Friday 24 June 2016

Cadangan Vitamin Set Kehamilan Pada Bulan Puasa

Membayangkannya saja mungkin ada yang dah terbayang kepanasan, kepenatan, lembik dan lemahnya badan. Kalau usia kandungan dah mencecah trimester kedua apatah lagi trimester ketiga tu beratnya nak bawa perut yang memboyot. Lagi letih membayangkan kalau masih mengalami pregnancy sickness ataupun morning sickness.
 
Macam dasyat sangat je ye bunyinya berpuasa semasa hamil di bulan Ramadhan. Tapi betul ke teruk sangat?

Sebenarnya Islam agama yang memudahkan umatnya. Kebanyakan ulama berpendapat, tidak perlu berpuasa sekiranya ianya boleh memudaratkan kesihatan ibu dan juga bayi dalam kandungan. Ada sesetengah ibu alami simptom kehamilan yang sangat teruk. Bayi dalam kandungan pula perlukan zat dan nutrien daripada ibu, kalau tak mungkin boleh berlaku komplikasi.

Dengan penilaian tahap kesihatan dan nasihat daripada doktor pakar, ibu boleh ukur kemampuan diri dan ambil lah pilihan yang lebih membawa kebaikan. Secara ringkasnya, hukum bagi wanita hamil berpuasa dibulan Ramadhan ni boleh dibahagikan kepada 2 iaitu:

1) Hukum Pertama

Wanita hamil yang bimbang tentang kesihatan dan keselamatan dirinya ketika berpuasa.

Untuk keadaan ini, ulama sependapat mengatakan wanita ini hanya wajib menggantikan puasa yang ditinggalkan tanpa perlu membayar fidyah kerana sekiranya berpuasa itu boleh memudaratkan dan membahayakan kesihatan diri wanita tersebut.

2) Hukum Kedua

Wanita hamil yang sihat tetapi bimbang akan kesihatan dan keselamatan bayi dalam kandungan.

Untuk keadaan ini, ulama sependapat mengatakan wanita ini wajib menggantikan puasa yang ditinggalkan dan wajib membayar fidyah.
Memang ada ramai orang yang alami tahap kesihatan yang teruk masa mengandung. 
 
 
Jom saya kongsikan tips kekal cergas berpuasa untuk ibu-ibu hamil. In Sha Allah dapat membantu. 
 
1. Bersenam

Haa dah lah puasa orang nak jimat tenaga lagi nak suruh habiskan tenaga ke? hihi. Ok bukan macam tu. Walaupun puasa, ibu hamil masa boleh buat senaman ringan dengan cara:
  • Be on the move! – Banyakkan pergerakan dengan aktiviti harian. Buat kerja pejabat atau kerja rumah seperti biasa, bila banyak bergerak metabolisme meningkat dan badan jadi cergas.
  • Jadikan Waktu Rehat Lebih Produktif – Kalau tengok tv atau sekadar duduk-duduk, masih boleh buat senaman ringan. Buat regangan tangan, badan atau kaki atau sekadar goyangkan badan. Senaman dapat meningkatkan oksigen, darah dan nutrien dalam sel badan. Seterusnya menjadikan badan rasa lebih aktif.
 
2. Tidur

Untuk kekal cergas, lebih peka, bertenaga dan bersemangat, wanita mengandung mesti dapatkan rehat yang betul-betul cukup. Ikut kajian, kita perlu tidur 8-9 jam sehari untuk rehat secukupnya. Tapi zaman moden sekarang, kebanyakan orang tidur 6 jam saja sehari. Jangan paksa diri kalau letih. Ibu hamil kena banyak berehat.

3. Pemakanan Sihat

Makanan dapat memberikan tenaga kepada badan. Amalkan makan makanan yang menyihatkan dan mengandungi nutrien yang berfaedah kepada tubuh. Brokoli mengandungi beta carotene dan Vitamin C  untuk beri rasa lebih bertenaga. Buah blueberries pula mempunyai antioksidan untuk merangsang otak.

Untuk tingkatkan proses pemulihan badan dan badan lebih sihat, makan makanan yang mengandungi Vitamin B6. Vitamin ni bantu badan hasilkan serotonin yang dapat memberikan rasa tenang. Ayam, kentang dan pisang kaya dengan Vitamin B6. Selain tu jangan lupa minum air secukupnya. Elakkan minuman kafein dan minuman bergas.

4. Ketenangan Fikiran

Mempunyai akal fikiran dan emosi yang tenang adalah sangat penting masa hamil. Ini dapat mempengaruhi kesihatan diri dan bayi dalam kandungan. Ada beberapa cara untuk tingkatkan keseimbangan emosi dan fikiran:
  • Meditasi Melalui Solat – Hamil masa bulan Ramadhan adalah satu bonus kepada ibu terpilih. Ada banyak hikmahnya. Antara hikmah terbesar ialah orang berpuasa tergolong sebagai orang yang mustajab doanya. Begitu juga doa daripada ibubapa. Ibu hamil dapat bersolat lengkap setiap hari. Waktu solat boleh dijadikan sebagai waktu bermeditasi.
  • Bila bersolat dan berdoa, tutup mata, kosongkan fikiran, fokuskan fikiran dengan membayangkan kepada perkara-perkara yang kita harapkan. Proses meditasi dalam beberapa minit ni dapat menurunkan tekanan darah, meningkatkan sistem imun dan menghasilkan lebih bekalan tenaga untuk sepanjang hari.
  • Selain tu, bernafas lah dengan tenang. Lepas solat dan berdoa boleh buat teknik pernafasan. Tarik nafas dalam-dalam dan hembus keluar perlahan-lahan dalam selang masa 2 minit. Ini membantu menenangkan tubuh, minda dan mengumpul tenaga.

Namun begitu, ibu hamil disarankan ambil vitamin kehamilan untuk pastikan semua zat penting diperolehi dengan cukup. Sebab tu lah kalau pergi hospital kerajaan nurse akan bagi prenatal vitamin obimin yang warna pink tu dan vitamin-vitamin lain kalau perlu.

Ini ialah di antara vitamin yang dicadangkan semasa hamil dan ketika berpuasa. Ianya terdiri daripada :-
  • ESP
  • Mealshake
  • Performance Drink
  • Vitalea
  • Ostematrix
  • B Compleks dan
  • Vitamin C
set kehamilan ketika Ramadhan

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Nik Azimah Awg. Hamat (ID 894805) - Pengedar Shaklee Wangsa Maju, KL 
FB: Nik Azimah Awg.Hamat 
Pages: Peminatvitamin 
No Tel: 017-3430922 
Email: nik_azimah81@yahoo.com 
COD area: Wangsa Maju, Keramat, Setiawangsa, Sri Rampai, Putrajaya

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen