Tuesday 25 April 2017

Ingat 5 Perkara Sebelum 5 Perkara

Pejam celik pejam celik dah nak akhir bulan Mac 2017. Terlalu cepat masa berlalu. Korang rasa macam mana? Masa itu berlalu dengan pantas atau lambat? 

Semua orang impikan kehidupan yang lebih baik walaupun berada pada lingkungan warga emas. Pastinya mahukan anak-anak sentiasa berada di sisi, dibelai dan dimanja oleh anak-anak kan? Kesihatan yang memuaskan dan masih lagi gagah walaupun sudah berusia. Masa muda banyak dihabiskan untuk mencari rezeki dan masa tua inilah masa terbaik untuk menuai hasilnya. 

Sebelum menginjak ke usia warga emas, elok sangat sekiranya kita semua amalkan 5 perkara ini dan ianya boleh dijadikan panduan dan pedoman dalam kehidupan.

peringatan untuk diri sendiri


1.Ingat Kaya Sebelum Miskin
Ketika kita dalam kekayaan hendaklah kita manfaatkan sebaik-baiknya. Gunakan ia untuk perkara-perkara kebaikan seperti membantu orang yang memerlukan, , sedekah, dan zakat jangan dilupa. Dan Jadikan kekayaan kita sebagai faktor pendorong sekaligus pelancar kita dalam beribadah kepada Allah.

2.Ingat Sihat Sebelum Sakit
Sihat adalah sebuah anugerah yang tidak ternilai dengan wang ringgit. Sayangi diri dan jaga kesihatan dengan menjaga pemakanan kerana jika dilihat sakit ni tidak mengenal usia. Oleh itu semasa sihat ni, pergunakan ia untuk hal-hal yang bermanfaat dan ingatlah bahawa sihat adalah modal yang paling berharga.

3.Ingat Muda Sebelum Tua
Masa muda hendaklah dipergunakan sebaik-baiknya untuk mencapai kebaikan dan kejayaan,kerana masa mudalah kita mempunyai keinginan dan cita-cita yang ingin kita capai. Tak bermaksud bila tua kita tidak boleh capai apa yang kita mahukan cuma mungkin usahanya adalah tidak sama dengan usia muda. Dengan itu masa muda hendaklah diisi dengan berbagai kegiatan yang bermanfaat hingga tidak menyesal di kemudian hari.

4.Ingat Lapang Sebelum Sempit
Maksudnya di sini kita semua diajar macam mana menghargai masa supaya terisi dengan perkara-perkara yang bermanfaaat baik untuk diri sendiri ataupun orang lain. 

5.Ingat Hidup Sebelum Mati
Ini merupakan rumusan dari empat hal diatas. Ketika kita diberi kehidupan maka gunalah ia sebaik mungkin kerana tiada peluang keduanya.

Lima hal itu merupakan inti misi dan visi hidup manusia, kerana kunci kejayaan itu terletak pada bagaimana kita “mempergunakan kesempatan dengan sebaik-baiknya”.

Semoga kita semua termasuk insan yang melaksanakan 5 perkara sebelum 5 perkara dalam menjalani kehidupan ini.

Monday 24 April 2017

Kenapa Kita Perlu Memilih Skin Care Yang Selamat? Penting ke?

Kalau dah namanya PEREMPUAN,pastinya tak dapat dipisahkan dengan produk penjagaan wajah dan kecantikan.Dari dulu hingga kini,produk kecantikan merupakan produk yang paling laris di pasaran.Tak hairan lah pelbagai produk muncul bagai cendawan tumbuh selepas hujan.

Namun,dalam keghairahan anda untuk tampil cantik,pemilihan produk mestilah diutamakan.Jangan kerana tergoda dengan iklan dan model-model cantik anda abaikan faktor keselamatan dan status halal produk tersebut.Nanti tak pasal-pasal muka jadi hodoh,kulit pun sensitif. 

Ada skin care yang murah dan kesan yang cepat membuatkan wanita-wanita di luar sana tergoda dengan iklan-iklan yang di paparkan. Mulalah mencuba. Rata-rata memang kesan seawal mungkin. Tapi tidak fikirkah kita secara logik kenapa terlalu cepat kesannya. Tidakkah kita terfikir apakah bahan yang digunakan untuk produk itu. Produk-produk skincare yang bahaya boleh meresap ke darah dan ia membahayakan diri kita. Jika kita tidak ambil peduli tentang apakah kandungan didalamnya. 

Cuba kita fikir kalau kos untuk membeli ia murah, apakah bahan-bahan didalamnya? Berapa pula kos bahan-bahan didalamnya. Mesti lagi murah, bukan? Jadi fikir-fikirkanlah jika anda sayang diri anda. Jom berubah kepada skin care yang selamat.

Shaklee ada menawarkan set penjagaan muka NUTRIWHITE selain suplemen. Jangan tak tahu ye.
full set nutriwhite Shaklee
Jom kita lihat mengapa produk ini perlu menjadi pilihan anda.

Produk Penjagaan Muka NutriWhite Shaklee berfungsi dalam 5 cara iaitu:-

• MENGHALANG kerosakan matahari dan alam sekitar dengan aktif melindungi kulit dari kesan sinar matahari dan UV.

• MENYEKAT pigmen gelap dari sel kulit asas dan membantutkan kemunculan tompok tompok hitam

• MENCERAHKAN dengan naungan melanin yang sedia ada yang membawa kepada wajah yang lebih cerah dan sekata

• MEMPERBAHARUI dengan mengeluarkan sel sel mati yang mewujudkan kulit yg lebih cerah dan bercahaya

• MENGURANGKAN pigmen gelap dalam kulit dan mencegah kulit kusam.

Mengapa mesti memilih SKIN CARE SHAKLEE?

-Mendapat Kelulusan KKM
-Tiada Kesan Sampingan
-Terbukti Berkesan 
-Terbukti Semulajadi
-Terbukti Selamat
-Harga Mampu Milik
-Halal

Nak pesan produk Nutriwhite?

Pesan SET NUTRIWHITE di SINI secara ONLINE


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Nik Azimah Awg. Hamat (ID 894805) - Pengedar Shaklee Wangsa Maju, KL 
FB: Nik Azimah Awg.Hamat 
Pages: Peminatvitamin 
No Tel: 017-3430922 
Email: nik_azimah81@yahoo.com 
COD area: Wangsa Maju, Keramat, Setiawangsa, Sri Rampai, Putrajaya

Thursday 13 April 2017

Vivix Bantu Kurangkan Oxidative Stress

Lambakan radikal bebas dalam badan kita menjadikan sel-sel kita “berkarat” kerana tindakan oxidative stress. Takutnya…Jadi, mulai sekarang tak mahu ikutkan rentak stress tu ye. Untuk kesihatan dan kecantikan kita juga kan?

Banyak cara untuk membantu tubuh kita melalui oxidative stress dan antaranya ialah dengan cara :


1.  Menjaga pemakanan
∞Kebanyakan di kalangan kita jika stress makan tanpa henti kan? Maknanya dengan berbuat demikian membolehkan masalah dilupakan tetapi sebaliknya.

2.  Mengawal diri dari mudah stress
∞ Macam kita yang beragama Islam, jika stress tu cepat-cepat ambil wuduk dan mohon pertolongan dari Allah supaya tidak berterusan stress dan diberi petunjuk untuk selesaikan masalah yang dihadapi. Selain itu banyakkan istighfar. In Sha Allah stress dapat dikawal.

3.  Mengamalkan vivix
∞ sepertimana yang kita tahu vivix ni memang best sesangat dan memang elok diamalkan  kerana fungsinya yang bagus.


Sepertimana dalam perbincangan sebelum ini, kematian sel ni terbahagi kepada dua iaitu:
πŸ“Œ Apoptosis- Sel mati bila dia rosak/ cedera.
πŸ“Œ Necrosis - Sel mati disebabkan oleh faktor luaran.



vivix dan stress

Kalau sel dalam badan kita ni mati melalui cara apoptosis ni takpe lagi. Tapi sebaliknya bila sel ni mati melalui cara Necrosis. Necrosis atau kata lain kewujudan sel abnormal dalam badan. Ni yang kita perlu takuti.

Sebab bila sel abnormal ni yang patut mati tapi tak mati, dia akan menghasilkan sel-sel baru tapi bukan sel yang sihat tau. Sel-sel yang tak sihat. Sebagai contoh orang yang kena kanser. Biasa dengar tak orang yang dah pulih dari kanser selepas dah lalui segala macam rawatan yang sepatutnya untuk kanser tapi boleh terjadinya kanser lagi.

Okey dalam kes ni, sel-sel abnormal tadi telah dimutasi dan terjadinya sel-sel cacat tapi jahat!. Dia jahat sebab duplicate sel-sel yang patut mati tapi tak mati. Faktor penyebab terjadinya sel abnormal ni adalah dari pendedahan terhadap toksin, radikal bebas, trauma, jangkitan dan macam² lagi.

So nak lindungi sel-sel kita ni supaya diberi cukup pernafasan, glukosa semua tu kita kenalah amalkan Vivix. Sel ni pun macam kita jugak, nak kena ada oksigen. Takde oksigen tak dapatlah nak bernafaskan.

Tu sebab dalam Vivix ni ada bahan yang boleh baiki sel dan lindungi sel kita dari ancaman-ancaman luar yang boleh menyebabkan penyakit kronik tau.


Vivix ni bertindak melalui 4 Mekanisme iaitu:
πŸ“Pembaikan Sel
πŸ“ Perlindungan Sel
πŸ“ Tenaga Sel
πŸ“ Prestasi Sel

Bahan dalam Vivix tadi adalah RESVERATROL dan POLIFENOL. Bahan-bahan ni telah terbukti keberkesanannya untuk melindungi sel²-sel badan sebab telah melalui ujian klinikal dan yang lagi best dah dijalankan kajian iaitu terbukti dalam Landmark Study.

So, mengapa nak biarkan sel2-sel rosak tu terhasil lagi banyak sedangkan kita mampu untuk lindunginya dengan Vivix.

Jom Vivix!


Beli VIVIX di SINI secara ONLINE

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 


Nik Azimah Awg. Hamat (ID 894805) - Pengedar Shaklee Wangsa Maju, KL 
FB: Nik Azimah Awg.Hamat 
Pages: Peminatvitamin 
No Tel: 017-3430922 
Email: nik_azimah81@yahoo.com 
COD area: Wangsa Maju, Keramat, Setiawangsa, Sri Rampai, Putrajaya

Saturday 8 April 2017

Peranan Facebook untuk Pengiklanan

Dulu masa orang lain sibuk buat akaun facebook, Cheq Nik buat tak hirau je. Sebab fikir harapkan internet kat pejabat je. Maklumlah masa tu mana reti lagi nak main internet.

Tapi bila dah sekali daftar akaun facebook, syok pulak rasa. Sebab boleh tambah kenalan dan jejak kawan-kawan yang lama hilang dari radar.

Sekarang ni lagilah sebab Cheq Nik buat bisnes online memang tersangat perlukan medium seperti facebook untuk berkongsi segala maklumat mengenai Shaklee terutamanya.

bisnes online


Bila kita jual online satu je kena dan wajib buat iaitu sharing atau kongsi apa yang kita jual. Barulah ramai yang akan tahu dan secara tidak langsung membuka peluang untuk membesarkan empayar. Betul ke tidak?

Bagi Cheq Nik, berniaga online ni kena rajin buat sharing apa yg kita jual. Lagi mudah jika kita juga mengguna produk tersebut. Biasanya perkongsian dari hati lebih diingati sebab ianya ikhlas dari hati..cewaahhh

Jika kita perasan, terdapat banyak group di dalam facebook yang boleh kita join untuk berkongsi penyelesaian masalah yang dihadapi. Contohnya dalam group ibu hamil selalu je ada persoalan pasal kehamilan dan Cheq Nik sebagai individu yang ada sedikit ilmu berkongsi dan cuba cadangkan apa yang terbaik. Tu pun salah satu nak kembangkan empayar menerusi facebook.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Nik Azimah Awg. Hamat (ID 894805) - Pengedar Shaklee Wangsa Maju, KL 
FB: Nik Azimah Awg.Hamat 
Pages: Peminatvitamin 
No Tel: 017-3430922 
Email: nik_azimah81@yahoo.com 
COD area: Wangsa Maju, Keramat, Setiawangsa, Sri Rampai, Putrajaya

Friday 7 April 2017

Omega Guard untuk Antiradang Terbaik

Ada tak bila bangun pagi rasa kaki tangan susah nak bergerak? Ataupun selalu rasa kebas-kebas? Sengal-sengal dan lenguh-lenguh? Bengkak dan merah? Ataupun sakit mencucuk sampai nak bergerak pun susah dan sebagainya? So, bagaimana minyak ikan bantu kurangkan sakit sendi, tulang, lutut, tumit dan sebagainya?

Bila ada bahagian rangka tubuh kita mengalami masalah, radang mudah terjadi. Aliran darah ke bahagian terjejas bertambah, yang seterusnya menyebabkan bengkak dan kesakitan. Minyak ikan mempunyai sifat anti-inflammatory ataupun anti-radang untuk membantu mengawal dan mengurangkan kesakitan dan bengkak.

Sakit sendi boleh berpunca daripada penyakit arthritis ataupun rheumatoid arthritis. Ada juga yang terjadi disebabkan kecederaan daripada terjatuh, terseliuh, patah, overstretch dan sebagainya. Mengikut kajian, pengambilan Omega 3 daripada minyak ikan secara konsisten boleh bantu kurangkan symptom sakit sendi dan kurangkan kebergantungan kepada ubat tahan sakit (pankiller).

Sebab tu dalam set sendi yang lengkap, ada vitamin Omega Guard bersama-sama dengan Ostematrix, Vivix dan Joint Health Tablet. Setiap 1 ada fungsi khusus dan fungsi umum masing-masing. Dan minyak ikan penting untuk bantu surutkan merah, bengkak dan sakit tu. 

Kalau tanya Cheq Nik mana satu paling baik untuk sendi, set lengkap adalah yang terbaik untuk memperbaiki masalah secara optimum!

Selain untuk sendi lutut antara kepentingan Omega 3 dan Omega 6 terhadap kesihatan ialah:
• Penting untuk pelihara fungsi otak, tumbesaran dan perkembangan normal.
• Kurangkan kesakitan saraf.
• Mengurangkan inflamasi – bengkak, kemerahan.
• Pelihara kesihatan jantung, mata, rambut, kulit.
• Membantu menurunkan dan mengawal kolsterol
• Pelihara kesihatan tulang.
• Kurangkan simptom ADHD.
• Pelihara keseimbangan emosi – elak depression.
• Kawal asthma, arthritis, eczema.

Jadi untuk pelihara kesihatan sendi seperti lutut, siku, pergelangan tangan kaki dan sebagainya, amalkan mengambil minyak ikan daripada usia muda. Jangan tunggu dah sakit baru nak amal sebabnya bila sendi dah rosak, kita tak dapat nak reverse balik. Masa tu hanya mampu kawal supaya tak terus melarat saja. Dalam masa sama, dapat banyak faedah kesihatan lain juga.

Dan minyak ikan terbaik semestinyalah Omega Guard Shaklee. 

sakit tumit hilang dengan omega guard



** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Nik Azimah Awg. Hamat (ID 894805) - Pengedar Shaklee Wangsa Maju, KL 
FB: Nik Azimah Awg.Hamat 
Pages: Peminatvitamin 
No Tel: 017-3430922 
Email: nik_azimah81@yahoo.com 
COD area: Wangsa Maju, Keramat, Setiawangsa, Sri Rampai, Putrajaya

Thursday 6 April 2017

Empayar Cheq Nik

Rata-rata customer yang mesej Cheq Nik bertanyakan harga produk Shaklee dan suka survey harga. Ye itu normal bila kita ni jenis suka nak beli barang dengan harga murah. Tapi menjadi masalah bagi seorang pengedar tu bila beli barang dengan orang lain tapi minta guide dengan orang lain.

Sepatutnya itu dah menjadi layanan ekslusif bagi pelanggan kita bukan bagi pelanggan orang lain. Sebab itu la bila sesiapa yang mesej Cheq Nik nak survey harga ni tetap akan layan juga. Tapi akan dicadangkan dengan lebih baik supaya DAFTAR SEBAGAI AHLI. Lagi mudah..dan korang taknya lagi nak survey-survey harga.

Sesiapa yang mahu berdaftar under empayar Cheq Nik dialu-alukan ye..best sangat ke jika join under Cheq Nik ni?? jika nak tahu, banyak inisiatif yang Cheq Nik sediakan untuk yang baru atau yang dah lama berada di bawah naungan teratakbonda ni…join dulu baru tahu

Antara yang Cheq Nik tawarkan untuk ahli yang bernaung di bawah teratakbonda adalah:-

daftar ahli bawah team cheq nik
 
→konsultasi tiptop. Itu sudah pasti sebab bila dah bernaung bawah empayar Cheq Nik memang anda berhak dapat konsultasi terbaik. Termasuklah dari segi konsultasi cara makan, cara pengambilan dan semestinya ada tambahan lain-lain lagi..

→support group 24jam melalui Telegram dan Whatapps. Senang bukan? Yang ada kemusykilan bagaimana nak consult customer boleh terus bertanya kat group dan in Sha Allah ada je yang membantu untuk selesaikan masalah.

→online dan offline coaching. Sekarang ni internet di hujung jari je. Senang dan pantas. Tak perlu keluar untuk berjumpa tapi hanya berkomunikasi di alam maya aje dan sedikit pun tidak mengganggu tugasan seharian. Ibu-ibu tak perlu meninggalkan anak-anak semata-mata untuk mencedok ilmu dari yang lebih arif. Suka tak? Sambil layan anak-anak makan boleh je nak dengar segala ilmu yang ada di Telegram

→poster ohsem tentang info produk. Di sini ahli-ahli group akan wakafkan poster untuk kegunaan kita semua untuk kongsi sesuatu produk dengan bakal customer di luar sana. Dengan adanya poster, kita mudah faham dan senang untuk terangkan kepada customer tentang masalah yang dihadapi.

Perlu diingat bahawa setiap kejayaan bermula dari langkah pertama. Jangan takut untuk bermula kerana satu kejayaan hari esok bermula dengan keputusan hari ini. Jika anda mahu bermula, mulakan dengan hari ini dan mula hubungi Cheq Nik  untuk bermula. Inshaallah akan dibantu sepenuhnya dan bimbing anda mencapai apa yang anda mahu. Jika anda belum tahu apakah potensi diri anda, jangan risau kerana kita akan bersama2 korek potensi diri anda, dan yes, semua orang ada potensi untuk berjaya.

Nak join saya dan team teratakbonda meraih sesuatu dan dapat EXTRA INCOME dalam SHAKLEE?

ALL I NEED IS YOU!!
Start NOW
START WITH YOU!

Whatsapp atau email saya segera, join dan raih suatu kejayaan bermula sekarang!

 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 


Nik Azimah Awg. Hamat (ID 894805) - Pengedar Shaklee Wangsa Maju, KL 
FB: Nik Azimah Awg.Hamat 
Pages: Peminatvitamin 
No Tel: 017-3430922 
Email: nik_azimah81@yahoo.com 
COD area: Wangsa Maju, Keramat, Setiawangsa, Sri Rampai, Putrajaya

Wednesday 5 April 2017

ESP untuk Pesakit Kencing Manis

Diabetes merupakan salah satu ancaman kepada rakyat Malaysia. Statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan bahawa sebanyak 300 juta orang di seluruh dunia dijangka menghidap diabetes pada tahun 2025 dan satu pertiga daripada jumlah tersebut merupakan pesakit daripada Asia Tenggara.

Sel badan pesakit diabetes tidak dapat menyerap insulin akibat sel mereka kehilangan sensitiviti terhadap hormone insulin. Dan ada kajian menunjukkan bahawa asid amino Arginine memberi kesan positif terhadap sensitiviti sel terhadap insulin. Untuk maklumat semua, asid amino itu terdapat di dalam ESP.

Jom kita kaji bagaimana ESP dapat membantu pesakit diabetes berdasarkan fakta tersebut.

Sepertimana yang kita sedia maklum ESP ialah kata singkatan untuk Soy Protein Isolate Powder yang mana ia merupakan sumber protein berasaskan kacang soya premium berkualiti tinggi serta mengandungi 9 jenis asid amino perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Kacang soya yang digunakan adalah Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism) yang dihasilkan di bawah Program Identity Preservation Program (IPP), di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesan.

Serbuk ESP Shaklee menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO yang rendah indeks glisemik (3.9 GI). Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP adalah rendah lemak, bebas laktosa dan kolesterol, tiada asid urik dan sangat mudah untuk diserap oleh tubuh. Ia juga mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian tubuh kita.

Indeks Glisemik yang rendah akan membantu memecahkan glukosa sedikit demi sedikit ke dalam darah kita. Ia secara perlahan-lahan akan membebaskan tenaga yang diperlukan tubuh untuk melakukan aktiviti dan tugas seharian. Paras gula yang normal dalam darah akan berada dalam keadaan stabil dan kekal lebih lama, selain rasa kenyang yang juga lebih lama. Pesakit diabetis menghadapi gangguan fungsi insulin di mana hormon insulin tidak cukup bagi menjalankan tugas menukar gula (glukosa) kepada tenaga. Kesannya, paras gula di dalam darah akan menjadi tinggi dan tidak terkawal. .

ESP berupaya menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten. Protein soya bertindak dengan membantu pesakit diabetis/kencing manis mengawal paras gula dalam darah secara semulajadi. Protein yang terkandung dalam ESP akan membantu memperbaiki hormon insulin untuk menjadi lebih sihat dan seterusnya lebih efisien menjalankan tugas menukar gula kepada tenaga.

ESP bukan sahaja akan membuatkan pesakit diabetis mendapat bekalan protein yang secukupnya, malah kadar gula di dalam darah juga akan kembali ke tahap normal dan tidak membahayakan. Pengambilan 3 sudu besar ESP adalah bersamaan dengan 14 gram protein yang diperlukan tubuh dalam diet seharian. ESP Shaklee bukan sahaja sangat sesuai untuk pesakit diabetis, malah ia juga selamat untuk diambil oleh golongan yang mempunyai kadar kolesterol yang tinggi. :)

Kesimpulannya, memang elok sangat yang ada diabetes ambil ESP. Bahkan bukan setakat yang ada diabetes tapi untuk kesihatan optimum pun boleh amalkannya.



ESP untuk kencing manis

Nak esp?


Beli ESP di sini secara atas talian


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 


Nik Azimah Awg. Hamat (ID 894805) - Pengedar Shaklee Wangsa Maju, KL 
FB: Nik Azimah Awg.Hamat 
Pages: Peminatvitamin
No Tel: 017-3430922 
Email: nik_azimah81@yahoo.com 
COD area: Wangsa Maju, Keramat, Setiawangsa, Sri Rampai, Putrajaya

Tuesday 4 April 2017

Set Gastrik Shaklee

Gastritis atau penyakit gastrik yang dikenali umum adalah satu penyakit yang seringkali dikaitkan dengan pedih atau sakit pada bahagian perut atau ulu hati . Mengikut ilmu kedoktoran, penyakit gastrik adalah keradangan yang berlaku di lapisan permukaan perut. Penyakit ini boleh disebabkan oleh jangkitan kuman seperti Helicobacter Pylori, alergi, merokok atau ubat-ubatan (khususnya ubat tahan sakit, aspirin dan ubat tradisional yang mempunyai kandungan steroid).

Prostaglandin adalah sejenis bahan kimia seakan hormon yang bertanggungjawab untuk melindungi lapisan perut daripada tindakan hakisan asid gastrik (asid yang dirembeskan oleh sel di dalam perut). Apa yang terjadi pada pesakit gastritis adalah disebabkan oleh ketidak seimbangan antara 2 faktor iaitu faktor yang melindungi dan faktor agresif yang menyebabkan keradangan pada lapisan permukaan perut.

Antara tanda-tanda penyakit gastrik adalah :
-sakit di bahagian ulu hati
-perut kembung
-sendawa yang kerap
-loya dan muntah
-muntah darah atau najis bewarna hitam

Sesiapa yang ada gastrik, Cheq Nik cadangkan ambil set ini ye.

set gastrik
 

1. ESP
Merupakan sumber protien biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak,bebas kolesterol dan kaya dengan asid amino penting.Asid amino ini membantu memulihkan kembali sel-sel dinding perut yang rosak diakibatkan oleh hakisan oleh asid hidroklorik.Ia mengandungi 14gram protien soya sihat dan 500mg kalsium bagi setiap hidangan.Sifat kealkalian yang tinggi juga amat membantu di dalam proses meneutralkan kembali keadaan asid berlebihan di dalam perut.                                                                                                              

2. B Compleks 
B Complex amat membantu dalam proses sintesis DNA,menguruskan tekanan dan membina tenaga dalam proses metabolisma.B Complex mengandungi kesemua 8 jenis Vitamin B (Vitamin B1 Tiamin,Vitamin B2 Riboflavin,Vitamin B3 Niacin,Vitamin B6,Folate,Vitamin B12 Cynocobalamine,Biotin dan Panthothenic Acid) yang diperlukan oleh tubuh bagi menggantikan nutrisi Vitamin B yang hilang dari badan setiap hari akibat dari tekanan kerja,alkohol dan ubatan preskripsi.                                                        

3.Peppermint Ginger
Kajian klinikal menunjukkan pengambilan halia sebagai makanan tambahan dapat membantu mengurangkan masalah sebu,senak perut dan menyingkirkan angin dalam         badan. 

4. Ostematrix
Suplemen lengkap yang mengandungi kalsium,magnesium & Vitamin D.Ia sangat membantu di dalam mengurangkan keasidan perut dengan cara meneutralkan asid yang memasuki esofagus yang menyebabkan kesan pedih ulu hati. 


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Nik Azimah Awg. Hamat (ID 894805) - Pengedar Shaklee Wangsa Maju, KL 
FB: Nik Azimah Awg.Hamat 
Pages: Peminatvitamin 
No Tel: 017-3430922 
Email: nik_azimah81@yahoo.com 
COD area: Wangsa Maju, Keramat, Setiawangsa, Sri Rampai, Putrajaya

Monday 3 April 2017

Apa itu NECROSIS?

Apa itu NECROSIS? pernah dengar tak? Cheq Nik pun tak pernah dengar tapi hari ini kita berkongsi maklumat pasal NECROSIS dan sama-sama berkongsi ilmu ye kawan-kawan..

Sebelum tu kenalah tahu dulu apa itu NECROSIS. Necrosis adalah sel kita di mana ia berpecah dan mati.

Kematian sel dibahagikan kepada dua iaitu :-

πŸŽ€ apoptosis iaitu sel mati dengan sendiri; dan

πŸŽ€ necrosis iaitu sel mati yang disebabkan oleh faktor-faktor luaran seperti bahan kimia, toksik, radikal bebas, radiasi, trauma dan kecederaan.

pendek kata, kematian sel yang disebabkan oleh faktor di atas adalah proses yang tidak natural jika nak dibandingkan dengan apoptosis yang mana prosesnya bersifat lebih natural.

Ni Cheq Nik nak bagi gambaran mengenai kedua-duanya. Bagi kes pesakit kencing manis ye. Jika dilihat kat kaki pesakit kencing manis kita dapati adanya kulit yang hitam pada kaki pesakit kan? Itu disebabkan oleh sel yang mati dan ianya adalah Necrosis.

macam mana kita nak pulihkan sel-sel hasil dari proses necrosis ni? Pasti ada caranya kan?

Bila sel-sel kita mengalami kerosakan DNA sel biasanya akan dihantar ke fasa apoptosis. Dan bila kerosakan DNA gagal untuk menjalani apoptosis, sel inilah yang akan membiak menjadi sel kanser..takutnya...

Alternatif yang terbaik ialah vivix. Kenapa vivix? Suplemen lain tak boleh ke?

Ini kerana Vivix mempunyai 4 mekanisme utama iaitu:-
-pembaikan sel
-perlindungan sel
-tenaga sel dan
-prestasi sel

Kesemuanya ini memang kita perlu untuk pastikan sel-sel kita hidup dan boleh menjadikan segala organ dalam badan kita berfungsi dengan lebih baik dan bukannya berpenyakit. 

Sel hidup ni perlu dan mesti ada oksigen dan tenaga, Tapi kalo takde tenaga? Matilah sel tu kan? DNA yang rosak perlu dibaiki dan perlukan sel yang boleh baikinya supaya sel yang rosak itu mati dan bukannya duplicate jadi sel rosak yang lain.

Kesimpulannya, ambil la vivix setiap hari. Mencegah itu lebih baik dari merawat kan?

vivix ikhtiar cyst

Korang dah minum vivix hari ni?

Tekan di sini untuk BELI VIVIX secara ONLINE

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Nik Azimah Awg. Hamat (ID 894805) - Pengedar Shaklee Wangsa Maju, KL 
FB: Nik Azimah Awg.Hamat 
Pages: Peminatvitamin 
No Tel: 017-3430922 
Email: nik_azimah81@yahoo.com 
COD area: Wangsa Maju, Keramat, Setiawangsa, Sri Rampai, Putrajaya

Sunday 2 April 2017

Cycle Closing 2016/2017

Alhamdulillah...bulan lepas last untuk cycle 2016/2017. Ada yang masih tak tahu ke? Yang sid pastinya mengertikan kan kan...

Dalam cycle lepas terselit kenangan manis Cheq Nik. Cer teka....dah lama mengidam dan alhamdulilah Allah makbulkan. Naik rank je pun tapi itu paling akan diingati. 😍😍

Banyak sebenarnya azam untuk cycle bulan depan. Nak tahu ke tak? Masing-masing 
kena simpan azam baru yang jelas dan nyata apa yang kita kehendaki. Betul ke tidak? 

Salah satu azam Cheq Nik nak dapatkan 2 tiket untuk local trip ke Bangkok. Dan semestinya untuk realisasikan itu perlukan 1001 pengorbanan tanpa mengira penat dan lelah. Bermula dengan bulan ini iaitu April 2017 perlu setiap bulan effective. Mampu? Hanya kita je yang boleh switch dari tak mampu kepada yang mampu. Betullah kata pepatah "nak seribu daya tak nak seribu dalih" dan "berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.

Sempena bulan penutupan cycle pada bulan lepas, pastinya kita mahukan yang terbaik. Tak kiralah untuk diri sendiri, suami, anak-anak, ibubapa, mertua, adik-beradik dan yang ada di sekeliling Cheq Nik. 

Di antara list apa yang Cheq Nik mahukan untuk last cycle yang lepas:

-effective + rank up
-angka bonus lebih dari yang pernah dapat sebelum ni
-new member 5 orang (jika dapat lebih alhamdulillah..Cheq Nik tak menolak rezeki..hehehe)
-konker kawasan Wangsa Maju terutamanya untuk COD

Hadiah untuk mereka yang support Cheq Nik terutamanya keluarga terdekat pastinya ada walaupun hanya belanja makan. Yang tak pernah Cheq Nik belanja makan boleh claim lepas ni ye..πŸ˜‰πŸ˜‰

Sebuah kejayaan pastinya menjadi hadiah yang tak ternilai untuk Cheq Nik hadiahkan buat mereka yang memahami kerjaya Cheq Nik walaupun buat part time dan bukan full time. Tanpa mereka tak mungkin menjadi sekuat ini.

Kita semua boleh buat apa yang kita mahu. Paling penting usaha tanpa putus asa walaupun penolakan sentiasa je ada. 

rank up oktober 2016

kerana mereka saya jadi kuat

my backbone

Semoga kita semua terus cemerlang, gemilang dan terbilang walau dalam apa jua bidang yang kita ceburi.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Nik Azimah Awg. Hamat (ID 894805) - Pengedar Shaklee Wangsa Maju, KL 
FB: Nik Azimah Awg.Hamat 
Pages: Peminatvitamin 
No Tel: 017-3430922 
Email: nik_azimah81@yahoo.com 
COD area: Wangsa Maju, Keramat, Setiawangsa, Sri Rampai, Putrajaya

Saturday 1 April 2017

Apakah itu Telomere?

Telomer ( tel - uh - meer ) dari Yunani telos ( end ) dan meros ( bagian ) Telomeres merupakan bahagian penting dari sel manusia yang mempengaruhi bagaimana sel-sel kita HIDUP.

DNA membentuk semua sel dalam tubuh kita. Ini adalah genetik yang membuat kita atau siapa kita. Dan setiap organ dalam tubuh kita (kulit, hati, jantung, dll) terdiri dari sel-sel. Jadi, telomere sangat penting bagi kesihatan kita. Sel-sel kita mengisi dengan menyalin sendiri (Membelah sel / Clonning Sel). Hal ini terjadi terus-menerus sepanjang hidup kita. Telomere semakin pendek setiap kali Telomere membelah diri atau sel mencopy dirinya sendiri, tetapi DNA penting tetap kekal.

Jadi untuk itu, kita memerlukan sesuatu yang boleh membantu ke arah kesihatan yang lebih baik. Antara suplemen yang boleh membantu ialah vivix. Ini kerana di dalam vivix adanya resveratrol dan antioksidan yang tinggi.

Maka tak hairanlah jika yang amalkan vivix secara konsistan akan kelihatan lebih muda dari usia. Bukan sahaja awet muda malah kesihatan lebih baik kerana vivix ni bertindak dari DNA lagi tau..

Tu sebabnya yang ada sakit kronik Cheq Nik terus suggestkan vivix sebab bukan kerana UV tapiiiiii kerana tindakbalasnya yang lebih cepat. 

kesan polifenol dan resveratrol

Dapatkan VIVIX di SINI

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Nik Azimah Awg. Hamat (ID 894805) - Pengedar Shaklee Wangsa Maju, KL 
FB: Nik Azimah Awg.Hamat 
Pages: Peminatvitamin 
No Tel: 017-3430922 
Email: nik_azimah81@yahoo.com 
COD area: Wangsa Maju, Keramat, Setiawangsa, Sri Rampai, Putrajaya