Tuesday 31 May 2016

Rahsia tidak Sembelit Semasa Hamil..Nak tahu tak rahsianya?

 Assalamualaikum

Dah di penghujung Mei 2016 rupanya kita ye. Bulan Ramadhan pun dah tak lama lagi akan muncul. 

Hari ini bukan nak tulis mengenai puasa tapi mengenai rahsia ibu hamil, ibu menyusu dan ibu berpantang tidak lagi diserang sembelit. In Sha Allh, saya sendiri telah mencubanya sehingga sekarang kerana saya memang alami sembelit yang teruk sejak dari remaja lagi. 

Ramai ibu hamil mengalami sembelit terutamanya pada trimester terakhir. Di antara puncanya ialah pengambilan pil zat besi yang tertentu. Sembelit ketika hamil juga disebabkan oleh kurang pergerakan, kurang air (dehidrasi), kurang serat dan faktor fizikal. Yelah, bila rahim dah semakin membesar ia akan menekan usus besar hingga menghalang pergerakan najis. Peningkatan hormon progesteron juga menyebabkan pergerakan sisa makanan ke usus besar menjadi lebih perlahan.
Pengalaman saya pada kehamilan ketiga, boleh dikatakan saya langsung takde masalah sembelit..sangat berbeza dengan kehamilan pertama dan kedua. Rupa-rupanya, dalam set kehamilan Shaklee yang saya amalkan tu ada Ostematrix. Ostematrix membekalkan keperluan kalsium & magnesium yang boleh bantu atasi sembelit ketika hamil.
  

Ostematrix membantu melembutkan najis, mengawal pengecutan otot rektum dan memudahkan proses pembuangan. Sebab itulah ibu-ibu hamil yang mengalami masalah sembelit amat disarankan mengambil Ostematrix. Ibu dalam pantang dan menyusu juga amat digalakkan untuk mengambil Ostematrix.

Ostematrix juga membantu mengatasi kebas-kebas, kekejangan betis pada waktu malam, menggalakkan tidur yang lena dan mengatasi tekanan.
 
ostematrix untuk masalah sembelit


Beli Ostematrix dengan KLIK DI SINI UNTUK BELIAN ONLINE

  
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Nik Azimah Awg. Hamat (ID 894805) - Pengedar Shaklee Wangsa Maju, KL 
FB: Nik Azimah Awg.Hamat 
Pages: Peminatvitamin 
No Tel: 017-3430922 
Email: nik_azimah81@yahoo.com 
COD area: Wangsa Maju, Keramat, Setiawangsa, Sri Rampai, Putrajaya

Monday 30 May 2016

Sembelit Di Kalangan Kanak-Kanak..Bagaimana Mengatasinya?

Teringat lagi kisah anak kedua saya di mana setiap kali nak berak memang menangis dan berpeluh-peluh macam mandi. Sebab itulah saat dia bertarung mahu keluarkan najis yang keras dari dalam perutnya. Mama yang tengok pun terkesan akan kesakitan yang ditangguh. Nak kata tak minum banyak air memang dia seorang yang kuat minum air. Tapi macam mana sembelit boleh terjadi?


 
sembelit yang teruk

Sembelit di kalangan kanak-kanak

Menurut Dr. Zubaidi, sembelit bukanlah sejenis penyakit dan ia tidak didiagnosekan dengan mengira bilangan hari anak-anak tidak membuang air besar. Menurut beliau lagi, anak-anak yang tidak membuang air besar selama 3 hari adalah sesuatu yang normal di kalangan kanak-kanak jika tiada tanda-tanda kanak-kanak tersebut mengalami sembelit.

Sembelit adalah keadaan di mana seorang kanak-kanak atau bayi menghasilkan najis yang keras atau kurang kekerapan ke tandas membuang najis. Frekuensi pembuangan najis untuk kanak-kanak adalah sekali setiap 2-3 hari.


Kesan Sembelit kepada kanak-kanak

Kesan sembelit kepada kanak-kanak adalah seperti berikut. Walaubagaimanapun, kesan sembelit juga akan membuatkan kanak-kanak akan menangis setiap kali membuang air besar.

  • Perut kembung
  • Sakit perut yang datang dan pergi ("abdominal cramps").
  • Rasa tidak selesa.
  • Luka di dubur ("anal fissure") yang boleh menyebabkan kesakitan dan pendarahan sewaktu membuang najis.
  • Sering terjadi di mana kanak-kanak yang mengalami masalah ini cuba menahan pembuangan najis untuk mengelakkan rasa sakit. Contohnya, mereka mungkin mencangkung ("squatting"), duduk sambil menyilangkan kaki atau enggan untuk duduk di mangkuk tandas.
  • Kadang-kala ketulan najis yang keras boleh dirasa di abdomen (perut).

Testimoni kanak-kanak sembelit dengan mengamalkan Mealshake

sembelit dan mealshake
 

 Beli secara online KLIK DI SINI

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Nik Azimah Awg. Hamat (ID 894805) - Pengedar Shaklee Wangsa Maju, KL 
FB: Nik Azimah Awg.Hamat 
Pages: Peminatvitamin 
No Tel: 017-3430922 
Email: nik_azimah81@yahoo.com 
COD area: Wangsa Maju, Keramat, Setiawangsa, Sri Rampai, Putrajaya

Sunday 29 May 2016

Set Jeragat Premium

Apakah itu JERAGAT?

Jeragat adalah sejenis penyakit kulit yang tidak berbahaya tetapi kehadirannya menyebabkan kulit wajah seseorang kelihatan tidak sihat selain menjejaskan penampilan. 

Jeragat juga dikenali sebagai tompok hitam,pigmentasi pada kulit atau biji hitam seperti tahi lalat yang bertapak secara berkelompok di beberapa bahagian badan,wajah dan leher.Namun dengan teknologi dunia kecantikan,masalah jeragat kini boleh diatasi.

Untuk pengetahuan semua, ada beberapa suplemen yang dicadangkan bagi merawat jeragat. Antaranya ialah:-

1. Sustained Release Vitamin C di mana VITAMIN C ini penting dalam pembentukan kolagen. Ramai wanita mengamalkan produk kolagen walhal dengan hanya dengan mengamalkan makanan yng tinggi kandungan vitamin c mmbantu penghasilan kolagen dengan lebih baik. 


2. Vivix diamalkan untuk merawat kerosakan dan menghalang kerosakan sel secara berterusan


3. Gla Compleks penting untuk menstabilkan hormon. Jika selalu stress macam mana jeragat mahu hilang kan? Bila hormon stabil, kulit jadi sihat dan kulit maka senanglah jeragat hilang sedikit demi sedikit.



set untuk jeragat
Berbalik pada bab mencerahkan jeragat, pengambilan vitamin C yang berterusan telah dibuktikan akan mencerahkan kulit , melambatkan penuaan, menyekat pembentukan dan menhilangkan jeragat.
Kulit akan menjadi semakin cerah dan jeragat akan semakin hilang.
- See more at: http://norfaziela.com/set-jeragat-premium-shaklee/#sthash.WXtCIGpu.dpuf

Berbalik pada bab mencerahkan jeragat, Vitamin C penting untuk penghasilan kologen dan terbukti dapat mencerahkan kulit dan juga melambatkan penuaan.

Pastikan minum air putih secukupnya untuk kesan yang cepat.
Berbalik pada bab mencerahkan jeragat, pengambilan vitamin C yang berterusan telah dibuktikan akan mencerahkan kulit , melambatkan penuaan, menyekat pembentukan dan menhilangkan jeragat.
Kulit akan menjadi semakin cerah dan jeragat akan semakin hilang.
- See more at: http://norfaziela.com/set-jeragat-premium-shaklee/#sthash.WXtCIGpu.dpuf


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Nik Azimah Awg. Hamat (ID 894805) - Pengedar Shaklee Wangsa Maju, KL 
FB: Nik Azimah Awg.Hamat 
Pages: Peminatvitamin 
No Tel: 017-3430922 
Email: nik_azimah81@yahoo.com 
COD area: Wangsa Maju, Keramat, Setiawangsa, Sri Rampai, Putrajaya

Saturday 28 May 2016

Keputihan Berbau, Berketul! Atasinya Segera

Ramai wanita yang mengalami masalah keputihan tapi berasa segan atau malu untuk berjumpa dengan doktor? Betul ke tidak?

Jadi mari ikuti beberapa langkah mudah yang mampu merawat dan mengelak masalah keputihan yang berpanjangan dan belarutan!!

1. Jangan sesekali anda terus menyarungkan seluar dalam anda sebaik sahaja selesai buang air besar atau air kecil kerana ia boleh menyebabkan jangkitan kuman. 
Amalkan lap kemaluan anda dari depan ke belakang dengan tuala kering. Sebaiknya sentiasa bawa bersama tuala kecil bila keluar dari rumah. Jadikan ia amalan.

2. Sebaiknya guna tuala wanita jenis pakai basuh (cloth pad) semasa datang haid kerana ia bersifat semulajadi dan bebas kimia.
Sekiranya anda sedang mengalami keputihan, elakkan guna pantyliner pakai buang kerana ia boleh mengeruhkan lagi keadaan.
Sebaiknya berjinak-jinaklah menggunakan pantyliner jenis pakai basuh juga. Ia sangat selesa dan menyihatkan.

3. Guna pencuci wanita sebanyak 2 kali sehari sahaja setiap hari. Jangan guna secara kerap kerana penggunaan yang kerap boleh menyebabkan PH pada faraj tidak seimbang.
Sebaiknya gunakan pencuci wanita dari sumber sireh kerana sirih dapat merawat masalah keputihan sejak zaman dahulu lagi. Sekiranya di tempat anda sirih mudah didapati, anda boleh dapatkan air ramasan sireh untuk menyegar dan merawat  faraj. Amalan ini sangat disyorkan diamalkan oleh golongan remaja yang sedang haid dan juga golongan wanita yang sudah berumahtangga.

Antara petua ringkas merawat keputihan adalah:

i)  Dengan menggunakan yogurt iaitu disapukan pada vagina.
Yogurt mampu untuk bunuh kuman ataupun kulat yang ada pada vagina.

ii) Biji halba yang ditumis dan digunakan dalam masakan kita mempunyai khasiat
untuk merawat keputihan tau. Iaitu dengan merebus halba dan minum air rebusan tersebut.

iii) Bawang putih yang bersifat anti bakteria mampu untuk membunuh bakteria dan kulat pada vaginal.
Dengan menempek bawang putih pada waktu masuk tidur dan dibuang pada keesokkan paginya.

iv) Paling penting pastikan vagina sentiasa kering dan kerap kan untuk menukar seluar dalam.


Testimoni keputihan dengan mengamalkan Alfalfa Compleks disertakan bersama untuk menyakinkan lagi pembaca terutama pada yang baru mahu mencuba Alfalfa Compleks.


Alfalfa bantu masalah keputihan wanita




** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Nik Azimah Awg. Hamat (ID 894805) - Pengedar Shaklee Wangsa Maju, KL 
FB: Nik Azimah Awg.Hamat 
Pages: Peminatvitamin 
No Tel: 017-3430922 
Email: nik_azimah81@yahoo.com 
COD area: Wangsa Maju, Keramat, Setiawangsa, Sri Rampai, Putrajaya

Friday 27 May 2016

KAYAP dan Rawatannya dengan Suplemen

Apakah itu penyakit KAYAP? Pernah dengar tak mengenai penyakit ini? Hari ini saya akan kupaskan mengenai penyakit kayap, gejalanya dan cara merawatnya mengggunakan suplemen.

Mengikut laporan kesihatan, Kayap atau Shingles disebabkan oleh jangkitan sejenis virus dikenali varicella-zoster virus atau VSZ.Virus ini adalah virus yang sama yang menyebabkan chickenpox sewaktu kita masih kecil. Virus ini biasanya akan berada dekat pangkal saraf dan ianya membiak semula kebiasaannya terjadi disebabkan oleh masaalah seperti stress / tekanan, badan rasa lemah2, kecederaan pada kulit dan juga akibat masaalah penyakit kanser.

Selepas jangkitan beberapa hari, bahagian kulit kayap itu akan menjadi kemerah2an, menjadi ruam panas, ada yang bernanah, ada menjadi biji berbuih dan mula menjalar.

Simptom-simptom dijangkiti kayap:
- berasa nak demam
- tekak rasa loya
- pening berpanjangan
- badan dijangkiti ruam panas
- badan rasa sengal
- hilang selera makan
- pesakit akan dijangkiti gelembung air pada bahagian tertentu di badan untuk jangkitan yang lebih teruk
- pesakit alami sakit teramat sangat apabila disentuh pada kulit
- kulit juga akan rasa gatal2
- kulit rasa geli2
- kulit terasa panas seperti terbakar
- timbul ruam2 panas

Jenis2 penyakit kayap:
1) Kayap Ular (paling bahaya dan boleh membawa maut)
2) Kayap melukut
3) Kayap jagung
4) Kayap api2
5) Kayap setompok
6) Kayap selendar
7) Kayap harimau
8) Kayap bersambung (umur pendek)
 
 
Pantang larang bila dijangkiti penyakit kayap:
 
1) Cepat2 jumpa doktor atau pakar perubatan untuk nasihat dan rawatan. Boleh juga jumpa pakar rawatan tradisional.

2) Elakkan pakai pakaian ketat. Pakai pakaian yang longgar untuk mengurangkan kesakitan disebabkan geseran pakaian dengan bahagian kulit.

3) Jangan pakai seluar serta baju yang berhawa panas (contoh jemur di luar rumah dibawah terik matahari atau yang baru digosok)

4) Jangan pakai seluar serta baju yang basah

5) Elakkan menggaru bahagian kayap itu dikhuatiri boleh merebak ke bahagian lain. Kayap ni akan rasa gatal2, minta ubat untuk kurangkan rasa gatal2.

6) Bila mandi, biasakan mengosok pelan2 bahagian kayap tu dengan sabun untuk pastikan kebersihan pada bahagian kayap tu.

7) Jika boleh, semasa dijangkiti penyakit kayap ni , elakkan dari mendekati ahli keluarga serta rakan2 dikhuatiri mereka2 ni akan dijngkiti pula.

8) Jaga pemakanan dikhuatiri rasa bisa dan gatal2. Makan kena pantang seperti orang dalam pantang bersalin, makanan gatal2 dan goreng2 cuba elakkan, hanya makan yang rebus, stim atau bakar. Jangan makan makanan berminyak.

9) Kurangkan makan buah tempatan atau sayuran yang menjalar/berjalur (contohnya tembikai,timun,labu)

10) Tak boleh dengar orang goreng lauk dan tak boleh goreng sebarang benda pun.

11) Bila kayap dah kering jangan dikupil parutnya, biarkan ia tanggal sendiri sebab jika bahagian kulit belum betul2 kering ia akan terluka dan kembali merebak.
 
 
Seperti biasa, disertakan testimoni daripada pesakit kayap untuk perhatian semua. Semoga tidak ragu-ragu untuk mencubanya sendiri.
 
 
suplemen shaklee untuk merawat kayap
 
vitamin budget dan premium untuk kayap
 
 
 


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Nik Azimah Awg. Hamat (ID 894805) - Pengedar Shaklee Wangsa Maju, KL 
FB: Nik Azimah Awg.Hamat 
Pages: Peminatvitamin 
No Tel: 017-3430922 
Email: nik_azimah81@yahoo.com 
COD area: Wangsa Maju, Keramat, Setiawangsa, Sri Rampai, Putrajaya

Thursday 26 May 2016

Vitamin untuk Buang Angin Dalam Badan

Assalamualaikum

Pasti di awal kehamilan ada di kalangan ibu yang sentiasa sendawa angin kan? Saya sendiri pun pernah terjadi suatu masa dulu. Masa tu tak kenal lagi produk Shaklee. Tetapi masa mengandungkan anak ketiga tak de pula burp burp jika lambat makan ke perut sebu. Alhamdulillah...

Di sini ada 3 cadangan vitamin untuk buang angin dalam badan dan saya sendiri telah mencubanya sendiri. Sebab badan saya memang banyak angin. Bila masa mengurut memang burp burp je..Sampaikan naik malu kat makcik mengurut.

Kebiasaannya, untuk ibu hamil yang mabuk teruk, saya cadangkan peppermint ginger plus. Ia membantu melegakan perut yang sebu akibat perut dimasuki angin. Hanya 3 biji sehari dah memadai dan in sha Allah ibu akan merasa nyaman kerana ia berangin.

Satu lagi untuk ibu hamil yang mempunyai banyak angin dan ada masalah keputihan boleh amalkan garlic compeks. Garlic ini memang sesuai juka untuk kecantikan kulit. Tak percaya? Cubalah sendiri.

Bagi ibu yang banyak angin dalam badan dan dalam masa yang sama menyusukan anak disyorkan mengamalkan alfalfa kerana alfalfa tertindak sebagai milk booster. Ia juga berfungsi sebagai jamu perapat...hehe
 
vitamin buang angin


Dapatkan VITAMIN BUANG ANGIN DI SINI..Klik untuk pembelian

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Nik Azimah Awg. Hamat (ID 894805) - Pengedar Shaklee Wangsa Maju, KL 
FB: Nik Azimah Awg.Hamat 
Pages: Peminatvitamin 
No Tel: 017-3430922 
Email: nik_azimah81@yahoo.com 
COD area: Wangsa Maju, Keramat, Setiawangsa, Sri Rampai, Putrajaya

Wednesday 25 May 2016

Lemak Sekitar Mata Dibiarkan atau Dirawat?

Pernah dengar bintik kolesterol?
Ianya disebabkan oleh kolesterol yang tinggi dalam badan kita. Sangat berisiko untuk mendapat pelbagai penyakit lain jika kolesterol tinggi dalam badan.

Bagaimana nak hilangkan bintik kolesterol ni? Ada cara ke?stress betul kan. 
 
Bagaimana Boleh Terjadinya Bintik Kolesterol?

Bintik kolesterol ni berlaku macam ada benjolan di bawah kulit terutama biasanya sekitar mata kerana salur darah mengandungi kolesterol tinggi. Bintik kolesterol ini boleh berlaku dengan keadaan di mana seseorang itu selalu mengamalkan gaya hidup kurang sihat. Sebagai contohnya mengambil makanan yang tinggi kandungan kolestrol,kurang bersenam.

Jom nak share tips dan cara menghilang dan menghindari bintik kolesterol.

1. kurangkan makanan berlemak dan tinggi kolesterol. 

2. ambil banyak makanan yang mengandungi kolesterol baik dan tinggalkan kolesterol jahat.(cotohnya menggunakan minyak jagung atau minyak bunga matahari atau minyak zaitun) 

3. Kurangkan pengambilan lemak berlebihan 

4. Ambil sekurang kurangnya 2-3 jenis buah sehari.Sebab buah kaya serat(yang berwarna cerah seperti oren,epal,kiwi,anggur hitam) 

5. Gantikan snack harian anda kepada snack yang lebih sihat(kurma,kismis,badam dll)
 
6.Amalkan pemakanan yang ada unsur Omega 3 dan 6

7. Kerapkan mengambil ikan.
 
8. Kurangkan daging merah 
 
9.Tambahkan bawang putih dalam hidangan anda. Bawang putih berfungsi sebagai agen anti radang yang mana kolesterol akan meningkat dengan adanya proses keradangan dalam badan. Shaklee juga ada menyediakan pil bawang putih
 
Saya ada sediakan testimoni yang mana ada masalah bintik kolestrol merawatnya dengan mengamalkan Omega Guard sahaja.
 
rawat bintik koletrol dengan mudah

Ingin membeli mana produk SHAKLEE ini secara online dan dihantar terus ke pintu rumah anda? Mudah sahaja, sila klik di bawah ini.

Beli Suplemen untuk Bintik Kolestrol DI SINI

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Nik Azimah Awg. Hamat (ID 894805) - Pengedar Shaklee Wangsa Maju, KL 
FB: Nik Azimah Awg.Hamat 
Pages: Peminatvitamin 
No Tel: 017-3430922 
Email: nik_azimah81@yahoo.com 
COD area: Wangsa Maju, Keramat, Setiawangsa, Sri Rampai, Putrajaya

Tuesday 24 May 2016

8 Testimoni Menarik VIVIX

Assalamulaikum semua

Pernah dengar pasal vivix dalam membantu pesakit yang mengalami masalah kesihatan yang kronik tak? Hari ini saya tunjukkan testimoni vivix untuk penyakit yang tidak kronik sehingga ke penyakit kronik.

 Sebelum itu. kita berkenalan dulu dengan vivix dan apa yang vivix boleh bantu selain daripada penyakit yang saya sebutkan di atas.

siapa yang perlukan vivix?
 Di dalam testimoni ini, saya himpunkan testimoni yang berkaitan dengan pelbagai penyakit. Jom kita tengok testimoni pilihan saya untuk tatapan semua

1. Vivix dan Gout

vivix untuk gout

 2. Vivix dan Serangan Strok
vivix untuk serangan strok
 
3. Vivix dan Kencing Manis serta Darah Tinggi

vivix untuk kencimg manis dan darah tinggi

4. Vivix untuk Ibu Berpantang

vivix untuk ibu bersalin
   
5. Vivix dan Pesakit Buah Pinggang Kronik

vivix untuk pesakit buah pinggang
 6. Vivix untuk Vertigo

vivix untuk vertigo
  7. Vivix untuk Berhenti Merokok

vivix untuk berhenti merokok

8. Vivix untuk Asid Urid dalam Darah

vivix untuk asid urik dalam darah


Semoga maklumat ini memberi manfaat untuk semua. Nak pesan vivix boleh terus hubungi saya seperti yang tertera di bawah ye. Untuk pembelian secara online, boleh klik link di bawah ye

Dapatkan VIVIX DI SINI

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 


Nik Azimah Awg. Hamat (ID 894805) - Pengedar Shaklee Wangsa Maju, KL 
FB: Nik Azimah Awg.Hamat 
Pages: Peminatvitamin 
No Tel: 017-3430922 
Email: nik_azimah81@yahoo.com 
COD area: Wangsa Maju, Keramat, Setiawangsa, Sri Rampai, Putrajaya

Monday 23 May 2016

PERFORMANCE DRINK untuk Bulan Ramadhan

Assalamulaikum semua

Saya percaya sekarang ramai yang tengah pulun ganti puasa kan?Yelah..kan bulan Ramadhan tunggu masa je nak jelmakan diri. Tanggal 6 Jun 2016 maka berpuasalah kita semua bagi umat Islam.

Kepada yang dah mula qada puasa, saya ada info menarik pasal performance drink ni dan juga ia sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan anak mereka.

air tanpa gas

Jom kita baca apakah itu Performance Drink?

Ia bukannya milk booster  tetapi ia agak penting juga untuk semua ibu menyusukan terutamanya pada waktu bulan puasa nanti. Saya memang ada dengar keluhan kecil ibu menyusu di mana lepas sesi pumping je mesti rasa nak pitam. Menjelang petang pula rasa nak muntah pula.

Keadaan yang terlalu lapar atau terlalu dahaga memang boleh menyebabkan ibu menyusu rasa seperti itu. Salah satu punca rasa nak pitam berlaku ialah kerana peredaran darah yang terganggu. 


Kenapa saya sarankan Performance Drink sewaktu berpuasa?

1. Performance Drink  membantu mengawal bendalir dalam badan supaya ia bertindak secara normal. Kawalan bendalir yang terganggu akan menyebabkan seseorang mudah rasa nak pitam.

2. Performance Drink mengandungi formula untuk imbangan elektrolit yang sempurna seperti minuman isotonik. Minuman isotonik biasanya diambil oleh ahli sukanatau yang gemarkan altiviti lasak untuk menggantikan cairan yang telah hilang dari tubuh mereka. Sama juga dengan Performance Drink, ianya digunakan untuk menampung kekurangan pengambilan air apabila sedang berpuasa.


Formula Opticab di dalam Performance Drink?

Ia mengandungi formula karbohidrat unit Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta-merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa mengganggu kestabilan gula dalam darah.

Jadi amat sesuai untuk ibu menyusu dan sudah pasti dapat menyusukan, mengepam, berpuasa dan beramal ibadah sepanjang Ramadhan yang bakal tiba nanti. 

Saya sertakan sekali testimoni anak-anak yang mengamalkan Performance Drink ketika berpuasa. 

berpuasa bersama performance drink
  
haaa...bestkan?? Apa tunggu lagi....

Clik link di bawah untuk membuat pembelian secara online dan pastikan anda memiliki kredit atau debit kad ye.
 

Elakkan Badan Terhidrat dengan Performance Drink..KLIK DI SINI untuk pembelian secara ONLINE

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Nik Azimah Awg. Hamat (ID 894805) - Pengedar Shaklee Wangsa Maju, KL 
FB: Nik Azimah Awg.Hamat 
Pages: Peminatvitamin 
No Tel: 017-3430922 
Email: nik_azimah81@yahoo.com 
COD area: Wangsa Maju, Keramat, Setiawangsa, Sri Rampai, Putrajaya