Sunday 22 March 2015

Masak Lemak Cili Api Nangka yang Menyengat

Hari minggu adalah hari untuk memasak sedunia bagi kaum ibu yang bekerja macam saya..arini nak kongsikan resepi masak lemak cili api nangka....mesti ramai yang pernah makan dan buat kan?

Saya senaraikan bahan-bahan untuk membuatnya:-
  • 1 kg nangka muda,bersihkan, potong kecil, cuci dan rebuskan bersama sedikit garam
  • 1/2 ekor ayam-potong kecil
  • 4 cawan santan cair
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 batang serai-dititik
  • 1 helai daun kunyit-disiat
  • Garam secukup rasa
  • sedikit gula
  • 1 keping asam gelugor
  • Air secukupnya utk merebus nangka
  • minyak utk menumis

Bahan Kisar
  • 1/2 cawan ikan bilis, buang kotoran dan cuci
  • 1 labu bawang besar
  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 15 tangkai cili padi merah dan hijau
  • 1/2 sudu kecil lada hitam, tumbuk halus

Cara Memasak
  1. Rebus nangka muda bersama air dan sedikit garam sehingga empuk.
  2. Bila dah empuk, toskan airnya. Ketepikan dulu.
  3. Panaskan sedikit minyak dlm periuk. Tumiskan bahan2 kisar sehingga naik bau.. Masukkan 1 cwn air dan biarkan mendidih. Masukkan santan cair dan masukkan ayam yg di potong kecil tadi.
  4. Masukkan serai, daun kunyit, asam gelugor, garam, gula dan gaul rata. Setelah ayam separuh masak, masukkan nangka muda yg di rebus tadi.
  5. Masukkan santan pekat dan gaul rata. Masak hingga mendidih guna api sederhana.
  6. Rasakan, kalau dah cukup rasa tutupkan api dan bolehlah diangkat dan hidangkan.
  7. Sedap dimakan bersama sambal belacan, ikan goreng dan ikan masin.
Taraaaa....dah siap...jom santap...
Jangan lupa mencubanya ye...

nangka cili api

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Nik Azimah Awg. Hamat (ID 894805) - Pengedar Shaklee Wangsa Maju, KL 
FB: Nik Azimah Awg.Hamat 
Pages: Peminatvitamin 
No Tel: 017-3430922 
Email: nik_azimah81@yahoo.com 
COD area: Wangsa Maju, Keramat, Setiawangsa, Sri Rampai, Putrajaya

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen