Bengkak susu? Pernah alaminya? Ianya hanya terjadi untuk ibu yang menyusukan anak sahaja tau. Jangan salah sangka pula ye. Sekurang-kurangnya ibu yang menyusu anak akan menghadapi masalah bengkak susu dan sakitnya hanya individu yang mengalaminya tahu akan kesakitannya.
Hari ini nak kongsikan sedikit tips apabila ibu-ibu mengalami masalah bengkak susu.
1. Pakai coli menyusu yang memberi sokongan termasuk pada waktu malam. Pastikan ia benar-benar padan dan tidak terlalu ketat.
2. Susukan bayi dengan seberapa kerap yang boleh iaitu setiap dua atau tiga jam walaupun terpaksa kejutkan bayi daripada tidur. Pastikan bayi menyusu daripada kedua-dua belah payudara pada setiap penyusuan.
3. Mungkin sukar untuk bayi melekap pada payudara ibu apabila areola iaitu kawasan gelap di sekeliling puting. Untuk memastikan bayi melekap dengan betul, perah dengan tangan atau pam susu keluar sehingga areola menjadi lembut.
Salah satu cara untuk memudahkan pengeluaran susu ialah dengan meletakkan tuala panas di dada ataupun mandi dengan air suam sebelum memerah. Air suam mandian itu sendiri boleh menyebabkan susu keluar dengan sendirinya.
4. Semasa bayi menyusu, urut payudara yang sedang dihisapnya perlahan-lahan. Ini dapat membantu pengaliran susu dengan lebih lancar dan turut melegakan sedikit ketegangan dan ketidakselesaan pada payudara.
5. Jika payudara terlalu penuh dengan susu, menggunakan pam sekali sekala untuk mengeluarkan susu berlebihan adalah suatu tindakan yang bijak.
6. Menyikat payudara yang bengkak
7. Ada juga yang meletakkan kubid segar pada payudara yang boleh membantu melegakan kesakitan. Daun kubis itu bertindak menyejukkan .
8. Ambil cuka makan da campurkan dengan air dan ambil kapas, celupkan dan sapu pada sekeliling payudara. Jangan sampai terkena bahagian puting.
9. Ambil beberapa helai daun sirih dan disapu minyak zaitun pada permukaan daun sirih. Layur daun sirih dan tekap pada payudara.
10. Urut payudara sedikit sebelum mengepam. Buat urutan membuat sperti pemeriksaan payudara pada kawasan yang ada rasa berketul.
Sekarang ni dah ada suplemen yang membantu dalam menangani masalah bengkak susu. Suplemen yang dimaksudkan ialah Lecithin.
Testimoni bengkak susu dengan Lecithin
Dapatkan vitamin BENGKAK SUSU di sini secara ONLINE
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Nik Azimah Awg. Hamat (ID 894805) - Pengedar Shaklee Wangsa Maju, KL
FB: Nik Azimah Awg.Hamat
Pages: Peminatvitamin
No Tel: 017-3430922
Email: nik_azimah81@yahoo.com
COD area: Wangsa Maju, Keramat, Setiawangsa, Sri Rampai, Putrajaya
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen