Thursday 2 March 2017

Sewa Ke Beli?

Assalamualaikum

Memiliki aset tetap pastinya menjadi impian setiap orang. Ada yang masa umur 20-an dah selamat memiliki aset terutamanya rumah. 

Ini adalah pandangan Cheq Nik mengenai sewa atau beli rumah. Dan Cheq Nik pasti masing-masing ada pandangan tersendiri mengenainya.
sewa atau beli
Pada awalnya, Cheq  Nik hanya fikir untuk menyewa rumah sementara mendapat pendapatan yang lebih tapi disebabkan sewa rumah begitu mahal, membuat Cheq Nik terfikir bahawa membeli rumah lebih menguntungkan dari sewa rumah kerana :-

1. Rumah merupakan satu aset, bukannya liabiliti seperti mana kereta, harga rumah atau hartanah akan sentiasa meningkat dari masa ke semasa.

2. Sewa rumah adalah merugikan kerana berbulan atau bertahun membayar sewa tetapi kita tak mendapat apa-apa pun daripadanya. Bila pindah, terpaksa pula menanggung kos pindah rumah dll.

3. Melaburkan dengan rumah adalah lebih berisiko rendah, berbanding yang lain. Sebab rumah merupakan satu keperluan wajib bagi manusia. Jadi sama ada jual atau sewakan, pasti akan ada orang yang membelinya.

4. Sewa rumah tidak menjamin kedudukan kita, jika pemilik rumah ingin menjual rumah kemungkinan kita terpaksa pindah. ataupun terpaksa menghadapi kenaikan harga sewa rumah dari pemilik baru.

Walau bagaimanapun, sewa rumah juga mungkin merupakan pilihan yang ideal bagi situasi tertentu, seperti :-

1. Tempoh menetap disuatu tempat adalah untuk jangka pendek sahaja, iaitu tidak lebih daripada 5 tahun.

2. Kadar sewa rumah adalah lebih rendah berbanding membeli dan

3. Situasi kewangan tak mengizinkan untuk memiliki rumah.

Cheq Nik sendiri sampai sekarang masih lagi menyewa rumah. Tetapi hasrat untuk memiliki rumah sendiri masih lagi tersimpan kemas kerana masih ada beberapa alternatif untuk mendapatkan harga rumah pada kadar yang mampu milik. Contohnya melalui program PR1MA (Perumahan Rakyat 1 Malaysia) dan juga rumah lelong.

Apa pendapat korang pulak? Mana lagi untung? Sewa rumah ke beli rumah?


 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen