Wednesday 29 March 2017

Best Sangat ke ESP ni?

Assalamualaikum semua

Hari ni Cheq Nik nak ceritakan mengenai perbezaan antara ESP dengan soya yang lain. Nanti senanglah lepas ni korang nak memilih soya yang mana ye..jangan tersalah pilih nanti merana tau!

Perbezaan yang ketara iaitu cara pemprosesan soya itu sendiri . Macam soya Shaklee dicuci dengan air untuk mengekalkan isoflavine genistin dan daidzin yang kritikal untuk membekalkan kita dengan keseluruhan manfaat soya.Soya bukan tak elok, cara proses tu yg buat dia jadi tak elok. Cer tengok tempe, genius je orang jawa yg amalkan pemakanan tempe. Cer tengok kicap kat rumah kita, ke tak makan kicap? Kicap dibuat dari soya kan? ;) Soya bukan GMO Shaklee menggunakan proses pensijilan tersendiri yang dikenali sebagai Identity Preserved Program (IPP). Program ni memastikan kacang soya Shaklee bebas dari pendedahan perubahan genetik. Dari benih hingga penyimpanannya, komitmen Shaklee sangat tinggi untuk pastikan bahan ramuan adalah semulajadi dan berkualiti tinggi.

Shaklee merupakan syarikat pertama yang mencipta makanan tambahan protein berasaskan kacang soya. Kacang soya terasing yang pertama telah dicipta oleh Dr Shaklee pada 1970-an. Beberapa ujian klinikal dijalankan dan membuktikan betul lah protein soya adalah faktor utama dalam penjagaan kesihatan. Kenapa soya, kenapa bukan ayam atau ikan sebagai sumber protein? Sebab sumber protein dari soya bebas lemak dan bebas kolesterol.

ESP Shaklee merupakan satu-satunya produk dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia juga dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. ESP sangat sesuai untuk semua peringkat umur - tua dan muda. Manakala, kandungan Indeks Glisemik (G.I.) yang rendah iaitu 39, menjadikan ia sangat sesuai juga kepada pengidap kencing manis.

ESP untuk kencing manis

Satu hidangan ESP Shaklee bersamaan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, rendah lemak, tiada kolestrol, tiada uric asid, dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.

Pengalaman bersama ESP? Confirmlah ada

Cheq Nik amalkan ESP ketika melahirkan anak ketiga. Ambil untuk tujuan penyusuan dan Alhamdulillah masih bertahan mengamalkan ESP sehingga ke hari ini walaupun anak dah nak masuk 4 tahun.

Ketika mengamalkan ESP untuk tujuan penyusuan apa yang Cheq Nik dapat rasai ialah:

-  Air susu semakin pekat
-  Kulit makin lembut
-  Baby cepat kenyang
-  Baby lena tanpa perlu berjaga malam
-  Kulit ibu dan anak makin cerah
-  Tumit kaki tak lagi merekah
-  Sembelit pun tak de semasa berpantang
-  Lebih bertenaga walaupun kekadang berjaga malam
-  Badan makin slim (suami yang bagitau)

Banyak lagi la…korang kena cuba tau! Kekadang banyak sangat bonus bila amalkan ESP ni.. tak rugi cuba kerana korang akan jatuh cinta dengannya nanti…
 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Nik Azimah Awg. Hamat (ID 894805) - Pengedar Shaklee Wangsa Maju, KL 
FB: Nik Azimah Awg.Hamat 
Pages: Peminatvitamin 
No Tel: 017-3430922 
Email: nik_azimah81@yahoo.com 
COD area: Wangsa Maju, Keramat, Setiawangsa, Sri Rampai, Putrajaya

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen