Saturday 20 September 2014

Pemakanan Sihat Si Manja

Ibu atau bapa merupakan penentu bagi corak pemakanan anak-anak. Ibu bapa yang gagal mencorak anak-anak ke arah pemakanan yang sihat dan betul akan dikhuatiri generasi muda ini akan membesar sebagai pewaris yang tidak sihat dan pintar.


Kebanyakan kanak-kanak di era ini cenderung untuk memilih makanan yang tidak berkhasiat seperti makanan segera berbanding makanan yang sihat dan berkhasiat untuk dijadikan snek malahan hidangan utama bagi mereka.

Pada peringkat inilah, pemakanan yang sihat amat penting bagi pertumbuhan anak-anak. Oleh itu, ibu bapa mesti memainkan peranan yang penting dalam membentuk dan mendidik anak-anak dalam pemilihan makanan.

Kesibukan ibu bapa moden dalam memenuhi tuntutan kehidupan seharian juga menjadi salah satu faktor kepada permasalahan di mana anak-anak terjebak dalam pengabaian amalan pemakanan sihat dan berkhasiat.

Di bawah ini disenaraikan beberapa tips yang boleh digunakan bagi membantu para ibubapa dalam menangani masalah ini

1. Permakanan seimbang.
Cuba pastikan diet yang disediakan untuk simanja adalah seimbang (rujuk Piramid Makanan). Ini adalah bagi memastikan simanja anda mendapat zak makann yang seimbang dari segi karbohidart, protein, lemak , mineral etc.

2. Pastikan ada kepelbagaian
Si manja mudah jemu jika diberi diet yang sama setiap masa dan setiap hari. Oleh itu perlu dipelbagaikan untuk memberi kelainan rasa pada mereka dan tidak bosan dengan menu yang sama setiap hari.

3. Optimunkan zat makanan.
Cara masakan yang boleh meoptimumkan zat makanan perlu digunakan setiap kali meyediakan makanan simanja anda. Sesetengah cara masakan boleh menghilangkan zat atau nutrient yang ada pada makanan tersebut dan ini kalau boleh perlu dielakkan.

4. Merancang Menu Makanan Sihat.
Setiap hari perlu ada plan utuk makanan sihat si manja supaya dapat meyediakan makanan yang berkhasiat dari awal seperti semasa ke pasar boleh memilih dengan betul apabila sudah ada perancangan daipada awal.

5. Menggalakkan waktu makan yang tetap
Waktu makanan yang tetap (regular) perlu bagi memastikan si manja tahu dan bersedia terlebih awal dan biasa dengan waktu tersebut. Ini menjadikan waktu makan adalah rutin yang perlu ada pada setiap hari.

6. Persekitaran sihat dan selamat.
Tempat peyediaan makanan dan tempat makan perlu berada dalam persekitaran yang sihat dan selamat untuk anda dan si manja anda. Benda2 tajam seperti pisau atau garpu pastikan tidak berada pada tempat yang boleh dicapai oleh simanja anda, begitu juga dengan air panas etc.

7. Menjadikan masa makan masa yang gembira.
Jika si manja mendapati waktu makan adalah masa yang megembirakan sudah pasti dia akan tertunggu2untuk waktu tersebut. Memaksa si manja makan adalah kaedah yang biasanya tidak memberi kesan yang baik terhadap sikap simanja pada makanan.

8. Cuba mencari sebab masalah pemakanan.
Jika simanja ada masalah seperti tidak suka sesuatu makanan, sakit perut apabila makan makanan tertentu, cirit birit etc..maka perlu dipastikan samada dia alah (allergic) terhadap makanan tersebut atau ada masalah yang lain. Jika perlu boleh membawa berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

9. Memastikan anak makan walaupun sakit.
Jika si manja sakit, pastikan kita memberi makanan kepadanya walaupun mungkin tidak sebanyak waktu dia sihat. Ini adalah kerana waktu sakit badan perlu lebih nutrient bagi melawan jangkitan dan untuk untuk digunakan semasa tempoh peyembuhan.

10. Memantau perkembagan fizikal si manja
Memantau berat atau Body mass index (BMI) si manja perlu bagi memastikan perkembagan fizikalnya adalah selari dengan umur mereka. Jika didapti perkembgangan fizikalnya lari daripada julat normal maka perlu diselidiki kenapa atau membawa berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Rakan Shaklee Anda 
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805) 
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922 
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com 
♥ FB Page: Peminatvitamin 
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen