Friday 13 May 2016

Perlukah Suntikan Epidural ketika Bersalin dan apa kesannya?

Apa itu suntikan Epidural? Perlukah ini?

epidural untuk ibu bersalin

Menurut laman BabyCenter, epidural merupakan suntikan ke dalam satu ruang kecil di belakang anda, menggunakan jarum yang bengkok dan berlubang.

Hujung jarum yang bengkok akan dicucuk antara dua vertebrae dan jarum itu akan masuk ke dalam ruang di luar lapisan pelindung yang mengelilingi tulang belakang anda yang dinamakan ruang epidural. Satu tiub halus (atau kateter) disalurkan melalui jarum berlubang itu, kemudian jarum tersebut akan dicabut keluar. Kateter halus itu akan dilekatkan pada belakang dan pada bahu anda.

Pakar bius akan menyuntik anestetik lokal (sama seperti apa yang dilakukan oleh doktor gigi) ke dalam kateter untuk mengebaskan bahagian bawah abdomen anda. Kaki anda juga akan berasa kebas. Anda tidak lagi merasakan sebarang kontraksi.

Suntikan epidural adalah bertujuan mengelakkan kesakitan terutamanya ketika bersalin tanpa kesakitan. Suntikan epidural diberi apabila pesakit mula menunjukkan tanda hendak bersalin. Epidural menahan kesakitan bersalin dengan menghalang buat sementara waktu saraf yang bermula dari rahim ke otak. 

Suntikan epidural ini mempunyai kebaikan seperti dapat menahan kesakitan pada fasa pertama dan kedua kelahiran, tidak memberi kesan mengantuk pada ibu, memberi bius untuk kelahiran secara forceps atau vakum, jahitan episiotomi dan meneruskan khidmat bius jika memerlukan kelahiran secara pembedahan caesarean. Ia juga menyebabkan salur darah mengembang, melancarkan peredaran darah kepada bayi dan secara tidak langsung mengurangkan risiko bayi lemas. Epidural adalah ubat tahan sakit paling selamat dan sangat diperlukan ibu yang ada masalah kesihatan seperti sakit jantung dan tekanan darah tinggi.

Bagaimanapun, epidural tidak menjamin 100 peratus dapat mengurangkan kesakitan kerana kadangkala faktor posisi ketika pemberian epidural dan abnormaliti pada struktur tulang belakang yang bengkok (kifosis dan skoliosis) menyebabkan kesukaran mendapat posisi jarum epidural di kawasan lumbar tulang belakang. 

Kebanyakan wanita yang memilih suntikan epidural menyatakan ia memberi kelegaan kesakitan. Hampir semua yang pernah diberi suntikan epidural ingin melakukannya sekali lagi pada masa depan. Kajian membuktikan epidural tiada kesan sampingan jangka panjang. Saya sendiri pernah berpeluang menjalani kaedah epidural semasa bersalin anak ketiga hingga kelima. Ia pengalaman manis yang tidak dapat dilupakan semasa menjalani proses kelahiran.

Rungutan atau dakwaan bahawa suntikan epidural menyebabkan sakit belakang atau sakit pinggang kemudian hari adalah tidak benar. Ini kerana selepas bersalin normal tanpa epidural pun, sakit belakang tetap wujud disebabkan faktor berat badan, regangan pada kulit dan otot, serta postur ketika mengandung. Kaedah epidural sama sekali tidak menyebabkan masalah atau penyakit pada organ buah pinggang seseorang.

Kesan sampingan yang biasa dialami adalah tidak selesa akibat kekebasan pada bahagian bawah badan. Biasanya kebanyakan wanita dapat menerimanya sebagai ketidakselesaan sementara. Selain itu, ia boleh menyebabkan tekanan darah rendah (hipotensi) dan tidak dapat membuang air kecil dengan sendiri (mungkin memerlukan tiub kencing) buat sementara waktu. Biasanya pakar bius memberi ubat bius epidural berdos rendah yang berkesan untuk mengelak masalah ini. 

Pernafasan adalah elok jika suami dan isteri berpeluang mempelajari teknik pernafasan yang betul. Teknik ini dapat membantu semasa proses bersalin nanti. Lebih baik jika menarik nafas panjang apabila merasakan kontraksi bermula dan bernafas atau meniup nafas keluar secara perlahan sambil meneran. Ini akan mengelakkan daripada mencederakan tekak dan memastikan anda mengekalkan corak pernafasan yang sihat. Ia juga penting untuk menghasilkan satu peneranan yang kuat.

Saya akhiri entri mengenai epidural dengan testimoni vivix untuk ibu bersalin dan kita lihat apa katanya selepas mengamalkan vivix

vivix untuk suntikan epidural

 Alami kesan epidural? Dapatkan sirap merah di sini..hanya KLIK aje..


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Nik Azimah Awg. Hamat (ID 894805) - Pengedar Shaklee Wangsa Maju, KL 
FB: Nik Azimah Awg.Hamat 
Pages: Peminatvitamin 
No Tel: 017-3430922 
Email: nik_azimah81@yahoo.com 
COD area: Wangsa Maju, Keramat, Setiawangsa, Sri Rampai, Putrajaya

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen