Wednesday 27 January 2016

Vivix - Ikhtiar untuk Penyakit Kronik

 Apakah itu penyakit kronik?

Kronik membawa maksud penyakit yang sudah berlarutan atau penyakit yang sukar sembuh yang disebabkan oleh jangka masa yang dihidapi oleh pesakit. Boleh juga dirujuk sebagai sesuatu keadaan atau masalah yang sangat teruk dan tidak menyenangkan.

penyakit kronik

Contoh penyakit kronik adalah seperti tekanan darah tinggi, kencing manis, lemah jantung, kanser dan masalah buanh pinggang. Ia juga boleh dipanggil sebagai penyakit kronik jika ia sudah berlarutan.

Bagaimana Vivix Shaklee Bertindak Cegah Dan Bantu Rawat Sakit Kronik?

 

1. Memperbaiki Sel-Sel DNA

Tahukah bahawa setiap hari hampir 1 juta sel-sel DNA rosak. Kerosakan berlaku secara langsung dan tidak langsung. Secara langsung seperti terdedah kepada radiasi (sebagai contoh semasa proses kimoterapi bagi pesakit kanser). Dan yang lebih parah adalah kerosakan secara tak langsung. Terdedah dengan radikal bebas, pencemaran dan makanan yang tidak sihat.
 
2. Pengawalan Genetik
 
Genetik adalah unik dan biasanya diwarisi dari ibu atau ayah. Ini juga akan menentukan jangka hayat dan juga berapa cepat kita menjadi tua. Perasan tak ada yang umur 50an tapi kelihatan muda cantik macam 30an. Dan ada yang baru 30an tetapi nampak sungguh berumur. Ini berlaku kerana faktor genetik kita yang unik.

Kandungan utama Vivix membantu mengawal genetik dan melambatkan proses penuaan. Bukan sahaja penuaan dari segi fizikal. Malahan penyakit yang disebabkan oleh faktor penuaan juga dapat dielakkan. Seperti cardiovascular disease, cancer, arthritis, cataracts, osteoporosis, type 2 diabetes, hypertension and Alzheimer's disease.

3. Meningkatkan Tenaga Pada Tahap Sel
 
Tenaga tubuh manusia terhasil dari rantaian sel-sel di dalam badan. Semakin berumur, makin menurunlah tenaga yang dihasilkan. Jadi ramuan utama Vivix Shaklee akan meningkatkan tenaga dari tahap sel. Sel yang bertenaga akan menghasilkan tubuh yang sihat dan bertenaga.

Terdapat satu enzim di dalam badan yang dipanggil mitochondrial enzim, yang fungsi adalah menghasilkan tenaga pada badan manusia. Juga dikenali sebagai 'cellular power plants'. Pengambilan Vivix akan mengubah aktiviti dan kandungan mitochondrial enzim. Ini akan meningkatkan tenaga pada tahap sel dan seterusnya merendahkan risiko dari terkena penyakit kronik.

Seperti jantung manusia, sel yang lemah dan tidak bertenaga akan membuatkan jantung gagal berfungsi dengan baik. Dan akan meningkatkan risiko terkena serangan jantung atau penyakit kardiovaskular yang lain.
 
4. Penimbunan Protein AGE

Apakah AGE? AGE adalah Advanced Glycation End Products, iaitu komponen dalam sel badan yang menjadi faktor pemangkin kepada penyakit penuaan seperti diabetis, sakit jantung dan lain-lain.

AGE ini dapat diturunkan dengan pengambilan buah-buahan yang mengandungi resveratrol. Tahukah anda bahawa Vivix Shaklee bertindak 10 kali ganda dari resveratrol bagi membantutkan penghasilan AGE di dalam tubuh badan. Sel-sel badan tidak akan mudah rosak dan sistem badan akan berfungsi dengan baik.

Walaupun bertambah tua, tetapi tahap kesihatan sel berada pada tahap yang baik. Akan menyebabkan seseorang hanya tua pada umurnya, tidak pada wajah dan tubuh badannya. Bukankah satu nikmat,jika melihat ibu dan ayah yang tua tapi masih kekal awet muda, sihat, bertenaga dan yang penting bebas dari penyakit-penyakit kronik.

Pilihan mahu sihat atau tidak terletak pada tangan sendiri. Kita yang tentukan apa yang kita makan hari-hari. Jika kita bijak, pastilah kita pilih yang terbaik. Tak usah kedekut untuk kesihatan sendiri. Badan nie hanya sebatang, Allah bagi pinjam. Pinjam buku di perpustakaan pun kena jaga baik-baik, rosak kene denda. Lagi pula pinjaman dari Allah. Wajiblah kita jaga elok, untuk dipulangkan kelak.

Nikmat kesihatan adalah anugerah paling besar. Jika ditarik balik, ada duit berjuta pun tiadalah guna. Kan Allah ada kata, pemuda yang sihat dan kuat adalah lebih baik dari pemuda yang lemah. Jom kita pilih untuk sama-sama sihat.
 
Sebelum menamatkan entri ini, saya sertakan testimoni pilihan yang mencuba vivix untuk penyakit kronik.
 












 
 


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Nik Azimah Awg. Hamat (ID 894805) - Pengedar Shaklee Wangsa Maju, KL 
FB: Nik Azimah Awg.Hamat 
Pages: Peminatvitamin 
No Tel: 017-3430922 
 Email: nik_azimah81@yahoo.com 
COD area: Wangsa Maju, Keramat, Setiawangsa, Sri Rampai, Putrajaya

Wednesday 20 January 2016

Atasi Masalah Keputihan dengan Shaklee

Assalamualaikum

Hari ini nak berkongsi cerita tentang keputihan. 

Keputihan, biasa dengar bukan? Namun lendir yg keluar dari faraj tetap menerbitkan kerungsingan buat semua wanita.Takut juga andai terkena jangkitan kuman (veneral disease ) seperti "syphlis" dan "gonorrhea" yang berlaku ketika melakukan hubungan seks. Lebih menakutkan kerana keputihan turut memungkinkan risiko mengidap kanser pada bahagian peranakan seperti kanser serviks. 
 
Apa itu keputihan?
Keputihan terbahagi kepada dua;

1.KEPUTIHAN FISIOLOGI
▪ Terhasil sewaktu masa subur wanita iaitu sebelum dan selepas datang haid.
▪ Ciri-ciri ialah berwarna putih, tidak menyebabkan gatal dan tidak berbau.

2.KEPUTIHAN PATOLOGI
▪ Dikategorikan sebagai tidak normal dan bahaya kerana mempunyai risiko utk menghidap penyakit.
▪ Merupakan tanda negatif terhadap kesihatan wanita dan disebabkan oleh jangkitan kuman, benda asing, virus dan menopaus
▪ Seandainya wanita hamil mengalami, ia boleh mengundang risiko kelahiran pra matang sekaligus memberi efek negatif kepada bayi. (masalah gangguan pernafasan serta pencernaan)
▪ Ciri-ciri berwarna kuning, berbau dan gatal 
 
Bagaimana nak atasi keputihan?
 
Dengan mengamalkan ALFALFA COMPLEX Shaklee dan Garlic Compleks (bagi ibu hamil), insyaAllah masalah keputihan yang membelenggu kaum wanita boleh diatasi. Jangan biarkan sehingga keputihan menjadi abnormal.


Testimoni keputihan 


rawat keputihan dengan garlic


rawat keputihan dengan alfalfa


rawat keputihan dengan alfalfa



rawat keputihan dengan alfalfa



Beli Vitamin untuk Masalah Keputihan DI SINI

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Nik Azimah Awg. Hamat (ID 894805) - Pengedar Shaklee Wangsa Maju, KL 
FB: Nik Azimah Awg.Hamat 
Pages: Peminatvitamin 
No Tel: 017-3430922 
Email: nik_azimah81@yahoo.com 
COD area: Wangsa Maju, Keramat, Setiawangsa, Sri Rampai, Putrajaya

Wednesday 13 January 2016

Kenali ECZEMA dan Cara Mengatasinya


eczema kering


Eczema ialah sejenis penyakit kulit yang menyebabkan radang, gatal, kering, mengelupas, kemerahan dan bersisik. Penyakit ini ada kaitan dengan tindakbalas hipersensitif pada bahagian kulit, iaitu organ terbesar pada tubuh manusia.

Kesan penyakit ini pada kanak-kanak boleh dilihat pada bahagian lutut, pelipat siku, atas punggung, buku lali, belakang telinga, muka dan kulit kepala, manakala pada orang dewasa, ia lebih ketara di belakang lutut dan pelipat siku.

Penyakit ini boleh dihidapi pelbagai lapisan umur, termasuk kanak-kanak. Biasanya ia lebih banyak dihidapi kanak-kanak berusia kurang dua tahun. Ekzema adalah masalah kesihatan yang ada kaitan dengan penyakit genetik (diwarisi dari ibu bapa).
 
Walaupun masalah eczema ini tidak boleh dipulihkan sepenuhnya, tetapi ia boleh dikawal dengan rawatan dan ubat, rawatan herba, elakkan daripada kulit menjadi terlalu kering dengan memakai krim pelembab kulit serta jauhkan daripada bahan-bahan yang boleh menyebabkan kulit gatal. Jangan risau, eczema tidak berjangkit kepada orang lain, tidak seperti penyakit kulit lain yang disebabkan oleh bakteria atau fungus (i.e. kurap, panau).

Pakar dermatologi menyarankan individu yang mudah menghidap ekzema, supaya melindungi kulit mereka daripada terdedah kepada faktor penyebab penyakit itu dengan menggunakan pelembap yang sesuai.

Panduan pengurusan Eczema :
 
  • Elakkan mandi terlalu lama.
  • Jangan mandi air panas atau agak suam.
  • Gunakan sabun yang lembut, mempunyai kelembapan tinggi tanpa bahan kimia yang mengeringkan kulit.
  • Elakkan tersentuh sabun, minyak wangi, serbuk pencuci, barang perhiasan dan persekitaran yang boleh menyebabkan ekzema.
  • Memakai baju longgar dan diperbuat dari kapas.
  • Elakkan makanan yang menjadi alahan seperti susu lembu, telur dan kekacang.
  • Mempertahankan suhu sejuk di kawasan bilik tidur kerana panas boleh menyebabkan berpeluh yang memburukkan keadaan gatal
  • Pastikan persekitaran rumah bersih dan bebas daripada habuk dan kotoran. 
  • Pastikan kuku sentiasa pendek agar tidak menggaru dan seterusnya memudaratkan lagi eczema.
 
Di antara vitamin Shaklee yang boleh membantu masalah eczema adalah seperti berikut:-
  
  • Alfalfa Complex
 -Alfalfa kaya dengan pelbagai jenis zat, termasuk kalsium, fosforus, zat besi dan magnesium serta klorofil, bioflavonoid, pelbagai mineral surih dan vitamin
 
-sebagai agen Detox, anti-inflamasi
 
-Mencuci hati, darah dan usus - Ini adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.
 
-Melawan alahan - Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air (athlete's foot) dengan berkesan

  • Vita C Sustained Release
-Vitamin C banyak digunakan untuk meningkatkan daya tahan & daya pulih tubuh.
 
-Flavonoid menyekat respon alergik tubuh
 
-Bantu meningkatkan sistem imun dengan membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik
 
-Membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman. 
 
-Ia juga dapat mengurangkan simptom selsema, alergi hidung dan kulit serta asthma.

  • Vita E Complex
-Vita-E complex mengandungi vitamin E (d-alfa tokoferol) asli dari minyak sayuran. Ia juga mengandungi selenium yang melengkapi fungsi vitamin E. Setiap kapsul gel lembut memberikan 400IU vitamin E semulajadi dan 10mcg selenium.
 
-Melegakan kekeringan kulit dan gatal
 
-Membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, akne dan bintik penuaan. Ianya mampu memulihkan tekstur kulit dan ton muka, dada dan otot peha.
 
-Memperbaiki bengkak dan ulser kulit. Boleh dikenakan terus pada kulit untuk mengurangkan kesan parut

  • Energizing Soy Protein (ESP)
-Mengandungi protein yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Protin terdiri lebih daripada 20 jenis asid amino yang setiap satunya akan menghasilkan jenis protin yang berbeza mengikut kepada keperluan protin dan enzim yang diperlukan oleh tubuh manusia.  
 
-Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur- tua dan muda.
 
-Kandungan Indeks Glisemik (G.I.) yang rendah iaitu 39, menjadikan ia sangat sesuai juga kepada pengidap kencing manis juga.
 
-Membaikpulih sel
 
-Merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, percepat sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut

  • GLA Complex
-Ia merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin - bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses badan yang normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid lemak Omega-6. Ianya mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel.
 
-Ianya mengurangkan dan memperbaiki inflamasi kulit, eczema, alergi, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan, tinea, kurap. Ianya juga meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatisma, arthritis

  • Omega Guard
-OmegaGuardTM merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan.  Satu hidangan OmegaGuardTM menyediakan 1000mg asid lemak omega 3  termasuk DHA dan EPA. Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan  Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. 
 
-DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.
 
-Mengawal sistem imun seperti memperbaiki alahan kulit
 
-Memastikan kulit sentiasa lembab
 
  • Mealshakes
-Mealshakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik

-Mengandungi 24 vitamin dan mineral lengkap
 
-Kaya dgn PROTEIN utk bantu sihatkan sel-sel
 
-Mengandungi vitamin A,C,E,zink, selenium sbg anti-oksidan   

-Mengandungi asid folik, biotin, kalsium & magnesium utk bina tulang dan sel-sel dalam proses membesar
 
-Mengandungi vitamin B-Kompleks, besi utk bentuk sel darah merah yg sihat
 
-Kaya dengan fiber bg bantu pelawasan yg sempurna  

 
Untuk Luaran
  • Herbal Blend Multipurpose Cream
-Diperbuat daripada estrak herba semulajadi yang menenangkan termasuk sage, horse chestnut yarrow dan rosemary. Dingin, bermentol dan tidak berminyak.
 
-Melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah pada lutut, siku serta tumit kaki
 
-Bantu melegakan rasa gatal dan pedih-pedih pada kulit

  • Basic H
-Basic H2 Shaklee sangat sesuai untuk digunakan bagi mereka yang alah kepada sabun yang mempunyai bahan kimia. 
 
-Campurkan beberapa titis Basic H ke dalam air mandian digunakan untuk mencuci bahagian eczema dan gatal tersebut
 
-Tidak sesuai jika eczema jenis kering dan berkedut kerana dikhuatiri akan bertambah kering dan bersisik

Oh ya, tidak semestinya kena ambil semua vitamin yer. Saya akan mencadangkan vitamin yang sesuai mengikut tahap eczema yang dihidapi dan mengikut bajet anda.

Ok, kalau berminat nak order boleh pilih mana-mana set seperti di bawah ni yer..

1. Set Bajet Eczema – Vit C & Alfafa Complex
Kilik Di Sini untuk Pembelian

2. Set Bajet Eczema 2 – Vit C, Vit E & Alfafa Complex
3. Set Bajet Eczema 3 - Vit C, Alfafa Complex & ESP
4. Cadangan Full Set Eczema – Vit C, Vit E, Alfafa Complex, Omegaguard, GLA Complex & ESP
5. Set Eczema Untuk Luaran – Herbal Blend Cream & Basic H

6. Set Eczema Kanak-Kanak - Chew Vita C, Mealshakes, Herbal Blend Cream & Basic H
 Klik Di Sini untuk Pembelian



Sebelum berundur, disertakan testimoni eczema yang semakin pulih hasil dari menggunakan suplemen shaklee
  
eczema basah
 eczema semakin pulih



** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Nik Azimah Awg. Hamat (ID 894805) - Pengedar Shaklee Wangsa Maju, KL 
FB: Nik Azimah Awg.Hamat 
Pages: Peminatvitamin 
 No Tel: 017-3430922 
Email: nik_azimah81@yahoo.com 
COD area: Wangsa Maju, Keramat, Setiawangsa, Sri Rampai, Putrajaya

Wednesday 6 January 2016

Carotomax Shaklee Vitamin Ajaib untuk Mata

Orang kata jauh perjalanan luas pemandangan. Tapi bagaimana nak luas pandangan kalau masalah rabun menghantui kita? Bahkan ada yang saban tahun terpaksa menambah 'power' speckmata akibat masalah mata rabun yang kronik. Hari ini nak bercerita tentang vitamin A yang dipanggil Carotomax.
berikan yang terbaik untuk mata
 Secara umumnya Carotomax boleh membantu:
  • kesihatan retina mata - mengurangkan rabun. Jika diamalkan secara konsisten, rabun akan terus pulih! Insyallah
  • kesihatan tulang
  • kesihatan tisu kulit --> sebab tu yang ada jeragat makin hilang! 2 in 1 lah :)
  • pembentukan sel darah putih & sel darah merah
  • pembentukan membran mukus
  • mengekalkan sistem imunisasi badan yg sihat!

Kehadiran Vitamin A dapat membantu kesihatan tisu kulit & pembentukan membran mukus badan (kedua-duanya merupakan lapisan awal pertahanan badan daripada jangkitan penyakit) & juga pembentukan sel darah putih atas tujuan yg sama.

vitamin rabun dan silau

Carotomax adalah campuran unik alpha-carotene, astaxanthin, beta-carotene, lutein, lycopene, and zeaxanthin yang menghasilkan carotenoid yang lengkap.

Apakah carotenoidsCarotenoid adalah pigmen yang membentuk warna sayur-sayuran. Ia memberi warna oren kepada carrot, tomato dan sebagainya.

Apakah fungsi dan kebaikan carotenoid?

1. Melindungi sel daripada kesan pemusnahan oleh radikal bebas
2. Sumber Vitamin A terbaik
3. Meningkatkan sistem imunisasi
4. Membetulkan fungsi organ tubuh

Sumber yang mengandungi carotenoid adalah lobak, kentang, bayam, tomato dan lain-lain sayuran. Cara yang terbaik untuk mengekalkan kandungan carotenoid ialah dengan mengambil sayuran ini TANPA DIMASAK.

FUNGSI LAIN CAROTENOID:
- Mencegah kanser
-Penting untuk pertumbuhan tisu ephithelial seperti kulit, membra di dalam saluran penghadaman, serta
  pernafasan. Tisu ini bertindak sebagai penghalang utama kepada jangkitan penyakit.
- Diperlukan semasa selsema, batuk dan gangguan-gangguan penyakit yang ringan.
- Terlibat dalam penghasilan sperma dan ovum.
- Penting untuk pertumbuhan tulang yang sihat.
- Meningkatkan sistem kekebalan dengan memperbaiki fungsi sel darah putih.
- Membina semula sel-sel yang rosak.
- Melindungi dari rabun malam.
- Menjaga kesihatan mata.
- Merangsang pertumbuhan tulang yang kuat, gigi, gusi serta kulit dan rambut yang sihat serta keihatan umum.
- Digunakan dalam rawatan jerawat, ulcer, bisul, dan sebagainya

Tanda-tanda kekurangan:
- Masalah jerawat
- Hilang lembapan pada kulit, mulut dan rambut
- Tumbesaran terencat
- Masalah tidur dan insomnia
- Kulit yang menebal pada telapak tangan dan kaki
- Masalah rabun malam.

Jadi kepada mereka yang mengalami masalah-masalah seperti di atas, saya syorkan mencuba Carotomax. Mana tahu anda serasi dengannya...


Disertakan juga testimoni menarik untuk tatapan pembaca.

vitamin mata cantik

vitamin mata cantik


testimoni vitamin mata


vitamin mata cantik


vitamin mata cantik

vitamin mata cantik

vitamin mata cantik


vitamin mata cantik


Selain itu, boleh juga untuk membuat belian sendiri dan pastikan anda memiliki debit kad atau kredit kad sebagai syarat pembelian secara online.
 


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Nik Azimah Awg. Hamat (ID 894805) - Pengedar Shaklee Wangsa Maju, KL 
FB: Nik Azimah Awg.Hamat 
Pages: Peminatvitamin 
No Tel: 017-3430922 
Email: nik_azimah81@yahoo.com 
OD area: Wangsa Maju, Keramat, Setiawangsa, Sri Rampai, Putrajaya