Friday 31 March 2017

Resepi ESP -Harus Cuba

Harini ada kelainan sikit esp yang Cheq Nik sediakan. Tak de sesusah mana pun nak sediakannya.
Cuma perlu ada esp (wajib), sirap dan chia seeds (boleh pilih samaada nak campur ke tak). Mudah kan?

Cara penyediaan :
💕masukkan 3 sudu besar esp, sirap sesedap rasa dan chia seeds ikut citarasa dan masukkan air dan goncangkan dalam shaker. Taraaaaaa...dah siap

resepi best ESP


Kenapa perlu minum esp?
✔untuk tenaga segera
✔untuk yang ada masalah gastrik
✔untuk kesihatan kulit
✔sesuai untuk pengidap kencing manis
✔ibu selepas bersalin untuk luka bersalin
✔ibu menyusu untuk pekatkan susu ibu
✔cantik & gebukan kulit

Banyak lagi kalo nak disenaraikan pasal kebaikan esp ni.

Nak cuba esp jangan lupa hubungi Cheq Nik ye


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Nik Azimah Awg. Hamat (ID 894805) - Pengedar Shaklee Wangsa Maju, KL 
FB: Nik Azimah Awg.Hamat 
 Pages: Peminatvitamin 
No Tel: 017-3430922 
Email: nik_azimah81@yahoo.com 
COD area: Wangsa Maju, Keramat, Setiawangsa, Sri Rampai, Putrajaya

Thursday 30 March 2017

Built To Last - Kenapa PERLU memilih Shaklee untuk berbisnes?

Zaman serba serbi memerlukan duit dan ramai yang buat keputusan untuk buat side income untuk tambah pendapatan. Tambah-tambah musim GST ni, apa yang perlu dibayar dah jadi berganda-ganda. Kalau masih lagi rasa selesa dengan pendapatan yang sedia ada, mungkin keselesaan tu takkan bertahan lama.

Yang berfikir jauh ke depan sikit, mungkin dah mula mencari-cari sumber side income, bisnes apa nak buat. Buat bekalan di saat memerlukan. Sediakan payung sebelum hujan bak kata pepatah.

Cheq Nik nak kongsikan bisnes yang Cheq Nik jalankan hampir 4 tahun ni. Satu tips bila nk cari side income, mulakan dengan bisnes yang modal kecil. Jangan berhutang untuk mulakan bisnes lebih-lebih lagi kalau ilmu bisnes kita zero. Kelak bisnes ke mana tapi terpaksa pula tanggung hutang. 

Modal yang Cheq Nik keluarkan untuk start bisnes Shaklee ni hanya RM75 dan dapat balik modal ni hanya sebulan selepas betul-betul serius. Berbekalkan modal yang kecil tapi keuntungan di luar jangkaan. 

Bagaimana nak majukan bisnes Shaklee? 
Ada beberapa tips yang diperlukan untuk kembangkan lagi bisnes Shaklee ni. Dan ini di antara yang Cheq Nik amalkan

Tips #1: Kena faham pasal syarikat, apa yang syarikat tawarkan
💕Bisnes manual penting, mentor pun penting. Tak semua dari kita suka nak baca apa yg ditulis dalam buku manual bisnes jadi jangan la segan untuk bertanya mentor. Nak income cepat? Jawapannya cari mentor dan cepat-cepat korek ilmu darinya. Apa yang basic wajib tahu.

Tips #2: Bermula dengan sharing
💕Jika sebelum ni anda adalah pengguna maka sangatla mudah. Dengan guna konsep sharing, hanya share sahaja apa produk yang diguna dan kongsi kebaikan dan kesan yang dirasa. Share dari hati biasanya mudah untuk melekat di hati bakal customer. Nak share di mana? Banyak je medium online dan offline. Kalau online di blog, fb, instag. Kalau offline, di opis, dgn jiran sebelah rumah, dengan jiran di taman perumahan.

Tips #3: Bisnes shaklee adalah bisnes ilmu
💕Peluang akan datang lebih banyak jika kita sanggup belajar untuk cari, gali dan korek ilmu. Kata lain, kena rajin membaca sikit la. Rajin juga hadir majlis ilmu, kelas nutrisi, kelas marketing, dan banyak ruang berkaitan dengan bisnes. 

Tips #4: Cepat bertindak
💕Banyak pergi kelas tapi balik kelas tak buat apa-apa pun tak guna. Sebab ilmu tak diaplikasikan. Bila tak apply hasilnya tak de apa-apa okeh!. Kesimpulannya kena terus apply bila dah balik dari kelas. Kita takkan tahu ilmu tu berkesan atau tidak kalau tak buat. Dalam bisnes network ni, kita punya ramai kawan-kawan yang sudi berkongsi. Yang penting jangan harapkan orang lain buat untuk kita. 

Tips #5: Tanamkan dalam diri untuk tolong orang lain dalam organisasi
💕Kalau kita nak berjaya, buat orang lain berjaya dan kita akan dapat apa yang kita nak. Amanah ni walau nampak mcm berat, tapi percaya lah berapa banyak ladang pahala yang boleh dibesarkan dengan mengajar orang lain ke arah kebaikan. 

Tips #6: Jangan berhenti
💕Maknanya terhenti walaupun sekejap boleh merosakkan mood selama-lamanya. Bila dah stop nak mula balik memang ambik masa. Walau apa pun rintangan, jangan mudah mengalah. Normal jika kita sharing tiada respon tapi kena ingat mungkin ada yang memerhati dan tup-tup order Shaklee tanpa sengaja. Memang kekadang ada perasaan give up tapi tak boleh dilayankan sangat kerana ia merugikan kita je tu. Jangan pernah putus asa dengan rahmat Allah. Allah tak zalim. Dia tidak akan sia-siakan usaha walau bertahun-tahun sekalipun. Di sini SABAR itu penting.

Tips #7: Dekatkan diri dengan Pencipta
💕Yang ni memang penting dan tak boleh lari. Setiap usaha kita ada yang memberi dan Si Pemberi yang Maha Agung adalah Allah. Tidak akan bergerak satu zarah pun tanpa izinNya. Jadi penting untuk kita berkasih dan bercinta dengan yg Maha Memberi. Semua hasil yang kita dapat adalah perkenan dariNya. Buat apa yang Allah suka pasti Dia akan beri apa yang kita mintak.

In Sha Allah dengan mengekalkan 7 tips ini, diharap bisnes yang Cheq Nik usahakan sekarang makin berkembang dan kejayaan akan menanti kita di kemudian hari.


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Nik Azimah Awg. Hamat (ID 894805) - Pengedar Shaklee Wangsa Maju, KL 
FB: Nik Azimah Awg.Hamat 
Pages: Peminatvitamin 
No Tel: 017-3430922 
Email: nik_azimah81@yahoo.com 
COD area: Wangsa Maju, Keramat, Setiawangsa, Sri Rampai, Putrajaya

Wednesday 29 March 2017

Best Sangat ke ESP ni?

Assalamualaikum semua

Hari ni Cheq Nik nak ceritakan mengenai perbezaan antara ESP dengan soya yang lain. Nanti senanglah lepas ni korang nak memilih soya yang mana ye..jangan tersalah pilih nanti merana tau!

Perbezaan yang ketara iaitu cara pemprosesan soya itu sendiri . Macam soya Shaklee dicuci dengan air untuk mengekalkan isoflavine genistin dan daidzin yang kritikal untuk membekalkan kita dengan keseluruhan manfaat soya.Soya bukan tak elok, cara proses tu yg buat dia jadi tak elok. Cer tengok tempe, genius je orang jawa yg amalkan pemakanan tempe. Cer tengok kicap kat rumah kita, ke tak makan kicap? Kicap dibuat dari soya kan? ;) Soya bukan GMO Shaklee menggunakan proses pensijilan tersendiri yang dikenali sebagai Identity Preserved Program (IPP). Program ni memastikan kacang soya Shaklee bebas dari pendedahan perubahan genetik. Dari benih hingga penyimpanannya, komitmen Shaklee sangat tinggi untuk pastikan bahan ramuan adalah semulajadi dan berkualiti tinggi.

Shaklee merupakan syarikat pertama yang mencipta makanan tambahan protein berasaskan kacang soya. Kacang soya terasing yang pertama telah dicipta oleh Dr Shaklee pada 1970-an. Beberapa ujian klinikal dijalankan dan membuktikan betul lah protein soya adalah faktor utama dalam penjagaan kesihatan. Kenapa soya, kenapa bukan ayam atau ikan sebagai sumber protein? Sebab sumber protein dari soya bebas lemak dan bebas kolesterol.

ESP Shaklee merupakan satu-satunya produk dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia juga dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. ESP sangat sesuai untuk semua peringkat umur - tua dan muda. Manakala, kandungan Indeks Glisemik (G.I.) yang rendah iaitu 39, menjadikan ia sangat sesuai juga kepada pengidap kencing manis.

ESP untuk kencing manis

Satu hidangan ESP Shaklee bersamaan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, rendah lemak, tiada kolestrol, tiada uric asid, dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.

Pengalaman bersama ESP? Confirmlah ada

Cheq Nik amalkan ESP ketika melahirkan anak ketiga. Ambil untuk tujuan penyusuan dan Alhamdulillah masih bertahan mengamalkan ESP sehingga ke hari ini walaupun anak dah nak masuk 4 tahun.

Ketika mengamalkan ESP untuk tujuan penyusuan apa yang Cheq Nik dapat rasai ialah:

-  Air susu semakin pekat
-  Kulit makin lembut
-  Baby cepat kenyang
-  Baby lena tanpa perlu berjaga malam
-  Kulit ibu dan anak makin cerah
-  Tumit kaki tak lagi merekah
-  Sembelit pun tak de semasa berpantang
-  Lebih bertenaga walaupun kekadang berjaga malam
-  Badan makin slim (suami yang bagitau)

Banyak lagi la…korang kena cuba tau! Kekadang banyak sangat bonus bila amalkan ESP ni.. tak rugi cuba kerana korang akan jatuh cinta dengannya nanti…
 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Nik Azimah Awg. Hamat (ID 894805) - Pengedar Shaklee Wangsa Maju, KL 
FB: Nik Azimah Awg.Hamat 
Pages: Peminatvitamin 
No Tel: 017-3430922 
Email: nik_azimah81@yahoo.com 
COD area: Wangsa Maju, Keramat, Setiawangsa, Sri Rampai, Putrajaya

Tuesday 28 March 2017

Vitamin untuk Lebih Bertenaga Sepanjang Hari

Penat? Dah sinonim dengan kehidupan kita seharian. Tapi kan kalo dilayan penat tu memang takkan ke mana-mana...

Surirumah pun penat apatah lagi yang bekerjaya. Bukan Cheq Nik tak pernah jadi surrimah tika cuti sabtu ahad...

Untuk atasi masalah penat, Cheq Nik nak kongsikan makanan tambahan yang Cheq Nik amalkan. Manala tau ibu2 di luar sana nak cuba boleh la pesan dengan Cheq Nik..😆😆
vitamin asas untuk bertenaga
1. ESP
Esp ni Cheq Nik jadikan ia sebagai minuman pemberi tenaga segera. Maklumlah kekadang tak sempat nak bersarapan lagipun takut gastrik menyerang. Sebab tu jadikan ia minuman sarapan pagi. Jimat masa dan mudah nak disediakan. Ada shaker dan shake shake je siapp...

2. Vitalea
Ia ni dikenali sebagai multivitamin lengkap. Jika nak ambil makanan yang mencukupkan kadar multivitamin seharian kotnya tak cukup. So elok ambil vitalea sebab kita tahu yang di dalamnya lengkap dengan multivitamin yang diperlukan oleh badan. Yang hb rendah pun boleh ambik vitalea ye. Yang badan terlalu kepenatan tu mohon cuba vitalea ni. In Sha Allah ada beza nanti.

3. B complex
Ianya sebagai vitamin anti-stress. Ia tukarkab glukosa kepada tenaga dan boleh hilangkan sakit2 urat jika terlalu penat bekerja. Ia jga elok utk kulit tau..jangan lupakan si kuning ini jika mahu cantik.😉😉😉

4. Ostematrix
Jika dah penat pasti badan pun akan sakit2 kan? Lenguh2..kebas2....dan inilah pembantu seharian Cheq Nik untuk masalah tersebut. Walaupun minum susu tapi kita tak tahu cukup ke tak kalsium yang perlu kita ambil seharian. Kita memerlukan 1000mg seharian kalsium tau. Nak senang boleh amalkan 4 biji ostematrix sehari. Bulan ni harga best tau!
Itu je yang Cheq Nik amalkan. Mungkin korang pun nak kongsikan apa yang korang amalkan supaya kelihatan cergas dan cerdas sepanjang masa kan?

Dapatkan VITAMIN UNTUK TENAGA di SINI
 
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Nik Azimah Awg. Hamat (ID 894805) - Pengedar Shaklee Wangsa Maju, KL 
FB: Nik Azimah Awg.Hamat 
Pages: Peminatvitamin 
No Tel: 017-3430922 
Email: nik_azimah81@yahoo.com 
COD area: Wangsa Maju, Keramat, Setiawangsa, Sri Rampai, Putrajaya

Monday 27 March 2017

Berusaha Mengubah Nasib Hidup

Allah Subhanahu wa Ta’ala tidak merubah keadaan suatu kaum yang berada dalam kenikmatan dan kesejahteraan, sehingga mereka merubahnya sendiri. Juga tidak merubah suatu kaum yang hina dan rendah, kecuali mereka merubah keadaan mereka sendiri. Yaitu dengan menjalankan sebab-sebab yang dapat mengantarnya kepada kemulian dan kejayaan. Inilah yang dijelaskan Allah dalam firman-Nya:

إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ

“Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan suatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.” [Ar-Ra’d/13:11].


Dalam ayat yang mulia ini terkandung penjelasan, bahawasanya semua perkara di seluruh dunia ini terjadi dengan taqdir dan perintah-Nya. Namun Allah Subhanahu wa Ta’ala telah menjadikan sunnah- sunnah kauniyah dan syari’at dalam merubah nasib suatu kaum. Sehingga umat yang menjalankan sunnah-sunnah kauniyah dan syari’at untuk kejayaan, maka Allah Subhanahu wa Ta’ala merubahnya menjadi jaya. Demikian juga sebaliknya, apabila mereka menjalankan sunnah-sunnah Allah untuk kerendahan dan kehinaan, maka Allah menjadikan mereka hina dan rendah. Hal ini telah terjadi pada umat-umat terdahulu, yang semestinya menjadi pelajaran bagi umat manusia pada zaman sesudahnya.

Di samping mengejar kejayaan jangan dilupakan mengerjakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang. Urusan dunia dan akhirat perlu seimbang untuk mencari keredhaan dariNya.


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Nik Azimah Awg. Hamat (ID 894805) - Pengedar Shaklee Wangsa Maju, KL 
FB: Nik Azimah Awg.Hamat 
Pages: Peminatvitamin 
No Tel: 017-3430922 
Email: nik_azimah81@yahoo.com 
COD area: Wangsa Maju, Keramat, Setiawangsa, Sri Rampai, Putrajaya

Sunday 26 March 2017

Bahagi Masa dengan Bijak

Bijak bahagi masa jika buat kerja lebih dari satu. Nak tahu?
Maksudnya di sini kerja hakiki dan kerja sampingan. Tak jelas?contohnya macam Cheq Nik kerja pejabat dan buat side income jual Shaklee.

Pembahagian masa tu amat penting tambah2 kita perlu fokus keduanya. Untuk tidak abaikan kedua-dua tugasan itu, Cheq Nik perlukan pembantu untuk uruskan semua itu. Nak tahu apakah ia? Jeng jeng jeng

Salah satu cara ialah Cheq Nik gunakan khidmat Buffer. Ianya memang sesuai untuk kita schedulekan post bagi yang tak sempat nak buat sharing. Di tempat kerja bukannya selalu boleh pegang hp kan? Dengan adanya Buffer memang menyenangkan kerja untuk post kat wall. Yang belum guna Buffer boleh cuba ye. Sehari boleh schedule untuk 10 post tau!!

Kepada yang ada pages pun boleh schedule post tau. Yang tu tak kisah bape post sehari nak schedule. Ikt suka hati kita...😊😊

jadualkan iklan


Satu lagi blh guna hootsuite utk schedule ye. Walaupun sibuk tpi post tetap berjalan walau sesibuk mana kita pun. 

Nak seribu daya
Tak nak seribu dalih.

Cheq Nik dah share apa yang digunakan untuk iklan di fb.korang pun blh buat tau..
Selamat mencuba!


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 


Nik Azimah Awg. Hamat (ID 894805) - Pengedar Shaklee Wangsa Maju, KL 
FB: Nik Azimah Awg.Hamat 
Pages: Peminatvitamin 
No Tel: 017-3430922 
Email: nik_azimah81@yahoo.com 
COD area: Wangsa Maju, Keramat, Setiawangsa, Sri Rampai, Putrajaya

Saturday 25 March 2017

Meroyan Ketika Berpantang? Set Berpantang Shaklee Boleh Membantu

Meroyan selepas bersalin? 

Pernah dengar tak? Agak bahaya kalau meroyan semasa dalam pantang ni..

Macam mana nak elakkan meroyan dalam pantang ni? Benda remeh temeh kalo difikirkan secara serius berkemungkinan boleh menyebabkan simptom meroyan.

Apa yang boleh ibu2 lakukan ialah amalkan set postnatal. Sebagaimana yang kita tahu semasa bersalin si ibu banyak kehilangan darah dan banyak urat-urat putus dalam proses melahirkan anak.

Cheq Nik ada cadangan set postnatal untuk ibu2 yang bakal melahirkan anak. Boleh cuba set ini ye

Set ini jugalah yang Cheq Nik amalkan semasa berpantang anak ke 3 pada tahun 2013.

Ini antara yang Cheq Nik ambil :

✔vitalea - penting untuk ibu2 supaya leih bertenaga dan muka tidak pucat kerana kehilangan banyak darah.

✔vitamin c untuk mempercepatkan luka ceapt kering dan sembuh. 

✔b complex untuk elakkan ibu2 stress 

✔zinc complex membantu dalam penyembuhan luka bersalin cepat sembuh. Tapi sekarang ni zinc tak de stok. So ibu2 blh gantikan dengan 2biji vitalea ye. 

✔ostematrix untuk bantu pekatkan air susu dan bantu kurangkan lenguh2, kebas2 dan sakit badan. Utk sembelit pun ok jugak. 

Jika ada budget lebih boleh tambah esp, oemga guard dan alfalfa utk tujuan penyusuan ye.
Pastinya kita mahukan yang terbaik untuk anak-anak kan? Dan tak salah jika kita berbelanja untuk membeli set pantang kan?

Tak de bajet? Meh Cheq Nik cadangkan ikut bajet ibu-ibu

set bersalin shaklee

 
Hubungi Cheq Nik untuk pesanan ye. Jika ada suami yang mahu hadiahkan untuk isteri tersayang pun boleh 😍

Beli SET BERPANTANG di SINI secara ONLINE
 
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Nik Azimah Awg. Hamat (ID 894805) - Pengedar Shaklee Wangsa Maju, KL 
FB: Nik Azimah Awg.Hamat 
Pages: Peminatvitamin 
No Tel: 017-3430922 
Email: nik_azimah81@yahoo.com 
COD area: Wangsa Maju, Keramat, Setiawangsa, Sri Rampai, Putrajaya

Friday 24 March 2017

Pentingkah Ostematrix dan Kenapa?

Ostematrix ni apa?

Ostematrix adalah supplement kalsium dan magnesium.

Sesuailah untuk orang yang tak suka minum susu, atau yang rasa macam tak konfiden je kalsium seharian cukup.

Kalau orang biasa-biasa tak kisah kot.

Tapi kalau macam ibu mengandung, ibu menyusu, warga emas yang selalu sakit lutut, perit juga kalau kurang kalsium.

Oh, ibu berpantang pun, kalsium sangat membantu untuk atasi masalah sakit pinggang rasa nak tercabut pinggang, dan lenguh badan.



Siapa perlu amalkan Ostematrix?

Kalau korang:

1) sedang pregnant, dan selalu lenguh badan dan sakit pinggang

2) sedang pantang, dan ada masalah sembelit teruk, rasa nak tercabut pinggang, lenguh badan

3) sedang breastfeed, dan perasan eh, susu makin drop walaupun dah pam setiap 2 jam

4) ada mak ayah yang selalu mengadu sakit lutut, walaupun dah puas sapu minyak panas dan tuam lutut

5) susah nak tidur malam, walaupun puas count the sheep

6) nak rasa segar bila bangun pagi esok, walaupun terpaksa tidur lewat layan anak main

7) tak suka minum susu, tapi terpaksa minum untuk kesihatan

Maka korang mesti amalkan Ostematrix tau!



pil kalsium

Beli PIL KALSIUM di SINI

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Nik Azimah Awg. Hamat (ID 894805) - Pengedar Shaklee Wangsa Maju, KL 
FB: Nik Azimah Awg.Hamat 
Pages: Peminatvitamin 
No Tel: 017-3430922 
Email: nik_azimah81@yahoo.com 
COD area: Wangsa Maju, Keramat, Setiawangsa, Sri Rampai, Putrajaya

Thursday 23 March 2017

Cara Luaskan Empayar Bisnes

Bagaimanakah Cheq Nik luaskan empayar bisnes? Ada caranya tau

Majoriti Cheq Nik gunakan kaedah online dan offline. Tapi kebanyakannya Cheq Nik lebih cenderung kepada kaedah online.

Antara medium yang Cheq Nik gunakan untuk online ialah fb, instagram, whatapps, wechat dan blog. Untuk kesemua medium ni, ada target harian kekerapan post ke fb terutamanya. Sehari paling minima 10 post akan berlegar di wall fb. Yang friend dengan Cheq Nik boleh terjah wall ye..😉😉😉

Dengan kekerapan sharing akan memudahkan kawan2 untuk tahu apa yang kita niagakan. Mana tau rezeki kita akn dapat order walaupun selama ni tak de orang kisah pun pasal iklan kita. Buat bisnes online ni kena sabar sebab bukan boleh tuai hasil dalam masa yang singkat. Sama juga blog. Ambil masa untuk pembaca memesan produk. Dan jangan salahkan blog jika tidak ramai pengunjung sebab kita jarang update. 

Cheq Nik juga gunakan khidmat buffer untuk schedule post jika tidak sempat nak sharing. Maknanya di sini wall fb memang takkan kosong walaupun kita tak sempat nak update.
Offline pun Cheq Nik buat tapi bukan dengan kerap kerana masa yang terhad. buat offline perlu berani untuk bercakap dan perlu banyak membaca bagi memudahkan kita menjawab apabila ada soalan dari customer. 

Korang ada nak tambah atau kongsi pengalaman korang sendiri dalam meluaskan empayar bisnes? Jom drop kt bahagian komen ye


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Nik Azimah Awg. Hamat (ID 894805) - Pengedar Shaklee Wangsa Maju, KL 
FB: Nik Azimah Awg.Hamat 
Pages: Peminatvitamin 
No Tel: 017-3430922 
Email: nik_azimah81@yahoo.com 
COD area: Wangsa Maju, Keramat, Setiawangsa, Sri Rampai, Putrajaya

Wednesday 22 March 2017

Perjuangan Harus Diteruskan

Rasanya dah tak boleh buat perbandingan antara zaman dahulu dan zaman sekarang terutama dari segi nilai mata wang. Sekarang ni taraf hidup melambung bagaikan tiada tanda nak jatuh...

Tapiiii apa yang boleh kita buat ialah bersabar dan fikirkan apa yang seharusnya dilakukan.
Ramai je di kalangan kita yang mengamalkan bisnes online untuk tambahkan pendapatan. Walaupun kekadang pendapatan sampingan tak setaraf dengan gaji tapi sekurang-kurangnya kita dah ikhtiar bagi mencukupi apa yang kurang kan?

Jika ditanya pada Cheq Nik mana yang lagi utama antara berjimat dan tambah pendapatan, Cheq Nik akan memilih keduanya... tentu ada sebabnya

Jimat? Macam mana nak berjimat untuk barang keperluan? Pasti sukar kan? Apa yang boleh kita lakukan ialah kurangkan pengambilannya dan cari alternatif lain sebagai penggantinya yang mana nilainya lebih murah. Di samping tu amalkan sikap berjimat cermat supaya tidak berlaku pembaziran. In Sha Allah dapat membantu sedikit sebanyak untuk berjimat tanpa pembaziran.

Tambah pendapatan of course perlu tambah-tambah lagi pada zaman ini. Sebenarnya macam-macam yang boleh kita tambah income dan salah satunya ialah berniaga online macam Cheq Nik. Cheq Nik berniaga suplemen Shaklee (bagi yang tak tahu lagi 😊😊).

Ni pengalaman Cheq Nik sendiri ye. dah lama rasanya ingin terlibat dalam bisnes online tapi mengandung anak ketiga baru terbuka hati nak mencuba. Semasa anak pertama dan kedua maybe masa tu tak terasa sangat wang keluar. Tapi bila mengandungkan anak ketiga dah terbayang banyaknya nak guna duit tambah pulak anak sulung dah masuk tadika masa tu...masa mula2 join bisnes online tak de la serius sebab join pn sebab nak dapatkan harga ahli. Pejam celik pejam celik dah masuk tahun ke 4 Cheq Nik berkecimpung dalam bisnes online. Dah banyak wish list yang Cheq Nik dah tercapai.

Alhamdulillah ada je rezeki yang datang walaupun ramai yang bagitau dah ramai ahli Shaklee yang menjual Shaklee. Tapi Cheq Nik yakin dengan rezeki dariNya. Selagi berusaha In Sha Allah kejayaan itu milik kita.

Yang masih tercari-cari nak buat side income boleh hubungi Cheq Nik ye. In Sha Allah Cheq Nik akan bantu untuk yang betul-betul berkehendak mengubah hidup.

pengedar shak shaklee wangsa maju

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Nik Azimah Awg. Hamat (ID 894805) - Pengedar Shaklee Wangsa Maju, KL 
FB: Nik Azimah Awg.Hamat 
Pages: Peminatvitamin 
No Tel: 017-3430922 
Email: nik_azimah81@yahoo.com 
COD area: Wangsa Maju, Keramat, Setiawangsa, Sri Rampai, Putrajaya

Tuesday 21 March 2017

Kenapa Vivix Menjadi Pilihan Untuk Cantik?

Banyak sebenarnya pilihan untuk cantikkan kulit tapi Cheq Nik memilih Vivix.
nak tau kenapa? Baca sampai habis tau 😉

Vivix Mahal Berbaloi
-----------
Sebab ia adalah superantioksidan bertindak memperbaiki DNA supaya menjadi -DNA baik 
- Sel Baik
-Organ Baik
-Sistem Baik

Jadi semua baik dan sihat belaka.InshaAllah dgn izin Allah swt jua
Alhamdulillah

Ia diiktiraf dan membantu ikhtiar sakit-sakit mahal seperti
-Kanser semua jenis 
-Diabetis 
-Sakit Jantung 
-Strok
-Autoimmune i.e SLE, RA,

InshaAllah ikhtiar itu hak kita untuk menjaga nikmat kesihatan kita. Alhamdulillah, Vivix banyak membantu

Anda ada kisah Vivix nak dikongsi?

Silalah cerita di komen moga manfaat buat semua yang ingin ikhtiar Vivix
sebab Vivix Mahal Berbaloi 😊

Dapatkan VIVIX di SINI


set kulit cantik


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Nik Azimah Awg. Hamat (ID 894805) - Pengedar Shaklee Wangsa Maju, KL 
FB: Nik Azimah Awg.Hamat 
Pages: Peminatvitamin 
No Tel: 017-3430922  
Email: nik_azimah81@yahoo.com 
COD area: Wangsa Maju, Keramat, Setiawangsa, Sri Rampai, Putrajaya

Monday 20 March 2017

Pendapatan Sampingan : Side Income

Dulu dan sekarang tidak sama

Zaman sekarang ni jika suami je yang bekerja rasanya hidup tak boleh nak bermewah. Sebabnya semuanya mahal dan taraf hidup pun makin meningkat yang nampak gayanya memang takkan turun-turun.

Apa yang perlu dibuat? Ada caranya. 




bisnes dari rumah


Macam Cheq Nik buat side income. Side income secara tak sengaja. Sebab pada mulanya hanya untuk mencuba produk Shaklee itu sendiri tapi terjebak dalam bisnes pulak. Alhamdulillah sedikit sebanyak menampung apa yang lompang.

Di samping tu kna bijak berbelanja memandangkan kos sara hidup makin tinggi. Seharusnya utamakan keperluan daripada kehendak yang pelbagai. Sediakan list keperluan supaya keperluan tidak terabai.

Nak tahu jugak apa yang korang lakukan untuk hadapi sara hidup yang kian meningkat ni..boleh share kat komen ye


Nak join team Cheq Nik boleh hubungi nombor di bawah ye

 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Nik Azimah Awg. Hamat (ID 894805) - Pengedar Shaklee Wangsa Maju, KL 
FB: Nik Azimah Awg.Hamat 
Pages: Peminatvitamin 
No Tel: 017-3430922 
Email: nik_azimah81@yahoo.com 
COD area: Wangsa Maju, Keramat, Setiawangsa, Sri Rampai, Putrajaya

Sunday 19 March 2017

Kelancaran Rezeki

Kelancaran rezeki? Sebenarnya dalam hidup ini secara tidak langsung kita ada mengamalkan sikap yang boleh memurahkan rezeki. Mungkin kita tak menyedarinya.

Antara amalan murah rezeki ialah :



sifar murahkan rezeki

✔️mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya
Point yang penting untuk mendapatkan keredhaan Allah. Ia membentuk keperibadian kita agar menjadi insan yang berkelakuan elok.

✔️berdoa
Berdoa kepada Allah semoga kita dimurahkan rezeki,dipanjangkan usia,dipermudahkan segala urusan dan mendoakan untuk kesejahteraan yang lain.

✔️bersedekah
Tak kisahla berapa amount yang kita sedekah tapi janji ikhlas dan tidak riak. Dengan bersedekah rezeki akan bertambah. In Sha Allah.

✔️solat dhuha
Soalt dhuha sebagai tanda kesyukuran dan bukannya semata-mata untuk memohon kemurahan rezeki

✔️istighfar
Penting istighfar ni. Supaya kita tidak melakukan perkara yang terlarang dan di luar batasan. Istighfar membantu kita berfikiran lebih waras lagi.




Nik Azimah Awg. Hamat (ID 894805) - Pengedar Shaklee Wangsa Maju, KL 
FB: Nik Azimah Awg.Hamat 
Pages: Peminatvitamin 
No Tel: 017-3430922 
Email: nik_azimah81@yahoo.com 
COD area: Wangsa Maju, Keramat, Setiawangsa, Sri Rampai, Putrajaya

Saturday 18 March 2017

Cara Besarkan Keuntungan

Dalam bisnes semestinya korang nak besarkan lagi keuntungan bisnes kan? Takkan nak jumlah keuntungan yang sama je tiap2 bulan kan? At least ada peningkatan tiap-tiap bulan.

Nak besarkan keuntungan bisnes haruslah bertindak tanpa menunggu walau sesaat. Banyak cara sebenarnya untuk besarkan keuntungan bisnes.

Macam Cheq Nik berniaga Shaklee keuntungan bisnes majoritinya bergantung pada jualan. Kalo banyak jualan maka gemuksla bonusnya. Nak dapatkan jualan yang banyak perlu sharing sekerap yang mungkin. Bukannya 24jam perlu sharing tapi kalo blh buat sharing setiap jam lagi elok. Lagi ramai yang tahu kita ni berniaga apa kan? Dari situla kita dapat sales.

Macam bisnes Shaklee siapa yang rajin maka banyaklah dia dapat. Dan tak de istilah upline dapat bonus banyak jika kita kuat berusaha. Maka setiap bulan kita boleh target berapa RM yang kita nak. Best ke tak?

Selain bisnes online boleh juga buat secara offline. Contoh edarkan flyers dan direct konsult customer yang ada masalah. Itu pun Cheq Nik ada amalkan. 😉😉

Mungkin korang yang berbisnes boleh kongsikan apa yang korang buat untuk besarkan keuntungan bisnes di bahagian komen.

Sharing is caring..



 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Nik Azimah Awg. Hamat (ID 894805) - Pengedar Shaklee Wangsa Maju, KL 
FB: Nik Azimah Awg.Hamat 
Pages: Peminatvitamin 
No Tel: 017-3430922 
Email: nik_azimah81@yahoo.com 
COD area: Wangsa Maju, Keramat, Setiawangsa, Sri Rampai, Putrajaya

Friday 17 March 2017

Vitamin Untuk Kuatkan Sistem Imun

Assalamualaikum

Disebabkan pada  hari ini kita hidup di lingkungan oleh pelbagai ancaman penyakit maka memiliki dan memelihara sistem imun yang sihat & optimum menjadi matlamat utama.

Kesihatan kita dipengaruhi oleh sistem imun / Sistem Kekebalan Tubuh. Sistem Imun adalah sistem pertahanan tubuh terhadap penyakit.

Di Shaklee ada beberapa produk yang dicadangkan untuk imuniti. Antaranya ialah:-
1.  Vitamin C -elok utk selsema,demam,resdung dan kecantikan kulit

2.  Nutriferon - kanak2 kerap demam elok bagi nutriferon untuk kuatkan antibodi

3.  Omega Guard elok untuk yang batuk dan lagi sangat disyorkan yang ada kahak dan bantu cairkan kahak

Di rumah Cheq Nik sendiri memang tak pernah putus stok Vitamin C, omega dan nutriferon. Bukan apa, kan ketiganya penting untuk kuatkan sistem imun. Lagipun anak2 memang suka sesangat nutriferon. Tak demam pun tetap nak makan jugak. Sebab tu Cheq Nik kena standby nutriferon kat rumah.

Alhamdulillah sejak amalkan vitamin untuk sistem imun ni anak- jarang demam. Kalo demam pun tak de la teruk.

Sebenarnya, senarai yang Cheq Nik bagi di atas bukan semaa-mata untuk sistem imun je tau tapi ada juga fungsi yang lain. Nanti rujuk kat poster ye peranan masing2..

biji labu yang best

minyak ikan terbaik

sustained release
 



** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Nik Azimah Awg. Hamat (ID 894805) - Pengedar Shaklee Wangsa Maju, KL 
FB: Nik Azimah Awg.Hamat 
Pages: Peminatvitamin 
No Tel: 017-3430922 
Email: nik_azimah81@yahoo.com 
COD area: Wangsa Maju, Keramat, Setiawangsa, Sri Rampai, Putrajaya

Thursday 16 March 2017

Di mana Ada Kemahuan Di Situ Ada Jalan

Januari ada rakaman saat-saat terindah dalam hidup Cheq Nik..bukan bulan-bulan lain tak indah tapi ini sangat indah sebab Cheq Nik berjaya keluar dari ketakutan dan tak yakin untuk drive sedangkan lesen dah dapat dari tahun 2001 lagi..lama kan Cheq Nik peram lesen..😃😃

Kereta sudah selamat beli Oktober 2016 tapi masa tu biasalah selagi ada yang offer nak pandu memang Cheq Nik dok sebelah je..cuma mata je jeling-jeling manja bila tengok encik suami drive..

Sehinggalah awl bulan 12 encik suami paksa suruh belajar sebab bila anak- sekolah Cheq Nik kena ambik dan hantar dorang. Masa tu memang membuak-buak nak belajar sebab ingatkan anak2...tiap kali belajar ada je encik suami beri tunjuk ajar. Walau kekadang tegas macam cikgu memandu..😀😀

Bermula persekolahan, maka bermulalah rutin p kerja,ambik anak2 kat sekolah rendah,hantar ke sekolah agama, masuk kerja, keluar pejabat trus ambik kat sekolah agama dan balik rumah. Masa seminggu awl persekolahan memang tersangat penat. Tu tak masuk lagi parking senget benget walau dah masuk dlm kotak parking. 

terima kasih memudahkan urusan

Alhamdulillah minggu kedua persekolahan Cheq Nik dah boleh sesuaikan diri dengan keadaan tersebut. Macam2 perasaan bila first time bawa keta tapi tabahkan hati demi anak2..

Cukupla update terkini bulan lepas.. berjaya juga bawa kereta dan mudahkan urusan ke branch dan pos Shaklee untuk customer.

Kesimpulannya, selagi kita NAK In Sha Allah boleh je kita capai apa yang kita mahu..


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Nik Azimah Awg. Hamat (ID 894805) - Pengedar Shaklee Wangsa Maju, KL 
FB: Nik Azimah Awg.Hamat 
Pages: Peminatvitamin 
No Tel: 017-3430922 
Email: nik_azimah81@yahoo.com 
COD area: Wangsa Maju, Keramat, Setiawangsa, Sri Rampai, Putrajaya

Wednesday 15 March 2017

Sakit Batu Karang : Ikhtiar dengan Vivix

Asssalamualaikum

Hari ini Cheq Nik mahu kongsikan tanda-tanda bahawa anda ada penyakit batu karang:

✅sakit di bahagian belakang dan bawah abdomen
✅sakit semasa nak membuang air
✅air kencing berwarna pink, merah atau coklat
✅rasa pening dan nak muntah
✅jadi demam jika sudah berlaku jangkitan kuman
✅kencing dalam jumlah yang sangat sedikit (seperti tak lawas)

batu karang

Ada simpton salah satu di atas? Jangan lupa dapatkan nasihat doktor dan buat pemeriksaan ye.

Salah satu ikhtiar untuk sakkit batu karang ialah dengan amalkan minuman vivix. 


Di sini Cheq Nik sertakan testimoni pesakit batu karang yang mengamalkan vivix untuk masalah batu karang. Semoga pembaca yang baca pasal ini, boleh suggestkan kepada saudara mara yang hadapi masalah batu karang.

vivix untuk sakit batu karang


vivix untuk sakit batu karang


vivix untuk sakit batu karang
 

Dapatkan UBAT UNTUK SAKIT BATU KARANG di SINI

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Nik Azimah Awg. Hamat (ID 894805) - Pengedar Shaklee Wangsa Maju, KL 
FB: Nik Azimah Awg Hamat
Pages: Peminatvitamin 
No Tel: 017-3430922 
Email: nik_azimah81@yahoo.com 
COD area: Wangsa Maju, Keramat, Setiawangsa, Sri Rampai, Putrajaya