Wednesday 22 March 2017

Perjuangan Harus Diteruskan

Rasanya dah tak boleh buat perbandingan antara zaman dahulu dan zaman sekarang terutama dari segi nilai mata wang. Sekarang ni taraf hidup melambung bagaikan tiada tanda nak jatuh...

Tapiiii apa yang boleh kita buat ialah bersabar dan fikirkan apa yang seharusnya dilakukan.
Ramai je di kalangan kita yang mengamalkan bisnes online untuk tambahkan pendapatan. Walaupun kekadang pendapatan sampingan tak setaraf dengan gaji tapi sekurang-kurangnya kita dah ikhtiar bagi mencukupi apa yang kurang kan?

Jika ditanya pada Cheq Nik mana yang lagi utama antara berjimat dan tambah pendapatan, Cheq Nik akan memilih keduanya... tentu ada sebabnya

Jimat? Macam mana nak berjimat untuk barang keperluan? Pasti sukar kan? Apa yang boleh kita lakukan ialah kurangkan pengambilannya dan cari alternatif lain sebagai penggantinya yang mana nilainya lebih murah. Di samping tu amalkan sikap berjimat cermat supaya tidak berlaku pembaziran. In Sha Allah dapat membantu sedikit sebanyak untuk berjimat tanpa pembaziran.

Tambah pendapatan of course perlu tambah-tambah lagi pada zaman ini. Sebenarnya macam-macam yang boleh kita tambah income dan salah satunya ialah berniaga online macam Cheq Nik. Cheq Nik berniaga suplemen Shaklee (bagi yang tak tahu lagi 😊😊).

Ni pengalaman Cheq Nik sendiri ye. dah lama rasanya ingin terlibat dalam bisnes online tapi mengandung anak ketiga baru terbuka hati nak mencuba. Semasa anak pertama dan kedua maybe masa tu tak terasa sangat wang keluar. Tapi bila mengandungkan anak ketiga dah terbayang banyaknya nak guna duit tambah pulak anak sulung dah masuk tadika masa tu...masa mula2 join bisnes online tak de la serius sebab join pn sebab nak dapatkan harga ahli. Pejam celik pejam celik dah masuk tahun ke 4 Cheq Nik berkecimpung dalam bisnes online. Dah banyak wish list yang Cheq Nik dah tercapai.

Alhamdulillah ada je rezeki yang datang walaupun ramai yang bagitau dah ramai ahli Shaklee yang menjual Shaklee. Tapi Cheq Nik yakin dengan rezeki dariNya. Selagi berusaha In Sha Allah kejayaan itu milik kita.

Yang masih tercari-cari nak buat side income boleh hubungi Cheq Nik ye. In Sha Allah Cheq Nik akan bantu untuk yang betul-betul berkehendak mengubah hidup.

pengedar shak shaklee wangsa maju

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Nik Azimah Awg. Hamat (ID 894805) - Pengedar Shaklee Wangsa Maju, KL 
FB: Nik Azimah Awg.Hamat 
Pages: Peminatvitamin 
No Tel: 017-3430922 
Email: nik_azimah81@yahoo.com 
COD area: Wangsa Maju, Keramat, Setiawangsa, Sri Rampai, Putrajaya

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen