Monday 9 May 2016

Sakit Kepala? Tidak lagi dengan B Compleks dan Ostematrix

Assalamualaikum semua...

Entri hari ini berkisar pada penyakit sakit kepala ataupun migrain. Jika diikutkan statistik, wanita mempunyai kecenderungan menghidap migrain yang lebih tinggi berbanding lelaki (75%), kebiasaan sebelum haid dan selepas menopaus. Penemuan terbaru juga mengatakan ia mungkin disebabkan genetik.  

Bila migrain datang, pesakit akan diberi ubat tahan sakit, ubat tahan muntah dan sebagainya bagi mengawal kesakitan mereka. Bagi pesakit yang agak teruk, dos dadah yang lebih tinggi diberikan agar dapat melalikan sistem badan mereka daripada kesakitan yang ditanggung.


Jom kita baca apakah sebab-sebab yang menyebabkan migrain terjadi
  •    Tidak cukup atau terlebih tidur atau tidur yang tidak teratur boleh menyebabkan migrain
  •  Pemakanan yang tidak seimbang
  •   Perubahan cuaca (Ini termasuk keadaan pancaran matahari yang terang atau lampu)
  •  Bunyi dan bau kuat
  • Menonton TV atau menghadap skrin komputer terlalu lama
  •  Tekanan emosi atau stress
  •  Merokok  
  •  Faktor jantina (3 – 4 kali lebih kerap dihidapi wanita berbanding lelaki)
  •  Ketidakseimbangan hormon ketika dating haid (bagi wanita).

Kenapa pengambilan supplemen lebih baik daripada ubat? Sebab, ia diperbuat daripada bahan makanan (vitamin semulajadi) dan ekstrak daripada makanan-makanan yang membekalkan nutrisi seimbang. Pengambilan ubat (dadah) yang berlebihan akan lebih memudaratkan kesihatan badan.

Mari kita lihat supplemen yang disyorkan untuk mengatasi migrain:
 
 
 
1. Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D)

Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan degupan jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium amat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf, otot, serta buah pinggang kita.  

Magnesium pula mustahak dalam mengekalkan metabolisma kalsium.  Ia membantu mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu sebab migraine berlaku. Kajian menunjukkan Magnesium dapat membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan kekerapannya berlaku.

Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium tanpa vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh menjadi sisa / batu dalam ginjal atau pundi kencing.

2. B Complex

Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitan migrain. Vitamin B yang lengkap dalam B Complex Shaklee ini akan memastikan anda bukan saja kurang risiko diserang migrain, tapi juga penyakit-penyakit lain seperti depresi dan strok.

Bagi pesakit migrain, adalah dinasihatkan supaya cuba mengenali sebab-sebab migrain menyerang pada masa tertentu. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka ubahlah pemakanan, begitu juga dengan perkara-perkara lain seperti aktiviti dan gaya hidup.

Sila mempertimbangkan tentang mengambil vitamin/supplemen sebagai satu percubaan untuk mengurangkan migrain, kerana ia pasti lebih baik daripada ubat yang berasaskan dadah secara berterusan.



** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Nik Azimah Awg. Hamat (ID 894805) - Pengedar Shaklee Wangsa Maju, KL 
FB: Nik Azimah Awg.Hamat 
Pages: Peminatvitamin 
No Tel: 017-3430922 
Email: nik_azimah81@yahoo.com 
COD area: Wangsa Maju, Keramat, Setiawangsa, Sri Rampai, Putrajaya

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen