Friday 20 May 2016

Anak Lambat Bercakap....Risaunya Hati Mama...

Assalamualaikum

Di sini saya kongsikan beberapa tips untuk melatih anak-anak untuk bercakap. Diharap ia mampu membantu ibu-ibu yang mencari jalan penyelesaian untuk latih anak-anak bercakap seiring dengan usia.

Lahirnya anak-anak kedunia adalah harapan bagi ibu bapa untuk melihat dia membesar dengan sihat dan sempurna.Pemantauan perkembangan anak dari awal usia dan sehari -hari adakala nya menjadi kerisauan sesetangah ibu bapa.Salah satu yang menjadi kebimbangan ibu bapa ialah apabila anak lambat untuk bercakap.ada anak yang sudah memasuki usia 3 tahun namun masih belum bercakap.Mungkin tips di bawah dapat membantu.

1. Biarkan Bayi  Berinteraksi
Biarkan anak bercampur dengan bayi atau kanak-kanak lain. Ini adalah cara terbaik untuk membuat anak mula bercakap. komunikasi antara anak-anak kecil akan melatih mereka untuk bersuara.

2. Ajak Dia Bercakap
Bercakap di depan anak-anak merupakan cara terbaik untuk membuatnya melatih nya bercakap. Jangan fikir dia faham  atau tidak, hanya ajak dia bercakap dan jika bayi atau anak memberi tindak balas (senyuman,suara ,renungan)itu sudah cukup baik.

3. Berikan Nama Pada Setiap Benda Di Rumah
Ibu bapa yang kreatif membantu perkembangan anak-anak.. Berikan setiap benda yang ada dirumah dengan nama yang lucu dan mudah disebut.

4. Bercerita Sebelum Tidur
Bercerita sebelum anak tidur adalah salah satu cara terbaik dan terbukti berkesan.Ini akan mengembangkan keterampilan anak dalam komunikasi. Lakukan setiap malam sehingga mendapar tindak balas positif dari anak.

5. Tiru bunyi-bunyian
Cubalah meniru bunyi-bunyi binatang, lagu atau suara-suara watak kartun. Anak kita akan dengan mudah mengulanginya. Dan adakala nya dia sendiri meniru suara-suara yang dia dengar .Ulang cara ini  untuk memudahkan anak kita ingat dan mengulanginya.

6. Nyanyi untuk anak
Nyanyian adalah satu  cara merangsang anak untuk bercakap.cara ini boleh dilakukan dimana2 sahaja,dalam kereta,sebelum tidur,waktu mandi,malah ketika kita mendukung nya.Lama kelamaaan anak akan mula ikut menyanyi bersama setiap kali dia mendengar bunyi nyanyian.

7. Minta anak sebut
kanak-kanak kebiasaan nya akan mula bertanya apa yang dia lihat.namun bagi kanak-kanak yang lambat bercakap biasanya dia hanya akan menunjuk kerah benda yang dia lihat.Ada juga yang hanya melhat dan mendiamkan diri.Sebut berulang kali apa yang dia lihat dan kemudian suruh anak untuk menyebut nya.jangan memaksa.tapi lakukan berulangkali.lama kelamaan dia akan menyebut nya kembali.

Sekurang-kurangnya kita  berusaha yang terbaik untuk anak kita.sebaiknya pemeriksaan pakar juga diperlukan kerana dikhuatiri anak mengalami masalah pendengaran.

Di samping itu ada juga suplemen yang boleh membantu anak anda dalam mempercepatkan anak-anak bercakap. Saya sertakan sekali testimoni termasuklah anak saya sendiri.

ikhtiar omega untuk cepat bercakap

omega untuk petah bercakap
 
  Vitamin untuk Petah Bercakap macam bertih jagung dan tanpa henti..Dapatkan dengan KLIK DI SINI


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Nik Azimah Awg. Hamat (ID 894805) - Pengedar Shaklee Wangsa Maju, KL 
FB: Nik Azimah Awg.Hamat 
Pages: Peminatvitamin 
No Tel: 017-3430922 
Email: nik_azimah81@yahoo.com 
COD area: Wangsa Maju, Keramat, Setiawangsa, Sri Rampai, Putrajaya

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen