Friday 10 March 2017

Pencorak Anak-Anak adalah Mak Ayah. Setuju?

Mendidik anak-anak bukanlah perkara yang mudah dan memerlukan kesabaran yang tinggi bagi membentuk keperibadian mereka.

Ada beberapa tips yang boleh diamalkan oleh mak ayah bagi mendorong anak2 berkelakuan baik.

1. Terapkah nilai keagamaan. Biasanya dari bayi lagi mak ayah telah terapkan nilai-nilai murni seperti mengalunkan bacaan suci Al Quran, mendoakan zuriat yang bakal dilahirkan menjadi anak yang soleh/solehah.

2. Tegur jika anak ada buat salah. Kan tegur itu tanda sayang. Maka dengan teguran membina in sha Allah anak2 akan lebih berubah ke arah yang lebih baik.

3. Puji jika anak-anak berkelakuan baik. Penting tu sebagai penghargaan untuk anak-anak merasa dirinya seorang yang baik. Sedikit sebanyak pujian menjadikan anak-anak sentiasa berkelakuan  baik.

4. Terapkan disiplin. Maksudnya anak-anak akan mendorong ke arah berkelakuan baik. Contohnya bila berkunjung ke rumah orang, secara tidak langsung akan jaga kelakuan sebab mak ayah telah terapkan nilai disiplin.

Yang paling penting, mak ayah kena tabah dan sabar dalam membentuk keperibadian anak-anak di samping memohon pertolongan dariNya.



** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Nik Azimah Awg. Hamat (ID 894805) - Pengedar Shaklee Wangsa Maju, KL 
FB: Nik Azimah Awg.Hamat 
Pages: Peminatvitamin 
No Tel: 017-3430922 
Email: nik_azimah81@yahoo.com 
COD area: Wangsa Maju, Keramat, Setiawangsa, Sri Rampai, Putrajaya

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen