Thursday 16 March 2017

Di mana Ada Kemahuan Di Situ Ada Jalan

Januari ada rakaman saat-saat terindah dalam hidup Cheq Nik..bukan bulan-bulan lain tak indah tapi ini sangat indah sebab Cheq Nik berjaya keluar dari ketakutan dan tak yakin untuk drive sedangkan lesen dah dapat dari tahun 2001 lagi..lama kan Cheq Nik peram lesen..😃😃

Kereta sudah selamat beli Oktober 2016 tapi masa tu biasalah selagi ada yang offer nak pandu memang Cheq Nik dok sebelah je..cuma mata je jeling-jeling manja bila tengok encik suami drive..

Sehinggalah awl bulan 12 encik suami paksa suruh belajar sebab bila anak- sekolah Cheq Nik kena ambik dan hantar dorang. Masa tu memang membuak-buak nak belajar sebab ingatkan anak2...tiap kali belajar ada je encik suami beri tunjuk ajar. Walau kekadang tegas macam cikgu memandu..😀😀

Bermula persekolahan, maka bermulalah rutin p kerja,ambik anak2 kat sekolah rendah,hantar ke sekolah agama, masuk kerja, keluar pejabat trus ambik kat sekolah agama dan balik rumah. Masa seminggu awl persekolahan memang tersangat penat. Tu tak masuk lagi parking senget benget walau dah masuk dlm kotak parking. 

terima kasih memudahkan urusan

Alhamdulillah minggu kedua persekolahan Cheq Nik dah boleh sesuaikan diri dengan keadaan tersebut. Macam2 perasaan bila first time bawa keta tapi tabahkan hati demi anak2..

Cukupla update terkini bulan lepas.. berjaya juga bawa kereta dan mudahkan urusan ke branch dan pos Shaklee untuk customer.

Kesimpulannya, selagi kita NAK In Sha Allah boleh je kita capai apa yang kita mahu..


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Nik Azimah Awg. Hamat (ID 894805) - Pengedar Shaklee Wangsa Maju, KL 
FB: Nik Azimah Awg.Hamat 
Pages: Peminatvitamin 
No Tel: 017-3430922 
Email: nik_azimah81@yahoo.com 
COD area: Wangsa Maju, Keramat, Setiawangsa, Sri Rampai, Putrajaya

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen