Friday 17 February 2017

Keajaiban Bersedekah

 KISAH KEAJAIBAN SEDEKAH
***
 


Kisah yang menunjukkan bagaimana Allah sangat menghargai amal hamba. Tuhan Yang Maha Mendengar tidak akan mensiakan kebaikan makhluk yang Dia ciptakan.

Tersebutlah seorang ibu solehah. Beliau memiliki seorang anak yang menjadi tulang belakang keluarga. Di rumahnya, si ibu menunggu kepulangan anaknya yang  melakukan perjalanan yang jauh. Sehingga si ibu putus asa, sementara sisa makanan tinggal cukup beberapa hari.

Suatu hari si ibu sedang bersiap untuk menyiapkan makanan tengaharinya. Ketika beliau mengambil suapan pertama dan siap untuk dilahap, tiba-tiba di depan pintu ada pengemis yang meminta makanan. Beliau pun tidak jadi meneruskan suapannya. Beliau menaruh suapannya dan menyerahkan sedikit makanan itu kepada pengemis. Sehari itu, sang ibu menahan lapar.

Selang beberapa hari, tibalah anaknya yang lama dia nantikan. Mulailah dia bercerita tentang kejadian yang luar biasa kepada ibunya

Ada kejadian luar biasa yang saya alami. Setelah beberapa hari saya melintasi jalur di daerah tertentu, tiba-tiba keluar seekor singa. Sehingga saya pun memegang erat punggung keledai yang aku naiki. Namun singa itu menyerang keledai. Dan kuku singa itu telah mengoyak jaket yang saya bawa, baju dan jubahku. Ketika cakarnya menghentam badanku, saya tercengang dan hampir hilang ingatan. Singa inipun membawaku dan menyeretku ke belukar yang tidak jauh. Dia bersiap untuk mengoyakku.

Tiba-tiba saya melihat orang berbadan besar, wajah dan bajunya putih, datang dan langsung memegang singa tanpa senjata. Dia naik dan pergi menghilang.
Ketika itu, orang besar tadi mengatakan: ‘Berdirilah wahai singa, satu suapan dengan satu suapan.’ Singa itupun berdiri dan lari meninggalkanku.

Saya pun mencari lelaki itu, dan tidak berhasil menemukannya. Saya duduk menenangkan diri di tempat itu dan kembali mengambil bekal makananku. Saya pun memperhatikan badan sendiri, ternyata tidak ada satupun yang terluka dan teruskan perjalanan.  Mereka sangat heran melihat kejadian yang ku alami. Namun saya kebingungan, apa makna ‘satu suapan dengan satu suapan.’

Mendengar ini, si ibu memahami. Kerana kejadian itu bersamaan dengan peristiwa saat beliau memberikan sedekah makanan. Beliau tidak sempat menelan satu suap, dan diberikan kepada orang yang memerlukan. Dengan itu, Allah selamatkan anaknya dari ‘suap’ singa.

[Kisah ini disebutkan oleh At-Tanuji dalam kitab: Al-Faraj ba’da As-Syiddah]

Semoga kisah ini menjadi pengajaran kepada kita supaya tidak lokek berkongsi makanan dengan orang yang lebih memerlukannya. 

Tidak akan jatuh miskin jika kita sentiasa bersedekah malah rezeki makin melimpah ruah dan murah rezeki dari sumber yang tidak disangka-sangka.








No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen