Sunday 12 June 2016

Petua Kecutkan Jerawat dengan Mudah dan Senang

Tiada siapa yang mahukan jerawat dan rasa malu dengan kulit berjerawat. Anda tak perlukan kos yang tinggi, tak payah fikir rumit-rumit bahan-bahannya dah tersedia di rumah anda. Walaupun jerawat tu masih fresh lagi kata orang tapi ada beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk membersihkan jerawat secara drastik dan cepat, tanpa merosakkan kulit anda.

Produk kosmetik di pasaran sangat mahal tapi kadang kala hasilnya kita tak nampak atau bertambah teruk lagi. So apakata kita berubah kepada cara tradisional, bukan sahaja semulajadi tapi selamat untuk kulit anda.

Di antara petua-petuanya ialah:-

1. Gunakan ais untuk menutup pori dan mengurangkan keradangan
Ini salah satu cara yang agak popular di kalangan mak andam. Ada sesetengah mak andam kata sapu muka dengan ais supaya make up kita akan tampak lebih cantik. Sebenarnya cara ini juga dapat mengecilkan pori-pori atau lubang-lubang pada wajah anda.
 
Caranya mudah sahaja, ambil ais ketul lepastu letakkan pada pori di muka anda. Tujuannya untuk menarik pembuluh darah di bawah kulit. Ini dapat mengurangkan iritasi dan keradangan di wajah anda kurang ketara.


2. Telur Kuning
Telur kuning mengandungi immunoglobulin yang mana mampu membunuh bakteria dan mengurangkan keradangan. Asid lemak omega-3 membantu menyembuhkan jerawat secara semulajadi tanpa meninggalkan parut.
 
Sapukan telur kuning di tempat yang bermasalah atau berjerawat dua kali sehari, urut perlahan-lahan selama 2-3 minit.
Biarkan selama satu jam kemudian cuci dengan pencuci muka.
Teruskan kaedah ini sehingga jerawat benar-benar kecut dan sembuh, kulit yang sihat kelihatan. Berhenti di tengah jalan boleh menyebabkan jerawat merebak semula.
 

3.Kentang
Hiriskan sebiji kentang dan lekapkan pada kulit yang berjerawat. Kentang mentah mampu menyembuhkan jerawat dan bertindak sebagai anti-radang. Cuci muka dengan air bersih selepas menggunakannya.


4. Madu sebagai Masker
Gaulkan satu sudu besar serbuk kayu manis bersama satu sudu besar madu, kemudian sapu ke atas muka dengan lembut. Biarkan antara 15 hingga 20 minit untuk penyerapan optimal. Cuci dengan air suam dan keringkan wajah anda.

esp dan alfalfa untuk kecutkan jerawat

Beli VITAMIN KECUTKAN JERAWAT di SINI

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.  

Nik Azimah Awg. Hamat (ID 894805) - Pengedar Shaklee Wangsa Maju, KL  
FB: Nik Azimah Awg.Hamat  
Pages: Peminatvitamin  
No Tel: 017-3430922  
Email: nik_azimah81@yahoo.com  
COD area: Wangsa Maju, Keramat, Setiawangsa, Sri Rampai, Putrajaya

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen