Wednesday 11 March 2015

8 Cara untuk Merawat Denggi

Assalamualaikum semua...
Akhir-akhir ini kita diberitakan bahawa kes demam denggi yang melanda di Malaysia semakin meningkat berbanding masa yang sama pada tahun lalu. Sehingga kini tiada sebarang ubat & penawar dari sudut perubatan moden. Dan satu lagi amat menyedihkan bila bayi pun boleh terkena denggi....

Jika seseorang itu disahkan menghidap denggi, pesakit akan dimasukkan air garam sahaja. Ini disebabkan semasa tempoh pengeraman 1 - 7 hari, pesakit akan kehilangan air yang banyak. Tempoh kritikal pesakit ialah antara 24 - 48 jam selepas jangkitan di mana pesakit akan mengalami penurunan platlet yang begitu ketara. Kadar platlet dalam darah bagi orang normal antara 150,000 hingga 145,000.
Pesakit biasanya digalakkan minum air yang banyak bagi menampung kehilangan air dalam badan. Ramai yang menyarankan agar pesakit mengambil 100 plus. Jika pesakit ingin minum 100 plus, pastikan gasnya dibuang terlebih dahulu. Ataupun nak senang boleh ambil Performance Drink...ianya best dan tidak mengandungi gas...

Simptom Demam Denggi
  • Demam Yang Tinggi Secara Mengejut ~  Kemungkinan pesakit telah dijangkiti virus dalam tempoh beberapa hari sebelum demam dan selepeas itu barulah pesakit merasa kesakitan. Biasanya virus demam denggi akan memberi kesan selepas 8 ke 12 hari setelah pesakit digigit oleh nyamuk berkenaan.
  • Bintik – Bintik Merah ~ Bintik – bintik merah ini akan penuh di seluruh badan seperti ruam dan akan mengalami gatal – gatal.
  • Sakit Sendi, Otot dan Belakang Badan ~ Terasa sengal – sengal dan tidak berupaya untuk bergerak
  • Sakit Kepala
  • Pendarahan Di Bawah Lapisan Kulit, Hidung dan Gusi

Di antara rawatan yang boleh diaplikasikan jika terjebak dengan denggi adalah seperti berikut:-

1) Air Masak
-Minum air masak dalam kuantiti yang banyak. Sekurang – kurangnya 3 liter sehari.

2) Sup Ketam
-Reneh sup ketam dan beri kepada pesakit untuk di makan dan pastikan sup ketam dihirup dalam kuantiti yang perlu.

3) Jus Daun Betik
-Jus ini dikatakan mujarab sebagai penawar denggi. Cara untuk membuat jus ialah ambil sedikit daun betik matang tumbuk sehingga lumat dan dapatkan jusnya. Beri satu sudu teh jus daun betik kepada pesakit.

4) Jus Buah Kiwi
-Hanya perlu megisar buah kiwi yang segar dan kemudian minum jus buah kiwi.

5) Jus Buah Kurma
-Kisar 10 ke 20 biji buah kurma bersama segelas air masak. Minum sehari 2 kali sewaktu pagi dan petang. Minum setiap hari sehingga sembuh

6) Jus Buah Jambu
-Kisar dan dapatkan jus untuk diminum. Air Buah Jambu berperanan penting untuk melawan radikal bebas dalam tubuh badan manusia.

7) Jus Pegaga
-Kisar dan minum jusnya.

8) Tembikai Merah
-Boleh dimakan begitu sahaja atau jadikan jus. Amalkan setiap hari dan ambil dalam kuantiti yang banyak. Tugas utama tembikai adalah menggantikan cecair yang kurang didalam tubuh dan menyejukkan badan.

Di Shaklee sendiri pun ada juga suplemen yang dicadangkan ketika berperang dengan Denggi..Di antaranya ialah :-

1)PERFORMANCE DRINK
2) VITAMIN C SUSTAINED RELEASE
3) ZINC COMPLEKS

Saya sertakan testimoni terkini yang mana di terima daripada customer yang memberikan set denggi untuk suaminya dan alhamdulillah platlet makin menaik...

set shaklee untuk denggi

Bertindaklah sekarang. Selamatkan nyawa orang yang anda sayangi kerana denggi boleh membawa maut!

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Nik Azimah Awg. Hamat (ID 894805) - Pengedar Shaklee Wangsa Maju, KL 
FB: Nik Azimah Awg.Hamat 
Pages: Peminatvitamin 
No Tel: 017-3430922 
Email: nik_azimah81@yahoo.com 
COD area: Wangsa Maju, Keramat, Setiawangsa, Sri Rampai, Putrajaya

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen