Heboh dan hangat diperkatakan tentang viral ini..kat fb dan televisyen memang hot kisah ini..
Cheq Nik yang tengok pun seriau dan seram bercampur gayat. Nak tengok view dari tingkat 20 pun gayat apatah lagi nak panjat setinggi ini...memang tak la..
Sebenarnya mereka semua ini mempuyai pengalaman dalam melakukan aktiviti lasak termasuk melakukan tugas lasak ngeri secara sambilan bagi penggambaran filem malah seringkali mendaki bukit dan gunung yag kebanyakkannya di luar negara seperti Thailand dan Vietnam.
Disebabkan pengalaman di atas yang membuatkan mereka panjat mercu Ipoh dan sudah memikirkan soal keselamatan cuma tidak menyangka yang aksi mereka menjadi viral di media massa. Mereka memilih memanjat mercu tanda Ipoh kerana keunikannya.
Walau bagaimanapun mereka semua telah memohon maaf kepada masyarakat dan mengakui perbuatan mereka itu adalah salah dan merbahaya selepas mengadakan pertemuan bersama Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia dan Sukan Negeri Perak.
Apa yang boleh Cheq Nik simpulkan ialah jangan sesekali bahayakan diri sendiri walaupun mempunyai pengalaman dalam sesuatu kemahiran dan seeloknya dapatkan pengawasan dari pihak tertentu.
Beringat sebelum apa2 yang buruk berlaku lebih elok dari dah berlaku sesuatu yang buruk.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen