Wednesday 30 December 2015

7 Tips Hilangkan Lebam Di Bawah Mata

Apakah perasaan anda jika tiba-tiba rakan anda menegur

“Eh, kenapa nampak muram je? Mata pun sembab lebam je. Tak happy ke nak kahwin?"
Siapa tak terkejut apabila ditanya begitu. Mata tak bermaya. Kusam. Lesu. Sedih bukan?

Jangan risau sebab hari ini saya mahu berikan tips untuk menangani masalah lebam bawah mata dan penyelesaiannya... semoga bermanfaat untuk semua.




Tips 1 : Amalkan minum air suam selalu

Pastikan anda jadikan amalan minum air suam setiap hari. Elakkan pengambilan ais. Untuk permulaan bagi anda yang kurang menggemari air putih, anda boleh cuba minum 4 gelas sehari, selang 2 jam satu gelas. Kemudian, gandakan 8 gelas setiap hari. Untuk kes eyebag ini, minum air suam boleh membantu dalam pembuangan toksik dan membantu untuk mengurangkan kandungan toksik kotor di bawah mata.


Tips 2 : Timun dan Tomato sebagai eyemask

Pastinya mesti ramai pembaca jelita di luar sana tahu khasiat timun dan tomato ini. Jadi apa lagi? Daripada anda buang lebihan tomato dan timun, baik anda gunakan untuk kecantikan. Hiriskan halus dan tekapkan di mata semalaman atau 30 minit. Anda boleh memilih untuk menggunakan timun atau tomato kerana kedua ini membantu untuk mencerahkan serta memberi kesegaran mata anda yang lesu.


Tips 3 : Hijau kehijauan

Tahukah anda jika anda luangkan terlalu lama di hadapan komputer, tv atau laptop juga cenderung untuk anda mendapat lingkaran bawah mata ini? Selain lesu dan penat, paling membimbangkan adalah lingkaran bawah mata ini. Tapi kalau dah memang kerja hari hari mengadap komputer, bagaimana? Penyelesaiannya adalah dengan melihat atau mengalihkan permandangan anda pada sesuatu yang berkonsepkan kehijauan. Kenapa? Kerana oksigen dan ketenangan membantu mata anda berehat. Ambil masa rehat 10-15 minit sebelum kembali melakukan tugas anda. Amalkan setiap 30 minit mengadap komputer, tv dan alihkan pandangan anda. Belilah pokok kecil letak di meja office anda jika anda dikelilingi batu bata...hehe


Tips 4 : Tidur yang secukupnya
Apabila tidur cukup, bukan sahaja mata sihat, tubuh badan luaran dalaman semuanya akan sihat! Percayalah..


Tips 5 : Eye roller atau eye cream
 
Banyak cream mata jual di pasaran. Rujuk dengan pakar, belilah eye cream atau eye roller. Amalkan pakai setiap pagi petang dan juga selepas tidur. Jika anda perasan, kulit sekitar mata amatlah nipis, jadi ambil masa untuk merawat nya. Paling utama adalah SABAR.


Tips 6 : Uncang teh sebagai penyejuk mata

Jangan terus buang uncang teh itu, sebaliknya gunakan ia untuk penyejuk mata anda. Ingin diingatkan di sini supaya jangan pula anda guna uncang teh yang anda telah campurkan gula atau susu. Karang dihurung semut pula. Letak di bahagian mata selama 30 minit dan bilas dengan air suam. Pasti anda rasa segar!


Tips 7 : Jangan minum air 1-2 jam sebelum tidur

Walaupun minum air bagus, tetapi dinasihatkan supaya anda tidak minum 1-2 jam sebelum tidur bagi mengelakkan lingkaran bawah mata ini. Kerana ia akan menyebabkan penyimpanan air di bahagian bawah mata anda itu. Elakkan ya?

Diharap tips ini berguna untuk anda semua amalkan. Bukan tertumpu sahaja pada mereka yang mengejar hari bahagia, tapi juga untuk anda yang sibuk belajar, penat berjaga lewat malam study/jaga anak/kerja. Kunci paling utama adalah “Kurangkan rungutan, tingkatkan usaha!" 

Di sini juga dicadangkan eye treatment yang mana diperakui berkesan oleh pengguna. Ini di antara bonus yang akan anda dapat sekiranya mengamalkan eye treatment ini..


Terbukti secara klinikal:
•233% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa dua minggu
•120% peningkatan kekenyalan dan keanjalan kulit dalam masa dua minggu
•209% pengurangan garis-garis halus pada kulit dalam masa lapan minggu
•32% peningkatan kemampuan kulit untuk menahan lembapan lebih lama dalam masa lapan minggu
•Ton kulit yang kembali sekata dalam masa 12 minggu
•Kandungan botani anti-penuaan dan vitamin C memberikan faedah yang ketara pada kulit halus di sekeliling mata
•Juga sesuai untuk bahagian leher dan mulut
•Hipoalergenik, diakui oleh pakar-pakar oftalmologi dan selamat untuk pemakai kanta lekap.


Untuk puaskan hati pembaca blog ini, disajikan testimoni yang telah berjaya menggunakan eye treatment bagi menangani masalah lebam di bawah mata. 


lingkaran gelap bawah mata

lingkaran gelap bawah mata

lingkaran gelap bawah mata

Jika anda mahu membuat belian secara online, boleh klik di link di bawah dan pastikan anda memiliki debit kad atau kredit kad untuk meneruskan pembelian.

 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Nik Azimah Awg. Hamat (ID 894805) - Pengedar Shaklee Wangsa Maju, KL 
FB: Nik Azimah Awg.Hamat 
Pages: Peminatvitamin 
No Tel: 017-3430922 
Email: nik_azimah81@yahoo.com 
COD area: Wangsa Maju, Keramat, Setiawangsa, Sri Rampai, Putrajaya

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen