Tuesday 7 March 2017

Kisah Perniagaan Keluarga

Assalamualaikum

Jom kembali ke zaman masa kecil dulu. Flashback apa yang menjadi cita-cita Cheq Nik pada zaman kanak-kanak. Masa kecil-kecil dulu suka sangat orang berniaga. Tak kisahlah berniaga apa asalkan rezeki yang halal.

Kalo dulu tepi rumah ada pakcik jual ABC. Memang sedap sangat dan murah. 1 bekas tu yang kecik 30 sen dan yang bekas besar 50 sen aje..tu tahun akhir 80-an tau..sekarang ni memang tak dapat la....

Arwah nenek dan mak Cheq Nik pun peniaga jugak sebenarnya. Macam arwah nenek buka kedai runcit dan sebelah petangnya jual pisang goreng,keropok goreng dan keledek goreng. Kekadang ada jugak jemput2 pisang yang dibuatnya.

Agak lama jugak arwah nenek dalam menceburkan diri dalam perniagaan kecil-kecilan. Bila arwah nenek tak sihat, arwah mak pula sambung ambik alih tapi kali ni kedai runcit dibuka depan umah keluarga Cheq Nik sendiri. Walaupun berniaga arwah mak tak pernah abaikan tanggungjawabnya sebagai ibu dan isteri. Memang Cheq Nik kagum dengannya.

Walaupun kami asalnya orang yang boleh dikatakan berduit tetapi arwah mak tetap nak berniaga kerana boring katanya kalo tak de buat apa di samping jaga anak. Lagipun masa tu anak2 dah besar.

Apa yang Cheq Nik blh simpulkan ialah kecekalan hati dan kesungguhan arwah nenek dan arwah mak yang menjadi pegangan hidup Cheq Nik sekarang.

Alhamdulillah Cheq Nik sekarang ni mengikut jejak mereka yang mana apa yang Cheq Nik buat sekarang ni..berniaga online 😊😊


pengedar shaklee wangsa maju

Al-fatihah untuk arwah nenek dan arwah mak. Terasa rindu sangat2 akan mereka berdua..dah belasan tahun mereka pergi meninggalkan kami...semoga mereka ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman..aaminn

Semoga Cheq Nik pun diberi ketabahan dan kecekalan seperti arwah nenek dan arwah mak dalam membangunkan ekonomi sekeluarga.


Mahu dapatkan suplemen Shaklee boleh hubungi nombor talian di bawah ye


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Nik Azimah Awg. Hamat (ID 894805) - Pengedar Shaklee Wangsa Maju, KL 
FB: Nik Azimah Awg.Hamat 
Pages: Peminatvitamin 
No Tel: 017-3430922 
Email: nik_azimah81@yahoo.com 
COD area: Wangsa Maju, Keramat, Setiawangsa, Sri Rampai, Putrajaya

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen