Sakit ketika datang haid atau
senggugut adalah satu masalah yang biasa dialami oleh banyak wanita dan
lazimnya dialami oleh gadis yang baru meningkat remaja. Keadaan ini digelar
" primary spasmodic dysmenorrhea" dan tidak semestinya menandakan
sesuatu penyakit. Ianya dibahagikan kepada dua bahagianseperti senarai
dibawah.
Senggugut jenis Pertama dalam
beberapa tahun pertama selepas akil baliq, pusingan haid seseorang gadis masih
belum teratur lagi. Haid mungkin akan datang tiga atau empat bulan sekali.
Senggugut biasanya mula dirasai 2-3 tahun kemudian. Rasa sakit sewaktu
datang haid ini adalah disebabkan olih kuncupan rahim yang begitu kuat sekali
untuk mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur sedikit tisu daripada
selaput endometrium .
Darah haid ini perlu keluar menerusi
saluran pangkal rahim yang biasanya masih sempit dikalangan gadis remaja.
Kuncupan rahim yang kuat ini adalah disebabkan olih sejenis hormon yang digelar
dengan nama “Prostaglandin”.
Kesakitan ini berbeza antara seorang
wanita dengan yang lain. Ada yang mungkin rasa sakitnya ringan
sementara yang lainnya akan mengalami sakit yang teruk hingga tergolek-golek.
Jangka waktu sakit juga berbeza, ada yang mengalami sehari, ada pula yang mengalaminya
setiap kali datang haid bergantung kepada keadaan.
Ramai dikalangan wanita yang risau
samada senggugut boleh menyebabkan kemandulan. Ini tidak benar dan senggugut
biasanya akan hilang setelah gadis berumahtangga dan mendapatkan anak apa anda
tidak percaya.
Kehamilan dan kelahiran dapat
mengatasi masalah kesempitan pada saluran rahim yang menjadi punca pada
senggugut. Walau demikian sebahagian kecil dari mereka akan menghadapi masalah
ketidaksuburan dan mudah gugur kandungan jika senggugut itu berterusan selepas
kahwin.
Mereka ini mungkin mengidap penyakit
‘endometriosis’ Gadis gadis yang mengalami senggugut bolih mengambil ubat
penawar sakit seperti Panadol, Aspirin, Ponstan, Synflex dan lain ubat yang
sesuai. Tetapi dalam kes kes yang lebih teruk, doktor akan memberi ubat penawar
sakit yang mengandongi hormon ‘ Norethisterone’.
Senggugut jenis kedua ialah
‘congestive dysmenorrhea’ yang biasa dialami oleh wanita yang sudah berkahwin
dan melahirkan anak. Lazimya senggugut yang dialami itu lebih teruk dan lebih
panjang waktunya. Senggugut ini disebabkan oleh sesuatu
penyakit dalam alat peranakan. Diantara penyakit ini termasuklah ketumbuhan
dalam rahim seperti ‘endometriosis’, ‘adenomyosis’, ‘fibroids’ dan
jangkitan kuman pada perkakas peranakan.
Wanita yang mengalami masalah ini
perlu bertemu doktor pakar sakit puan. Kebanyakkan daripada mereka
menghadapi masalah kurang subur, mudah keguguran, perdarahan yang berlebihan
dan berpanjangan atau senggugut yang sangat teruk.
SENGGUGUT yang biasanya menyerang
anak-anak gadis. Biasanya senggugut akan hilang bila seseorang gadis itu telah
berkahwin dan beranak pinak. Dan senggugut tidak akan datang lagi. Namun ada
pengecualiannya di mana terdapat juga kaum wanita yang masih mengalami penyakit
senggugut walaupun sudah beranak pinak dan juga pada wanita post menopaus;
yakni wanita yang sudah melalui zaman menopaus tetapi darah haid datang semula.
Senggugut atau dismenorea
(Dysmenorrhoea) ialah rasa sakit atau tidak selesa ketika datang haid.
Senggugut biasanya bermula sejak seseorang gadis berumur belasan tahun dan
berpunca daripada masalah kesihatan atau penyakit.Senggugut dikaitkan dengan
pengeluaran berlebihan bahan yang disebut prostaglandin dari lapisan dalaman
rahim (uterus) semasa haid. Prostaglandin mengakibatkan kontraksi otot rahim
dan perubahan pembuluh darah. Keadaan ini menimbulkan rasa ngilu atau sakit
ketika haid. Ketulan darah haid yang membeku boleh juga menyekat aliran keluar
darah dan meningkatkan tekanan intrauterin sehingga menyebabkan rasa sakit.
Senggugut boleh juga disebabkan oleh
penyakit seperti penyakit keradangan pelvis atau pinggul, endometriosis dan
kanser rahim. la ditandai oleh rasa senak di bahagian bawah abdomen selama
beberapa hari sebelum haid dan kadangkala berlangsung sehingga selesai haid.
Penderita senggugut ada kalanya mengeluh akan masalah kekerapan membuang air
kecil, cirit birit, pening, kembung, rasa sakit di buah dada, kemurungan dan
rasa cepat marah. Senggugut yang biasa yakni bukan kerana penyakit lain dalam
tubuh akan hilang setelah anak gadis itu kahwin dan melahirkan anak pertama.
Manakala senggugut akibat penyakit pula memerlukan rawatan khusus bergantung
kepada penyebab penyakit. Di peringkat ini pesakit dinasihat berjumpa doktor
untuk rawatan dan ubat.
Gla shaklee terbaik utuk mengatasi
senggugut...
Dapatkan dari saya dengan menghubungi 0173430922 @ email bayu_laut23@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan pembelian.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen