Saturday, 25 October 2014

Kenapa Kita Memerlukan Makanan Tambahan?

Entri kali ini mengupas isu berkenaan kenapa kita perlukan makanan tambahan atau suplemen.
 
Di antara sebab yang menyebabkan kita perlu mengambil makanan tambahan adalah seperti berikut:-
 
1. Badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tiggi berbanding apa yang boleh diperolehi daripada makanan. Contohnya seperti Vita E dan Vita C yang diperolehi daripada pemakanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan penyakit dan anti-penuaan.
 
2. Buah-buahan dan sayuran yang ditanam di atas tanah yang tidak subur mengandungi vitamin dan bahan galian yang kurang berbanding dengan buah-buahan dan sayur-sayuran yang tumbuh di tanah yang subur dan kaya dengan zat makanan. Di samping itu, racun perosak, racun serangga, racun tumbuh-tumbuhan dan bahan pencemar yang lain juga akan mempengaruhi kualiti buah-buahan dan sayur-sayuran.
 
3. Zat-zat makanan akan hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan. Vitamin-vitamin tertentu seperti Vita-C dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba semasa dimasak. Buah-buahan seperti epal mulai hilang kandungan Vita-C sebaik sahaja ia dipetik. Biasanya buah-buahan yang sampai kepada kita selepas berbulan-bulan ia dipetik.

4. Pengambilan minuman keras, merokok, ubat-ubatan, laksatif dan antibiotik megganggu penyerapan zat makanan. Pengamalan diet yang tinggi kafein, lemak, kolestrol, gula dan garam mengurangkan simpanan zat makanan di dalam tubuh.

5. Umumnya, rakyat Malaysia memakan mengikut rasa dan bukan atas asas pemakanan. Contohnya, kita makan nasi lemak sebagai sarapan pagi dan roti canai semasa minum petang. Kita sentiasa makan oleh kerana kita lapar ataupun kita bosan atau demi memenuhi ketagihan atau kepuasan terhadap sesetengah makanan. Jarang sekali kita makan disebabkan kita perlukan nutrien makanan tertentu. Kita nampak trend di sini adalah orang makan disebabkan oleh rasa bukan kerana nutrien.

6. Trend masa kini juga dengan kehidupan yang sibuk, jarang sekali kita masak dan makan dirumah. Masyarakat lebih gemar makan makanan segera yang rendah nilai nutrien tapi sebaliknya tinggi kandungan monosodium glutamate (MSG).

7. Bagi yang bekerja, makan tengahari selalunya di luar dan malam memasak seringkas mungkin, maka pengambilan makanan seimbang tidak dititikberatkan.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Rakan Shaklee Anda
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805)
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com
♥ FB Page: Peminatvitamin
♥ FB : Nik Azimah Awg Hama

Friday, 24 October 2014

Mealshake Shaklee - Terbaik untuk Anda dan Anak Anda

Siapa di sini yang anak2 kurang selera bila bab makan nasi. Silap2 kena berkejar satu rumah pula semata2 nak habiskan sepinggan nasi. Sebagai ibubapa, kita memang mengharapkan anak2 sentiasa selera makan supaya membesar dengan sihat.

Bila anak2 mula tunjukkan kurang minat terhadap makanan, kita mula risau, apa yang perlu kita buat? Jangan risau ibubapa, in sha Allah, Meal Shake Shaklee dapat membantu.

mealshake terbaik untuk anda dan anak anda

Apakah Meal Shakes Shaklee?
Meal Shake Shaklee adalah makanan tambahan segera yang rendah lemak dan rendah glycemic (kandungan glukosa). Rasanya juga enak dan saya yakin anak2 pasti suka. Diperbuat dari soya yang mengandungi 19 vitamin dan juga mineral tambahan yang mana diperlukan oleh anak2 untuk membesar dengan kuat dan sihat.

Seperti produk2 Shaklee yang lain, Meal Shake Shaklee juga TIDAK ADA pewarna tiruan, perasa tiruan dan pemanis tiruan.

15 Kebaikan mealshake untuk kanak-kanak yang ibu patut tahu adalah:
  1. Kurangkan Ekzema
  2. Untuk Tumbesaran
  3. Untuk Perkembangan Minda
  4. Untuk Tingkatkan Selera Makan anak
  5. Untuk Anak yang dah berhenti susu ibu
  6. Untuk Anak kekal aktif
  7. Sebagai perlindungan jangkitan penyakit kepada anak-anak
  8. Meningkatkan berat badan anak
  9. Membantu anak fokus
  10. Membantu kurangkan kekerapan asthma
  11. Mengatasi masalah sembelit pada anak
  12. Supplement yang sesuai untuk anak yang menghadapi masalah diabetes tahap 1
  13. Membantu menurunkan berat badan anak yang obesiti
  14. Ambil semasa sarapan meningkatkan kecergasan seawal pagi
  15. Supplement yang sangat mudah disediakan, boleh dicampurkan ke dalam bijirin atau susu
Berapa harga Mealshake Shaklee ni?.. Rm 113 je untuk satu tin mealshake seberat 455gm.. Mahal sangat ke?.

Mana nak?..Laburkan duit tiap-tiap bulan kat klinik..Tengok anak nangis-nangis makan ubat setiap kali. Lepas makan ubat lembik tidur je sepanjang hari. Sebab ubat tu ada dadah jadi anak  tidur disebabkan dadah..kesian tauuuu.

Bayangkan pulak tetiap bulan jatuh sakit. Macamana berat badan anak nak naik kan?. Selera makan pun terbantut je. 
Tambah pulak anak-anak kita ni tengah seronok bermain sesuka hati diorang jadi mereka tak peduli sangat soal kebersihan. Tak sedar tangan kotor termasuk dalam mulut, tak basuh tangan. Kesat-kesat je kat baju. Anak-anak kita tak kisah pun kawan-kawan dia tengah selesema, batuk kung-kung bunyinye..elok je diorang main sama-sama. Tau-tau lepas dua hari  dah demam berjangkit dengan kawan. Mak bapak pun terpaksa ambil cuti jaga anak. Kan best kalau cuti tu kita dapat jimatkan bawak anak pegi bercuti, buat aktiviti bersama dengan anak-anak. Anak-anak pun seronok, kurang stress, dan tak bosan.
 
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Rakan Shaklee Anda 
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805) 
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922 
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com 
♥ FB Page: Peminatvitamin 
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat

Thursday, 23 October 2014

Pemakanan selepas bersalin

Penjagaan pemakanan adalah salah satu elemen yang sangat penting semasa tempoh wanita berpantang selepas bersalin. Ini adalah untuk memastikan si ibu mendapat zat makanan yang secukupnya untuk pemulihan, di samping untuk mengelakkan makanan yang boleh memberi mudarat seperti makanan berunsur sejuk yang boleh menimbulkan simptom angina dalam badan, atau makanan yang berunsur gatal atau tajam.

Kalau dilihat dalam masyarakat Melayu dahulu, si ibu hanya dibenarkan untuk menjamah nasi berlaukkan ikan kering, ikan bakar berkunyit atau ikan bilis dengan lada hitam sahaja. Air pun tidak boleh diminum banyak, hanya dua ruas jari sahaja setiap kali minum. Ini bukan sahaja sekadar tidak membantu mempercepatkan pemulihan si ibu, bahkan boleh menyebabkan masalah kesihatan kepadanya seperti masalah tekanan darah rendah atau masalah kepada buah pinggang.

Amalan diet sebegini juga berpotensi memberi masalah kepada ibu yang menyusukan anak, terutamanya yang mengamalkan penyusuan yang eksklusif. Tumbesaran bayi memerlukan zat yang banyak terutamanya dalam bentuk protein, kalsium dan vitamin B complex. Bagaimana zat-zat ini hendak ada dalam susu ibu sekiranya si ibu hanya memakan ikan kering dengan nasi? Amalan diet ini juga boleh menyebabkan masalah kekurangan susu dan susu cepat habis.

Itulah sebabnya amalan berpantang tradisional dilihat banyak bertentangan dengan amalan perubatan moden yang lebih toleran dalam bab diet selepas bersalin.

Oleh itu, apa yang patut dimakan semasa berpantang?
1.Seperti yang saya ada nyatakan di atas, si ibu memerlukan zat yang mencukupi dalam pemakanan. Makanan yang kaya dengan protein adalah sangat diperlukan seperti daging, sesetengah jenis ikan dan ayam (bergantung kepada sesetengah amalan keluarga. Ada sesetengah menolak sepenuhnya ayam dari diet, ada sesetengah yang memilih ayam hitam atau ayam kampung sahaja).

2.Ikan kategori yang boleh dimakan pula ikan tenggiri, bawal, salmon, haruan, siakap, ikan merah, kerisi, kurau, kerapu, senangin, jenahak dan ikan bilis. Sayur-sayur yang boleh dimakan pula adalah dari kategori yang tidak sejuk dan yang boleh menggalakkan pengeluaran susu untuk bayi seperti sayur sawi, lobak putih, bok choy, lobak merah dan bawang merah. Ini juga termasuk ulam-ulaman seperti pegaga, pucuk mengkudu, ulam raja, daun sekentut, daun cemumar, daun pudina dan daun kari.

3.Buah-buahan pula yang boleh dimakan adalah buah tamar/kurma (sangat elok untuk dimakan dari waktu mengandung sehingga selepas bersalin), epal dan pear.

Sementara itu, makanan yang perlu dielakkan semasa berpantang adalah:
1.Makanan laut seperti udang, sotong, kerang, ketam dan sesetengah ikan yang bersifat gatal seperti ikan duri, tongkol, sembilang dan ikan pari.

2.Sayur-sayur yang menjalar dan bersifat angin seperti kangkung, taugeh, pucuk ubi, labu, timun, keladi, pucuk paku, kacang panjang, petola, terung, petai dan jering.

3.Buah-buahan yang bersifat sejuk atau tajam seperti kelapa muda, mangga, durian belanda, nenas, jambu, belimbing, cempedak, nangka dan sebagainya.

Pemakanan semasa berpantang ini juga elok disandarkan kepada sunnah Nabi saw, di mana makan apabila lapar, dan berhenti sebelum kenyang. Kelaparan tidak elok berlaku semasa berpantang kerana berisiko untuk masuk angin. Tambahan pula rasa lapar juga adalah satu cara saraf memberikan signal bahawa si ibu sedang memerlukan nutrien untuk badannya. Sementara makan hingga terlalu kenyang pula seperti yang kita ketahui turut boleh membawa mudarat kepada si tuan badan. Amalan sunnah ini elok diamalkan tidak kira dalam keadaan berpantang atau tidak.

Pengambilan air semasa berpantang juga perlu dikawal dan dijaga. Tidak boleh terlalu banyak meminum air kerana boleh mengembangkan urat-urat badan, pada masa yang sama tidak boleh terlalu kurang. Pastikan air diminum sekadar secukupnya.

Walau bagaimana pun, amalan petua ini hanya sesuai digunapakai untuk wanita yang bersalin normal. Untuk yang melahirkan anak melalui kaedah caesarean, mungkin memerlukan amalan diet yang lebih teliti.

P/s: Petua-petua yang dinyatakan di atas hanyalah panduan atau nasihat yang tidak ada kaitan dengan kaedah atau amalan perubatan. Petua dan nasihat ini juga mungkin tidak sama seperti yang diamalkan oleh sesetengah komuniti Melayu itu sendiri berdasarkan perbezaan budaya dan amalan tradisional

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Rakan Shaklee Anda 
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805) 
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922 
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com 
♥ FB Page: Peminatvitamin 
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat

Apa itu SELENIUM?


Selenium ialah komponen dalam sejenis enzim yang dipanggil glutathion peroxidase. Enzim ini wujud dalam cecair di dalam dan sekeliling sel dalam tubuh kita. Tugasnya adalah menjaga sel dari dirosakkan oleh oksigen tak lengkap (radikal bebas) yang boleh menjadi punca kanser.

Selenium bekerja bersama-sama dengan  dengan vitamin E yang terletak di dalam selaput sel untuk mempertahankan sel dan tisu badan kita daripada dimusnahkan.


Selenium tidak boleh diambil melebihi 100mcg sehari kerana ia boleh menjadi toksin dalam tubuh. Selenium boleh diambil secara semulajdi dengan memakan makanan laut, organ lembu dan bijiran penuh. Namnun masalah tanah pertaniah yang mengalami masalah kekurangan nutrisi (dalam tanah) menyebabkan kandungan selenium dalam tumbuhan adalah berbeza. Manakala buah-buahan dan sayuran mengandungi sedikit sahaja selenium.

 KESAN KEKURANGAN SELENIUM  
Bayi premature dan orang dewasa yang menerima makanan parenteral total tanpa tambahan selenium, memiliki resiko terjadinya kerusakan jantung dan otot yang disebabkan oleh kekurangan selenium. Gejala-gejala yang timbul akibat kekurangan selenium, merupakan suatu hal yang jarang terjadi, bisa dijelaskan dengan berkurangnya antioksidan dalam jantung, hati dan otot, yang mengakibatkan kematian jaringan dan kegagalan organ. Penyembuhan total bisa dicapai dengan pemberian selenium. 

KESAN KELEBIHAN SELENIUM
Kelebihan Selenium dapat menimbulkan efek yang sangat berbahaya, yang bisa diakibatkan karena mengkonsumsi tambahan selenium yang tidak diresepkan oleh dokter sebanyak 5-50 miligram/hari.
Gejalanya terdiri dari: - mual dan muntah - rambut dan kuku rontok - ruam di kulit - kerosakan saraf

Jadi, apa tunggu lagi...dah nampak kan kepentingan vitamin E shaklee yang mengandungi selenium di dalamnya......kesihatan yang baik adalah nikmat yang tidak terhingga....jom dapatkan vitamin E shaklee segera dan jadikan amalan anda setiap masa...

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Rakan Shaklee Anda 
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805) 
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922 
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com 
♥ FB Page: Peminatvitamin 
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat

Khasiat di sebalik warna Buah dan Sayuran Hijau

Tiap-tiap hari wajib makan sayur. Jika tiada sayur dalam menu harian terasa janggalnya. Ini kerana sayur-sayuran dan buah-buahan menjadi sebahagian daripada makanan yang diperlukan tubuh setiap hari. Buah dan sayuran sangat penting bagi kesihatan kita kerana kedua-duanya adalah makanan dari sumber alam yang kaya dengan nutrien.

Untuk memaksimumkan pengambilan pelbagai khasiat dalam makanan, ada baiknya kita mengetahui manfaat buah-buahan dan sayur-sayuran dengan warna masing-masing.

1.Warna Hijau Warna hijau pada buah dan sayur adalah warna berasal dari klorofil, menandakan kandungan sulfarophane, isothiocyanate dan indoles. Ketiga-tiga zat ini berfungsi untuk merangsang komponen pemecah unsur kimia penyebab kanser.

Kandungan serat, lutein, zeaxanthin, kalsium, folat, vitamin C, kalsium, dan beta-karoten pada sayur berwarna hijau juga membantu menurunkan tekanan darah dan kadar kolesterol LDL, menormalkan waktu pencernaan, mendukung kesihatan retina dan penglihatan, melawan radikal bebas berbahaya, hingga meningkatkan aktivitas sistem kekebalan tubuh.
Banyak sekali buah-buahan dan sayuran yang berwarna hijau. Antaranya sawi,kacang panjang, kacang pis,kacang botol,kangkung, timun batang, epal hijau dll.

2.Warna Merah
Buah dan sayur berwarna merah menandakan kandungan zat seperti likopen, asam ellagic, quercetin, dan hesperidin. Nutrisi ini mengurangkan risiko kanser prostat pada lelaki, menurunkan tekanan darah, mengawal pertumbuhan tumor dan kadar kolesterol LDL, serta menghalang radikal bebas berbahaya. 


Contoh buah dan sayuran berwarna merah ialah tembikai merah, tomato, bayam merah, cili, jambu air dll.

3.Warna Kuning dan Oren
Warna kuning dan oren pada sayuran dan buah-buahan menandakan kandungan beta-karoten, zeaxanthin, flavonoid, lycopene, kalium, dan banyak vitamin C. Seluruh kandungan tersebut berfungsi melindungi sel tubuh. Selain itu, kandungan potassium pada buah dan sayur berwarna kuning juga baik untuk menurunkan tekanan darah tinggi, mengurangi pembentukan plak di arteri serta berfungsi sebagai pencuci perut.
Contoh; karet, tembikai kuning, limau, tomato.

4.Warna Putih
Makanan berwarna putih sangat bagus untuk tubuh kerana mengandungi banyak flavonoid yang dapat membantu kesihatan membran sel. Nutrisi seperti beta-glukan, EGCG, SDG, dan lignan juga meningkatkan kekebalan tubuh, menurunkan risiko usus besar, payudara, dan kanser prostat, menjaga tingkat keseimbangan hormon dan mengurankan risiko kanser.
Contoh; karet putih, kentang, sengkuang

5.Warna Biru dan Ungu
Sayur dan buah yang berwarna biru-ungu mengandungi magnesium yang diperlukan untuk melancarkan fungsi pencernaan dengan menurunkan kadar kolesterol dan asid hempedu di dalam usus lalu menghantarnya keluar dari tubuh. Selain itu, terung juga mengandungi pectin penurun kolesterol dalam jumlah cukup banyak.

Nutrisi lutein, zeaxanthin, resveratrol, vitamin C, serat, flavonoid, asam ellagic, dan quercetin juga mendukung kesihatan retina, menjaga level rendah kolesterol LDL, meningkatkan sistem kekebalan tubuh, meningkatkan penyerapan kalsium dan mineral lainnya, melawan peradangan dan juga mengurangkan pertumbuhan tumor.
Contoh; blueberry, anggur 

Semoga tips ini dapat membantu sediit sebanyak anda semua dalam membuat pemilihan sayuran dan buahan.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Rakan Shaklee Anda 
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805) 
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922 
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com 
♥ FB Page: Peminatvitamin 
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat

Wednesday, 22 October 2014

Set Kulit Cantik

Bercerita perihal kecantikan kulit muka, mesti ramai wanita tertarik kan? Yelah..mana ada wanita yang tak impikan kulit muka cantik, berseri, bersih, gebu kan?Setiap hari, bukan sahaja wanita..lelaki pun sama juga. Mesti ada yang belek muka di cermin. Wanita pula, boleh di katakan rata-rata ada cermin muka di setiap meja kerja. Semakin meningkat usia, semakin banyak sel-sel kulit kita yang mati. Kalau kita tidak amalkan gaya pemakanan sihat serta tidak amalkan penjagaan kulit muka dengan baik, pasti sel kulit yang baru nak tumbuh terbantut serta tumbuhnya sel baru itu tidak berkualiti. Akibatnya..kulit muka nampak kusam. Jerawat penuh satu muka. Muka mudah berminyak. Parut lama di muka tidak pudar malah bertambah pula parut yang baru.

set kulit cantik

Set kulit cantik Shaklee terdiri drpd :

1. B complex (120 biji)
-Sebagai pelembap
-Mencegah pigmentasi
-Melambatkan tanda penuaan
-Mengubati jerawat


2. Vitamin C Sustained Release (180 biji)
-Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya
-Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit
-Mencerahkan kulit

3. Vitamin E (120 biji)
-Menjaga kesegaran dan keremajaan kulit
-Melindungi kulit dari sinar ultra-ungu
-Menjaga kelembapan kulit
-Menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel
-Bagus untuk kurangkan jerawat dan cerahkan kulit.


GabunganVitamin E + B Complex + Vitamin C membuahkan hasil yang positif di mana:-

-Mengurangkan kedutan dan pembentukan garis-garis halus
-Mencegah penuaan
-Menjadikan kulit lebih kenyal
-Mencerahkan kulit
-Menjaga kulit dari sinaran UV
-Mengurangkan parut jerawat
-Menjadikan wajah bersinar dan bermaya
-Menjadikan kulit wajah lebih cerah dan kemerahan
-Menjadikan wajah lebih berseri

 

ADD ON:
4. ESP 850g

- Untuk kesan yang lebih cantik dan juga untuk masalah kulit tertentu, kita juga boleh mengambil ESP. 
-Baik untuk awet muda, membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit dan lain-lain. 
-Ia merangsang pembentukan semula kulit dan otot serta kurangkan kedutan, kembalikan seri wajah dan kurangkan atau pudarkan kesan parut.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Rakan Shaklee Anda 
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805) 
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922 
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com 
♥ FB Page: Peminatvitamin 
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat

Tuesday, 21 October 2014

Kesan Kekurangan Air dalam Badan

Saya ada soalan untuk anda...Berapakah jumlah air kosong yang anda minum hari ini?? Pernahkah anda sukat jumlah air yang anda minum setiap hari?? saya pasti tak ramai yang sukat jumlah air yang diminumnya..betul x??
Meh kita baca kesan kekurangan air dalam badan di mana ada kajian menunjukkan kehilangan 2% cecair badan boleh menyebabkan:-

 1. Lemah daya ingatan (ingatan jangka pendek) 

2. Sukar membuat kiraan, walaupun yang mudah

3. Sukar memberi tumpuan terhadap perkara yang dilakukan terutamanya pada skrin komputer atau bahan bacaan bercetak. 


4. Tekanan darah menurun. 


5. Jumlah oksigen yang sampai ke otak berkurangan menyebabkan mudah rasa mengantuk. 


6. Lesu pada waktu siang. 


7. Sakit belakang. 


8. Dehidrasi. 


9. Sakit kepala. 


10. Memperlahankan kadar metabolisma badan.


11. Meningkatkan risiko kanser usus, kanser pundi kencing dan kanser payudara. 


12. Sendi dan otot mengalami kekeringan cecair. 


13. Menyukarkan penyingkiran bahan toksik. 


14. Meningkatkan keinginan untuk makan. 


15. Darah menjadi lebih pekat .


16. Mudah keliru. 


17. Degupan jantung semakin meningkat. 


18. Menjejaskan tindak balas kimia dalam badan.


19. Tubuh akan mengalami dehidrasi. Dehidrasi ini menyebabkan cairan di otak akan menurun, pengangkutan oksigen yang seharusnya mengalir ke otak pun berkurang. Akibatnya, sel-sel otak menjadi tidak aktif dan berkembang.


20. Gangguan fungsi kognitif (kepandaian) otak. Jika kita kekurangan air putih, otak tidak mampu menjalankan fungsi normalnya lagi, terutama fungsi kognitif yang akhirnya membuat kita menjadi senang lupa dan kurang konsentrasi.


21. Mengganggu fungsi ginjal. Ini kerana air sangat penting untuk mencegah penyakit batu karang. Dengan cukupnya air dalam badan, maka komponen pembentukan batu karang menjadi lebih mudah luruh bersama air kencing. 


22. Pelbagai gejala ringan dan berat akan timbul. Kekurangan air yang dialami oleh tubuh akan menyebabkan gejala ringan dan sedang seperti lelah, haus, batuk kering, badan panas, sakit kepala, air kencing pekat, denyut nadi cepat, hingga gejala berat seperti halusinasi dan kematian. 


23. Mudah terkena infeksi kerana bakteria tidak mampu keluar akibat kurang minum, kita akan mengalami infeksi. Gejalanya seperti suhu badan yang sedikit meningkat, rasa ngilu terutamanya saat akhir buang air kecil, perasaan ingin buang air kecil yang tidak dapat ditahan-tahan, dan lain-lain. 


24. Kulit menjadi kusam. Ini karena kurang minum air menyebabkan aliran darah dalam kapilari di kulit juga tidak maksimal.
 

 
Jadi apakah alasan anda untuk tidak menggantikan air manis dengan air putih? Ramai yang tahu bahawa air putih begitu berharga tetapi tak ramai yang memanfaatkannya. Malas untuk sering ke tandas barangkali. Ayuh kita didik anak-anak untuk memanfaatkan sepenuhnya keajaibannya.
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Rakan Shaklee Anda 
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805) 
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922 
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com 
♥ FB Page: Peminatvitamin 
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat