Thursday 30 March 2017

Built To Last - Kenapa PERLU memilih Shaklee untuk berbisnes?

Zaman serba serbi memerlukan duit dan ramai yang buat keputusan untuk buat side income untuk tambah pendapatan. Tambah-tambah musim GST ni, apa yang perlu dibayar dah jadi berganda-ganda. Kalau masih lagi rasa selesa dengan pendapatan yang sedia ada, mungkin keselesaan tu takkan bertahan lama.

Yang berfikir jauh ke depan sikit, mungkin dah mula mencari-cari sumber side income, bisnes apa nak buat. Buat bekalan di saat memerlukan. Sediakan payung sebelum hujan bak kata pepatah.

Cheq Nik nak kongsikan bisnes yang Cheq Nik jalankan hampir 4 tahun ni. Satu tips bila nk cari side income, mulakan dengan bisnes yang modal kecil. Jangan berhutang untuk mulakan bisnes lebih-lebih lagi kalau ilmu bisnes kita zero. Kelak bisnes ke mana tapi terpaksa pula tanggung hutang. 

Modal yang Cheq Nik keluarkan untuk start bisnes Shaklee ni hanya RM75 dan dapat balik modal ni hanya sebulan selepas betul-betul serius. Berbekalkan modal yang kecil tapi keuntungan di luar jangkaan. 

Bagaimana nak majukan bisnes Shaklee? 
Ada beberapa tips yang diperlukan untuk kembangkan lagi bisnes Shaklee ni. Dan ini di antara yang Cheq Nik amalkan

Tips #1: Kena faham pasal syarikat, apa yang syarikat tawarkan
💕Bisnes manual penting, mentor pun penting. Tak semua dari kita suka nak baca apa yg ditulis dalam buku manual bisnes jadi jangan la segan untuk bertanya mentor. Nak income cepat? Jawapannya cari mentor dan cepat-cepat korek ilmu darinya. Apa yang basic wajib tahu.

Tips #2: Bermula dengan sharing
💕Jika sebelum ni anda adalah pengguna maka sangatla mudah. Dengan guna konsep sharing, hanya share sahaja apa produk yang diguna dan kongsi kebaikan dan kesan yang dirasa. Share dari hati biasanya mudah untuk melekat di hati bakal customer. Nak share di mana? Banyak je medium online dan offline. Kalau online di blog, fb, instag. Kalau offline, di opis, dgn jiran sebelah rumah, dengan jiran di taman perumahan.

Tips #3: Bisnes shaklee adalah bisnes ilmu
💕Peluang akan datang lebih banyak jika kita sanggup belajar untuk cari, gali dan korek ilmu. Kata lain, kena rajin membaca sikit la. Rajin juga hadir majlis ilmu, kelas nutrisi, kelas marketing, dan banyak ruang berkaitan dengan bisnes. 

Tips #4: Cepat bertindak
💕Banyak pergi kelas tapi balik kelas tak buat apa-apa pun tak guna. Sebab ilmu tak diaplikasikan. Bila tak apply hasilnya tak de apa-apa okeh!. Kesimpulannya kena terus apply bila dah balik dari kelas. Kita takkan tahu ilmu tu berkesan atau tidak kalau tak buat. Dalam bisnes network ni, kita punya ramai kawan-kawan yang sudi berkongsi. Yang penting jangan harapkan orang lain buat untuk kita. 

Tips #5: Tanamkan dalam diri untuk tolong orang lain dalam organisasi
💕Kalau kita nak berjaya, buat orang lain berjaya dan kita akan dapat apa yang kita nak. Amanah ni walau nampak mcm berat, tapi percaya lah berapa banyak ladang pahala yang boleh dibesarkan dengan mengajar orang lain ke arah kebaikan. 

Tips #6: Jangan berhenti
💕Maknanya terhenti walaupun sekejap boleh merosakkan mood selama-lamanya. Bila dah stop nak mula balik memang ambik masa. Walau apa pun rintangan, jangan mudah mengalah. Normal jika kita sharing tiada respon tapi kena ingat mungkin ada yang memerhati dan tup-tup order Shaklee tanpa sengaja. Memang kekadang ada perasaan give up tapi tak boleh dilayankan sangat kerana ia merugikan kita je tu. Jangan pernah putus asa dengan rahmat Allah. Allah tak zalim. Dia tidak akan sia-siakan usaha walau bertahun-tahun sekalipun. Di sini SABAR itu penting.

Tips #7: Dekatkan diri dengan Pencipta
💕Yang ni memang penting dan tak boleh lari. Setiap usaha kita ada yang memberi dan Si Pemberi yang Maha Agung adalah Allah. Tidak akan bergerak satu zarah pun tanpa izinNya. Jadi penting untuk kita berkasih dan bercinta dengan yg Maha Memberi. Semua hasil yang kita dapat adalah perkenan dariNya. Buat apa yang Allah suka pasti Dia akan beri apa yang kita mintak.

In Sha Allah dengan mengekalkan 7 tips ini, diharap bisnes yang Cheq Nik usahakan sekarang makin berkembang dan kejayaan akan menanti kita di kemudian hari.


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Nik Azimah Awg. Hamat (ID 894805) - Pengedar Shaklee Wangsa Maju, KL 
FB: Nik Azimah Awg.Hamat 
Pages: Peminatvitamin 
No Tel: 017-3430922 
Email: nik_azimah81@yahoo.com 
COD area: Wangsa Maju, Keramat, Setiawangsa, Sri Rampai, Putrajaya

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen