Wednesday 16 December 2015

7 Petua Hilangkan Parut Jerawat di Muka

 Assalamulaikum untuk semua pembaca peminatvitamin

Jerawat bukan hanya pada anak remaja sahaja tetapi orang yang sudah berkahwin pun malahan sudah ada anak pun masih lagi mukannya dihinggapi jerawat. Tentu sekali pipi tidak licin dan tidak menarik. Mari kita lihat dan baca apa cara yang boleh hilangkan jerawat yang efektif.


parut jerawat di muka


1. Guna kulit kayu manis dan bedak sejuk

 Sediakan dua batang kulit kayu manis dan segenggam bedak sejuk. Tumbuk kulit kayu manis hingga menjadi serbuk halus dan kemudian campurkan serbuk kayu manis itu dengan bedak sejuk. Jangan lupa untuk tambah air tau..

Bila sudah siap, lumurkan pada tempat parut pada wajah. Lakukan sekerap mungkin. Lama kelamaan parut akan pudar dan hilang. Petua ini juga dikatakan sesuai untuk hilangkan bintik hitam pada muka kita.


2. Guna lidah buaya (aleo vera)

Keadah ini lebih semulajadi tetapi susah sedikit kerana tidak mudah untuk mencari bahannya bagi sesetengah orang. Petuanya ialah dengan menggunakan daun lidah buaya. Ambil daun lidah buaya dan belah daun supaya lendirnya keluar. Sapukan lendir daun ildah buaya pada parut. Lakukan tiga kali seminggu  dan In Sha Allah parut akan hilang.


3. Guna asam jawa

Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dengan mencampurkan sediit air. Jangan terlalu cair. Sapukan ramuan asam jawa pada tempat yang berparut. Biarkan sehingga kering. Seeoloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. In Sha Allah setelah beberapa lama, parut mulai pudar.


4. Guna madu

Mula-mula ambilkan sedikit madu. Campurkan madu tersebut dengan bedak sejuk. Tekapkan bedak tersebut ke tempat yang ada kesan jerawat. Lakukan sekurang-kurangnya 2 kali sehari.


5. Guna timun

Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam dan kemudian cuci bersih dengan air suam.


6. Guna daun senduduk

Rendam beberapa helai daun senduduk, sedikir cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka dua kali seminggu.


7. Guna daun sirih muda

Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.


Alternatif Lain

Boleh juga mencuba Vitamin C dan Vitamin E. Di sini saya sertakan testimoni berjaya yang mengamalkan Vitamin C dan Vitamin E secara konsistan selama 2 bulan dan inilah hasilnya...

guna vitamin c dan vitamin e

Selamat mencuba!


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Nik Azimah Awg. Hamat (ID 894805) - Pengedar Shaklee Wangsa Maju, KL 
FB: Nik Azimah Awg.Hamat 
Pages: Peminatvitamin 
No Tel: 017-3430922 
Email: nik_azimah81@yahoo.com 
COD area: Wangsa Maju, Keramat, Setiawangsa, Sri Rampai, Putrajaya

1 comment:

  1. bagus tips ni..boleh guna bahan yang ada di dapur je untuk atasi masalah parut jerawat. tq for sharing :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen