Assalamualaikum…
Dah lama betul saya tak update blog ni. Agak sibuk dengan business Shaklee sekarang
ni. Alhamdulillah, business semakin berkembang. Harapnya saya dapat
merealisasikan impian saya untuk buat full time business.
Hari ni saja nak share sebuah entry yang saya rasa agak menarik iaitu mengenai susu ibu.
Sebagai ibu bapa, kita mempunyai cara masing-masing untuk membesarkan
anak, dan pilihan di tangan kita untuk memberikan yang terbaik untuk
anak. Tak semestinya jika anda tidak memberikan bayi anda yang berumur
12 bulan ke bawah makan telur atau madu, contohnya, maka anda perlu
memandang rendah atau mengherdik ibu bapa lain yang memberikan telur
atau madu kepada bayi mereka. Begitu juga sebaliknya.
Tiada yang betul atau salah dalam membesarkan mereka. Setiap ibu bapa pasti tahu apa yang terbaik untuk anak mereka.
Bila bercakap tentang pembesaran anak, kita tidak lari dari topik
nutrisi untuk anak-anak. Namun, perkara asas kepada nutrisi anak-anak
pastinya makanan awal mereka sejak bayi iaitu SUSU. Dan, untuk susu pula, ibu bapa juga mempunyai pilihan sama ada untuk menyusukan bayi dengan susu ibu, mahupun susu formula.
Mari kita lihat perbandingan ringkas Kebaikan Susu Ibu berbanding Kebaikan Susu Formula.
Kebaikan Susu Ibu:
(1) Makanan awal terbaik!
(2) Sistem imun yang lebih kuat; perlindungan daripada jangkitan, alergi, asma, kencing manis, obesiti dan lain-lain penyakit.
(3) Bayi yang lebih cerdik!
(4) Lebih mudah untuk di hadamkan.
(5) Ianya PERCUMA!
(6) Mudah – Sentiasa tersedia segar pada suhu yang bertepatan.
(7) Rasa susu ibu berubah mengikut apa yang si ibu makan. Jadi, bantu
memperkenalkan pelbagai rasa makanan kepada bayi (melalui susu).
(8) Kepekatan susu ibu juga berubah mengikut cuaca dan suhu sekeliling.
Waktu tengahari yang apanas misalnya, susu ibu akan lebih cair agar bayi
dapat hilangkan dahaganya terlebih dahulu sebelum mendapat susu akhir
yang lebih pekat dan mengenyangkan. Pada waktu malam dan awal pagi yang
sejuk misalnya, susu ibu akan lebih pekat berkrim untuk berikan lebih
tenaga dan lemak yang bersesuaian untuk bayi.
(9) Menguatkan ikatan emosi di antara si ibu & anak.
(10) Kebaikan untuk IBU – membina keyakinan, membakar kalori, bantu
mengecutkan uterus, serta mengurangkan risiko terhadap kanser payudara,
uterus & ovari.
Kebaikan Susu Formula:
(1) Mudah – Sesiapa sahaja boleh berikan susu kepada bayi, tak
semestinya ibu sahaja. Tak perlu kosongkan/ pam payudara pada waktu
tertentu. Tak perlu cari ruang privasi untuk memberi susu.
(2) Kurang frekuensi penyusuan kerana penghadaman susu yang perlahan. Bayi akan tidur lebih lama.
(3) Ibu tak perlu risau untuk kawal pemakanan sendiri – boleh makan apa
jua, atau tak makan langsusng (diet) kerana tak perlu risau tentang
penghasilan susu badan.
Walaupun kebaikan Susu Ibu kelihatan lebih banyak berbanding Susu
Formula, penyusuan susu ibu ini tidaklah semudah A-B-C, ya (namun,
tidaklah menyusahkan sehingga memudaratkan si ibu). Anda silap jika anda
rasa tak perlu baca apa-apa, dan apabila tiba masanya nanti (bila bayi
dah lahir), secara semulajadi anda akan pandai menyusu bayi/ susu akan
banyak melimpah ruah! Emm, fitrah semulajadi?
Jadi, mari kita lihat apa pula Cabaran Susu Badan berbanding Susu Formula.
Cabaran Menyusu Badan:
(1) Sakit di payudara pada peringkat awal kerana masih tidak pandai
untuk menyusukan (latch-on pain). Namun, masalah ini boleh di atasi
dengan mendapatkan pertolongan daripada yang pakar. Banyakkan pembacaan,
tingkatkan pengetahuan.
(2) Lebih frekuensi penyusuan kerana susu ibu sangat mudah di hadam.
Anda akan dapati bayi anda tidur tidak lama seperti bayi yang minum susu
formula.
(3) Lebih komitmen buat si ibu – perlu kerap menyusu/ pam payudara untuk
buat stok susu perahan. Namun, akan menjadi lebih mudah dengan praktis
yang berterusan & pengurusan masa yang efektif.
(4) Ibu perlu hadkan pengambilan kafein.
(5) Kondisi kesihatan/ perubatan si ibu.
Cabaran Memberi Susu Formula:
(1) Perlu cari susu formula yang benar-benar serasi dengan bayi.
(2) Keselamatan produk tersebut.
(3) Susu formula yang berjenama agak mahal, terutama susu untuk bayi dari 1 hari ke 6 bulan. Ada yang 1kg = RM100!
(4) Kurang antibodi.
(5) Kesesuaian dengan keperluan bayi seiring dengan pembesaran bayi.
Perlu tukar jenis-jenis susu apabila bayi telah capai umur tertentu.
(6) Kebarangkalian untuk kolik dan sembelit adalah lebih tinggi.
Sekarang anda dah tahu kebaikan di antara Susu Ibu dan Susu Formula,
serta cabaran masing-masing, mungkin anda boleh jadikan panduan ini
untuk membuat keputusan dalam memilih makanan awal yang mana untuk anak
anda, bergantung kepada tahap keselesaan dan cara hidup anda.
Jika anda tanya pada kami, sudah pasti kami 100% galakkan anda untuk
menyusukan bayi anda – 6 bulan pertama dengan susu ibu sahaja, dan
diteruskan penyusuan susu ibu beserta makanan pejal sehingga bayi anda
berusia 2 tahun.
Saya SID yang berdaftar 894805, ingin berkongsi segala kebaikan suplemen Shaklee untuk semua...sesungguhnya tiada nilai yang termahal melainkan kesihatan yang terbaik
Thursday, 15 August 2013
GLA Complex
Sempena promosi bulan Julai 2013, meh kita berbicara serba sedikit mengenai GLA Complex...
Terlalu banyak testimonial mengenai GLA terutamanya berjaya hamil dengan pengambilan GLA Complex...GLA Complex ni mmg BFF dengan kaum2 hawa khasnya...
Jom kita tengok fungsi GLA Complex:
Terlalu banyak testimonial mengenai GLA terutamanya berjaya hamil dengan pengambilan GLA Complex...GLA Complex ni mmg BFF dengan kaum2 hawa khasnya...
Jom kita tengok fungsi GLA Complex:
- Meningkatkan kesuburan wanita
- Menjadikan kulit
lebih sihat dan berseri-seri
- Membantu menangani ekzema
- Membaiki sel rosak,
- Membina sel baru,
- melembabkan kulit
- Mencegah asma
- Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
- Membantu meningkatkan kesuburan (bagus utk mereka yg ingin cuba
hamil)
- Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
- Membantu dalam menangani menopous
- Menguatkan kuku
dan rambut
- Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
- Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
- Menguatkan imuniti tubuh
- Memperlahankan proses penuaan
- Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
- Mengawal kencing
manis dan darah tinggi
- Mengawal kolesterol
- Untuk fungsi
saraf
- Membantu membaiki simptom berkaitan masalah kencing manis seperti peningkatan sensitiviti terhadap kesakitan dan menghilangkan kebas pada bahagian bawah badan. Kajian membuktikan pengambilan 480mg setiap hari GLA boleh mencegah dan mengurangkan masalah kencing manis dengan membaiki kadar insulin dan kolesterol
Selain itu GLA adalah vitamin terbaik untuk pesakit-pesakit
berikut:
- Kencing Manis - Pesakit
kencing manis tidak boleh menukar GLA dari asid linoleic. Suplemen GLA
memperbaiki fungsi saraf dan boleh mencegah penyakit saraf kencing manis
- Arthritis -
GLA boleh menghilangkan sakit sendi, bengkak dan kekejangan pada waktu
pagi. Kajian menunjukkan bahawa menggunakan GLA dan EPA (asid lemak
omega-3 daripada ikan dan minyak ikan) bersama-sama akan membantu untuk
arthirtis reumatoid
- Payudara fibrocystic
- Osteoporosis -
kekurangan asid lemak perlu (termasuk GLA dan EPA, asid lemak omega-3) boleh
menyebabkan osteoporosis. Kajian telah menunjukkan bahawa tambahan GLA dan
EPA bersama-sama membantu mengekalkan atau meningkatkan jisim tulang. Asid
lemak juga boleh meningkatkan penyerapan kalsium, meningkatkan deposit
kalsium dalam tulang, mengurangkan kehilangan kalsium dalam air kencing,
meningkatkan kekuatan tulang dan meningkatkan pertumbuhan tulang semua
yang boleh menyumbang kepada jisim tulang yang lebih baik.
- PMS -
Sesetangah wanita mendapati gejal-gejala PMS mereka menjadi lega apabila
menggunakan GLA. Gejala ini seperti sakit payudara dan perasaan kemurungan
serta kerengsaan dan pembengkakan rahin.
- Alahan - Orang
yang terdedah kepada alahan mungkin memerlukan lebih banyak EFA dan sering
menghadapi kesukaran menukar LA kepada GLA. Malah, wanita dan bayi yang
terdedah kepada alahan kelihatan mempunyai tahap yang lebih rendah GLA di
dalam susu ibu dan darah.
- Attention Deficit /
Hyperactivity Disorder (ADHD)
- Ketagihan alkohol - GLA
boleh membantu mengurangkan keinginan untuk meminum arak dan mencegah
kerosakan hati.
- Kanser
- Tekanan darah tinggi dan
penyakit jantung -
Kajian menunjukkan bahawa GLA, samada bersendirian atau dalam gabungan
dengan dua omega-3 asid lemak penting, EPA dan DHA kedua-dua ditemuidalam
ikan dan minyak ikan, boleh merendahkan tekanan darah dan hipertensi.
Bersama dengan EPA dan DHA, GLA membantu untuk mencegah perkembangan
penyakit jantung.
- Ulser
Inilah rupa GLA Complex tuuuu.........kita berkenalan dulu barula boleh jatuh cinta.....:)
Untuk membuat pesanan:
sms/whatapps : 017-343 0922
sms/whatapps : 017-343 0922