Rampai, Putrajaya

Wednesday 18 March 2015

Kenapa perlu memilih Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee?

Assalamualaikum sahabat semua.

Kali ni saya mahu ceritakan kenapa kita perlu ambil ESP atau Soy Protein Isolate Powder daripada Shaklee. Sebelum ni  saya ada coretkan entry mengenai ESP untuk kesihatan dan juga kecantikan. So sekarang saya nak tulis kenapa perlu ambil tambahan protein ESP daripada Shaklee dan perbezaan ESP Shaklee dari yang lain-lain.

Untuk pengetahuan anda semua, Shaklee merupakan syarikat yang pertama mencipta makanan tambahan protein berasaskan kacang soya. Pengasingan protein ini dicipta oleh Dr. Shaklee pada awal 70-an.

Energizing Soy Protein ini diiktiraf di seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protein yang tinggi. Kacang soya yang digunakan adalah "non-GMO"(non -Genetically Modified Organism) yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah. Satu kajian pernah dibuat, kebanyakkan makanan tambahan protein yang ada dipasaran adalah tidak bebas dari perubahan genetik ini. Yang hebatnya lagi, satu tin (850g) dihasilkan daripada 30kg kacang soya!

ESP non GMO

ESP ini memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama kerana ia terus serap ke usus, tidak melalui proese penghadaman terlebih dahulu. Satu-satunya produk dalam pasaran yang menjamin menyediakan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh. Juga diperkaya dengan 5 vitamin dan 4 sumber mineral. Kandungan Indeks Glisemik (G.I) yang rendah iaitu 39, (G.I rendah 55 dan ke bawah) sangat sesuai kepada pengidap kencing manis. 

bahan di dalam ESP

Seperti yang saya bagitahu sebelum ini, ESP memang sesuai untuk semua peringkat umur tua-muda, bukan khusus kepada ibu mengandung atau menyusu saja.

Yang hebatnya lagi, satu hidangan ESP ni bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu rendah lemak, tiada kolestrol, tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.

Manfaat utama ESP ni secara ringkasnya adalah untuk :
  • Awet muda 
  • Membekalkan tenaga dengan segera, sihat dan kurang letih
  • Baik untuk hormon
  • Baik untuk prostat
  • Menguatkan sistem imun
  • Mengelakkan risiko kanser payu dara
  • Mengurangkan berat badan, rasa kenyang.
  • Menganjalkan payu dara
  • Mengurangkan masalah kulit seperti ekzema
  • Kulit menjadi anjal dan pejal
  • Kulit muka jadi cantik, halus dan berseri
Ada banyak lagi manfaat mengambil ESP ini jika kita mengambilnya secara tetap dan konsisten. Akan datang saya akan memanjangkan lagi manfaat ringkas di atas. Yang penting buat semua sahabat saya di luar sana, jangan tunggu lagi, anda boleh rasakan manfaat itu jika anda meminumnya. 

Tunggu apa lagi! Jangan teragak-agak hubungi saya sekarang juga untuk dapatkan harga istimewa.Jangan lepaskan peluang untuk dapatkannya di dalam bulan Mac 2015 kerana adanya tawaran hebat..

beli dua diskaun 5%


beli 6 free 1

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Nik Azimah Awg. Hamat (ID 894805) - Pengedar Shaklee Wangsa Maju, KL 
FB: Nik Azimah Awg.Hamat 
Pages: Peminatvitamin 
No Tel: 017-3430922 
Email: nik_azimah81@yahoo.com 
COD area: Wangsa Maju, Keramat, Setiawangsa, Sri Rampai, Putrajaya

Tuesday 17 March 2015

Herbal Blend Shaklee : Krim Berhantu dan Terlaris Di Pasaran

Selamat hari Selasa buat semua pembaca Peminatvitamin.blogspot.com..diharap sihat sentiasa di samping tugasan harian..

Herbal Blend Cream Shaklee adalah produk yg sangat berkesan tapi cepat je habis! Laku mcm goreng pisang panas.

Apa yang bestnya Herbal Blend Cream Shaklee ni sampai akak tempat butik adik kerja pun berkali kali repeat order... bukan saja akak tu tapi siap rekemen lagi kat kawan-kawan yang lain.Mesti ada sesuatu yang best tentang Herbal Blend Cream Shaklee ni??asalnya ambil krim ni untuk merawat ruam lampin anaknya..bila dah ok, tu yang siap promote kat kawan-kawan yang memerlukan....

Meh kita berkenalan dengan lebih lanjut lagi krim berhantu ni...
 
krim sukaan ramai

Herbal Blend Multipurpose Cream Shaklee ialah krim yang menenangkan. Ianya telah diuji secara klinikal di mana ia dapat melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah pada lutut, siku serta tumit kaki. Ianya Dingin, bermentol dan tidak berminyak. Diperbuat daripada estrak herba semulajadi yang menenangkan termasuk sage, horse chestnut yarrow dan rosemary. Memang SEMULAJADI. Best kan? Jadi nya herbal blend ni sangat sesuai utk semua lapisan masyarakat dari pelbagai perigkat UMUR. Dari BABY sampailah ke MOYANG BABY boleh pakai :)

 Antara kegunaan krim terlaris ini ialah untuk:- 

manfaat krim herbal blend

1. Gigitan nyamuk atau serangga
2. Luka kecil
3. Terkena minyak panas
4. Terkena air panas
5. Gatal-gatal
6. Alergik
7. Eczema
8. Kulit kasar dan bersisik
9. Psoriasis
10. Tumit merekah
11. Siku, lutut, buku lali, tumit kasar
12. Ruam lampin
13. Ruam panas
14. Ruam susu
15. Parut lama
16. Parut campak
17. Parut chickenpox
18. Melegakan dan memberi keselesaan semasa demam
19. Losyen harian
20. Kulit melecet
21. Kulit kering akibat penghawa dingin 


Hishhh pendek kata apa yang ada kena mengena dengan kulit ni memang bagus guna Herbal Blend Shaklee. Terutama pada kulit anak-anak kan? Sebab ia bebas paraben dan bahan-bahan kimia berbahaya. Dia 'lembut', tidak meninggalkan kesan minyak pada kulit dan cepat menyerap.


Memang laju je stok Herbal Blend Cream Shaklee ni habis..... kadang kadang baru ada sejam.... nak tambah order dah habis. Kalau yang pernah guna sekali je pun tentu dah tau kesan bestnya Herbal Blend Cream Shaklee ni dan terus simpan buat stok.

Ini di antara testimoni terbaik herbal blend dalam menangani EKZEMA...
 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Nik Azimah Awg. Hamat (ID 894805) - Pengedar Shaklee Wangsa Maju, KL 
 FB: Nik Azimah Awg.Hamat 
Pages: Peminatvitamin 
No Tel: 017-3430922 Email: nik_azimah81@yahoo.com 
COD area: Wangsa Maju, Keramat, Setiawangsa, Sri Rampai, Putrajaya
 

Monday 16 March 2015

Petua Hilangkan Tumit Merekah Bak Menanti Belah

Assalamulaikum semua...
Adakah tumit anda sering merekah? Dan apa yang anda lakukan untuk menghilangkannya...hari ini entri saya mengisahkan mengenai kenapa terjadinya tumit pecah dan cara rawatannya... 

Sepertimana yang kita perhatikan, masalah tumit pecah sering berlaku kepada wanita tanpa mengira usia. Baik gadis mahupun kaum ibu, semua tidak terlepas. Kebiasaannya rekahan berlaku di bahagian tumit namun ada juga wanita yang mengalami rekahan di sekeliling kaki.
 
Walaupun masalah ini tidak membahayakan kesihatan namun ia sebenarnya adalah petanda kulit anda terlalu kering. Kekurangan air di dalam badan turut mengakibatkan kulit di bahagian kaki khususnya tumit dan tapak kaki menjadi kering.
 
Pada mulanya, kulit kelihatan berkilat dan bersisik. Jika tidak dirawat dan dijaga dengan betul, bahagian ini mengeras dan akhirnya merekah atau pecah. Inilah proses yang menyebabkan berlakunya tumit pecah.
 
tumit merekah tanda kekurangan air

Selain itu, sudah semestinya rekahan di bahagian ini mencerminkan diri anda yang tidak peka menjaga kecantikan dan kebersihan diri. Penampilan turut terjejas terutama bagi golongan yang gemar menggayakan sandal.
 
Namun usahlah terlalu runsing, kulit kering dan tumit pecah boleh dirawat sendiri di rumah dengan menggunakan produk yang betul serta penjagaan rapi. Tidak perlu membazir wang merawat bahagian yang bermasalah di spa atau bertemu doktor, anda hanya perlukan informasi dan bijak memilih produk khusus untuk penjagaan kaki. Jom ikuti tip penjagaan tumit.

Di antara tip-tipnya adalah seperti berikut:-
  • Minum air secukupnya. Jika cuaca panas, tingkatkan pengambilan air kosong agar tubuh anda tidak mengalami dehidrasi.
  • Kekalkan berat badan ideal.
  • Urut kaki terutama di bahagian tumit sebelum tidur dengan menggunakan losyen, minyak atau krim khas. Ia bukan sahaja dapat melembap dan melembutkan kulit malah melancarkan perjalanan darah dan merehatkan bahagian ini selepas seharian kita bekerja keras
  • Pakai stoking jika mengenakan kasut sukan. Pilih rekaan kasut yang sesuai dan tidak ketat agar kaki selesa

Selain itu, boleh juga mengamalkan petua tradisional..antara petua yang boleh dipraktikkan ialah:-
  • Lumur asam jawa di bahagian tumit , kemudian rendamkan kaki seketika di dalam air suam yang berisi garam bukit.
  • Geselkan tumit kaki pada rumput yang masih berembun di waktu pagi. Lakukan setiap hari sehingga berpuas hati.
  • Lenyek tumit atau bahagian kaki yang merekah dengan beberapa butir nasi yang masih suam. Lakukan setiap hari untuk hasil yang memuaskan.
  • Gosok bahagian yang pecah dengan batu sungai, ia dapat menanggalkan sel kulit mati dan melicinkan bahagian ini.
  • Gosok tumit pecah dengan bawang merah.
Yang mengalami rekahan tumit tu bolehlah cuba ye...
Selamat mencuba!


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Nik Azimah Awg. Hamat (ID 894805) - Pengedar Shaklee Wangsa Maju, KL 
 FB: Nik Azimah Awg.Hamat 
Pages: Peminatvitamin 
No Tel: 017-3430922 Email: nik_azimah81@yahoo.com 
COD area: Wangsa Maju, Keramat, Setiawangsa, Sri Rampai, Putrajaya

Saturday 14 March 2015

Keperluan ZINC COMPLEKS kepada semua orang dalam kehidupan yang tidak patut diabaikan..


Assalamulaikum semua...
Petang ini saya nak kongsikan mengenai ZINC COMPLEKS yang mana ia memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian.

Yang belum mengenali rupa bentuk zinc, meh saya tepekkan rupa bentuknya ye..

zinc compleks

Tidak kira jantina atau pun umur, semua orang boleh mengambilnya.Ingat ye, badan kita tidak mampu menghasilkan Zink. Oleh itu, kita perlu mendapatkan nutrien ini daripada sumber pemakanan. Mengambil suplemen Zink Complex Shaklee adalah antara cara terbaik bagi mengelakkan risiko kekurangan Zink dalam badan. 

Malah, sebotol Zink Shaklee membekalkan 120 tablets (boleh tahan kira-kira 4 bulan!! JIMAT!!!) di mana 1 tablet sudah mencukupi bagi membekalkan 100% keperluan harian Zink kepada tubuh kita. 

11 Kebaikan Mineral Zinc kepada Kesihatan Lelaki:
sperma lebih sihat dengan zinc
  1. Meningkatkan tahap kesihatan seksual secara menyeluruh.
  2. Menyokong kesihatan prostat, mengekalkan paras testosterone, seterusnya meningkatkan tahap kesuburan lelaki.
  3. Mengurangkan risiko KANSER PROSTAT
  4. Mengurangkan simptom-simptom selsema
  5. Merawat dan Mencegah jerawat 
  6. Amat membantu dalam meningkatkan kesihatan kulit secara meyeluruh seperti membantu dalam merawat EKZEMA, PSORIASIS, KELEMUMUR, luka akibat MELECUR, membantu kulit cepat sembuh dari luka akibat kecederaan dan pembedahan.
  7. Zink menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat seperti mencegah dari keguguran rambut yang boleh membawa kepada masalah yang lebih serius, iaitu BOTAK!
  8. Zink membantu dalam mempertingkatkan fungsi sistem imun badan dalam melawan penyakit.
  9. Badan kita dapat menghasilkan molekul-molekul yang dapat merosakkan sel-sel dipanggil sebagai "RADIKAL BEBAS". Antioksidan seperti Zink dapat membantu meneutralkan aktiviti sel-sel yang berbahaya ini.
  10. Membantu meningkatkan penghasilan dan memperkasakan sel darah putih, di mana amat penting dalam melawan jangkitan.
  11. Zink adalah co-factor penting dalam fungsi tiroid berjalan dengan lancar dan betul. Zink juga adalah mineral penting yang membantu badan menghasilkan "Thyroid-Releasing Hormones" atau TRH dalam otak kita, yang kemudian akan menghantar isyarat kepada pituitari unutk menghasilkan "Thyroid Stimulating Hormones" atau TSH. Bagi lelaki, kegagalan tiroid melakukan proses ini boleh menjejaskan dan merendahkan tahap testosterone mereka. 

Manfaat Zink kepada Wanita:
  1. Menguatkan sistem imun badan, di mana kekurangan Zink dalam badan boleh melambatkan proses penyembuhan seperti luka dan sakit.
  2. Sistesis Protein ~ Badan kita menggunakan Zink untuk menghasilkan Protein. Ini bermakna Zink memainkan peranan penting dalam tubuh kita membina dan mengekalkan jisim otot tanpa lemak. Mengambil suplemen Zink beserta senaman yang betul dapat memberikan kita bentuk tubuh yang diingini dan menawan.
  3. Tulang yang sihat ~ mendapatkan bekalan Zink yang mencukupi setiap hari dapat mencegah dari Osteoporosis, terutamanya wanita yang telah menopaus. Juga dapat membantu meningkatkan ketumpatan tulang di kalangan wanita.
  4. Mencegah rambut gugur terutama kepada wanita yang lepas bersalin
  5. Amat baik diambil oleh wanita yang baru lepas bersalin kerana mineral Zinc akan membantu mempercepat proses penyembuhan luka-luka bersalin. Tidak kira bersalin secara normal atau pembedahan (caesarean).

Kenapa Zink adalah Nutrisi Penting untuk Pertumbuhan Otak Kanak-Kanak dan Remaja?
  1. Zink penting untuk fungsi otak yang betul. Membantu menguatkan daya ingatan dan meningkatkan tempoh penumpuan dalam proses pembelajaran.
  2. Kekurangan zink akan menyebabkan tumbesaran kanak-kanak terbantut, penurunan fungsi imuniti dan kurang selera makan. 
  3. Terdapat kajian yang menunjukkan pengambilan Zink pada kanak-kanak dapat membantu dalam pertumbuhan berat dan ketinggian yang sihat.
Sempena bulan promosi ini, lebih banyak yang dapat dijimatkan sebab bulan depan dah bermulanya GST dan pastinya lebihan 6% perlu dibayar untuk setiap pembelian. 
 
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Nik Azimah Awg. Hamat (ID 894805) - Pengedar Shaklee Wangsa Maju, KL 
 FB: Nik Azimah Awg.Hamat 
Pages: Peminatvitamin 
No Tel: 017-3430922 Email: nik_azimah81@yahoo.com 
COD area: Wangsa Maju, Keramat, Setiawangsa, Sri Rampai, Putrajaya

Wednesday 11 March 2015

8 Cara untuk Merawat Denggi

Assalamualaikum semua...
Akhir-akhir ini kita diberitakan bahawa kes demam denggi yang melanda di Malaysia semakin meningkat berbanding masa yang sama pada tahun lalu. Sehingga kini tiada sebarang ubat & penawar dari sudut perubatan moden. Dan satu lagi amat menyedihkan bila bayi pun boleh terkena denggi....

Jika seseorang itu disahkan menghidap denggi, pesakit akan dimasukkan air garam sahaja. Ini disebabkan semasa tempoh pengeraman 1 - 7 hari, pesakit akan kehilangan air yang banyak. Tempoh kritikal pesakit ialah antara 24 - 48 jam selepas jangkitan di mana pesakit akan mengalami penurunan platlet yang begitu ketara. Kadar platlet dalam darah bagi orang normal antara 150,000 hingga 145,000.
Pesakit biasanya digalakkan minum air yang banyak bagi menampung kehilangan air dalam badan. Ramai yang menyarankan agar pesakit mengambil 100 plus. Jika pesakit ingin minum 100 plus, pastikan gasnya dibuang terlebih dahulu. Ataupun nak senang boleh ambil Performance Drink...ianya best dan tidak mengandungi gas...

Simptom Demam Denggi
  • Demam Yang Tinggi Secara Mengejut ~  Kemungkinan pesakit telah dijangkiti virus dalam tempoh beberapa hari sebelum demam dan selepeas itu barulah pesakit merasa kesakitan. Biasanya virus demam denggi akan memberi kesan selepas 8 ke 12 hari setelah pesakit digigit oleh nyamuk berkenaan.
  • Bintik – Bintik Merah ~ Bintik – bintik merah ini akan penuh di seluruh badan seperti ruam dan akan mengalami gatal – gatal.
  • Sakit Sendi, Otot dan Belakang Badan ~ Terasa sengal – sengal dan tidak berupaya untuk bergerak
  • Sakit Kepala
  • Pendarahan Di Bawah Lapisan Kulit, Hidung dan Gusi

Di antara rawatan yang boleh diaplikasikan jika terjebak dengan denggi adalah seperti berikut:-

1) Air Masak
-Minum air masak dalam kuantiti yang banyak. Sekurang – kurangnya 3 liter sehari.

2) Sup Ketam
-Reneh sup ketam dan beri kepada pesakit untuk di makan dan pastikan sup ketam dihirup dalam kuantiti yang perlu.

3) Jus Daun Betik
-Jus ini dikatakan mujarab sebagai penawar denggi. Cara untuk membuat jus ialah ambil sedikit daun betik matang tumbuk sehingga lumat dan dapatkan jusnya. Beri satu sudu teh jus daun betik kepada pesakit.

4) Jus Buah Kiwi
-Hanya perlu megisar buah kiwi yang segar dan kemudian minum jus buah kiwi.

5) Jus Buah Kurma
-Kisar 10 ke 20 biji buah kurma bersama segelas air masak. Minum sehari 2 kali sewaktu pagi dan petang. Minum setiap hari sehingga sembuh

6) Jus Buah Jambu
-Kisar dan dapatkan jus untuk diminum. Air Buah Jambu berperanan penting untuk melawan radikal bebas dalam tubuh badan manusia.

7) Jus Pegaga
-Kisar dan minum jusnya.

8) Tembikai Merah
-Boleh dimakan begitu sahaja atau jadikan jus. Amalkan setiap hari dan ambil dalam kuantiti yang banyak. Tugas utama tembikai adalah menggantikan cecair yang kurang didalam tubuh dan menyejukkan badan.

Di Shaklee sendiri pun ada juga suplemen yang dicadangkan ketika berperang dengan Denggi..Di antaranya ialah :-

1)PERFORMANCE DRINK
2) VITAMIN C SUSTAINED RELEASE
3) ZINC COMPLEKS

Saya sertakan testimoni terkini yang mana di terima daripada customer yang memberikan set denggi untuk suaminya dan alhamdulillah platlet makin menaik...

set shaklee untuk denggi

Bertindaklah sekarang. Selamatkan nyawa orang yang anda sayangi kerana denggi boleh membawa maut!

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Nik Azimah Awg. Hamat (ID 894805) - Pengedar Shaklee Wangsa Maju, KL 
FB: Nik Azimah Awg.Hamat 
Pages: Peminatvitamin 
No Tel: 017-3430922 
Email: nik_azimah81@yahoo.com 
COD area: Wangsa Maju, Keramat, Setiawangsa, Sri Rampai, Putrajaya