Kenapa? Kerana tubuh ibu diciptakan
begitu unik sehingga dapat memberikan perlindungan. selain itu, bagi
janin dalam kandungan ibu hamil tidak pernah merasa tak nyaman kerana keadaannya yang terapung di dalam cairan ketuban dan mempunyai ruang sendiri
untuk bergerak bebas. Walaupun begitu ibu hamil juga harus berhati-hati
dalam memilih posisi tidur.
Tidur Dengan Posisi Meniarap
Posisi ini sebenarnya cukup aman untuk ibu hamil.
Tapi biasanya pada kehamilan trimester pertama kerana berlakunya pembesaran payudara dan juga merangsang payudara yang lebih sensitif dan akan
menimbulkan ketidakselesaan untuk tidur meniarap. Dan pada saat di mana
perut anda sudah mulai membesar (awal 14 minggu) tidur dengan posisi meniarap menjadi sangat tidak selesa kerana anda harus menyokong paha
dengan bantal untuk dapat tidur meniarap kerana perut yang mulai
membesar.
Tidur Dengan Posisi Terlentang
Posisi ini dianjurkan setelah kehamilan 16 minggu
ibu hamil untuk tidak tidur terlentang, kerana dengan tidur posisi
terlentang, anda akan meletakkan seluruh berat rahim ke bahagian belakang dan usus. Tidur posisi terlentang juga dapat
meningkatkan risiko sakit pinggang, , gangguan pencernaan, dan
mengganggu pernafasan. Posisi tidur terlentang pada trimester kedua
dan ketiga juga dapat mempengaruhi tekanan darah. Untuk beberapa
wanita, dapat menyebabkan penurunan darah yang membuat mereka merasa
pening malah boleh meningkatkan tekanan darah. Pada ibu-ibu yang hamil dengan tekanan darah tinggi, tidur pada posisi terlentang
sangat tidak dianjurkan.
Tidur Dengan Posisi Mengiring
Posisi tidur yang bagaimanakah yang terbaik?
Sampai saat ini belum ada penelitian lebih lanjut tentang posisi tidur
yang aman untuk wanita hamil. Tapi sangat dianjurkan setelah kehamilan 16 minggu, sebaiknya ibu hamil tidur dengan posisi mengiring ke sebelah
kiri, kerana posisi ini memberi keselesaan untuk bayi anda untuk
mendapatkan aliran darah dan nutrisi yang maksima ke plasenta dan mengiring di sebelah kanan boleh mengembalikan aliran darah ke tubuh bahagian bawah ke jantung yang juga dapat membantu ginjal untuk membuang sisa produk dan cairan
dari tubuh ibu sehingga mengurangkan pembengkakan pada kaki, pergelangan
kaki dan tangan.
Tidur posisi ke kanan juga baik. Anda dapat menggantikan posisi ke kanan dan ke kiri untuk membuat anda tidur lebih selesa dan nyenyak.
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms/call/whatapps ke 017 3430922 atau email nik_azimah81@yahoo.com untuk maklumat lanjut.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen