Assalamualaikum dan selamat bercuti buat semua pembaca peminatvitamin. Agak-agak apakah aktiviti hari ini ye? Mesti ramai yang dapat jemputan ke kenduri perkahwinan kan? Bila dah hadiri majlis perkahwinan apa yang pasti adalah diet akan hancur...hehehe
Yang sedang berdiet atau dengan kata lain ingin menurunkan berat badan, janganla sedih. Hari ini saya nak terangkan mengenai set diet yang ada di Shaklee...jika diikutkan memang bermacam-macam set tetapi hari ini nak fokuskan set ini di mana ia mengandungi Cinch Energy Tea, Lecithin dan Alfalfa.
Kurus, langsing dan slim semestinya menjadi idaman setiap insan baik wanita mahupun lelaki.Semua orang nak kurus secara SIHAT, SELAMAT, SEMULAJADI dan BERKESAN.
Oleh itu, Set Kurus Shaklee adalah pilihan yang tepat kerana ia
dihasilkan daripada bahan-bahan yang telah diuji secara klinikal,
SELAMAT untuk jangka masa panjang dan SELAMAT untuk ibu menyusu, tanpa
mengganggu pengeluaran susu ibu.
Jom kita baca peranan setiap suplemen ini yang boleh membantu individu yang mahu turunkan berat badan.
1)CINCH ENERGY TEA
-Teh eksotik putih, merah dan hijau matcha dipetik dan diadun dengan
berhati-hati untuk mewujudkan minuman luar biasa hebat.
-Ia dapat
meningkatkan tenaga secara semulajadi dan rasa nyaman.
-Selamat, peningkatan tenaga semulajadi. Diminum secara panas atau sejuk.
-Merupakan alternatif minuman bergula dan kopi terbaik.
-Peningkatan tenaga segera.
-Bungkusan mudah bagi setiap satu hidangan
2)ALFALFA COMPLEX
Mengapa saya syorkan Alfalfa? Kerana Alfalfa akan berusaha untuk
proses detox dan memudahkan penyerapan zat produk kurus yang akan di
ambil bersama-sama nanti. Apa yang saya faham, sekiranya sistem pencernaan dan penyerapan zat
di perut kita tidak sempurna, kita tidak akan mendapat kesan yang
optimum dari produk kurus yang kita makan. Alfafa adalah raja herba yang
akan meningkatkan keupayaan perut untuk menyerap zat . Tanpa pencernaan
yang baik, apa produk yang kita makan akan kurang kesannya.
Lecithin sebenarnya banyak digunakan dalam perubatan untuk perbagai
jenis penyakit terutamanya darah tinggi, kolestrol, buah pinggang dan
sebagainya. Dalam cara mudah untuk kurus, Lecithin adalah sangat-
sangat penting. Sebabnya Lecithin akan membantu mengekalkan kolestrol
dan lemak dalam bentuk cecair. Malah Lecithin juga akan menguraikan lemak yang pejal ke bentuk
cecair. Malah saya juga sangat cadangkan Lecithin menjadi amalan harian
bagi anda yang dah langsing. Ia menghalang lemak dari menempel di
dinding salur darah. Selepas mengambil makanan berat, saya cepat-cepat akan telan
lecithin sebagai penyelamat saya.
Kesimpulannya di sini, tidak perlu berdiet teruk, kawalan makan yang ketat, senaman berat dan
sebagainya. Alhamdulillah Set Kurus Shaklee ini berfungsi secara
konsisten dan berpanjangan.
Rakan Shaklee Anda
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805)
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com
♥ FB Page: Peminatvitamin
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat
Terbaik...set kurus shaklee sememangnya sgt selamat dan mengandungi bahan semulajadi..:D
ReplyDelete:: anmashealthcare.blogspot.com ::